• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Selamat Tinggal Aku Dia & Volkswagen…
» Berita! Pengumuman! (takde kena mengena ngan pose…)

Ramadhan, Aidilfitri & Kad Raya Kartun Kembali Lagi!

Aug23
2009
13 Komentar Oleh Ubi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pengunjung sekalian…

Pertama-tamanya, diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak yg mulia ini. Semoga kita akan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan yg bakal mendatang sepanjang menjalani ibadah puasa ni… Aminn!

Sempena bulan yg mulia ini juga, saya juga telah melancarkan sekali lagi Pakej Kad Raya Kartun Digital untuk memudahkan anda memberi ucapan selamat berpuasa dan raya Aidilfitri kepada keluarga, sahabat handai dan awekz-balak yg tersayang.

Sebenarnya Pakej Kad Raya Kartun ini pernah dibuka jualannya pada bulan puasa tahun lepas. Saya juga pernah terniat untuk tidak menjualnya semula kepada sesiapapun selepas jualannya ditutup.

Namun sebulan kebelakangan ini, banyak sangat email gangguan seksual yg meminta saya membuka jualannya semula kepada orang ramai. Setelah berfikir panjang dan demi untuk tidak mengecewakan peminat serta memikirkan keuntungan besar yg bakal diterima, maka saya membuat keputusan untuk memberi peluang sekali lagi kepada anda semua untuk mendapatkan Pakej Kad Raya Kartun ini.

Pakej ini mengandungi lebih 40 gambar grafik kad raya kartun yang amat menarik hasil air tangan saya sendiri (puji diri sendiri…). Semua gambar adalah dalam format JPEG dan GIF serta didatangkan dalam lebih 20 jenis saiz yang sesuai untuk semua jenis dan model handphone dalam dunia ni…

Selain untuk penghantaran melalui MMS, Pakej Grafik ini juga sesuai untuk penghantaran melalui email. Sangat sesuai untuk ucapan puasa dan raya dengan imej kad dan cara yang ceria dan menghiburkan!

Anda boleh mengedit gambar tersebut dengan memasukkan URL web/blog/email/nama syarikat. Sangat bagus untuk membina hubungan dan branding. Dan sekiranya subscriber/pelanggan korang suka dengan gambar tersebut, ada kemungkinan mereka akan mengforwardkan kad tersebut (yg ada URL web/blog/email/nama syarikat) kepada rakan-rakan mereka – viral marketing secara percuma dan semulajadi!

Ni salah satu contoh kad dengan URL web saya…

Sememangnya Pakej Kad Raya Kartun Ramadhan & Aidilfitri ini:

  • Mengandungi ucapan-ucapan kartun puasa/raya yang merangkumi keluarga, humor, romantik, berbentuk nasihat, serta mengandungi petikan Hadis dan Al-Quran. Ia amat sesuai untuk semua golongan di muka bumi ini!
  • Dapat menjimatkan WANG, MASA, dan TENAGA korang jika dibandingkan dengan cara penghantaran kad raya biasa
  • Boleh digunakan sampai bila-bila pun selagi ianya ada dalam simpanan anda

Sebahagian gambar grafik kartun dari Pakej ini…

Amacam? Teruja?

Selain dari lukisan kartun yg mengancam, anda juga berpeluang untuk mendapat 3 bonus bernilai hebat dengan setiap pembelian!

  1. Gambar sketch autograph peribadi beserta nama anda eksklusif dari saya, di atas kad bersaiz A4 yang cantik dan menarik serta akan dipos terus ke rumah anda secara percuma (Malaysia sahaja).
  2. Baucer Tambahan Diskaun 20% untuk perkhidmatan karikatur berwarna di UbiKarikatur.com (sah selama setahun untuk tempahan maksimum 2 orang).
  3. Update PERCUMA untuk SEUMUR HIDUP! – Akses DOWNLOAD sekiranya ada design Kad Raya terbaru daripada Ubi di tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya secara PERCUMA SEUMUR HIDUP!

Untuk permulaan, Pakej Kad Raya Kartun Digital ini akan ditawarkan pada harga RM27 untuk 200 yg PERTAMA.  Selepas kuota 200 orang ini habis, harga jualan akan DINAIKKAN kepada RM37!

Jika berminat, jangan berlengah lagi untuk mendapatkannya dengan harga tawaran menarik ini!

Untuk makluman anda juga, jualan pakej ini hanya akan dibuka sehingga  15 September 2009 sahaja.

Untuk tidak ketinggalan memiliki Pakej istimewa ini beserta bonusnya, bolehlah membuat tempahan anda di kadraya.kartunisubi.com sekarang juga!

Akhir kata Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan eratkanlah Silaturahim anda dengan yang tersayang di bulan yang mulia ini…

Sahabat Kartunis Anda,

Kategori Kartun, Kartun Ubi, Produk Kartun Ubi, Review - Tag handphone, hari raya aidilfitri, hari raya puasa, kad raya kartun, Kartun, kartun raya puasa, Kartun Ubi, kartunis ubi, mobile phone, produk ubi, ramadhan, selamat berpuasa, selamat hari raya, syawal
Similar posts
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi buk...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Kartun hari Jumaat II — Ibarat pepatah Me...
  • Selamat Hari Raya Aidiladha 1432 Hijr... — Assalamualaikum bua...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampa...
« Selamat Tinggal Aku Dia & Volkswagen…
» Berita! Pengumuman! (takde kena mengena ngan pose…)

13 Komentar Setakat Ini

  1. aiereast's Gravatar aiereast
    August 23, 2009 at 12:39 pm | Permalink

    wa…best2, akhirnya penantian selama setahun dapat ketemu juga. hu3….

    Reply
  2. Nurul's Gravatar Nurul
    August 23, 2009 at 10:20 pm | Permalink

    Patut ar kartunis ubi dapat buat duit waktu tido..
    -MCC Sabah-

    Reply
  3. safar's Gravatar safar
    August 24, 2009 at 11:09 am | Permalink

    Cantiknya grafik kantunis…….

    Reply
  4. chokilala's Gravatar chokilala
    August 25, 2009 at 11:21 am | Permalink

    yang diskaun 20% tu sendiri dah melebihi harga pakej. memang berbaloi-baloi. rugi kalau xbeli. aku dah lama beli. hihi :P

    Reply
  5. Nadia Bahrum's Gravatar Nadia Bahrum
    August 25, 2009 at 8:51 pm | Permalink

    ye.. saya pn dh order pakej ni! memang memuaskan dan berbaloi-baloi! kartun ubi memang cute2! tak sabar nak order karikatur plak.. ada diskaun lg!

    thanks ubi.. saya memang puas hati sgt dgn pakej kartun ni.. keep up the good work! :D

    Reply
  6. ahmad nizam's Gravatar ahmad nizam
    August 26, 2009 at 3:47 pm | Permalink

    dah download dah! sangat PUAS HATI. caya lu bro Ubi :)

    Reply
  7. aeril77's Gravatar aeril77
    August 26, 2009 at 4:55 pm | Permalink

    slmt bposa mksih mnyenangkn kije sy tk ucpkn slmt hr ry kt kaum krbt,sohabt hndai,musoh seteru ekkk ni nk bg tau sy dh tuko email br aeril77@yahoo.com.my wokeh slmt bposa tk bro ubi n kru

    Reply
  8. sinichi san's Gravatar sinichi san
    August 26, 2009 at 6:38 pm | Permalink

    very kalerful. 2 thumbs up! :D

    Reply
  9. notAsenpai's Gravatar notAsenpai
    August 26, 2009 at 8:52 pm | Permalink

    berbaloi2..jimat kad raya tiap2 thn.haha.
    smbil anto kad raye, smbil promote site.cantik!!!

    Reply
  10. Amim's Gravatar Amim
    August 27, 2009 at 2:39 pm | Permalink

    kene beli ni.
    tapi duit belom ade..
    nnt akan ku beli juge. best ni..
    :)

    Reply
  11. RAFIQUE's Gravatar RAFIQUE
    August 27, 2009 at 4:11 pm | Permalink

    BEST SEKALI DAPAT KUPON KARIKATUR DARI UBI. NILAI DISKAUNNYA PUN LAGI BANYAK DARI HARGA PAKEJ NI. MEMANG LEBIH BERBALOI-BALOI! :D

    Reply
  12. Nazrin's Gravatar Nazrin
    September 3, 2009 at 5:23 pm | Permalink

    macam ner nak guna kupon 20% untuk wat tempahan karikatur tu>>??

    Reply
  13. firdauz's Gravatar firdauz
    September 4, 2009 at 8:05 am | Permalink

    ari nih terjumpa satu minisite yg turut menjual produk yg sama; Kad Raya Digital oleh 6 pelukis berlainan.

    http://www.kadraya.kedaikreatif.com

    Tapi saya lihat bro yg jd pelopor pertama. Hehehe skdr pandangan saya kerana saya percaya rezeki memasing kan bro?

    Semoga sukses selalu.

    Salam Ramadhan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site