• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« HakCipta @ Copyright – ‘Fair Use’
» Pengumuman Untuk Semua yg Prihatin!

HakCipta @ Copyright – ‘Work For Hire’

Feb19
2009
34 Komentar Oleh Ubi

Artikel ini adalah bahagian ke tiga sambungan dari:

  • Bahagian 1 – HakCipta @ Copyright – Pengenalan
  • Bahagian 2 – ‘FAIR USE’

BAHAGIAN 3 DARIPADA 4 – ‘WORK FOR HIRE’

Pada setiap karya perlulah dinyatakan dengan dengan jelas siapakah PEMILIK atau PEMEGANG HAKCIPTANYA (atau lebih jelas lagi – siapakah yg berhak mendapat keuntungan daripadanya!).

HAKCIPTA secara automatiknya adalah hakmilik mutlak pencipta atau pengkarya asal. Ia boleh dipegang dan dimiliki atas satu nama ataupun lebih (sekiranya karya itu ditulis atau dicipta lebih dari seorang).

Seperti HARTA atau PROPERTY lain, ia juga boleh dijual, disewa, diserah hakmilik dan diberi percuma kepada orang lain. Sekiranya pemilik asal meninggal dunia (secara rela ataupun tidak), HAKCIPTA tersebut akan diserahkan kepada anak ataupun waris terdekat.

Tetapi seandainya pengkarya tersebut diupah atau dibayar untuk menghasilkan sesuatu karya, maka beliau tidak lagi berhak ke atas karya ciptaannya itu…

Untuk makluman, sekiranya anda dibayar gaji oleh majikan untuk berkarya, maka HAKCIPTA karya tersebut secara automatiknya akan menjadi HAKMILIK MAJIKAN anda.

Sebagai contoh, ketika bekerja di Majalah Ujang saya telah menghasilkan komik Budak Hostel, Aku Dia & Volkswagen dan IN. Saya telah dibayar gaji (yg boleh dikira lumayan jugak) oleh bekas majikan saya untuk tidak tidur malam menghasilkan kesemua karya tersebut sebaik dan sekreatif mungkin.

Dan kerana itu kesemua karya agung yg tersangat best itu menjadi HAK MUTLAK bekas majikan saya. Mereka berhak untuk membuat apa sahaja (dan mendapat keuntungan) dengannya. Mereka boleh mengubah jalan cerita, menulis sequel, mengupah pelukis lain untuk melukis siri baru* dan menyimpannya menjadi pekasam (itulah yg berlaku sekarang) sekiranya mereka mahu.

*Untuk pengetahuan, siri IN di dalam Majalah Blues Selamanya bukanlah hasil dari air tangan saya. Sekian, harap maklum.

Untuk mengubah senario di atas daripada berlaku, anda perlu membuat satu PERJANJIAN BERTULIS dengan majikan anda. Mungkin anda boleh nyatakan dalam perjanjian tersebut bahawa  pihak mereka hanya mendapat kebenaran untuk Terbitan Pertama, Hak membuat filem sahaja ataupun apa sahaja asalkan HAKCIPTA karya tersebut adalah HAKMILIK MUTLAK anda.

Sekiranya anda seorang freelancer dan diupah untuk menghasilkan satu karya seni, pastikan dinyatakan secara terang dan jelas di dalam kontrak mengenai pemilikan HAKCIPTA ke atas karya tersebut. Sekiranya tidak, karya tersebut secara automatik menjadi hakmilik pihak yg mengupah anda.

Anda boleh menjual terus HAKCIPTA tersebut sekiranya anda mahu, tetapi pastikan ia bukan diberi atau dijual dengan harga yg murah!

Mengikut undang-undang, HAKCIPTA @ COPYRIGHT menjadi hakmilik anda sepanjang hayat (selagi anda tidak menjualnya) dan 70 tahun selepas anda meninggal dunia. Hmm… panjang sungguh masa untuk berjoli katak dan enjoy hasil dari titik peluh anda itu!

:cool:

Selepas 70 tahun (pada asalnya 50 tahun**) anda meninggal dunia, karya anda itu secara automatik dikategorikan sebagai PUBLIC DOMAIN – iaitu ianya boleh diguna/dipakai/diperdagangkan oleh sesiapa sahaja tanpa perlu meminta keizinan dan membayar sebarang royalti.

Walaupun selepas tempoh pemilikan tamat, ada sesetengah karya itu masih memberi keuntungan yg besar kepada pemiliknya. Sebagai contoh, Mickey Mouse milik Disney sepatutnya sudah boleh dikategorikan sebagai Public Domain pada 1999. Namun atas kebijaksanaan (atau ketamakan) pemiliknya, mereka telah melobi Kongres dan akhirnya Presiden Bill Clinton telah meluluskan Sonny Bono Copyright Term Extension Act yg membolehkan pemilikan mereka ke atas karakter terkenal itu dipanjangkan tempohnya. Untuk cerita selanjutnya, sila bacanya di sini

**Hasil daripada Sonny Bono Copyright Term Extension Act, tempoh ini telah dilanjutkan dari 50 tahun menjadi 70 tahun.

Untuk bercerita lebih lanjut, samada anda suka, setuju ataupun tidak, sekali lagi karya agung “Satria Chopper” dari HakCipta @ Copyright – Pengenalan terpaksa saya jadikan sebagai contoh.

Selepas berusaha berhempas pulas, saya dan Eddy akhirnya berjaya juga menyiapkan komik tersebut. Sebagai pemilik, kami mempunyai kuasa ke atas keseluruhan konsepnya, bekerjasama dengan penerbit Sembilu untuk menjadikannya filem, memberi kebenaran kepada J.K Rowling untuk menulisnya sebagai novel, membuat lamanweb, mencetak t-shirt dan segala macam projek yg kami rasakan boleh mendatangkan hasil yg lumayan serta membuat semua awek-awek cun di sekolah tergilakan kami.

Tetapi bagaimana sekiranya ada mangkuk ayun yg melanggar dan mencuri hak kami itu? Okey, memang kami ada bukti kukuh bahawa karya agung tersebut adalah hak kami berdua dan seandainya perkara ini dibawa ke mahkamah, pastinya keputusan memihak kepada kami. Persoalannya, berapa banyak RM yg perlu kami tuntut dari mangkuk ayun tersebut?

Sukahati? Ishh kau ni… mana boleh main sukahati taruk aje!

Berapa yg perlu anda tuntut adalah subjektif sebenarnya. Ia bergantung kepada bagaimana hak anda itu dicabul dan kadar kerosakan yg anda terima.

Katakanlah pada suatu hari saya sedang berjalan beriringan berpegangan tangan dengan Lisa Surihani. Kebetulan dikala itu, anda yg baru balik shopping dari Giant dengan barang yg penuh di kedua belah tangan (mungkin baru dapat gaji).

Kerana leka dengan barang yg penuh di tangan, anda secara tak sengaja terpijak kaki saya. Kerana ia berlaku secara tak sengaja mungkin saya boleh sound anda – “Lain kali hati-hati ye…”

Katakanlah pulak pada suatu hari saya sedang berjalan beriringan berpegangan tangan dengan Lisa Surihani lagi. Anda ketika itu sedang terlompat-lompat kegembiraan (mungkin kerana baru naik gaji) sambil menutup mata dan mendendangkan lagu Awie. Lalu dalam keadaan itu, anda terpijak kaki saya.

Keadaan ini sudah lain dari senario pertama tadi. Ia tidak boleh lagi digelar sebagai ‘tak sengaja’ kerana anda memang lalai dikala itu. Kalau ikut cerita lawyer dalam TV, keadaan ini dipanggil ‘NEGLIGENCE’. Saya ada hak untuk menyuruh anda MEMINTA MAAF dan membayar SEDIKIT PAMPASAN atas kecederaan kaki saya itu. Anda memang patut menerimanya kerana anda sungguh bangang di masa itu!

Sekarang bayangkan pulak pada satu hari anda terlihat saya sedang berjalan beriringan berpegangan tangan dengan Diana Danielle pulak. Lalu anda terfikir, “Ciss… kurang ajar punya Ubi! Mentang-mentanglah komik ‘Satria Chopper’ tu popular… habis semua artis cun nak disapunya!!”. Dengan penuh kebencian dan dendam kesumat anda meluru lalu memijak kaki saya sekuat hati!

Dalam keadaan ini, anda memang SENGAJA telah memijak kaki saya. Anda memang ada niat untuk mencederakan. Saya boleh meminta PAMPASAN YG BANYAK dari anda kerana tindakan di luar batas kemanusiaan anda itu. Berapa banyak itu bergantung kepada kepada saya untuk memastikan anda juga terasa ‘sakit’ dan bertobat untuk tidak pijak kaki orang dengan sengaja lagi!

Situasi di atas adalah sama juga dengan HAKCIPTA…

Sekiranya ada mangkuk ayun secara tak sengaja tercabul hak anda, mungkin beliau boleh meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

Tetapi sekiranya beliau dengan terang-terangan sengaja berbuat demikian dan beliau sesungguhnya tahu serta faham bahawa apa yg dibuatnya itu salah, maka anda sebagai pemilik HAKCIPTA berhak meminta segala hasil keuntungan yg diperolehinya dari karya anda itu beserta sejumlah WANG TAMBAHAN sebagai gantirugi dan pengajaran buat beliau.

Sepanjang saya memegang HAKCIPTA sendiri, saya sudah memberi amaran kepada tiga buah website yg menggunakan kartun saya (untuk tujuan komersil) tanpa kebenaran dan salah satunya telahpun diambil tindakan dengan menggantung akaun hostingnya. Baca ceritanya secara lanjut di sini…

Bagaimana pulak anda hendak membuktikan bahawa mangkuk ayun tersebut dengan sengaja telah mencabul atau mencuri hak anda?

Senang sahaja… anda hanya perlu berikan mereka NOTIS PEMBERITAHUAN!

“Kaki saya ada kat sini!”

“Sila berhati-hati dengan kaki saya!”

“Tolong jangan pijak kaki saya!”

Rasanya orang buta yg terloncat-loncat dan menyanyi lagu Awie pun boleh dengar suara anda!

Cara yg paling senang dan biasa dibuat adalah dengan meletak notis HAKCIPTA @ COPYRIGHT pada karya anda. Ini dilakukan dengan menulis atau menaip di bahagian bawah memberitahu bahawa material tersebut telahpun dihakciptakan beserta nama pemilik dan tahun ianya diterbitkan.

Sebagai contoh, notis HAKCIPTA “Satria Chopper” akan ditulis:
COPYRIGHT 1993 EDDY dan UBI
.

Perkataan COPYRIGHT itu juga boleh diganti dengan “COPR.” ataupun simbol “©” yg sangat terkenal itu. Sekiranya komputer anda tidak boleh menaip ©, anda boleh juga sekadar menaip (C) sahaja… ataupun gantikan saja komputer buruk anda itu dengan komputer yg lebih canggih!

Notis HAKCIPTA laman blog ini boleh anda baca pada bahagian bawah sekali ataupun footer pada setiap page.

Notis HAKCIPTA “Satria Chopper”, © 1993 UBI memberitahu orang ramai 2 maklumat penting:

  1. Pertama ia memberitahu bahawa karya tersebut telah dihakciptakan di atas nama saya dan bukannya nama anda (kita lupakan sebentar nama Eddy untuk memudahkan kerja).
  2. Kedua, ia memberitahu anda bila karya tersebut telah dihakciptakan. Sekiranya anda pernah terbaca “Satria Chopper” pada tahun ini, mungkin anda akan membatalkan hasrat anda untuk menulis sebuah cerita mengenai remaja yg mempunyai sarung tangan tembaga berapi neraka.

Hendak dijadikan cerita, kononnya pada tahun 1975 ada seseorang telah menulis cerita pendek bertajuk “Satria Kapcai” mengenai seorang remaja yg mempunyai sarung tangan plastik berapi neraka. Pada cerita pendek tersebut tertulis notis © 1975 B. Samad Saib.

Jadi berdasarkan cerita yg baru didengar ini, besar kemungkinan Encik B. Samad Saib boleh diiktiraf sebagai pencipta asal karya tersebut dan menyaman saya kerana menciplak hasil kerja beliau!!

Bolehkah dipastikan kesahihan bahawa Encik B. Samad Saib adalah pencipta asal “Satria Kapchai”?

Bagaimana hendak dibuktikan bahawa karya tersebut betul-betul ditulis pada 1975?!

Baca sambungannya di bahagian akhir artikel ini – Hakcipta @ Copyright – ‘ Cara Mendaftarkan Hakcipta’…

Pendapat anda? Sila berikan pandangan, soalan dan komen bernas anda di bawah.

Kategori Belajar Melukis Kartun, Harta Intelek, Kreatif - Tag Belajar Melukis Kartun, diana danielle, hakcipta, Harta Intelek, Komik, lisa surihani
Similar posts
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Saya nak kawan Abang Ubi kat Facebook... — “Kau ada Fac...
  • Kontrol Macho kat Berita Harian pulak... — Salam 1 pagi ya kaw...
  • Mug Aku Dia & Volkswagen dilanca... — Mug Edisi Terhad Ak...
  • Ni Thundercats palsu ke tipu? — Sabtu lepas saya m...
« HakCipta @ Copyright – ‘Fair Use’
» Pengumuman Untuk Semua yg Prihatin!

31 Komentar Setakat Ini

  1. Bro Faizi's Gravatar Bro Faizi
    February 20, 2009 at 12:34 am | Permalink

    Berpegangan tangan dengan Lisa Surihani? Oh tidak, aku telah dimadukan (warghahahaha…), :-) .

    Bro, saya masih tak nampak penjelasan bro tentang kes bro Ujang ngan MOY dalam bab ni… Boleh nyatakan perenggan yg mana satu? Tak sabar pula nak tunggu bab 4… :-)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 20, 2009 at 8:03 am | Permalink

      tu yg awal tu… ‘dibayar gaji utk menghasilkan karya’. Saya dan Ujang dulu semuanya dibayar gaji untuk bekerja di sana. Dan hasil kerja kami semuanya menjadi milik Kharisma. Kemudian Kharisma ini telah dijual kepada MOY. Semua aset Kharisma termasuk hakcipta yg dimiliki menjadi hak MOY

      Reply
      • Bro Faizi's Gravatar Bro Faizi
        February 20, 2009 at 10:46 am | Permalink

        eh? maknanya bro ujang bukanlah bos mutlak (business owner) dalam Kharisma Publication? sebab dulu saya masih ingat lagi kalau tak silap saya, majalah ujang yg pertama saya beli saya nampak satu kolum yg tulis bro ujang adalah MD (Pengarah Urusan) bersama-sama senarai kartunis editor n staf kat Kharisma Publication. Ermmm, rugi betul… :-)

        Anyway, bro masih contact lagikah ngan bro Ujang? Bro taknak buat JV ngan diakah?

        Reply
        • Ubi's Gravatar Ubi
          February 20, 2009 at 10:56 am | Permalink

          bukan… dia hanya dibayar gaji sebagai “PENGARAH PENERBITAN” di Kharisma. ramai org luar yg tak tau atau salah faham tentang perkara ini.

          Masih lg contact dia. Kadang2 kami pergi buat event caricature n kelas melukis sama-sama. Mengenai JV tu sedang difikir dan tengah dirancang ;)

          Reply
  2. Noorizam Shah's Gravatar Noorizam Shah
    February 20, 2009 at 12:11 pm | Permalink

    baguih bro buat jv dengan Ujang.. Ujang dulu lama menghilang “pergi memancing”

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 20, 2009 at 12:53 pm | Permalink

      gila mancing dia tu… pantang diajak, mesti setuju aje! :D

      Reply
      • Ubi's Gravatar Ubi
        February 20, 2009 at 12:57 pm | Permalink

        sebenarnya byk dh kitorang JV… tp offline le (event caricature n kelas melukis)… yg online dah ada idea dah tp blum buat proper planning lagi…

        Reply
  3. onizuka's Gravatar onizuka
    February 20, 2009 at 12:49 pm | Permalink

    ermm..tul2
    aku sokong JV tu..
    bersatu teguh,
    bercerai kena penampor..

    apapn aku masih menunggu dengan x sabor
    karya UBI seterusnya..
    (jgn kembang idung plak)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 20, 2009 at 12:59 pm | Permalink

      sabo ye dik… ;)

      Reply
      • onizuka's Gravatar onizuka
        February 21, 2009 at 7:56 am | Permalink

        aku terganggu dengan panggilan adik tu…..

        Reply
  4. Bro Faizi's Gravatar Bro Faizi
    February 20, 2009 at 3:27 pm | Permalink

    Bro Ubi,
    saya sebenarnya nak tanya satu soalan yang dah lama sangat nak tanya tapi selalu lupa. Soalan ni takde kaitan ngan hakcipta. Sebelum terlupa lagi, boleh tak saya tahu siapa sebenarnya Din Beramboi (Ujang Version) yang sekarang dikenali sebagai Pak Cik Din tu? Adakah karekter tu memang wujud dalam bentuk orang tu sendiri atau hanya sekadar maskot hiasan semata-mata? :-)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 20, 2009 at 6:36 pm | Permalink

      hanya maskot rekaan semata-mata :cool:

      Reply
  5. Farizal's Gravatar Farizal
    February 21, 2009 at 12:20 am | Permalink

    Penerangan yang detail dan cukup jelas. Kat Malaysia ni masih ramai yang buta pasal copyright. Selamba je ambik hasil kerja org lain yang di google nya sperti grafik dan foto dan diubah suai sikit. Lepas tu jual :)

    Sila pastikan awek yang seterusnya adalah Sharifah Aini. Harap maklum.
    :D

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 21, 2009 at 9:32 am | Permalink

      mungkin juga silap tuan punya hakcipta yg tidak mau amik tindakan.
      Anyway, gembira kerana dapat membantu :cool:

      p.s – Sharifah Aini mungkin tidak berani dijadikan awek seterusnya kerana bimbang dimarahi Dato’2 dan Tan Sri2 serata Malaysia

      Reply
  6. WaidaKmy's Gravatar WaidaKmy
    February 21, 2009 at 7:02 am | Permalink

    aduhai..pecah perut baca cerita hakcipta ni..hehe

    baru tahu yang tempoh tu dah tukar dari 50 ke 70 tahun..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 21, 2009 at 10:01 am | Permalink

      70 tahun… cukup masa untuk anak cucu enjoy hasil kerja kita :D
      Pecah perut? Sengaja disampaikan topik berat ni dengan cara camni. Takut nanti ramai yg bosan ngan tertido

      Reply
  7. joe's Gravatar joe
    February 24, 2009 at 7:21 am | Permalink

    macamana kes profit sharing yang tidak dibayar pula??

    apa yang saya tahu Gross profit Majalah Ujang ketika Ujang mengendalikannya melebihi satu juta.
    Rm3.90 x 386 ribu naskhah sebulan = SILA KIRA GUNA CALCULATOR dan darabkan 12 bulan.(30% profit sharing untuk Ujang tidak di bayar dan kes ini berlarutan hingga ke mahkamah).

    dah settle belum tu?

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 24, 2009 at 2:43 pm | Permalink

      Tu rasanya baik awak tanya brader Ujang sendiri. Cuma yg saya tau perjanjian ini hanya dibuat melalui mulut dan tidak secara bertulis. Jadi kalau brader Ujang bawak pegi mahkamah, susah sikit dia nak menang kes ni :(

      Reply
  8. oRen's Gravatar oRen
    March 6, 2009 at 7:13 pm | Permalink

    bagaimana pula dengan statement kau berkaitan lisa surihani dan juga diana danielle bahawasanya mereka berdua adalah bakal awek ngko..? adakah soalan yg aku ajukan ni tidak releven dan jauh menyimpang terkeluar daripada tajuk sebenar (berbau jeles) ataupun ade gak jawapan yang mungkin berkaitan..? mungkin aku boring dan sengaje merapu kat sini..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 6, 2009 at 8:05 pm | Permalink

      Ya, saya setuju dengan pengakuan berbau jeles dan dengki Saudara itu. Mungkin jawapannya boleh diperolehi dengan Saudara mengangkat wudhu’ dan melakukan sembahyang hajat mendoakan semoga hasrat saya memperawekkan mereka ini tercapai.

      Ustat Ubi :cool:

      Reply
  9. akula_akuiziq's Gravatar akula_akuiziq
    June 19, 2009 at 8:18 am | Permalink

    salam ubi… (gaknye dah ckup matang x wak kerepak? hahahaha gurau je…)

    aku nih leh r gak dikatekan sorang fan majalah ujang mase mule2 terbit dulu.. under kharisma..) sebab aku membesar gan mjalah tuh… skang nih aku dah x amek port sgt gan mjalah2 kartun kat malaysia nih… bukan ape… sbuk r study… g pon cntohnye cam ujang skang… x gempak dah mcm dulu… ntah pe2 ntah.. banyak lawak bodo… ko nak tau x ramai2 kawan2 aku kate dorang dah x berape gemar karya2 kartun yang bersifat tempatan.. kate dorang , majalah kartun semacam nih kartun2 nye macam kartun kampung.. jd dorang agi minat komik2 yang datang dr luar mcm jepon (manga).. kalo minat gan karya tempatan pon, mesti kartun ade imej macam karya luar.. mcm komik ‘G#Mp@k’ dll… hmmmm tapi sbulan yang lalu aku ade beli komik GILA GILA… rupe2nye majah camnih r yang aku cari2 slame2 nih… aku sebenarnye agi suke majalah camnih… biarlah kartun kampung skalipon, ianye kene gan jiwe aku… malajal GIlA2 matang dari segi lawak.. n kaya gan unsur satira yang berkesan….

    hahahahaha belek2 GILA2, aku terjumpe karya kartunis ujang… sebab tu laa aku teringat balik majalah ujang yang dulu2.. N x lupe gan kartunisnye mcm Ubi (ko r),, gayour.. ciku.. sukun.. n lain2…

    hmmm cadangan aku… pe kate korang wat reunion balek… n terbitkan satu agi majalah baru…. n yang penting kali nih cube r blajar dari pengalaman korang… hahaha HAKCIPTA….. ingat tuh….
    wokeh.. chow.. salam…. (P/s : jap2… ubi.. skang ko jadi kartunis bawah majalah komik ape ek… alamaklum r.. lame dah x amek port pasal komik malaysia.. skang nih baru nak jinak2 balek.. )

    Reply
  10. Ubi's Gravatar Ubi
    July 8, 2009 at 8:37 pm | Permalink

    tima kasih atas cadangan tu… insyaallah, kalau ada rezeki dan jodoh, mungkin boleh buat reunion tu… ;)

    skang ni saya kartunis bebas… takde terikat ngan mana-mana penerbitan dan kompeni pun… :cool:

    Reply
  11. UJANG's Gravatar UJANG
    August 21, 2009 at 2:37 pm | Permalink

    macamana kes profit sharing yang tidak dibayar pula??

    apa yang saya tahu Gross profit Majalah Ujang ketika Ujang mengendalikannya melebihi satu juta.
    Rm3.90 x 386 ribu naskhah sebulan = SILA KIRA GUNA CALCULATOR dan darabkan 12 bulan.(30% profit sharing untuk Ujang tidak di bayar dan kes ini berlarutan hingga ke mahkamah).

    dah settle belum tu?

    Reply

    Ubi reply on February 24th, 2009 2:43 pm:

    Tu rasanya baik awak tanya brader Ujang sendiri. Cuma yg saya tau perjanjian ini hanya dibuat melalui mulut dan tidak secara bertulis. Jadi kalau brader Ujang bawak pegi mahkamah, susah sikit dia nak menang kes ni :(
    ——————————————————-
    PEMBETULAN: PERJANJIAN AKU DENGAN KHARISMA BUKAN PERJANJIAN MULUT.ADA 6 BACK TO CACK CONTRACT-DRAFT KAT SKRIN & CO JLN BANDAR-TAPI OSMAN TIPU AKU.BUAT DRAFT KEMUDIAN DI BATALKAN TENPA PENGETAHUAN AKU(TAK MATI STEM)AKU TAK TANYA KERANA AKU PERCAYA DIA SEBAGAI KAWAN.DALAM PERJANJIAN AKU TERIMA 30% PROFIT SHARIUNG KERANA MAJALAH UJANG ITU 100% IDEA AKU DAN KERJA AKU BUAT MOCK-UP A-Z.
    MEMANG AKU TAK BOLEH DAKWA DIA KAT MAHKAMAH KERANA TAK BAYAR PROFIT SHARING AKU SELAMA 3 TAHUN TU…TAPI AKU AKAN TUNTUT DI PADANG MAHSYAR KELAK.NGEEE

    Reply
    • jebat's Gravatar jebat
      March 14, 2010 at 3:52 pm | Permalink

      makan duit haram , hidup tak senang di dunia dan di akhirat….

      Reply
      • Ubi's Gravatar Ubi
        September 30, 2010 at 8:56 pm | Permalink

        mungkin senang dan mewah dari sudut material tapi belum tentu dapat KEBERKATANNYA…

        Reply
  12. nadiah's Gravatar nadiah
    September 28, 2010 at 11:42 am | Permalink

    askum..
    ni cume nk smpi kn slm dr babah saye..
    en. akam..( a.aziz )

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 28, 2010 at 12:41 pm | Permalink

      Anak cik akam ke? Ari tu ada jmpa dia kat Tmn Putra

      Reply
  13. nadiah's Gravatar nadiah
    September 28, 2010 at 5:03 pm | Permalink

    yup..
    anak en. akam…
    owh..yeker..

    Reply
  14. Izzat's Gravatar Izzat
    September 8, 2011 at 11:09 am | Permalink

    Eh, betul ke J.K Rowling ambil komik ni buat novel. Cool r. Dia ubah bahasa ke dia jadikan Komik ni novel dia?

    Reply
  15. Najmi's Gravatar Najmi
    December 8, 2011 at 5:38 pm | Permalink

    Salam bro..
    tertarik dengan artikel2 bro pasal Hakcipta ini..

    so, nak tnya satu soalan..

    bagaimana pula dengan lukisan2 yg bro buat utk pelanggan..??

    siapakah yang layak mendapat hak cipta tersebut..??

    Bro Ubi ataupon pelanggan..??

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 8, 2011 at 8:59 pm | Permalink

      Bergantung antara perjanjian antara saya dan client. Secara automatik, hakcipta dipegang oleh saya. Jika mereka ingin membeli sekali dengan hakcipta, maka bayarannya sedikit mahallah! :)

      Reply
  1. HakCipta @ Copyright - Bahagian 2 (FAIR USE) | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on February 27, 2009 at 3:14 pm
  2. HakCipta @ Copyright - ‘Cara Mendaftarkan HakCipta' | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on February 28, 2009 at 2:08 am
  3. TradeMark @ Tanda Perniagaan - Pendaftaran | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on March 28, 2009 at 6:25 am

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site