• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Download Komik Ubi Percuma!
» Kontroversi Aku, Dia & Volkswagen

Kartun Ubi yang Pertama di Majalah Ujang

May17
2008
52 Komentar Oleh Ubi

Hmmm… rasanya dah dekat seminggu saya ponteng dari menulis post baru untuk blog ni…
Heh biasalah… MELAYU MUDAH LUPA… :-P

Semuanya ni gara-gara balik kampung punya penangan!

Lepak, tido, makan, tengok awek-awek yg baru membesar, berpoya-poya dengan rakan sebaya, dan pelbagai lagi aktiviti membuang masa yg mengkhayalkan adalah rutin sepanjang saya berada di sana…

Rasanya hanya satu je benda tak membuang masa yg saya buat di sana…

Mengemas bilik

Dan ini pun dilakukan semata-mata kerana emak sudah membebel…

Namun dalam perlaksanaan “tugasan membodek emak” ini, saya terjumpa beberapa khazanah@pusaka lama yg saya rasakan menarik untuk dikongsikan bersama…

Salah satunya adalah lukisan kartun pertama saya yg tersiar di Majalah Ujang…

Kartun pertama yg menjadi pemangkin untuk saya terus terlibat secara serius dalam industri kartun tanahair…

kartun lawak antarabangsa ubi

Kartun Lawak Antarabangsa ni telah disiarkan pada 1 Sept 1994 untuk Majalah Ujang Edisi Bumper Merdeka No 14

Masa ni saya masih lagi di kampung, baru abis SPM, bekerja sebagai seorang pam attendan dan tolong kawan jual buah tembikai kat tepi jalan sepenuh masa. Lukis kartun ni cuma part time jer dan setiap ari Sabtu saya akan turun KL hantar kartun pada Brader Ujang.

Bila tau je dan tengok kartun ni tersiar kat majalah, tak dapat digambarkan perasaan saya di kala tu…

Gembira

Bangga

Teruja

Habis satu kampung saya jaja majalah tu dan kengkawan pun naik rimas dengan aksi menayang saya yg tiada sempadan tu…

Heh biasalah… MELAYU MUDAH RIYAK… :-P

Korang mesti perasan gaya dan mutu lukisan kartun pertama ni tak sama dengan lukisan saya sekarang

Buruk kan lukisan saya dulu?

Malu sebenarnya ni

…

Pasti kita semua ada pengalaman kali pertama untuk setiap perkara dalam hidup

Kali pertama ke sekolah

Kali pertama naik basikal

Kali pertama jatuh cinta

Kali pertama dating

Tak semua pengalaman pertama itu indah

Mungkin ada yg terkencing dalam seluar kali pertama ke sekolah, mungkin pulak korang pernah jatuh longkang dalam cubaan pertama menunggang basikal, atau direject oleh cinta pertama…

Tapi walau seburuk manapun pengalaman pertama, ia tetap akan kekal dalam ingatan

Tiada yg pertama, takkan ada yg kemudian

Walau seburuk manapun kartun pertama saya, pastinya saya takkan lupa dengannya

Pasti akan kekal hingga ke akhir hayat

Heh… tak semua perkara melayu akan mudah lupa… :-)

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang - Tag Kartun, kartunis ubi, Komik, lawak antarabangsa, Majalah Ujang
Similar posts
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi buk...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Kartun hari Jumaat II — Ibarat pepatah Me...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampa...
  • Jangan Pandang Belakang Anjing… — Berdasarkan kisah ...
« Download Komik Ubi Percuma!
» Kontroversi Aku, Dia & Volkswagen

50 Komentar Setakat Ini

  1. Gandum's Gravatar Gandum
    May 18, 2008 at 11:06 pm | Permalink

    Apo kabor Sobat

    lama tak dengaq cerita hang tau tau hang dah buat project sendiri…baguih laaa….

    amacam anak berapa dah? aku kat singapore la ni…berjuang dengan kerjaya lain pulak…melukis? masih melukis secara sukarela ajer…

    apa apa pun syabas dengan usaha ko…

    Reply
  2. aju's Gravatar aju
    May 19, 2008 at 11:20 am | Permalink

    taun 1994 ni daku baru darjah 5. masih lagi menelaah ujang hasil pembelian makcikku yg begitu setia melanggan majalah tersebut (dan aktiviti ini disambung anak buahnya pula kemudiannya). kalu x tgk betol2 mst x perasan ni kartun en UBI. sbb trademark mata bulat2 tu xde kat komik di atas.

    pengalaman kali pertama kantoi baca komik (ujang ke gila2 x igt): darjah 4.. x perasan ayah masuk bilik wat spotcheck semasa curik2 baca ujang yg diselit dalam buku latihan matematik. ces..

    Reply
  3. SangPelangi's Gravatar SangPelangi
    May 20, 2008 at 1:06 am | Permalink

    Wah.. pengalaman pertama memang indah.
    Teringat pengalaman pertama aku buat tulisan khat dulu. Huduh.. tapi memori la beb. Sekarang dah biasa tulis khat, so sikit-sikit improve la. Power tu tak la sangat. Kehkehkeh..

    aku suka kartun bro. Memang tak ada tiru mana-mana artis punyalah. Bro kongsilah tip-tip “mencari identiti hasil karya”. Saya betul-betul mahu tahu.

    Reply
  4. tun's Gravatar tun
    May 20, 2008 at 5:13 am | Permalink

    Aduhhhhhh…tergelak gak aku bila teringant dengan pengalaman2 pertama nie…sebenarnya ada gak citer aku nak kongsi dgn korang ni..Pertama kali aku dicintaii…wah…tajuk macam gempak jer kan..
    aku
    tahun 1996
    baru darjah 6..tak masuk JAWI pun lg…ader lah sorang minah ni…Rosmawati (nama sebenar)..lebih kurang macam tulah nama dia..kalau salah maafkan jelah aku secara online yer=)
    dia kasi surat cinta kat aku..apa lg..terperanjat beruk lah aku..mana tak nyer..aku xkenal oun minah ni,,lgpun aku ni mmg pemalu..korag nak tau apa jadik..aku pegi kelas budak tue..aku letak surat jiwang dia tu kat papan hitamm…hahaha..naper aku wat camtue yer…ntahlahhhhhhhh.aku pn xdpt lg jawapan nyer…haha
    tu lah cinta pertama aku..aku xpnh layan pn bdk tu…sampai sekarang..xtau aku apa jadik kat dia…dah jd mak org agaknyer…
    korang amacam lakkkkk..cinta pertama korang..hahaha…En UBI pn camner lak..xkan time jual tembikai tu tak tersengaja jual ayat kot…haha…tp apa2…aku setuju sgt dgn pepatah En. Ubi…tiada yang pertama,tiadalah yang seterusnyer…

    Reply
  5. lokman's Gravatar lokman
    May 20, 2008 at 12:40 pm | Permalink

    ubi kau ada lg simpan mjlh ujang lama?
    bagi priview la cover depan dia. heh.

    Reply
  6. Ubi's Gravatar Ubi
    May 20, 2008 at 1:56 pm | Permalink

    Gandum:
    Lu rupanya… bestla kau dapat pegi Singapore… Bolehla ngorat amoi kat sana…

    Aju:
    Adik-adik yg masih bersekolah, sila jgn ikut contoh di atas… :P

    Sang Pelangi:
    Memang betul tu… “The more u do it, the easier for u to do it more!”
    Bab cadangan tu, insyaallah pasal semua tu ada dalam perancangan. Cuma berikan sikit masa…
    Thanx for ur support!

    Tun:
    Apala kau… tak gentleman langsung! Kesian awek tu…
    Cinta pertama aku? Mana ada… aku jejaka suci…

    Lokman:
    Ada… mesti ada punya! Nanti aku cuba postkan…

    Reply
  7. titan's Gravatar titan
    May 25, 2008 at 3:07 am | Permalink

    huhu. memang lain gila..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 28, 2008 at 9:47 pm | Permalink

      Heh… :D

      Reply
  8. mee's Gravatar mee
    July 2, 2008 at 4:14 pm | Permalink

    aku rasa kebnyakan bahasa yang bdk bdk yg membesar ngan majalah ujang … menggunakan bahasa tersendiri .iaitu bahasa ujang…. wawaha.. kuat tul pengaruh majalah ujang…. tapi … yg hidup pasti mati… yg mati………

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 15, 2008 at 6:09 am | Permalink

      Ya… di suatu masa dahulu…

      Reply
      • pert_buyz's Gravatar pert_buyz
        September 9, 2011 at 11:31 pm | Permalink

        npe n 1 masa dlu… ad cer yg menarik kew????

        Reply
  9. cuteaslina's Gravatar cuteaslina
    July 25, 2008 at 8:45 am | Permalink

    1994…saye baru darjah 3 mase tuh…tapi kenal la sume jenis majalah2 kat pasaran…maklum laa…satu family suke membace…pengaruh besar dalam idup saye untuk bace majalah ujang ni…abang saye laa…dier la hasut kaw2 bace majalah2 nih…tapi tader la sampai selit2 dalam buku math…hue3x!! mak pun pesan..nak bace boleh je…tapi study kene la maintain…so far alhamdulillah laa…blaja ok…sume ok…bagus gak ader majalah camni…dapat gak release tension…hehe!! nak citer collection majalah saye ni banyak…tapi tu lah…dah semak sangat…ader plak dah kene sedekah kat umah anak2 yatim…wat hiburan dorang plak…

    Reply
  10. along's Gravatar along
    August 2, 2008 at 1:49 pm | Permalink

    salam….
    aiii..
    kenapa tak leh bukak laman web moy?

    Reply
  11. amir.mshah's Gravatar amir.mshah
    September 19, 2008 at 10:18 am | Permalink

    salam allz…
    pengalaman pertama beli Majalah Ujang siri #10, yg tak bestnya, majalah yg first aku beli tu kena klepet dgn member aku, Ejam…hish..cishh.

    Reply
  12. maskey's Gravatar maskey
    October 28, 2008 at 5:16 am | Permalink

    Assalammualaikum….
    saya nak sgt kerja sebagi kartunis freelance. Skarang nie saya study kt penang. Saya harap Tn.Ubi dpt member saya cadangan…

    Reply
  13. rovlizaru's Gravatar rovlizaru
    October 30, 2008 at 1:59 pm | Permalink

    hahaha….aku pun mnt gila ujang dulu masa mula2 ujang muncul.seingat aku thn 1994 la ujang mule2 kua.aku form 1.seigt aku krana pnangan majalah ujang aku sggup mengopak duit sbb tanak miss bace ujang.spai aku sggup la pcah tabung adik aku.aku manade tabung.hahahaha.tp papaehal pon aku mmg mnt gile dgn karya ko ubi.aku heran tol,mane ko dpt idea da.x pcah ke kpale ltt ko nak pk?dasat.aku doakan kjyaan ko ubi tp ko jgn eksen lak kalu dh bjaya tahap gaban.hahaha.

    Reply
  14. jue's Gravatar jue
    October 30, 2008 at 3:55 pm | Permalink

    Best ah ujang…masa budak2 dulu…
    dah lama tak baca ujang…

    Reply
  15. rovlizaru's Gravatar rovlizaru
    November 1, 2008 at 12:34 pm | Permalink

    job haper ko dpt dr petronas bro?dasat ar.huhuh.smoga bjaye bro!!!

    Reply
  16. niezarosa's Gravatar niezarosa
    November 23, 2008 at 9:38 am | Permalink

    aku miss gle kat bdk2 hostel ko tu..ms tu aku sek ren g.aku blajar sgguh2 harp dpt msk asrama dan merasai pengalam kat asrama mcm cte ko tu..tenq En.ubi di ats suntikan smngt melalui komik ko..temasukle hero ‘Aku dia dan Volkswgn..”..di manakah dia skrg??

    Reply
  17. ktb's Gravatar ktb
    December 10, 2008 at 1:05 am | Permalink

    yup kenangan mana bdk hostel tuh?izinkan hamba menga’adkanlink’ ke blog tuan hamba…tenkiu…

    Reply
  18. nurul's Gravatar nurul
    February 1, 2009 at 7:56 am | Permalink

    huhuhu..Ujang dulu memang best..

    Reply
    • muhammad naim's Gravatar muhammad naim
      December 2, 2009 at 11:08 pm | Permalink

      yeke….sekarang best ape….

      Reply
  19. tirmizi's Gravatar tirmizi
    February 1, 2009 at 11:52 am | Permalink

    mmg btl la …. ujang yang dulu tu banyak lwk yang mjd … tp yang sekrg macam ade kureng seikit la….

    Reply
  20. sawi's Gravatar sawi
    February 18, 2009 at 8:36 pm | Permalink

    idup lagi dia ni…? pe cite? brani post katun 1st reject le. @tirmizi. lawak le. lawaknye buat majalah lawak yg x lawak. masa pindah dulu lawak tertinggal kat plaza pengkalan.

    Reply
  21. yus89's Gravatar yus89
    March 6, 2009 at 8:09 am | Permalink

    alo brader..
    apahalah korang pun cite ujang(disc santet) tu bring giler ha…
    bikin cite tu biar la senonoh sikit, kalau bnyk tu bagus lagi la… tapi yang majalah tu lawak giler… sorry la brader, cakap je…

    Reply
    • usop's Gravatar usop
      January 7, 2010 at 2:39 am | Permalink

      gua sokong

      Reply
  22. iqbal's Gravatar iqbal
    March 7, 2009 at 8:20 am | Permalink

    berusaha lagi bro

    Reply
  23. Antu_Jopun's Gravatar Antu_Jopun
    April 6, 2009 at 7:15 am | Permalink

    tgk je gambar tu, sy trus pi belek ujang edisi bumper merdeka dan yg sebelum tu. baru perasan, mmg ini karya ubi yg first dlm Ujang.

    heh… mmg ada beza kartun bro ubi dulu dgn skrg.
    mungkin yg dulu blum nampak ciri kartun bro ubi yg sebenar (terlindung dek karektor idola mungkin).

    tp kalo ditatap balik, masih ada ciri-ciri yg kekal smpai skrg. tu mungkin identiti sendiri. Kalo dulu mungkin byk stroke-stroke background dan effect. kalo dulu line rambut cam lukis sehelai-sehelai. maklumlah cara lama. yg skrg stroke lukisan bro ubi makin simple… tp tak berubah sgt la. Nmpak improvementnya. sesuai dgn perkembangan semasa.

    keep it up bro… teruskan berkarya.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 2:06 pm | Permalink

      biasalah bab stroke berubah ni… penyanyi pun suara bertukar gak lama-lama. Ada bertukar secara sengaja dan tak disengajakan… cuma kita carik style yg terbest utk kita dan pembaca.

      Reply
  24. ashly's Gravatar ashly
    June 9, 2009 at 3:11 am | Permalink

    bro..nnt klu ade wallpaper baru,jgn lpe sent kt sye ye?

    Reply
  25. RUBY's Gravatar RUBY
    July 10, 2009 at 9:30 am | Permalink

    MALAS LER NAK BAGI KOMEN NANTI ABG UBI TAK REPLY SURE FRUST…..TAPI HARI TU NAMPAK ABG UBI DALAM MHI TV3… CUTE….HAHAHA

    Reply
  26. ieka's Gravatar ieka
    July 12, 2009 at 3:52 am | Permalink

    best sgt i ujang
    loving

    Reply
    • muhammad naim's Gravatar muhammad naim
      December 2, 2009 at 11:07 pm | Permalink

      tahu takpe…hehe….

      Reply
  27. baloot's Gravatar baloot
    July 21, 2009 at 3:52 pm | Permalink

    aku memang minat giler dengan kartun bro ubi ni.

    bro dulu SEMSAS kan? hee.. :)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 24, 2009 at 10:31 am | Permalink

      ye… tapi sampai form 2 aje psl genius sgt ;)

      Reply
  28. baloot's Gravatar baloot
    July 24, 2009 at 1:59 pm | Permalink

    uish, patut la kejap jek. hee.. :p

    Reply
    • Muhd Atif's Gravatar Muhd Atif
      November 13, 2009 at 6:41 pm | Permalink

      memg pun.

      Reply
  29. Muhd Atif's Gravatar Muhd Atif
    November 13, 2009 at 6:41 pm | Permalink

    aku memg ske krtun ubi nie besttttt….

    Reply
  30. Muhd Atif's Gravatar Muhd Atif
    November 13, 2009 at 6:44 pm | Permalink

    abg ubi memg hensem………

    Reply
    • usop's Gravatar usop
      January 7, 2010 at 2:38 am | Permalink

      gua rase ayah lu lagi hamsem

      Reply
  31. muhammad naim's Gravatar muhammad naim
    December 2, 2009 at 11:06 pm | Permalink

    aku memang minat ujang ni lagi-lagi bahagian mat dispat…..aku kurang bahagian macam cerpen ni kisah hntu la kebanyakan nya….

    Reply
  32. usop's Gravatar usop
    January 7, 2010 at 2:36 am | Permalink

    gua strat bace majalah ujang tahun 95 sampai 97 time tu bagi gua majalah ujang pling best tetapi pabila ujang bertukar tangan gua dah tak minat gua rindukan kartunis ujang yang dulu bergabung semula . dan kartunis ujang adalah lagend bg gua.

    Reply
  33. fanatik ujang's Gravatar fanatik ujang
    April 16, 2010 at 9:07 pm | Permalink

    saya mnat tol la ngan majalah ujang..fanatik giler..tapi saya rndu kartunis yg veteran2 la..kartunis skrang x best..xlawak..kalau ada majalah ujang thun 90an dijual,saya sggup bli..

    Reply
  34. INTAN SYAHIRAH ABDUL TALIB's Gravatar INTAN SYAHIRAH ABDUL TALIB
    May 22, 2010 at 11:33 am | Permalink

    best gak majalah ujang yg lamax2 nie… sya prnah bca mjalah ujang lama masa sya kat kampong,yelah kebas pak sedaranya ujang (diorg bli mjalah 2 masa dorg mudax2)

    Reply
  35. fakrol's Gravatar fakrol
    June 3, 2010 at 9:19 am | Permalink

    aku memeng suke gle tgok ujang cite dye mmg gle smpi nk pch prot aq bce…aku x ksh pch prot ke x ke aq x ksh asl kan dpt lyn ujang..klo aq tensyon ke aq lyn ujg r..pewh sonok wey..kdg-kdg aq bwk gi skh bku ujang aq bce ckgu mngajar kt dpn aku x ksh aq bce je last2 kne rmps bku and dok kt luar..hehehehe!!!!!!!

    Reply
  36. zafrul_speedodevo's Gravatar zafrul_speedodevo
    June 6, 2010 at 12:55 pm | Permalink

    aku pun SUKA mjalah ni dh brapa taun dh ak beli mjalah ni.tpi yng lcehnya duit ak pulak descending.hahahahha!!!!!

    Reply
    • Azim Ishak's Gravatar Azim Ishak
      June 16, 2010 at 8:45 am | Permalink

      Aik aku tengok kat kedai takde pun?

      Reply
  37. Azim Ishak's Gravatar Azim Ishak
    June 16, 2010 at 8:46 am | Permalink

    kedai buku pun takde?

    Reply
  38. nur husnina's Gravatar nur husnina
    June 4, 2011 at 9:33 pm | Permalink

    kalau aku ada duit aku beli , kalau xada aku tak beli

    Reply
  39. mijae's Gravatar mijae
    November 23, 2011 at 5:52 pm | Permalink

    gua mula2 layan kartun ubi yang aku, dia dan volkswagon…

    Reply
  1. Tips Asas Untuk Menjadi Kartunis Berjaya | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on January 19, 2009 at 12:26 am
  2. Selamat Hari Ibu dan Terima Kasih Mak! | Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on May 13, 2009 at 9:17 am

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site