
Salam buat semua pengunjung dan pembaca,
Apa khabar? Mungkin ramai antara anda yg sibuk (dan menyibuk) menghabiskan cuti sekolah yang indah ni dengan berjalan-jalan dengan keluarga tersayang. Mungkin juga antara anda yang menghadiri beberapa aktiviti berfaedah bersama rakan taulan. Pada mereka yang takde apa-apa aktiviti berfaedah dan hanya makan tidur serta membuang masa emas menonton tv di rumah, takziah saya ucapkan!
Sekiranya anda masih ingat (ataupun tak pernah tau pun), beberapa bulan yg lalu saya ada menganjurkan satu Peraduan Tikam-Tikam Aku Dia & Volkswagen. Walaupun hadiahnya tak seberapa, sambutan daripada anda semua amatlah menggalakkan. Hampir 500 penyertaan diterima di ruangan komen. Terima kasih atas sambutan dan sokongan anda! Gua caya lu!
Namun sebaik saja peraduan tersebut tamat, banyak email dan komen di blog yg meminta saya supaya menganjurkan lebih banyak lagi peraduan di masa akan datang. Ini kerana ramai yg tak puas hati kerana tak menang dan ada juga yg terlepas peluang menghantar penyertaan.
Kebanyakan mereka ingin repeat kerana nak menang hadiah istimewa daripada saya…
Ada pula yg mengimpikan kemenangan kerana inginkan glamour supaya dipandang tinggi oleh awek-awek, rakan taulan dan masyarakat setempat…
Sekiranya anda antara mereka yg berminat untuk menyertai peraduan anjuran saya (walau apa jua sebab dan agenda), saya ada satu BERITA BAIK dan BERITA BURUK untuk anda…
BERITA BAIKnya adalah…
Saya akan menganjurkan satu lagi peraduan istimewa untuk anda semua dalam masa terdekat ini!
Manakala untuk kategori BERITA BURUK pula adalah…
Saya kini tengah blur, tak tahu dan takde idea untuk memilih hadiah bagi pemenang peraduan tersebut!
Hahahaha!!
Setelah beberapa minggu berfikir, akhirnya saya mendapat satu jawapan kepada permasalahan ni…
Daripada menyesakkan kepala memikirkan apa yg terbest untuk anda, lebih baik kalau saya minta anda sendiri memikirkan apa yg anda idamkan sebagai hadiah!
Dimudahkan cerita, sebenarnya saya inginkan bantuan anda untuk MEMILIH dan MENENTUKAN SENDIRI HADIAH yang anda mahukan daripada saya sebagai pemenang peraduan akan datang ni!
Syaratnya mudah sahaja… Sesapa pun boleh bagi cadangan – selagi dia boleh membaca dan menulis. Umur pun tak kisah. Yang penting sekali, hadiah yang dipilih itu nanti mestilah realistik!
Maksud realistik di sini adalah, hadiah tersebut mestilah dalam kemampuan saya. Janganlah berangan atau demand nak kapal layar, kereta Honda, kapal selam, jet peribadi, rumah banglo, awek pan asia, wang tunai 3 juta atau yang seumpama dengannya!
Anda mungkin boleh mengarut dengan demand anda tapi jangan haraplah saya nak layan! Jadi sebelum anda membuat kerja sia-sia buang karan tu, fikirkanlah akibatnya sebaik-baiknya…
Amacam? Teruja? Berdebar-debar? Cerita banyak pun tak guna kan…
Untuk membantu saya, senang aje… Hanya tuliskan sahaja HADIAH IDAMAN ANDA tu di ruangan komen di bawah.
Anda boleh memberi seberapa banyak cadangan pun yang anda mahu. Selagi anda larat berfikir dan menaip, silalah singgah di sini beberapa kali pun yang anda mau untuk menulis cadangan atau idea anda yang kononnya best tu!
Pertolongan anda ini sangat besar maknanya untuk saya. Segala usaha anda untuk membantu saya menyelesaikan masalah ini saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih!
So, tunggu apa lagi? Taiplah cadangan anda yang kononnya best tu di ruangan komen di bawah ni!
Akhir kata selamat menaip dan mungkin menang hadiah!






saya nak ipad2…
kalo,..sy,..nk komik edisi terhad abg ubi yg siap dgn tnda tgn n ucapan,..barang2 eklusif dr kartun abg ubi,..cam t shirt ke,mug ke aper2 la, yg blh djadkkn knagn,..n lg best,..shari bsme abg ubi,..huhu,..bley tunjk cre cmne abg mlukis,..aktiviti abg,..and otherelse,..
salam ubi…
wess..jom makan aku belanja (bodek nak hadiah free) hehehe..
demand peminat2 sume len mcm laa.. sian ke abg ubi.. hihik
kamera DSLR lah kalau boleh
1) kupon diskaun 100% karikatur atau produk2 ubi yg lain
2) kelas percuma belajar kartun dgn sifu ubi
3) barang peribadi ubi yg eksklusif
4) komik kesayangan simpanan ubi
5) menjadi presiden kelab peminat ubi
PSP KERANA ADIK SAYA SUKA SANGAT DENGANNYA.JADI,SAYA INGIN MENGHADIAHKANNYA PSP TERSEBUT…TLG SAYA EK…
erm.. kalo boleh.. kasi la adiah baju yg ada lukisan~
kalo ley.. lukis la watak dlm citer Ak Dia & Volk..
come on la… ko ley lukis lgi kan watak dlm citer tu..
harap dipertimbangkan
sluar pon bley gak….
klu pasal hadiah ni, pikir lar yg positif ckit utk kebaikan para remaja mase kini…
bg lar bnde2 yg bfaedah..
mcam tudung ke…t-shirt kew..klu x tau saiz, bg je yg besar2..tutup sikit aurat nyer..x d lar smpai nmpak shape bdn 2..ye lar, pompuan2 zaman skang ni kan dah x sedar diri..(utk yg muslimah)..lg 1, kan best klu mu nmpak t-shirt mu dpkai orang sluruh malaysia………
klu utk laki plak, tnye le kat diorang…
abis cte..
xpon hadiah dpt langganan percuma keluaran karangkraf t’utama majalah ujang..bleh gak..
saye nk hadiah comel yg bleh bt kenangan mcm teddy bear ke..t-shirt karikatur..atau pon sticker kereta..kan best tu..:)
saya nk hadiah t-shirt dh le..syukur klu ubi dpt tunaikan..hidup ubiiiiiiii..