Assalamualaikum buat semua pembaca yang beragama Islam…

Alhamdulillah… setelah berlalunya Ramadhan, Syawal dan Zulkaedah; kita masih lagi bernyawa dan bernafas untuk menyambut Zulhijjah – Bulan terakhir dalam kalendar Islam, antara bulan terpenting yang memberi seribu makna terutamanya buat mereka yang menunaikan ibadah haji – rukun kelima yang melengkapkan diri kita sebagai umat islam.
Sempena dengan Aidiladha yang bakal menjelma dalam masa beberapa hari saja lagi, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh pelusok dunia.
Semoga segala usaha dan pengorbanan kita selama ini memberi manfaat buat diri, keluarga, bangsa dan agama. Semoga memperolehi keberkatanNya dan senantiasa mendapat yang terbaik, dunia maupun akhirat. Amin…
Sahabat Kartunis Anda,

Facebook.com/KartunisUbi
Twitter.com/KartunisUbi






SALAM…SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BUAT KARTUNIS UBI SEKELUARGA…
Selamat Hari raya Aidiladha..
Selamat Hari Raya Aidiladha.. Segala apa yang kita korban di dalam hidup ini hanyalah semata-mata kerana Allah ta’ahlah.
Assalam….Selamat Hari Raya Aidiladha untuk Kartunis Ubi sekeluarga
selamat hari raya aidiladha bro…balik kampung hati2 yer….
salam aidil adha pada suma umat islam n khusus for kartunis ubi gak..
as salam..selamat hari raya aidiladha buat kartunis ubi dan shbt2 semua..tahun ni beraya di perantauan..huhu..xrase pun suasana nk raya.kalo balik pantai timur,kelantan pasti meriah…papepun semoga kita semua bergembira di hari raya…:)
salam, slmt hr raya aidiladha jga buat kartunis ubi skluarga.
assalamualikum….
selamat menjalani ibadah pose…..
selamat menjalani ibadah korban encek ubi..hati2 di jln raya^^
salam buat abg ubi..
semoga raya aidiladha kali ini lbh bermakna dr thn lps…
selamat pulang ke kg….berhati2 d jalan raya…jika letih memandu carilah hentian rehat utk berehat..akhir sekali igt lah org tersayang….
wa’alaikumussalam
buat kartunis ubi sekeluarga…terima kasih di atas segalanya…
disini saya ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat menyambut aidiladha buat kartunis ubi sekeluarga…rancang perjalanan bagi mengelakan rindu yang berpanjangan…semoga selamat sampai ke destinasi
shuib
Assalammualaikum… Kepada saudara ubi sekeluarga, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil’Adha. Sama-samalah kita menghayatinya. Dan tidak lupa juga buat semua umat ISLAM.
Salam Aidiladha buat Saudara Ubi Dan keluarga serta semua umat Islam di di seluruh dunia.
Salaam Ukhwah Fillah dan Salaam AidilAdha….
” SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SAUDARA UBI DAN SAHABAT2 UBI SEKALIAN.”
MOGA HARI RAYA AIDILADHA KALI INI BERMAKNA BUAT KITA SEMUA.SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH KORBAN…
HATI2 DALAM PERJALANAN PULANG KE DESA.INGATLAH ORG YANG TERSAYANG.T.CARE… (~ ; ^).WASSALAM…
Salam Aidiladha buat Saudara Ubi .
Selamat Hari Raya Aidil Adha abg Ubi… Berhati2 dijalan raya semasa pulang ke kampung halaman nanti…
as.salam.
selamt menyambut hari raya aidiladha atau hari raya haji kpade smua umat islam….
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Salam Aidiladha buat Saudara Ubi Dan keluarga serta semua umat Islam di deluruh dunia.
Semoga Aidiladha kali ini dapat memberi pengertian yang sungguh bermakna buat kita semua.Amin.
Kepada Saudara Ubi,Hati-hati semasa pulang beraya tu…kalau memandu,pandu dengan cermat..
Wassalam.
a’kum kartunis ubi..
salam aidil adha..sy pun esok masih bekerja lagi.nasib baik kg dkt je..)
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada Kartunis Ubi & keluarga. Semoga kita sama-sama dpt menghayati erti pengorbanan di sebalik ibadah korban yg di lakukan ^_^