• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Jangan lupa bayar bil handphone!
» Nak kasi HADIAH apa ni?!!

Ewah-Ewah… Ingat Best Sangat Ke Masuk TV?

Dec08
2009
28 Komentar Oleh Ubi

Sekarang ini saya amat malas dan jarang sekali mengupdate blog. Ini kerana saya terlampau sibuk memenuhi beberapa tugasan dan jemputan di luar sana. Banyak temujanji, dating, meeting dan jemputan yang perlu dihadiri.

Semoga penjelasan ini dapat meredakan kesangapan anda yang sering kecewa kerana terpaksa mengadap post-post basi di blog ni… heh! ;)

Berbalik pada cerita asal, pada hari Sabtu November lepas (tak ingat tarikh sebenar), saya dan beberapa rakan kartunis telah menjayakan rakaman rancangan Ewah-ewah. Kali ini adalah giliran kartunis sebagai peserta game show terbitan TV3 ni.


(Dari kiri: Soya, Tembakau, A’an, Gayour, Ubi dan Taugeh)

Seminggu sebelum shooting bermula, saya telah dihubungi Encik Adanan selaku penyelaras rancangan tersebut untuk membantunya mencari 6 orang kartunis untuk dijadikan mangsa. Setelah dijanjikan pelbagai ganjaran berupa hadiah, kemahsyuran, wang ringgit dan wanita; saya pun terus menelefon beberapa rakan kroni kartunis yang  sesuai untuk format rancangan tersebut.

Antara mereka yang terpedaya dengan ganjaran dan janji-janji manis itu adalah Gayour, Tembakau, Taugeh, Soya dan A’an. Kesemua mereka yang gelap mata ini adalah antara barisan kartunis otai dan tersohor Malaya. Mereka juga adalah sahabat-sahabat lama yang pernah sama-sama berjuang untuk Majalah Ujang, Varia Lawak, Lanun, Gelihati dan G3. Saya juga memilih muka-muka ini kerana mereka semua ni biasa masuk TV dan memang muka tak tau malu depan kamera.

Shooting rancangan ni dijalankan di studio yang terletak di Sri Damansara. Mengikut jadual, penggambaran akan dimulakan pada pukul 2 petang.  Sebaik sampai kami dijamu makan tengahari dahulu – aktiviti paling digemari dan paling mahir (terutamanya Gayour)!


(Tembakau sedang ditouch up manakala Soya sedang asyik mengontrol ayu di belakang)

Sebelum shooting, wajah perasan hensem kami ditouch up dulu. Mana-mana muka yang buruk tu berjaya dikurangkan kehuduhannya untuk tatapan ramai kelak. Keluar dari bilik mekap, masing-masing berjalan dengan muka berlagak of the yearnya… kononnya perasan diri tu macam artis kacak dan popular. Hahaha!! Sukati kaulah labu…!! :lol:

Seterusnya adalah sesi taklimat dari Encik Adanan. Kami diterangkan mengenai tema dan konsep rancangan. Kami juga ditakut-takutkan dengan permainan yang akan diadakan nanti. Turut sama adalah Brader Kombat – gitaris kumpulan Pilgrims yang pernah popular dengan album ‘Kugiran Tepi Pantai’ suatu ketika dahulu. Beliau bertindak sebagai Floor Manager untuk shooting rancangan ni.


(Encik Adanan (kiri) memberi taklimat di sisi Taugeh yang pura-pura pandai)


(Sedang khusyuk mendengar penipuan Brader Kombat (bertopi koboi). Seperti biasa, Soya sibuk mengontrol ayu…)

Penggambaran yang sepatutnya bermula jam 2 petang, ditangguhkan kerana menunggu penonton-penonton yang tak sampai lagi ke studio. Sementara menunggu kami berkenalan dan bermesra dengan pengacara rancangan – Raja Azura dan Brader Munir. Kami dimaklumkan bahawa Nabil Raja Lawak tak dapat hadir kerana terikat dengan urusan lain.

Selain itu, masa dibazirkan dengan berposing ala perasan model di dalam studio. Kelihatan juga beberapa rakan kartunis (nama terpaksa dirahsiakan) asyik keluar masuk tandas – mungkin terkucil kerana gemuruh.


(Tak tau motif tujuan gambar ni… Ntah kontrol macho atau kelakar tak jadi!)


(Lepak di luar sambil membincangkan strategi jahat untuk menjatuhkan pihak lawan)

Setelah berpuluh cawan sirap diminum, berbatang-batang rokok dihisap (dan dipow) dan berliter air dibuang di tandas (sekali lagi nama kartunis terlibat terpaksa dirahsiakan), akhirnya penonton-penonton sampai jugak ke studio.


(Sempat menjual minyak urat dan bergambar bersama penonton sebelum shooting)

Keenam-enam kami dibahagikan kepada 3 kumpulan – Kumpulan Oren (saya & Taugeh), Kumpulan Biru (Gayour & A’an) dan Kumpulan Biru (Tembakau & Soya). Sebelum permainan bermula, kami dikehendaki mencipta slogan/tagline kumpulan masing-masing. Muka sedikit biru kerana saya dan Taugeh adalah kumpulan pertama yang dirakam slogannya. Jika selama ni saya selalu gelakkan mereka yang membuat slogan ntahapahapa dalam rancangan game di TV, kini tibalah giliran saya untuk digelakkan oleh anda semua… Kah! Kah! Kah! :lol:


(Taklimat daripada Raja Azura & Munir tentang objektif dan undang-undang permainan)

Rancangan ini dibahagikan kepada 3 segmen/cabaran. Pusingan pertama kami dikehendaki mengingati dan menyusun semula gambar yang dipaparkan di skrin. Untuk pusingan kedua pulak, adalah acara memecahkan belon sebanyak mungkin menggunakan kaki dengan mata tertutup sambil pihak lawan sedaya upaya melakukan khianat. Manakala pusingan ketiga pulak adalah menghabiskan popia berperisa wasabi yang dihidangkan sehingga berair mata. Cerita banyak pun tak guna… korang layan jelah gambar-gambar kat bawah ni…

(Taugeh berlari riang kerana terperasan menang pusingan pertama… Hahaha!! :razz: )

(Standby untuk pusingan memecahkan belon-belon durjana)

(Menghalang pihak lawan dari memecahkan belon dengan penuh hasad dengki dan khianat)

(Adegan hasad dengki khianat masih diteruskan dengan secara terbuka dan jayanya…)

(Digelakkan bersungguh-sungguh oleh A’an kerana sekadar berjaya memijak angin… Hahaha! Terlalu bodoh!! :lol: )

(Sedikit bengang kerana tertewas dalam acara ni… Tensen pasal geng lain main tipu bukak mata… Huh!!)

(Gayour kelihatan tertanya-tanya apakejadahnya wasabi tu… Kampung tullah lu ni!!)

(Mendengar penerangan Brader Kombat sambil Taugeh sibuk membandingkan popia sapa yang lebih panjang… Hohoho!!)

(On your mark… Get set… )

(Berdebar-debar dalam senyuman menanti keputusan juara keseluruhan…)

Secara keseluruhannya, walaupun team Oren (saya dan Taugeh) adalah ‘the biggest loser’ pasal tak menang apa-apapun, dan dikutuk dengan kata-kata hina daripada team lain, namun kami semua enjoy sepanjang sesi penggambaran.

(Hadiah kesian dari TV3 sebagai team yang tak menang apapun… Hahaha! :lol: )

Sebenarnya boleh dikatakan kami semua ni tak pernah tengok pun rancangan ni. Jadi bila dah terlibat ni, sekurang-kurangnya terdedah jugaklah dengan apa tu rancangan Ewah-ewah ni.

Barulah kami tau betapa seksanya masuk game show kat TV ni. Bukan senang juga nak menang hadiah dan mengecapi kemahsyuran, wang ringgit dan wanita yang dijanjikan tu! Remember… There’s no such thing as free lunch in this world!!

Kami juga mengambil kesempatan sewaktu shooting ni untuk bertanya khabar dan mengutuk kawan-kawan kartunis yang dah lama tak bersua muka. Yelah, masing-masing dah membawa haluan sendiri… jadi banyaklah cerita dan gossip yang hendak dikongsikan bersama.

Jadi pada anda semua yang takde kerja berfaedah lain dan berminat nak gelakkan aksi bodoh sentol kami ni, bolehlah mengadap TV3 atau TV9. Maafler pasal tak tau waktu sebenar pasal produser rancangan ni pun tak tau nak jawab.

Sekiranya ada aksi stunt kami yang membuatkan anda dan keluarga termuntah hijau, ribuan ampun dan maaf dihulurkan… kami hanya sekadar sporting mengikut kehendak produser dan format program ni.

Akhir kata selamat menonton dan gelakkan orang sampai pengsan!! :lol:

Kategori Bulletin, Kartunis pun manusia, Majalah Ujang - Tag ewah-ewah tv3, Gayour, kartunis, majalah g3, Majalah Ujang, media, nabil raja lawak, raja azura, tembakau kartini
Similar posts
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Jangan Pandang Belakang Anjing… — Berdasarkan kisah ...
  • Kontrol Macho dalam English pulakR... — Jika sebelum ini an...
  • Kontrol Macho kat Berita Harian pulak... — Salam 1 pagi ya kaw...
  • Kontrol Macho dalam Malaysia Hari Ini — Ini sebuah video ba...
« Jangan lupa bayar bil handphone!
» Nak kasi HADIAH apa ni?!!

27 Komentar Setakat Ini

  1. Jamil's Gravatar Jamil
    December 8, 2009 at 8:58 am | Permalink

    biler show kt tiwi? sure lwk thp cipan ni! kekeke!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 8, 2009 at 10:25 am | Permalink

      Ntahler.. Produser pun tak tau bila. Jalan senang adalah duduk je depan tv bila rancangan ni kuar ;)

      Reply
  2. alien13's Gravatar alien13
    December 8, 2009 at 9:54 am | Permalink

    hahaha..
    kelakar la ulasan brader..
    ni kalo tgk kat tV lagi kelaka..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 8, 2009 at 10:19 am | Permalink

      Hahaha… Kalo begitu pendaoatmu, silakanlah tengok bila keluar kat tv nanti :)

      Reply
  3. adawiah's Gravatar adawiah
    December 8, 2009 at 12:05 pm | Permalink

    x sbar nk tngk korang smua makan popia wasabi..pasti kelakar.hehehe

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 11, 2009 at 11:06 am | Permalink

      Jangan tak percaya… ada kartunis yang makan wasabi sampai berair mata! :lol:

      Reply
  4. eita's Gravatar eita
    December 8, 2009 at 12:50 pm | Permalink

    macamana eak…x tau bile kuar dalam tv…hu..hu..
    saya x sukalah tengok rancangan ewah ewah tu…..
    terpaksalah saya memaksa diri saya untuk tengok…siannya…..:(

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 11, 2009 at 11:08 am | Permalink

      saya pun tak pernah tengok rancangan ni tapi berjaya memaksa diri masuk prrogram ni… lagi kesian! ;)

      Reply
  5. adam's Gravatar adam
    December 8, 2009 at 2:40 pm | Permalink

    wah ni mesti klaka gler2..
    maklum la smue xpernah msuk tv..heheheee

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 8, 2009 at 3:21 pm | Permalink

      Semua ni pernah dan biasa masuk tv… MHI, Selamat Pagi Malaysia, Astro Ria..berlakon drama ngan filem pun ada! Cuma ini pengalaman pertama masuk game show…pastu kena buat stunt ala badut lagi! Tu yg rasa pelik ngan klaka sikit tu :lol:

      Reply
  6. leyaorleen's Gravatar leyaorleen
    December 8, 2009 at 4:58 pm | Permalink

    hahahaha…cakett perut laa..isk..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 11, 2009 at 11:08 am | Permalink

      sila pergi toilet ye… :D

      Reply
  7. onizuka's Gravatar onizuka
    December 8, 2009 at 5:39 pm | Permalink

    perghhh…
    artis lar bro ubi pasni
    nnti dapat tawaran berlakon pilem plak lar

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 11, 2009 at 11:09 am | Permalink

      bolehler berlakon ngan lisa surihani… boleh pegang-pegang tangan… peluk-peluk… oh! :twisted:

      Reply
  8. JimieRay's Gravatar JimieRay
    December 8, 2009 at 11:57 pm | Permalink

    Heheeee…..Dia punyer ulasan pun dah kelakar giler ni…tak sabar nak tunggu siaran dia.

    Bro, mohon kebenaran untuk letakkan gambar Bro yg cun tu kat blog saya. (Memang dah letak pun…)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 11, 2009 at 11:10 am | Permalink

      Salam bro Jimie,

      No hal… terima kasih atas review tu… satu penghormatan untuk saya! :)

      Reply
  9. nizeqt's Gravatar nizeqt
    December 10, 2009 at 1:30 am | Permalink

    lama da x bersua muka dgn kartunis kesayangan.. hahaha.. korg nampak tua dah..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 11, 2009 at 11:11 am | Permalink

      tua tapi makin hensem! :cool:

      Reply
  10. Amirez's Gravatar Amirez
    December 10, 2009 at 11:09 pm | Permalink

    haha..cenggitu rupanya gayour skang.
    baru kenal rupa soya cemana.
    mesti best tgk korang dlm ewah2 nanti.
    tp tv pun takde skang ni huhu.
    donlod kat web tv3 x best

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 11, 2009 at 11:11 am | Permalink

      kalau ada link donlod tu beritau saya ye… nak gak tgk kesentulan diri sendiri dalam tv! :lol:

      Reply
      • nizeqt's Gravatar nizeqt
        December 12, 2009 at 2:36 pm | Permalink

        hahaha…. klaka..

        Reply
  11. zuriati's Gravatar zuriati
    December 28, 2009 at 4:25 pm | Permalink

    salam, dah tgk dah. memang best & lawak tgk kartunis bermain.. yg paling best tgk a’an lukis muka munir, cantik..

    Reply
  12. Suria Basri's Gravatar Suria Basri
    December 28, 2009 at 4:26 pm | Permalink

    kartunis soya tu laki ke pompuan….

    Reply
  13. eita's Gravatar eita
    December 28, 2009 at 6:26 pm | Permalink

    assalamualaikum….
    wah..wah…akhirnya tercapai jugak impian saya nak tengok ubi n the geng dalam ewah2…
    saya tengok ewah2 sambil memasak.
    punyer lah excitednya.nasib tak hangit.
    nasib ada kroni yang bagitau pasal ewah2 kartunis kalau tak melepas lah saya nak tengok.
    tapi kan apasal ubi macam tak semangat je.
    tu pasal lah kalah.
    soya tu apasal gedik lebih sangat.tapi comellah.
    suka sangat tengok.lain kali masuk lah lagi game show macam ni.
    memang best sangat.

    Reply
  14. Jimmy MRR2's Gravatar Jimmy MRR2
    January 4, 2010 at 9:54 pm | Permalink

    Rasanya brader metro kena amik brader Ubi jadi penulis artikel kt sane. Sure menarik punye..

    Reply
  15. Hafizi's Gravatar Hafizi
    March 15, 2010 at 3:30 pm | Permalink

    dah lama tak tengok aktiviti kartunis….Gayour tu sy mmg minat ngan lukisan dia,kartun dia mmg cun…

    Reply
  16. mieqa's Gravatar mieqa
    February 17, 2011 at 6:59 pm | Permalink

    apew lah u all nieyh

    Reply
  1. Aktiviti Kartunis Ubi Julai - Disember 2009 | Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on January 13, 2010 at 4:02 am

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site