Karma oh Karma…

Semalam aku layan lagu lama Matchbox Twenty ni yang aku rasa dah cukup best dan cool untuk insan hensem sebaya aku…

Anak saudara aku yang baru darjah satu dan tengah lepak melukis sebelah aku tiba-tiba aje boleh sound – “Lagu apa ni? Ntahape… tak best langsung!”

Tak best ke?

Mungkin tak kena dengan selera budak zaman dia…

Atau ini kali pertama dia dengar lagu ni…

Ataupun dia ni memang takde taste dalam muzik!

:)

Reaksi aku?

Aku okey aje pasal teringat waktu zaman remaja dulu pun aku pernah tersound orang yang lagi tua macam tu…

Dan aku percaya, di suatu hari nanti bila anak saudara aku ni dah dewasa, dia pun mungkin akan kena sound macam tu jugak dengan orang yang lebih muda.

Masa tu baru kau akan tahu langit tu tinggi ataupun rendah… Keh! Keh! Keh!

😈

p/s – Ini namanya KARMA… What you give, you get back! 😉

Komen dan Pendapat Anda?

6 thoughts on “Karma oh Karma…

    1. Aah. Banyak juga lagu diorang ni yang best. Terima kasih banyak pada Encik Oren yang kenalkan saya yang buta muzik dengan grup dan Rob Thomas ni 😀

  1. Sebenarnya karma x semestinya kena tgg dia besar…..
    kau wresting kan je dia waktu tu..bagi cop slam sikit…
    on the spot punya karma ..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *