• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Kartun Budak Hostel Siri Pertama Di Majalah Ujang
» Layan Siti Nurhaliza di Secretaries Week 2009

Aku, Formula 1 & Mercedes Benz

Apr11
2009
7 Komentar Oleh Ubi

Pada 4 dan 5 April yg lalu, saya telah dijemput untuk menjayakan satu acara karikatur di showroom Mercedes Benz di Gong Kapas Kuala Terengganu.

Acara ini diadakan sempena dengan sambutan perlumbaan Formula 1 di Sepang. Mungkin ini satu cara untuk Mercedes mempromosikan F1 ini… ataupun mungkin ini juga satu cara untuk Mercedes berlagak dengan orang ramai bahawa team dia pun ada masuk dalam perlumbaan kereta yg berprestij ini.

Selain dari acara melukis karikatur, pelawat jugak boleh menghiburkan diri masing-masing dengan membazirkan masa diorang bermain kereta kontrol F1, video game keta racing dan makan sebanyak mungkin ala buffet di showroom tersebut.

Bunyi macam menarik kan?

Tambah menarik lagi, semua acara tersebut hanya dihadiri oleh saya, petugas event yg menjaga keta kontrol, video game dan staf-staf showroom sahaja!

Hahaha! Makan gaji buta ler nampaknya! :lol:

Sebenarnya tiada apa cacat celanya dengan program ni. Kalau lihat on paper memang cukup teratur dan perfect sekali. Cuma masalahnya, program ini diadakan pada hujung minggu (Sabtu & Ahad). Dan seperti yg diketahui ramai, hari Ahad di Terengganu adalah umpama hari Isnin, di mana hari tersebut semua orang sudah pun mula bekerja.

Jadi mungkin kerana hari bekerja dan orang ramai segan nak masuk ke showroom Mercedes yg kononnya ‘mahal’ tu, maka program ni takde pengunjung sangat… ibarat pekan koboi dengan daun-daun kering berterbangan aje!

Program karikatur saya bermula dari jam 12 tengahari sehingga 6 petang. Oleh kerana sambutan yg tak seberapa tu, masa bekerja saya yg dibayar oleh Mercedes tu dihabiskan dengan main keta kontrol, video games, tengok F1 kat TV, makan dan makan serta berlegar-legar di showroom. Terasa macam haiwan kesayangan wonderpets aje – dapat makan sedap-sedap tapi tak payah buat kerja apapun! :lol:


Krew, staf dan anak staf aje yg layan Nintendo Wii…


Harga keta kontrol ni aje dah cecah RM1,000… belum lagi keta betul!


Makan, lepak dan tengok TV… oh bestnya!

Mujurle ada staf-staf showroom yg sudi mukanya dikarikaturkan oleh saya… sekurang-kurangnya berbaloi gak kedatangan saya ke sana dan takdelah rugi Mercedes Benz Malaysia bayar saya. Heh! ;)


Cik Asnani (Kerani merangkap receptionist) berlagak dengan lukisan karikaturnya

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua staf-staf showroom (Asnani, Azmi, Kamarudzaman, Tan Li Li, Mr Tan, Boss Besar dan Brader Despatch) yg melayan saya dengan begitu baik sekali sepanjang masa saya berada di sana. Wa caya lu!


Antara produk aksesori, pakaian dan replika kereta yg boleh tahan gak harganya… gulp!


Jamban pun mesti kena nampak mahal dan grand….

Sebenarnya program promosi F1 ni berlangsung di semua showroom Mercedes Benz Semenanjung Malaysia. Kartunis Padi dan Oren yg dihantar saya ke Kelantan dan Kuantan mengatakan bahawa program di tempat mereka sangat sesak sekali dengan pengunjung sampai tak menang tangan melukis. Hahaha… selamat aku!! :twisted:

Untuk pengetahuan, walaupun saya berasal dari Kuantan Pahang, tapi inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Kuala Terengganu ni. Jadi kerana program ni, saya ada sebab dan tujuan nak ke sini. Sekurang-kurangnya takde sapa boleh kutuk saya pasal tak pernah datang Terengganu!

Kerana perjalanan yg jauh dan tak mau letih memandu, saya pergi ke sana dengan menaiki bas aje dari Kuala Lumpur. Banyak perkara pelik, kelakar dan membengangkan berlaku sepanjang perjalanan. :eek:

Sekarang ni saya tengah lepak kat kampung di Kuantan sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur. Saja je bercuti jap untuk mereleasekan tensen yg terbuku selama ini.

Cuma yg tak bestnya, kat sini takde internet pasal mak saya yg tak berapa IT sangat tu tak mau pasang Streamyx kat rumah. Jadi untuk membaca email dan blogging, saya terpaksa pergi ke cyber cafe ataupun mengklepet talian wifi kat mana-mana shopping complex sambil cuci mata tengok awek-awek gedik yg berkeliaran.

Harap semua faham kalau dalam seminggu dua ni saya takde update blog ye… ;)

Akhir kata, janganlah memandu di jalan raya macam bawak F1… ingatlah orang yg tersayang!

——————————————————————————————————————————————–

PERLUKAN SESI KARIKATUR UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS, PARTI & ACARA ANDA?

Team Kartunis dan pelukis karikatur kami bukan hanya sekadar menghasilkan lukisan karikatur yang berkualiti, malahan mereka akan memastikan tetamu anda tidak kering gusi dengan telatah dan lawak jenaka mereka!

Maklumat lanjut sila layari www.ubikarikatur.com/karikatur-parti.html

TEMPAHLAH KAMI SEGERA SEBELUM KAMI DITEMPAH ORANG LAIN!

Kategori Bulletin, Karikatur Ubi - Tag F1 Sepang, formula 1, karikatur, mercedes benz, terengganu
Similar posts
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Bonus?! Bonus Hari Raya ke?… — Khas buat anda yang...
  • Kontrol Macho dalam Malaysia Hari Ini — Ini sebuah video ba...
  • Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 R... — Nota: Ini adalah ba...
  • Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 R... — Tahun 2010 sudahpun...
« Kartun Budak Hostel Siri Pertama Di Majalah Ujang
» Layan Siti Nurhaliza di Secretaries Week 2009

6 Komentar Setakat Ini

  1. alien13's Gravatar alien13
    April 12, 2009 at 12:13 pm | Permalink

    betul la..
    patut drg ubah r masa ikut tempat..
    adess

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 1:58 pm | Permalink

      susah gak… sebab diorang kena ikut tarikh event F1 kat sepang tu.

      Reply
  2. azuzafu's Gravatar azuzafu
    April 15, 2009 at 8:09 am | Permalink

    patut la sunyi sepi..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 1:55 pm | Permalink

      ssshhhh…. ;)

      Reply
  3. matcargo's Gravatar matcargo
    April 21, 2009 at 2:53 pm | Permalink

    Hhehehe …
    Assalamualaikum Bro Ubi…
    dulu… sy cukup minat dgn majalah ujang terutama cerita aku,dia dan keta kuning tu.ahaks

    arrr nampak sunyi la kat show room tu… tak kena hari la tu…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 3, 2009 at 3:16 pm | Permalink

      hehehe… ;)

      Reply
  1. Aktiviti Kartunis Ubi Januari - Jun 2009 | Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on January 11, 2010 at 4:09 am

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site