• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Ewah-Ewah… Ingat Best Sangat Ke Masuk TV?
» Nak Derma Pun Fikir Dua Kali…

Nak kasi HADIAH apa ni?!!

Dec11
2009
279 Komentar Oleh Ubi

Salam buat semua pengunjung dan pembaca,

Apa khabar? Mungkin ramai antara anda yg sibuk (dan menyibuk) menghabiskan cuti sekolah yang indah ni dengan berjalan-jalan dengan keluarga tersayang. Mungkin juga antara anda yang menghadiri beberapa aktiviti berfaedah bersama rakan taulan. Pada mereka yang takde apa-apa aktiviti berfaedah dan hanya makan tidur serta membuang masa  emas menonton tv di rumah, takziah saya ucapkan!

Sekiranya anda masih ingat (ataupun tak pernah tau pun), beberapa bulan yg lalu saya ada menganjurkan satu Peraduan Tikam-Tikam Aku Dia & Volkswagen. Walaupun hadiahnya tak seberapa, sambutan daripada anda semua amatlah menggalakkan. Hampir 500 penyertaan diterima di ruangan komen. Terima kasih atas sambutan dan sokongan anda! Gua caya lu! :razz:

Namun sebaik saja peraduan tersebut tamat, banyak email dan komen di blog yg meminta saya supaya menganjurkan lebih banyak lagi peraduan di masa akan datang. Ini kerana ramai yg tak puas hati kerana tak menang dan ada juga yg terlepas peluang menghantar penyertaan.

Kebanyakan mereka ingin repeat kerana nak menang hadiah istimewa daripada saya…

Ada pula yg mengimpikan kemenangan kerana inginkan glamour supaya dipandang tinggi oleh awek-awek, rakan taulan dan masyarakat setempat…

Sekiranya anda antara mereka yg berminat untuk menyertai peraduan anjuran saya (walau apa jua sebab dan agenda), saya ada satu BERITA BAIK dan BERITA BURUK untuk anda…

BERITA BAIKnya adalah…

Saya akan menganjurkan satu lagi peraduan istimewa untuk anda semua dalam masa terdekat ini!

Manakala untuk kategori BERITA BURUK pula adalah…

Saya kini tengah blur, tak tahu dan takde idea untuk memilih hadiah bagi pemenang peraduan tersebut!

Hahahaha!! :lol:

Setelah beberapa minggu berfikir, akhirnya saya mendapat satu jawapan kepada permasalahan ni…

Daripada menyesakkan kepala memikirkan apa yg terbest untuk anda, lebih baik kalau saya minta anda sendiri memikirkan apa yg anda idamkan sebagai hadiah!

Dimudahkan cerita, sebenarnya saya inginkan bantuan anda untuk MEMILIH dan MENENTUKAN SENDIRI HADIAH yang anda mahukan daripada saya sebagai pemenang peraduan akan datang ni!

Syaratnya mudah sahaja… Sesapa pun boleh bagi cadangan – selagi dia boleh membaca dan menulis. Umur pun tak kisah. Yang penting sekali, hadiah yang dipilih itu nanti mestilah realistik!

Maksud realistik di sini adalah, hadiah tersebut mestilah dalam kemampuan saya. Janganlah berangan atau demand nak kapal layar, kereta Honda, kapal selam, jet peribadi, rumah banglo, awek pan asia, wang tunai 3 juta atau yang seumpama dengannya!

Anda mungkin boleh mengarut dengan demand anda tapi jangan haraplah saya nak layan! Jadi sebelum anda membuat kerja sia-sia buang karan tu, fikirkanlah akibatnya sebaik-baiknya… ;)

Amacam? Teruja? Berdebar-debar? Cerita banyak pun tak guna kan…

Untuk membantu saya, senang aje… Hanya tuliskan sahaja HADIAH IDAMAN ANDA tu di ruangan komen di bawah.

Anda boleh memberi seberapa banyak cadangan pun yang anda mahu. Selagi anda larat berfikir dan menaip,  silalah  singgah di sini beberapa kali pun yang anda mau untuk menulis cadangan atau idea anda yang kononnya best tu!

Pertolongan anda ini sangat besar maknanya untuk saya. Segala usaha anda untuk membantu saya menyelesaikan masalah ini saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih!

So, tunggu apa lagi? Taiplah cadangan anda yang kononnya best tu di ruangan komen di bawah ni!

Akhir kata selamat menaip dan mungkin menang hadiah! :D

Kategori Bulletin, Komik Ubi, Produk Kartun Ubi - Tag cuti sekolah, hadiah, hadiah percuma Ubi, kapal selam, kartunis ubi, Komik Ubi, peraduan
Similar posts
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Kontrol Macho dalam English pulakR... — Jika sebelum ini an...
  • Bonus?! Bonus Hari Raya ke?… — Khas buat anda yang...
  • Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak... — Assalamualaikum bua...
  • Kad Raya Kartun Digital Edisi 2010 Ke... — Salam buat semua pe...
« Ewah-Ewah… Ingat Best Sangat Ke Masuk TV?
» Nak Derma Pun Fikir Dua Kali…

279 Komentar Setakat Ini

  1. eekien's Gravatar eekien
    December 15, 2009 at 3:29 pm | Permalink

    Assalamuualaikum abg UBI..,

    Seandainye sy dipilih utk menerima hadiah., hadiah idaman sy dan paling sy ingin kan ialah senaskah
    “AL-QURAN” yg begitu unik…yg bole dibace tiap2 malam n bnyk manfaatnye…

    Thanx yek…Wasalam..

    Reply
  2. alela's Gravatar alela
    December 15, 2009 at 4:42 pm | Permalink

    kalu bleh nk pakej “broadband” …yg canggih2 sket ler..

    mekasih..

    Reply
  3. mattjack's Gravatar mattjack
    December 15, 2009 at 4:55 pm | Permalink

    saya nk koleksi IN semua season bleh x?

    Reply
  4. wasabie's Gravatar wasabie
    December 15, 2009 at 5:02 pm | Permalink

    salam

    hadiah i-pod, tp dilukis ngan watak2 kartun dari ubi,
    atau handphone yg di design khas dari ubi

    ataupun karikatur keluarga yang dilukis oleh ubi

    Reply
  5. yanty's Gravatar yanty
    December 15, 2009 at 5:17 pm | Permalink

    mkn mlm bsama UBI.candle light dinner la…besttt..

    Reply
  6. azrin's Gravatar azrin
    December 15, 2009 at 7:15 pm | Permalink

    kalau saya menang hadiah tu saya mahukan:

    1)- peluang untuk belajar melukis kartun.
    2)- berpeluang berjumpa dengan katunis UBI sendiri.
    3)- Peluang mendapatkan komik UBI yang terbaharu.

    dengan cadangan yang saya cadangkn,sy berharap agar kartunis UbI dapat merealisasikan cadangan empunya saya ini.

    Sekian,
    Yang Benar,

    RAIN
    ————–
    (Mohd azrin B. abd shukor)

    Reply
  7. 3 brothers's Gravatar 3 brothers
    December 15, 2009 at 11:25 pm | Permalink

    Drum digital atau pun set gitar karen
    ok x ???

    Reply
  8. cikgu azizi's Gravatar cikgu azizi
    December 16, 2009 at 1:24 am | Permalink

    Assalamualaikum…

    Apa kata hadiahnya adalah koleksi cerita Aku Dia & Wolkswagon…

    Reply
  9. arek's Gravatar arek
    December 16, 2009 at 8:39 am | Permalink

    02012010 ni aku akan melansungkan perkahwinan..jadi kalau hadiah yang aku nak sangat adalah…

    iPhone kot hehhehhe…

    xpun susah2 sgt bg je sume koleksi komik yg en ubi ade tu pd aku..yehaaa

    Reply
  10. ared's Gravatar ared
    December 16, 2009 at 9:09 am | Permalink

    nak lukisan potret secara percuma
    atau koleksi kartun yang lepas2

    Reply
  11. nurain's Gravatar nurain
    December 16, 2009 at 11:10 am | Permalink

    pasal hadiah ye!!!!!!!!!!!!!!
    pe kata buat karektor muka orang yg menang kat baju ke atau poster besar siap berwarna dan jangan lupa tandatngan kartunis ubi baru mantap gilerrrrrrrrrrr
    itulah yang sebaiknya dan akan jd kenangan

    Reply
  12. amie's Gravatar amie
    December 16, 2009 at 12:28 pm | Permalink

    klau sy mnang..sy nak komik ubi je….

    Reply
  13. amie's Gravatar amie
    December 16, 2009 at 12:32 pm | Permalink

    lg stu…sy mmg mnat gler r kat krtnis ubi nie..lau bleh..dpt komik dgn atgraf pun ok gak

    Reply
  14. leez's Gravatar leez
    December 16, 2009 at 1:39 pm | Permalink

    1.notebook
    2.pen
    3.mug
    4.t-shirt
    5.topi
    6.stationaries
    7.poster
    8.kalender
    9.tumbler
    10.frame
    11.tabung
    12.bantal
    13.year planner
    14.lakaran kartun ubi
    15.necktie
    16.teddy bear

    Reply
  15. ebixt's Gravatar ebixt
    December 16, 2009 at 2:54 pm | Permalink

    dapat kamera DSLR pun ok

    Reply
  16. cha'au's Gravatar cha'au
    December 16, 2009 at 10:05 pm | Permalink

    makan malam bersama ubi + hadiah sampingan (t-shirt ke, hp ke, voucher beli belah..)

    Reply
  17. amirul's Gravatar amirul
    December 16, 2009 at 11:31 pm | Permalink

    askom bang ubi,

    oleh kerna umur saya baru 12 thn, hadiah yang saya cadangkan ialah antara tiga ni kereta kawalan jauh yang mahal, sony psp n ps3

    Reply
  18. nadhiey's Gravatar nadhiey
    December 17, 2009 at 1:57 am | Permalink

    hadiah utama..makan malam ngan abang ubi hehe

    Reply
  19. zuriati's Gravatar zuriati
    December 17, 2009 at 3:07 pm | Permalink

    salam, hadiah tepon xkira la jenama pa pun ok.. xpun hadiah poster kartun karya ubi..

    Reply
  20. sal sunshine's Gravatar sal sunshine
    December 17, 2009 at 4:11 pm | Permalink

    Salam brader Ubi..
    Kalo saya..saya nak planner 2010 yg ada karikatur wajah saya..and merchandise ubi (e.g:t-shirt,notebook,payung,kalendar, etc)..sekian terima kasih :-)

    Reply
  21. liza's Gravatar liza
    December 19, 2009 at 1:28 pm | Permalink

    nak hadiah!nak hadiah!

    hadiah tu ialah emm..ubi perlu melukis gambar yg diminta oleh pemenang..at least 3 keping..bleh kasi hadiah kat org lain plak..wah,alangkah bermaknanya hidup ini apabila hadiah dpt dikongsi!!!

    Reply
  22. mus's Gravatar mus
    December 19, 2009 at 5:39 pm | Permalink

    sy cadang kan camera DSLR

    Reply
  23. pupu's Gravatar pupu
    December 19, 2009 at 9:15 pm | Permalink

    salam semua…

    ni yg kira murah ongkosnya…yg paling penting ada lukis karya bro ubi..
    1.penanda buku
    2.sticker
    3.sticker kat kete(kembang idung)
    4.beg kecik(yg mcm org p jemputan kawin dpt)

    bleh bro..??!!!

    Reply
  24. sofea's Gravatar sofea
    December 20, 2009 at 4:13 pm | Permalink

    salam,kartunis ubi…
    sy cadangkan antara hadiah pemenang tue,blaja lukis kartun ke,gmbar ke dgn kartunis ubi sendiri?krenye cam bengkel khas la khusus utk pemenang…

    Reply
  25. lynda's Gravatar lynda
    December 21, 2009 at 10:24 am | Permalink

    nk sgt abg ubi lukis gmbo kerekter weeding sy…..lh ker…….teruja nieeeee

    Reply
  26. milla's Gravatar milla
    December 21, 2009 at 2:06 pm | Permalink

    assalamualaikum..
    milla just nak blaja camne nak jd ‘terrer’ cam abg ubi…brilliant gler otak abg bleh lukis n imagine skaligus menghasilkan karya terbest di muka bumi nih..heheh

    Reply
  27. cunartzs's Gravatar cunartzs
    December 21, 2009 at 3:24 pm | Permalink

    Assalamualaikum bang ubi..

    pasal adiah tu saye xnak banyak pon..
    dapat majalah aku, dia & volkswagen pon okie dokie dah..
    dah banyak terlepas lah..
    lagipon berbaloi2..

    thanks abang ubi.

    Reply
  28. nanie's Gravatar nanie
    December 21, 2009 at 5:30 pm | Permalink

    assalamualaikum…
    wah! ini dah cukup baik…kita yang kat
    luar ni pilih hadiah. tapi nak apa ye?
    kalau dapat hadiah t-shirt yg ada gambar
    zurina pun dah ok la juga tu…

    Reply
  29. amin's Gravatar amin
    December 22, 2009 at 8:23 am | Permalink

    assalamualaikum…

    kalau dapat hadiah t-shirt yg ada gambar ubi dan
    zurina pu baik….

    Reply
  30. adeq's Gravatar adeq
    December 22, 2009 at 10:27 am | Permalink

    salam…penoh hormat dan santai….apa2 ja …asalkan boleh den gunokan sampai bila2…..dan ekow pon dapek pahalonya….ameeeen….

    Reply
  31. lin's Gravatar lin
    December 22, 2009 at 2:31 pm | Permalink

    hadiah : free lukisan from ubi siap dgn autograph..

    Reply
  32. mien's Gravatar mien
    December 23, 2009 at 8:51 pm | Permalink

    nk hadiah pe?
    ley bg ke nie?
    nk hp slide sony ericson plz

    Reply
  33. yee's Gravatar yee
    December 24, 2009 at 8:26 pm | Permalink

    nak komik ubi yang lama2 tu….
    cth…bdk hostel n lain2..
    best tu..

    Reply
  34. intan's Gravatar intan
    December 25, 2009 at 11:45 pm | Permalink

    bagi lah hadiah yang boleh buat kenangan smpi bile2..sbagai cntoh.. dpt 1 kping gmbr kartun yg ade gambar saya n kartunis ubi pas tu de tulis “memori terindah bersama kartunis ubi”gmbr tu siap de tandatgn ubi skali..kalau bleh gambr tu biar besar la..skali ngan frame..
    rasenyer..ni hadiah yg terbest abad ini..

    Reply
  35. intan's Gravatar intan
    December 25, 2009 at 11:55 pm | Permalink

    skarg ni kan da rami yg hias motor diorg ngan corak2 yg memukau..kalau boleh nak dapat sbijik skuter yg tlah dihiasi dengan karya2 abg ubi.. mesti gempak punye la!!!

    Reply
  36. Jhohan Simamora's Gravatar Jhohan Simamora
    December 26, 2009 at 8:41 am | Permalink

    Assalamualaikum bang UBI..

    Alhamdulillah.. hadiah idaman.. boleh juge
    1. Laptop
    or
    2. Koleksi VCD Original P.Ramlee

    Makaseh!

    Reply
  37. sutinah's Gravatar sutinah
    December 26, 2009 at 9:05 am | Permalink

    salam.
    cadangan I : koleksi katun ubi yg pnh dihasilkan. Mahal tak kos bikinan hadiah ini, kalau mahal takyah la.

    cadangan II : koleksi dibuat atas postcard. sesuai untuk sumer peringkat umo. kenangan terindah boleh disimpan.

    hadiah dari saya lak : doa agar teruskan karier anda, dan dimurahkan rezki, diberi kesihatan yg baik.

    salam

    Reply
  38. aidah's Gravatar aidah
    December 28, 2009 at 11:05 am | Permalink

    saya cuma cadangkan hadiah
    -komik
    -wang tunai rm100 je

    Reply
  39. PrinceCdic's Gravatar PrinceCdic
    December 28, 2009 at 1:25 pm | Permalink

    Em.. sng jer ubi, klu aku plak nk dinner ng Liyana Jasmay jer.. tp ko sponsor la ek!!

    Reply
  40. zero lunamiko's Gravatar zero lunamiko
    December 28, 2009 at 10:08 pm | Permalink

    wahahahah…bnyk sungguh permintaan..musti ubi pening nk pilih..
    bagi saya..
    antara yg menarik adelah merchandise yg ada karikatur dari ubi
    atau mungkin ubi blanja makan..
    hahahaha

    nk mintak lebih2 x semenggah la pula rasanya..
    heheh~

    Reply
  41. huzaidy hamdan's Gravatar huzaidy hamdan
    December 29, 2009 at 4:06 pm | Permalink

    ha.ha.xdemand pun.sy nk sepuluh karikatur ubi secara percuma dan satu tu muka ubi sdiri.semua karikatur2 tu perlu beserta tandatangn ubi.dan 9 lg tu gmbr2 family dan tunang sy.lastly ubi mesti lukis atas kertas lukisan dan mggunakan pen hitam.dipos ke alamat rumah mnggunakan pos laju. kalau ubi xde duit nk pos.ha.bab pos ni biar sy tanggung sdiri

    tujuannya sy nk buat frame.bt phiasan rumah.kalau email ni nmpk x ori.sbb dakwat printer

    Reply
  42. maryam's Gravatar maryam
    December 29, 2009 at 8:31 pm | Permalink

    ubi????????kenapa namer abg mesti ubi??nape x detak namer untuk manusia?dah x der namer lagi sedap untuk jadi namer gelaraan?kalau saya, saya cadangkan bagi namer

    1>pisang sire-sbb kan lebih manis semanis gulanya
    2>ahmad albab-sebab??????????????

    hehehe…………………..
    saya nk hadiah -buku komik

    Reply
  43. terganaz's Gravatar terganaz
    December 30, 2009 at 2:32 pm | Permalink

    Salam. bagi saye ape pun hadiah nye xpenting , yg penting sape yg bagi. kalo dpt pen sebatang pun ok gak. he he he he
    list hadiah idamanku

    1.Makan tengahari di Restoran Ikan Patin Temerloh
    2.Sehari bersama kartunis Ubi
    3.xbox 360
    4.Handphone Nokia 3310
    5.Baju Tshirt kartunis Ubi
    6.Gambor saye n family diKanvas besor dilukis oleh Ubi
    7.dan sebuah kancil turbo berharga RM5500.00

    Reply
  44. baki's Gravatar baki
    January 1, 2010 at 3:20 pm | Permalink

    slm. sy cdgkan bro bt karikatur utk pemenang. pastu htr la kat email dorg.

    Reply
  45. amirah's Gravatar amirah
    January 2, 2010 at 11:02 am | Permalink

    saya ingin sekali memakai gaun puteri tangan panjang tapi malangnya saya duduk jauh boleh tak buat dekat kedah atau mana man yang dekat dgn kedah ke jitra ke kalau tak boleh tak pelah kalau dekat sini ramai yang ingin masuk

    Reply
  46. Farizal Hassan's Gravatar Farizal Hassan
    January 3, 2010 at 2:42 pm | Permalink

    Mike Filsaime kata, hadiah berbentuk wang kurang dihargai berbanding hadiah berbentuk barangan. Mungkin ada betulnya pasal wang mudah habis dan barangan yang diberi lebih meninggalkan kesan kepada penerimanya.

    Kalau hadiah berbentuk barangan, saya nakkan:

    1) Gitar Squier Stratocaster
    2) Ipod Touch 3rd Generation 64Gb
    3) PS3

    Walaupun saya dah ada ipod touch, tp hadiah satu lagi tu utk dijadikan backup bila bateri dah habis :D hehehe

    Reply
  47. belliza's Gravatar belliza
    January 4, 2010 at 12:30 am | Permalink

    huhu,,,kalo sy..
    mesti lah nak
    1. blackberry
    2. SEMUA,,,,barangan/terbitn EKSLUSIF,,kartunis pujaan sy,,UBI,,huhu

    Reply
  48. Jimmy MRR2's Gravatar Jimmy MRR2
    January 4, 2010 at 9:44 pm | Permalink

    hemm.. apa kata kalu abang ubi senaraikan 5 hadiah dlam pertandgn tu. Yg menang boleh pilih dulu die nk hadiah ape.

    Reply
  49. den's Gravatar den
    January 5, 2010 at 9:15 am | Permalink

    herm…. barang sume skang dah mahal2… sian abang ubi nak beli hadiahnya…. mahu bankrap ade r…heheh…

    kalo nak bagi hadiah gak, bg je :

    1.Buku nak belaja wat karikatur ke…(sya mmg berminat..hehhe)
    2.baju kartunis ubi k…
    3.bagi hamper k..(dalam tu brgan2 kartunis ubi)…
    4.handphone yang murah k… mahal2 membazir jer…huhuuh
    5.tket pelancongan lam malaysia k……pergi la ketempat2 yang pemenang x pernah pergi lg..(promote malaysia..heheh)

    sekian mekaseh…

    Reply
  50. Arif's Gravatar Arif
    January 6, 2010 at 10:57 am | Permalink

    Aku impikan sebiji MacBook Pro yang bernilai RM8000 tu. huhu serta complete software original Adobe CS4 Creative Suite

    Reply
  51. salim b.ahmad's Gravatar salim b.ahmad
    January 9, 2010 at 11:27 pm | Permalink

    saya nk hadiah t-shirt dh le..syukur klu ubi dpt tunaikan..hidup ubiiiiiiii..

    Reply
  52. siti's Gravatar siti
    January 11, 2010 at 4:59 pm | Permalink

    saye nk hadiah comel yg bleh bt kenangan mcm teddy bear ke..t-shirt karikatur..atau pon sticker kereta..kan best tu..:)

    Reply
  53. siti's Gravatar siti
    January 11, 2010 at 5:00 pm | Permalink

    xpon hadiah dpt langganan percuma keluaran karangkraf t’utama majalah ujang..bleh gak..

    Reply
  54. marym's Gravatar marym
    January 16, 2010 at 9:49 am | Permalink

    klu pasal hadiah ni, pikir lar yg positif ckit utk kebaikan para remaja mase kini…
    bg lar bnde2 yg bfaedah..
    mcam tudung ke…t-shirt kew..klu x tau saiz, bg je yg besar2..tutup sikit aurat nyer..x d lar smpai nmpak shape bdn 2..ye lar, pompuan2 zaman skang ni kan dah x sedar diri..(utk yg muslimah)..lg 1, kan best klu mu nmpak t-shirt mu dpkai orang sluruh malaysia………
    klu utk laki plak, tnye le kat diorang…
    abis cte..

    Reply
  55. marym's Gravatar marym
    January 16, 2010 at 9:51 am | Permalink

    sluar pon bley gak….

    Reply
  56. aiman kacak's Gravatar aiman kacak
    January 17, 2010 at 6:09 pm | Permalink

    erm.. kalo boleh.. kasi la adiah baju yg ada lukisan~
    kalo ley.. lukis la watak dlm citer Ak Dia & Volk..

    come on la… ko ley lukis lgi kan watak dlm citer tu..
    harap dipertimbangkan

    Reply
  57. Peminat setia Naruto's Gravatar Peminat setia Naruto
    January 17, 2010 at 7:04 pm | Permalink

    PSP KERANA ADIK SAYA SUKA SANGAT DENGANNYA.JADI,SAYA INGIN MENGHADIAHKANNYA PSP TERSEBUT…TLG SAYA EK…

    Reply
  58. edd's Gravatar edd
    January 27, 2010 at 6:17 pm | Permalink

    1) kupon diskaun 100% karikatur atau produk2 ubi yg lain
    2) kelas percuma belajar kartun dgn sifu ubi
    3) barang peribadi ubi yg eksklusif
    4) komik kesayangan simpanan ubi
    5) menjadi presiden kelab peminat ubi

    Reply
  59. Aleek's Gravatar Aleek
    February 15, 2010 at 9:42 pm | Permalink

    kamera DSLR lah kalau boleh :-D

    Reply
  60. ainul's Gravatar ainul
    February 17, 2010 at 12:56 am | Permalink

    demand peminat2 sume len mcm laa.. sian ke abg ubi.. hihik

    Reply
  61. mesol's Gravatar mesol
    February 23, 2010 at 6:30 am | Permalink

    salam ubi…
    wess..jom makan aku belanja (bodek nak hadiah free) hehehe..

    Reply
  62. ida's Gravatar ida
    February 25, 2010 at 3:44 pm | Permalink

    kalo,..sy,..nk komik edisi terhad abg ubi yg siap dgn tnda tgn n ucapan,..barang2 eklusif dr kartun abg ubi,..cam t shirt ke,mug ke aper2 la, yg blh djadkkn knagn,..n lg best,..shari bsme abg ubi,..huhu,..bley tunjk cre cmne abg mlukis,..aktiviti abg,..and otherelse,..

    Reply
  63. aina's Gravatar aina
    January 2, 2012 at 9:07 am | Permalink

    saya nak ipad2…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site