• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« HakCipta @ Copyright – Pengenalan
» HakCipta @ Copyright – ‘Work For Hire’

HakCipta @ Copyright – ‘Fair Use’

Feb18
2009
26 Komentar Oleh Ubi

Artikel ini adalah bahagian ke dua sambungan dari:

  • Bahagian 1 – HakCipta @ Copyright – Pengenalan

BAHAGIAN 2 DARIPADA 4 – ‘FAIR USE’

Untuk bercerita mengenai ‘FAIR USE’ ini, kita sekali lagi akan mengambil karya agung “Satria Chopper” dari bahagian pertama sebagai contoh.

Katakanlah anda menulis review tentang cerita “Satria Chopper” (samada diblog, majalah ataupun suratkabar) – itu boleh dikira sebagai ‘FAIR USE’.

Secara teorinya tiada siapa pun akan membaca tulisan anda (kecuali anda penulis atau penulis review yg terkenal) hanya kerana anda menulis review mengenai komik “Satria Chopper” yg terkenal itu.

Jika anda menulis berita (“Kartunis yg genius terhilang manuskrip kawan baiknya lalu menyalahkan lawyer HakCipta”) – itu juga boleh dikira sebagai ‘FAIR USE’ kerana belum tentu lagi orang akan membeli suratkhabar anda.

Jika anda menulis PARODY bertajuk “Satria Kapur” – itu juga boleh dikira sebagai ‘FAIR USE’ kerana sesiapa sahaja yg telah membaca atau membeli “Satria Kapur” mungkin akan berminat untuk membeli atau membaca “Satria Chopper”.

Apakah itu PARODY?

PARODY menurut Wikipedia:

A parody is a special piece of art.

Parodies make fun of another piece of art by mocking it. The parody is an imitation of the original, but exaggerating it, showing clichés which have been used, to make the original look ridiculous.

Parodies can be anything from songs to poems to books to movies.

Antara contoh-contoh PARODY:

  • Spaceballs daripada filem Starwars
  • Men In Tights daripada filem Robin Hood
  • Bodohpedia daripada lamanweb Wikipedia Bahasa Melayu

Walaupun PARODY boleh dikira ‘sebahagian daripada karya asal’, tetapi undang-undang telah mengenepikannya sebagai ‘COPYRIGHT BREACH’ dan meletakkannya sebagai ‘FAIR USE’. Berikut adalah artikel berkenaannya (sekali lagi diambil daripada Wikipedia):

Copyright issues

Although a parody can be considered a derivative work under United States Copyright Law, it can be protected from claims by the copyright owner of the original work under the fair use doctrine, which is codified in 17 USC § 107. The Supreme Court of the United States stated that parody “is the use of some elements of a prior author’s composition to create a new one that, at least in part, comments on that author’s works.” That commentary function provides some justification for use of the older work.

Jika anda peminat fanatik “Satria Chopper” dan membuat satu lamanweb peminat atau Fansite serta meletakkan beberapa keping gambar dari komik tersebut dan menulis beberapa artikel mengenainya – - itu juga boleh dikira sebagai ‘FAIR USE’. Ini kerana laman Fansite anda mungkin akan mempromosi dan menambahkan minat orang lain untuk membaca dan membeli “Satria Chopper”.

Tetapi bagaimana sekiranya anda mengada-ngada menerbitkan sequel atau lebih tepat lagi – “Satria Chopper 2″ yg mana hero komik tersebut membakar semua cikgu (termasuk Cikgu Syamsinar) menggunakan api yg keluar dari sarung tangan tembaganya dilaman Fansite tersebut?

Itu tidak boleh dipanggil “FAIR USE” dan anda mungkin boleh disaman (kecuali anda mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada saya dan Eddy serta membayar kami sejumlah wang yg banyak).

FanSite yg mengandungi sehingga beratus-ratus gambar dan artikel plot cerita yg dah hampir sama banyak dengan buku asal sehingga pembaca tak perlu membaca atau membeli karya asal juga tidak boleh dipanggil “FAIR USE”.

Secara amnya – review, kritik, parody, berita, ringkasan asal yg ditulis semula boleh dipanggil “FAIR USE”.

Tetapi sesuatu yg dikira boleh menyebabkan pencipta asal/pemegang hakcipta tidak dapat/mengurangkan/membahayakan hasil kerjanya atau sebahagian hasil karyanya daripada laris terjual boleh dikira sebagai menyalahi undang-undang hakcipta.

Sila rujuk kes antara J.K Rowling (penulis Harry Potter) dan Harry Potter Lexicon

Tak semua hasil kerja kreatif boleh diHAKCIPTAkan. Tajuk, Slogan, Simbol, Bahan-bahan, Resipi, Konsep dan Penemuan Baru tidak boleh didaftarkan di bawah HAKCIPTA. Kesemua perkara ini adalah samada di bawah TRADE MARK (Tanda Perniagaan) ataupun PATEN (Ciptaan). Mungkin jika ada masa ataupun ada yg sudi membayar saya akan cuba huraikan 2 perkara ni (juga di bawah subjek Harta Intelek) di artikel yg akan datang.

Seperti yg di ceritakan di artikel HakCipta @ Copyright – Pengenalan yg lalu, hanya karya yg telah SIAP DILAKSANAKAN SECARA FIZIKAL sahaja layak untuk di HAKCIPTAKAN.

Pastikan juga karya pertama anda perlu ditulis, dihurai atau disiapkan secara paling detail dan terperinci yg boleh.

Sebagai contoh komik “Satria Chopper” tulisan Eddy dan dilukis oleh saya (maaf kerana terpaksa menjadikan karya agung ini sebagai contoh sekali lagi). Jika Eddy sudah siap menulis draft ceritanya, ia dikira sudah boleh diHAKCIPTAKAN.

Tetapi karya tersebut hanya dapat diHAKCIPTAKAN sebagai ceritanya dalam bentuk text sahaja.

Namun sekiranya Eddy sudah siap menulis draft ceritanya lengkap dengan biodata watak-wataknya (contoh: kuasa, kelemahan, warna/makanan/artis kegemaran, hobi di masa lapang) dan saya pula sudah lengkap melukis watak “Satria Chopper” tersebut, maka karya tersebut bolehlah diHAKCIPTAKAN sebagai komik yg lengkap.

Dan ‘secara kebetulan’ selepas itu seorang pelukis mangkok ayun secara tiba-tiba melukis karakter komik seorang remaja yg gagah, bertubuh sasa,  handal menunggang motosikal Harley Davidson (mungkin model lain ataupun secondhand) dan mempunyai senjata berupa sarung tangan tembaga yg bisa mengeluarkan api dari neraka.

Maka sekiranya kami menyaman pelukis tersebut, pasti pihak juri dan hakim di mahkamah dengan konfidennya akan mengatakan – “YA, kami sebulat suara mendapati bahawa watak yg dilukis pelukis mangkuk hayun ini adalah versi komik popular “Satria Chopper” yg menjadi kegilaan ramai gadis-gadis cantik serata Malaya hasil karya 2 orang penulis dan pelukis yg genius dan kacak itu!”

Kerana itulah setiap siri pertama komik, drama, siri tv, akan cuba menekankan sebanyak mungkin karakter dan personaliti setiap watak (samada hero, heroin, crook dan watak sentil) di dalam siri tersebut.

Di dalam penghasilan komik, pelukis komik atau kartunis profesional akan melakar satu ‘stylesheet’ yg akan menggambarkan setiap watak dalam pelbagai pose/sudut dan akan menulis sedikit sinopsis mengenai watak tersebut.


( Contoh ‘stylesheet’ watak ‘Laila’ dari komik ‘Samsol’ karya Ubi)

Sekiranya banyak yg anda berjaya catatkan (contoh: watak dan perwatakan, lokasi, masa, tema dll) mungkin ini akan memudahkan mengesan sekiranya peniruan atau penciplakan mangkok ayun berlaku.

Jika anda berhati-hati dengan proses ini, pihak lain pasti akan meminta kebenaran (dan membayar) anda terlebih dahulu sebelum mereka mengeluar atau menerbitkan karya agung anda.

Samada mereka mintak kebenaran (dan bayar) dahulu, or they pay in court!

Dan jika anda menang saman dan dibayar sejumlah wang yg BESAR, maka bolehlah anda lepak dengan Amy Search minum kopi kat Coffee House Hotel 5 bintang…

:cool:

Baca sambungan bahagian 3 artikel ini – HakCipta @ Copyright – ‘Work For Hire’

Pendapat anda? Sila berikan pandangan, soalan dan komen bernas anda di bawah.

Kategori Belajar Melukis Kartun, Harta Intelek, Kreatif - Tag Belajar Melukis Kartun, ciplak, copyright, fair use, hakcipta, Harta Intelek, komik samsol
Similar posts
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • TradeMark @ Tanda Perniagaan – ... — Artikel ini adalah ...
  • TradeMark @ Tanda Perniagaan – ... — Dalam artikel Trade...
  • TradeMark @ Tanda Perniagaan – ... — Tak paham atau kel...
  • HakCipta @ Copyright – ‘Cara Me... — Artikel ini adalah ...
« HakCipta @ Copyright – Pengenalan
» HakCipta @ Copyright – ‘Work For Hire’

24 Komentar Setakat Ini

  1. Kucing Itam's Gravatar Kucing Itam
    February 18, 2009 at 9:40 am | Permalink

    Ni Zalia ek ubi??

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 18, 2009 at 9:46 am | Permalink

      bukan… ni laila… mata dia cam kucing n seksi skit

      Reply
      • Kucing Itam's Gravatar Kucing Itam
        February 19, 2009 at 3:27 am | Permalink

        Huhu… mate Kucing Hitam yang seksi…XDD

        Reply
        • Ubi's Gravatar Ubi
          February 19, 2009 at 5:23 am | Permalink

          hahaha… :D ye ke?

          Reply
        • onizuka's Gravatar onizuka
          February 19, 2009 at 9:36 am | Permalink

          haa..ni contoh dua ekor kucing jantan yg gatal
          adik2 jangan wat ikutan

          Reply
          • Ubi's Gravatar Ubi
            February 19, 2009 at 9:48 am | Permalink

            salah tu… bukan ‘dua ekor kucing jantan yg gatal’ tapi ‘seekor kucing jantan yg gatal, seekor kucing betina yg gatal dan seekor kucing tak tau jantina apa yg dengki’…

            hahaha! ;)

            Reply
        • onizuka's Gravatar onizuka
          February 19, 2009 at 11:25 am | Permalink

          nama pun onizuka, mesti lar kucing jantan yg bergaya
          OOoo..kucing itam tu kucing betina yee..hehe
          leh lar ngorat ni..
          MEEOWW

          hahaha!

          Reply
        • Kucing Itam's Gravatar Kucing Itam
          February 20, 2009 at 9:32 am | Permalink

          Hahaha… ye kot! =D

          Tau xpe… ade ke saye di kate dak onizuka ni kucing jantan? Adui, punyela comey kucing nih…XD

          xnk la.. saye nk dingorat oleh kucing jantan~~~

          hahahaah!!

          Reply
  2. Bro Faizi's Gravatar Bro Faizi
    February 18, 2009 at 11:17 am | Permalink

    Tak sabar menunggu bab ketiga… Bro, saya ada satu soalan yang mana saya percaya kebanyakkan pemegang harta intelek nak tahu. Dalam satu situasi tak kira penlis lirik aka pencipta lagu, penulis skrip, penulis buku/manuskrip/novel dan lain-lain jenis material harta intelek mahu menjadikan karya agung mereka sebuah material yang boleh menghasilkan pendapatan buat mereka. Maka mereka pun hantarlah karya agung mereka kepada penerbit dan penerbit reject karya mereka. Selang beberapa hari atau beberapa minggu atau beberapa bulan atau beberapa tahun, karya yang lebih kurang atau serupa dengan karya mereka diterbitkan oleh penerbit yang sama mereject karya mereka. Sesetengah daripada mereka yang menghasilkan karya mereka sendiri hanya berdiam diri kerana takut dengan penerbit kerana tidak tahu selok-belok undang2 hakcipta. Adakah jawapan ini akan diselitkan dalam bahagian 3 atau 4? TQ… :-)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 18, 2009 at 2:24 pm | Permalink

      perkara ini ada dlm bab last sekali iaitu bab 4 :cool:

      Reply
  3. onizuka's Gravatar onizuka
    February 19, 2009 at 2:48 am | Permalink

    bagus gak UBI tulis artikel camni..hehe
    ni nak ty, kalo kes ADV tu camna plak
    sepatutnya hakcipta ADV, brader ubi la yg py kan??
    (walaupun dengar kata terikat ngan syarikat MOY)
    Jadi boleh ke kalo UBI nak sambg balik komik
    tu,tanpa kembali kat MOY??
    dan apasal kat malaysia, boleh syarikat plak pegang
    hakcipta ni..isyh2

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 19, 2009 at 5:18 am | Permalink

      ni akan diceritakan dlm bab seterusnya iaitu bab 3 :cool:

      Reply
  4. bobo's Gravatar bobo
    February 19, 2009 at 10:10 am | Permalink

    bagus lar ada artikel mcm ni,at least kita sume tau undang2 harta intelek ni,nk tanya orang xtau sape yg arif,hu3.kene lar orang yg terlibat secara langsung terangkan,bgs..bgs

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 19, 2009 at 6:03 pm | Permalink

      gembira dapat membantu! :cool:

      Reply
  5. Goldzul's Gravatar Goldzul
    February 24, 2009 at 8:50 am | Permalink

    Nak baca SAMSOL, bila nak release bro UBI?

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 8, 2009 at 9:09 pm | Permalink

      buat masa ni terpaksa hold dulu psl ada beberapa masalah teknikal… :(

      Reply
  6. norizmaniza's Gravatar norizmaniza
    March 20, 2009 at 5:37 am | Permalink

    assalammualaikum…..lawalah watak katun ni…buatlah komik cinta..mesti best…buatlah komik macam gempakstarz….satu buku komik cinta…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 8, 2009 at 9:10 pm | Permalink

      tima kasih! :)

      Reply
  7. icha/aishah's Gravatar icha/aishah
    April 21, 2009 at 4:23 am | Permalink

    suke sgt bace cerita2 yg ditulis oleh kartunis ubi dlm web ni.. kelakar, sampai bleh ketawa sorang2!!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 1:49 pm | Permalink

      hahahaha! kelakar ke? sekurang-kurangnya dapat bantu release tension awak ;)

      Reply
  8. suhaina's Gravatar suhaina
    June 27, 2009 at 3:33 am | Permalink

    sy suka lukisn awk..
    sy pn ngah cuba nk wat komik..
    tp tk pembelajaran plajar..
    mcm mane eh nk wat lukisn y baik..
    sbb sy men lukis2 jer..hehe..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 8, 2009 at 9:11 pm | Permalink

      banyakkan berlatih dan baca buku berkaitan lukisan…

      Reply
  9. luna's Gravatar luna
    August 20, 2009 at 2:02 pm | Permalink

    ubiii……huhuhu…

    Reply
  10. nisa's Gravatar nisa
    January 23, 2011 at 4:09 pm | Permalink

    cm mne nk blajar lukis kartun eak ..???

    Reply
  1. HakCipta @ Copyright - Bahagian Pengenalan | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on February 19, 2009 at 11:51 pm
  2. HakCipta @ Copyright - Bahagian 3 (Work For Hire) | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on February 27, 2009 at 3:13 pm

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site