• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Kartunis Pelukis Kelas Kedua?
» Rejabhad – Penghulu Kartun Malaysia

Suatu Ketika di Zaman Jahiliah III – Kartun TV Feveret

Mar29
2009
50 Komentar Oleh Ubi

Semasa saya kecik dulu, kartun di TV takler semewah seperti zaman sekarang ni…

Dulu takde Astro, Cartoon Network, Nickolodeon, internet dan lain-lain media kartun.

Yang ada cumalah RTM & TV3.

Jadi bebudak generasi saya tak punya banyak pilihan dan kami hanya dapat menikmati apa yg dihidangkan 2 stesen tv ni saja.

Walaupun begitu, banyak gak kartun best dan menarik yg mampu membuat saya melekat di tv setiap petang sampai tak ingat nak keluar main bola. Oh, mungkinkah ini sebabnya saya sekarang ni jadi kaki bangku?

Jadi untuk entri ni saya akan berkongsi ngan anda antara 10 kartun faveret saya di kala tu. Sekiranya anda bukan dari generasi saya, mungkin ada beberapa siri kartun di bawah ni tak pernah anda dengar pun. Bagi yg seusia dengan saya, jomlah kita sama-sama mengenang kembali zaman manis kanak-kanak kita dahulu…

Kita mulakan carta ni bermula dari nombor 10…

10. HE-MAN AND THE MASTERS OF THE UNIVERSE
Takde apa yg spesel sangat pasal kartun ni cuma ni antara kartun yg terawal waktu TV3 memulakan siarannya. Bila tengok balik sekarang ni, terasa betapa sentulnya kartun ni. Watak Skeletor tu takde nampak pun karismanya sebagai penjahat utama. Yg paling tak tahan adalah kostum He-Man ni… rasa macam ‘gay’ aje yg boleh pakai fesyen camtu! :lol:

 

9. G-FORCE @ BATTLE OF THE PLANETS
Kartun tahun 70an. Antara kartun ‘aksi anime’ terawal yg saya kenali. Waktu tu umur dalam 7 atau 8 tahun. Tak paham sangat cerita dia. Cuma tau orang baik lawan orang jahat, ada jet, lawan-lawan ngan tembak-tembak. Khabarnya movie dia yg bertajuk “Gatchaman” akan keluar dalam tahun depan.

 

8. TORITON
Kartun jepun alihbahasa ni femes masa saya darjah 5. Cerita pasal pengembaraan sorang budak yg boleh menyelam lama-lama dalam air dan ada pisau hikmat, mencari asal-usul keturunannya bersama sekor ikan lumba-lumba. Dia pun ada girlfren ikan duyung yg sangat comel.

 

7. SCOOBY DOO
Kartun thriller seram yg kelakar. Ceritanya pasal Scooby Doo yg bodoh dengan kawan-kawannya sebagai penyiasat hantu. Kartun ni popular gak dari dulu sampai sekarang dan rasanya kat Cartoon Network dah ada ditayangkan versi yg baru.

 

6. SPIDERMAN AND HIS AMAZING FRIENDS
Sapa tak kenal Spiderman? Dalam siri kartun ni, dia berganding bahu dengan Iceman ngan Firestar menentang orang jahat. Femes masa saya darjah dua dulu.

 

5. INSPECTOR GADGET
Seorang inspektor polis yg bodoh lagi bangang tapi boleh keluar macam-macam gadjet dari badan. Mujurlah dia ada anak sedara yg tolong setelkan semua misi-misi mustahil dia tu. Musuh utama adalah Dr Mad yg cuma nampak tangan ngan kucing dia aje. Go Gadget Go!

 

4. VOLTRON
Cerita kartun anime ni takde apa yg spesel sangat – orang baik lawan orang jahat dan last-last mestilah hero yg menang. Suka tengok design robot singa dia yg boleh bercantum jadik robot besar.

 

3. TRANSFORMERS
“Transformers, More than meets the eye!”. Autobots, Decepticon, Optimus Prime, Megatron, Soundwave, Bumblebee dan macam-macam lagi. Mulanya tujuan utama kartun ni dibuat adalah hanya untuk mempromosikan mainan robotnya. Tak sangka pulak boleh meletup femes sampai sekarang. Movienya pun box-office gila. Sequel no. 2 “Transformer – Revenge Of The Fallen” akan keluar tak lama lagi. Siap-siapler kumpul duit ye! ;)

 

2. CAPTAIN FUTURE
Kartun ni adalah antara kartun jepun alihbahasa yg terawal keluar kat TV Malaysia. Diadaptasi dari cerita pengembaraan sains fiksyen “Captain Future” karya Edmond Hamilton. Tak tauler apasal, tapi saya memang minat giler dan sampai sekarang masih lagi ingat ngan kartun ni. Jalan ceritanya best, penuh dengan saspen dan unpredictable. Design karakter, custome, ngan kapal angkasa dia pun boleh dipuji untuk kartun yg dibuat pada tahun 70 an. Saya selalu ponteng mengaji semata-mata nak tengok cerita ni dan pernah gak menangis teresak-esak sebab tak sengaja termiss satu siri. :lol:


*Terjemahan kata-kata sebelum lagu (lebih kurang yg saya ingat) – “Di abad ke 21, dunia di dalam keadaan huru-hara akibat peperangan di antara galaksi-galaksi di cakerawala. Di ketika itu muncullah seorang wira yg gagah berani menegakkan keadilan. Wira tersebut dikenali sebagai CAPTAIN FUTURE!…”

 

1. THUNDERCATS
Lion-O, Tygra, Panthro, Cheetara, Wilykit, Wilykat, Snarf dan Mumra… Oh ya, Cheetara memang sangat hot dan seksi! :mrgreen: Rasanya saya dan semua member-member gilakan kartun ni. Saya juga paling suka dengan intro themenya yg ada sedikit elemen rock – suatu pembaharuan dalam lagu tema siri kartun pada masa tu. “Cheetara lari laju, tertanggal baju…” – Satu rangkap dari lagu tema kartun ni yg dimodified dek bebudak dulu-dulu. Mungkin pasal lagunya memang best atau budak-budak tu memang teringin sangat nak tengok Cheetara tak pakai baju? :lol:

Kini walaupun sudah dewasa, saya masih lagi suka menonton kartun di masa lapang (mungkin kerana kerjaya saya sebagai kartunis kot…).

Saya sering jugak bertembung dengan beberapa orang atau laman blog yg menyatakan bahawa mereka tak suka, benci menonton dan membaca kartun.

Pada mereka kartun tiada faedah, manfaat dan hanya membuang masa sahaja. Oh, mungkinkah ini antara sebab-sebab mengapa ramai yg berpandangan negatif terhadap kartunis?

Saya tiada apa-apa masalah dengan kenyataan tersebut. Pada saya setiap orang berhak untuk menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing.

Cuma yg saya nak nyatakan adalah, semua BUDAK-BUDAK mesti sukakan kartun…

Dan pastinya semua orang dalam dunia ni, tak kira apa pekerjaan ataupun darjat, semuanya pernah jadi budak-budak…

Heh! ;)

Anda ada kartun faveret di zaman kanak-kanak dulu? Sila kongsikannya bersama. Anda juga dialu-alukan untuk memberi pandangan, soalan dan komen bernas di ruangan komen di bawah.

Kategori Kartun, Review - Tag animasi, anime, Kartun, spiderman, thundercats, transformers, voltron
Similar posts
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi buk...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Kartun hari Jumaat II — Ibarat pepatah Me...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampa...
  • Bonus?! Bonus Hari Raya ke?… — Khas buat anda yang...
« Kartunis Pelukis Kelas Kedua?
» Rejabhad – Penghulu Kartun Malaysia

50 Komentar Setakat Ini

  1. bobo's Gravatar bobo
    March 30, 2009 at 9:15 am | Permalink

    G.I Joe
    smurf
    sang kancil(TV pendidikan) he3

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 31, 2009 at 7:39 pm | Permalink

      minat gak ngan smurf tu :D

      Reply
  2. Kucing_Itam's Gravatar Kucing_Itam
    March 30, 2009 at 1:55 pm | Permalink

    Heheh… entry yg best… Sy pun suke Thunder Cats, Transformers, Inspector Gadjet, & Scooby Doo… Membesar dgn kartun2 macam ni… sangat nostalgic… Ermm, ade sape2 pernah tgk cite JEM tak? Sekumpulan kugiran wanita menyanyi… pastu ade rival yg dikenali sbg The Misfits… Byk lg kartun2 yg best kalo nak disenaraikan… Sekarang ni demam anime plak…Hmmm…

    Rindu plak nak jd kanak-kanak dumex! hehe…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 31, 2009 at 7:37 pm | Permalink

      jem n misfits yg boleh tukar rupa psl ada anting2 megik tu kan? ingat… ingat… hahaha!

      Reply
      • Kucing_Itam's Gravatar Kucing_Itam
        April 1, 2009 at 6:54 am | Permalink

        Eleh… yela kan.. kartun tu sume awek2 cun je…mestilah igt! hahaha XD

        Reply
        • Ubi's Gravatar Ubi
          April 1, 2009 at 8:36 am | Permalink

          hahaha! tau takper :cool:

          Reply
  3. azuzafu's Gravatar azuzafu
    March 30, 2009 at 2:53 pm | Permalink

    er.. er.. gaban leh kira katun x? seret gaban ke lobang setaaannn… :D

    ingat katun monyet degil makan segenggam lado api walaupun kancil kata “jangan monyet.. kita tak boleh makan buah tu..” pastu telinga dia berasap.. pastu melambung ke langit macam team rocket.. ahak ahak.. tengok sambil ketawa dan makan kek hiro..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 31, 2009 at 7:36 pm | Permalink

      kartun monyet sangkancil tu keluaran filem negara malaysia… ambik masa bertahun-tahun gak nak siap… ;)

      Reply
  4. onizuka's Gravatar onizuka
    March 30, 2009 at 4:54 pm | Permalink

    Dragon Ball rsanya…haha
    kartun lain rasanya aku x giler sgt..
    waktu zaman dragon ball, satu kelas aku siap lukis gambar superhero2 dia (mula manga dulu, baru anime)..haha..walaupun x berbakat sgt melukis ni..
    pastu mmg tahap dewa punya menyesal pergi tuisyen..
    psal terpaksa miss cite ni…heh
    skrg dah besar, fikir balik nasib baek aku x pontg kelas dulu..yosh

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 31, 2009 at 7:32 pm | Permalink

      bagus atas pengakuan jujurmu itu…

      Reply
      • onizuka's Gravatar onizuka
        April 1, 2009 at 3:14 am | Permalink

        cis, nyesal ngaku..haha..x pe lar,
        sekurang2nya aku x kaki bangku…

        Reply
  5. adam's Gravatar adam
    March 31, 2009 at 3:09 am | Permalink

    waktu aku kcik2 dulu dragon ball la pling popular..jgan ckap bdak kcik..bdak bsar pn siap b’gaduh nk tgk..ble ptg plak tgok power rangers..smpai skrg cite 2 ade..dah mcm2 klua..hahaaa

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 31, 2009 at 7:31 pm | Permalink

      power rangers hahaha! lama dah tak tengok… ;)

      Reply
  6. yonz's Gravatar yonz
    March 31, 2009 at 5:33 am | Permalink

    rasanya time aku dulu (awal era 90an), cter dragon ball.. manga dia tuh.. slalu pnjam ngn kwn n jiran.. sbb diri sndiri xmampu nk beli.. pastu cter along..
    a.l.o.n.g along!!
    tp along skang da xberapa best.. napa eh??
    mgkin sbb siti sifir dulu best kot..
    hoohhohoho….

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 31, 2009 at 7:30 pm | Permalink

      siti sifir dah besar skang ni… cun n dah bleh kawin ;)

      Reply
  7. budak lg's Gravatar budak lg
    March 31, 2009 at 2:48 pm | Permalink

    sme jg la……. dulu aku digelar “budak kartun” olh kwn2 ku….. bkn stkt dragon ball , ninja boy dan yang lain2 aku lyn je….. bkn setakat kartun dr barat dan asia ….semua aku lyn…….mmg otak kartun la ktkan…..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 31, 2009 at 7:29 pm | Permalink

      best layan kartun woo! :D

      Reply
  8. yonz's Gravatar yonz
    April 2, 2009 at 2:46 am | Permalink

    betol3!!
    best lyn kartun..
    smpai mk mrh sbb kalah anak sedara…
    huhuuuh…
    aku pon knk2 lg nih…
    adehhhhh…..

    Reply
  9. zwanrule's Gravatar zwanrule
    April 4, 2009 at 11:22 am | Permalink

    keluang man best wooo… balik main bola awal2 sbb nk tgok keluang man, kawan baik dia tiong man… lagu tema dia kalu x salah aku si trisha @ krisya yang nyanyi.. cun giler….

    Reply
  10. kakeru's Gravatar kakeru
    April 11, 2009 at 5:06 pm | Permalink

    Kartun best dulu2.. Hurmm.. byk gak, Ubi. Antaranya ialah Kickers (team bola sepak yg ade kapten yg hensem..ahah!), Daddy Long Legs (kisah Juddy Abott, anak yatim yg ada ayah angkat berkaki pjg..hoho..), Tomato-Man (toma..toma..to ma to ma mu.. kisah famili sayur2an yg bermasyarakat), Doraemon (sampai bila2 takleh lupa) dll.

    Kartun Daddy Long Legs tu mmg takleh tinggal. Balik sekolah konfem takleh kalih mata depan tv..hoho.. Sampai la ni sy dok mencari koleksi kartun Daddy Long Legs tu, baik dapat..yay! ;) Diikuti la dgn kartun Tomato-Man dan Kickers. Sape berani tutup tv time syok tengok kartun ni, siap arr kena kejar.. ;)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 1:59 pm | Permalink

      betul gila kartun gak awak ni ye… ;)

      Reply
  11. Nur's Gravatar Nur
    April 21, 2009 at 3:36 am | Permalink

    masa zmn kanak2 dl kartun yg paling femes ialah kickers. yg main bola 2. pastu tomatoman, doraemon..
    2 je ingat

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 1:50 pm | Permalink

      oh… saya cuma tau doraemon aje… yg kickers ngan tomatoman tak sempat tengok…

      Reply
  12. shazmiey's Gravatar shazmiey
    April 26, 2009 at 3:58 pm | Permalink

    sy pon suka daddy long leg juga tomatoman.. satu lagi katun tom sawyer yg ada awek nama betty.. (satu era ngn daddy long leg). best~~

    lagi lagi… ehm… nak sangat mana2 tv siar balik katun2 FNM.. katun2 pendek rakyat cam sang kancil dan buaya, ngn kerbau, ngan monyet tu.. cute sore kancil tu..

    “satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk!.. hahahahahah” *sila baca smbil buat sore kecik..cummill~~*

    hehehe

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 3, 2009 at 3:07 pm | Permalink

      hehehe! :D

      Reply
  13. zul's Gravatar zul
    May 11, 2009 at 12:51 am | Permalink

    cumi dan ciki + kartun jepun…kalu x silap ‘tempe’ – ala2 transformers jugak…huhuhu

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 14, 2009 at 5:07 pm | Permalink

      hahaha! saya ingat ‘tempe’ tu! cumi dan ciki? wazata zain ingat tak? :lol:

      Reply
  14. faidzal1982's Gravatar faidzal1982
    May 11, 2009 at 1:09 am | Permalink

    bro ubi… kartun2 ni zaman bila punye? time saya kecik dulu hujung 80an dan awal 90an… banyak gak kartun2 best. antaranye…
    - King Arthur and the knight of the round tables.
    - Visionaries: Knights of the Magical Light
    - Captain N: Game Master
    - The Centurions
    - Dino Riders
    - Dungeons and Dragons
    - Jayce and the Wheeled Warriors
    - ROBOTECH/MACROSS
    - Mobile Armored Strike Kommand (M.A.S.K.)
    - Pole Position
    - Saber Rider and the Star Sheriffs
    - She-Ra: Princess of Power
    - The Spiral Zone

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 14, 2009 at 5:06 pm | Permalink

      tu semua kartun awal 80an

      Reply
  15. Amirul's Gravatar Amirul
    May 11, 2009 at 2:08 am | Permalink

    salam ,
    mcm orang lain jugak, pun ada siri kartun kegemaran masa kecik2 dulu, saya paling minat ngan anime robot cam macross/robotech. saya sangat teruja bila tengok robot dia beraksi menentang kaum makhluk asing. sebab zaman tu kartun robot lain rekaan robotnye tak real mcm robotech tu. banyak lagi katun lain yang saya minat masa kecik2 dulu tapi xleh nak tulis kat sini sbb byk sgt, smpai skrg umur dah cecah 30 pun boleh layan katun lagi walaupun xfolow sgt mcm kecik2 dulu.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 14, 2009 at 5:06 pm | Permalink

      macross tu pun feveret saya gak… cuma tak habis tengok ending dia…

      Reply
  16. chokilala's Gravatar chokilala
    May 18, 2009 at 3:02 am | Permalink

    saya lahir hujung tahun 80-an. cerita-cerita yang ubi list tu agak asing pada saya melainkan thundercats. ingat scene yang dia kuar pedang pastu sebut “thunder thunder thundercats.. hoooo!”. haha

    abg saya yang dpt byk tgk kartun awal2. dia suka gay-man, oops! kikiki. he-man n gi joe

    saya plak tgk kartun yang 90-an mcm doraemon, tomatoman, anak-anak sidek, usop sontorian. yang kartun sang kancil filem negara tu mmg xkuar lagi eh? rindu la. kalau bdk2 skrg dpt tgk kan best. sampai skrg masih ingat. hoho

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 18, 2009 at 6:44 pm | Permalink

      lahir ujung 80an? kanak-kanak riang lagi rupanya… :D
      budak2 skang ni lagi macam2 pilihan kartun utk diorang…

      Reply
    • Kaizer's Gravatar Kaizer
      August 20, 2009 at 3:52 pm | Permalink

      hehe..chechoki pon ade gak suke katun ek?saya dulu mmg giler katun sampai la ni..hehe..ni antara list die mengikut peredaran zaman..hehe..

      Gaban, Flashman, Maskman, Tomato-man, Baja Hitam (minat giler),Doraemon, Power Rangers, Captain Tsubasa(most addict), Kickers, Usop Sontorian, dan bermacam2 jenis lagi…hehe..termasuk katun yang ubi post tu..hehe..

      Reply
  17. luqman's Gravatar luqman
    May 24, 2009 at 3:51 am | Permalink

    ubi ko ingat x citer tomatoman katun jepun yg kepala dia tomato ngan kwn2 sayur dia 2

    Reply
  18. en.lobster's Gravatar en.lobster
    May 25, 2009 at 6:57 am | Permalink

    ermm.. kickers??

    Reply
  19. Pyant's Gravatar Pyant
    May 28, 2009 at 1:38 pm | Permalink

    Saya lahir dalam tahun 80-an…memang banyak kartun yg best tahun 2 spt :
    1. GABAN > minat giler
    2. Mospeada
    3. Flashman > paling minat tp x habis tengok
    4. Maskman
    5. Mask Rider Black > paling minat
    6. Toriton
    7. Moero Attack >awek seksi main bola tampar
    Ada banyak lagi tp x ingat…..

    Reply
  20. Nor Aisyah's Gravatar Nor Aisyah
    May 30, 2009 at 2:18 pm | Permalink

    time kecik2 dlu…giler cite sailormoon..

    Reply
  21. Ai's Gravatar Ai
    June 9, 2009 at 4:56 pm | Permalink

    Hmm..saper yang tak minat kartun tu…bagi ai ruginyaaaaa mereka… hehehe… for me, cartoon is one way of releasing our tense… dan sebab minat kartun la orang slalu ingat ai nie masih bujang…hehehe… biar laa kena kutuk or sakat..tetapi kartun tetap di hati :D

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 13, 2009 at 11:52 pm | Permalink

      gud 4 u! :cool:

      Reply
  22. Zumra's Gravatar Zumra
    June 11, 2009 at 3:13 am | Permalink

    Aku suka ngan Captain Future… x salah ari jemmat petang kot. Masa tu mesti aku liat nak gi sekolah agama… Apa lagi ponteng la… satu lagi ingat citer Tempe bukan makanan tau… katun robot gak

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 13, 2009 at 11:49 pm | Permalink

      Uishh… ni memang OTAI ni! :cool: Saya sendiri pun dah lupa pasal robot TEMPE tu… :D

      Reply
  23. zero_luna's Gravatar zero_luna
    November 28, 2009 at 12:34 am | Permalink

    wahahaha..sembang pasal kartun..sampai bila pun x abis rasanya..
    tiba2 jadi rindu gila ngan kartun2 zaman2 itu, macam thundercats,captain planet,tomatoman dan sebagainya..
    walaupun lahir di hujung2 80-an, nasib baik la sempat jugak menikmati kartun2 yang menarik (pada zaman itu)

    sampai sekarang pun tgk kartun, sampai kena marah ngan mak..sbb daei satu kartun ke satu kartun (dah ada channel kartun kan)
    ..die risau ank die x kembali ke dunia nyata..
    ahahahah~

    Reply
  24. nip's Gravatar nip
    March 28, 2010 at 11:56 pm | Permalink

    rindunya nak tengok tomatoman. :)

    Reply
  25. Mashi's Gravatar Mashi
    March 29, 2010 at 12:49 pm | Permalink

    sume cter ni feveret sy masa kecik2 dulula :)

    Reply
  26. Torres's Gravatar Torres
    April 23, 2010 at 12:57 pm | Permalink

    wah.. nak tambah ada siri jepun ala2 maero attack, Miss Comet! awek tu ada tongkat sakti. best!
    x dilupakan CyberCop.
    lagi ada silverhawks

    Reply
  27. yantie's Gravatar yantie
    May 12, 2010 at 7:14 pm | Permalink

    sy paling suka kartun SAILORMOON, FLASHMAN, DORAEMON, POWER RANGERS, n byk lagi.. sampai skang minat tgok kartun.. dpt pakwe pun satu kpale, minat kartun… komik berak-rak kt umh.. smpai ma n papa aku ckp aku ni otak kartun.. hahaha.. ade ke patut..

    Reply
  28. ayu's Gravatar ayu
    May 20, 2010 at 3:53 am | Permalink

    crita ALONG di tv1 ke 2 tue.. tak pasti. tp plg best part siti sifir.. hhhihiiihi

    Reply
  29. mizz nur's Gravatar mizz nur
    November 6, 2010 at 9:47 pm | Permalink

    hello,assalamualaikum…sya memang respek betul la kepada kartunis UBI….

    Reply
  30. mizz nur's Gravatar mizz nur
    November 6, 2010 at 9:48 pm | Permalink

    korang suke tak kartun doraemon…..???sya suka sgt tau..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site