• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Akhirnya Ubi masuk University of Columbia…
» Pelukis Karikatur yang Terlampau!

Email Bangang Minggu Ini

May23
2008
35 Komentar Oleh Ubi

Tak tauler apa masalah ngan mamat ni… samada dia bergurau, tengah lalok ataupun dia ni salah sorang dari krew ‘Macam-macam Aznil’ tengah tangkap reaksi saya sedang baca email dia yg best tahap gaban ni…

woitt ubi!

aku punya company nak buat family day so kitorang nak print tshirt special untuk benda tu. jadi aku nak suruh ko lukiskan gambo katun untuk acara tu. aku rasa katun ko yg ada gambo lelaki ngan pompuan kat keta beetles tu sesuai sangat untuk projek ni. cuma ko tambah ada budak laki ke atau pompuan dengan diorang. kitorang takde budget nak bayar ko cuma nanti bila tshirt tu dah siap print aku akan bagi free satu kat ko. eleh lagipun bukannya susah nak lukis kan. aku rasa ko conteng-conteng kejap pun dah boleh siap pasal aku penah tengok orang kat cm tu lukis senang je. patutnya tak payah bayar pun takper. oklah aku nak ko siapkan lukisan aku tu selewat-lewatnya lusa. choww!

Wahh!!! Betullah… lukis kartun ni bukannya susah… conteng-conteng kejap pun boleh siap! Lagipun kalau saya dapat dan pakai t-shirt family day yg mungkin ada tulis nama company mamat ni, mungkin akan ada awek-awek cun yg akan terpikat dengan saya. Satu lagi, bahasa yg dipakai adalah amat sesuai untuk dicontohi bila kita nak mintak tolong dengan orang…

Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah… :-)

Kategori Kartunis pun manusia, Ntahapahapantah - Tag bangang
Similar posts
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampa...
  • RM57 pun nak berkira ke? Come onlah b... — Seperti mana yang k...
  • Mana satu ikang yang lebih ngang?! — Masihkah anda ingat...
  • Ni ikang ke atau manusia ikang jadian... — Amaran: Post ini me...
  • Kartunis Pelukis Kelas Kedua? — Saya banyak mendap...
« Akhirnya Ubi masuk University of Columbia…
» Pelukis Karikatur yang Terlampau!

35 Komentar Setakat Ini

  1. lokman's Gravatar lokman
    May 23, 2008 at 11:40 am | Permalink

    ignore je email mcm tu…
    jgn layan…buang ms.
    life must go on!
    klu senang nape la tk lukis sndiri. dia nak ltk
    seploh org kat keta tu pun bleh.

    Reply
  2. dauz's Gravatar dauz
    May 23, 2008 at 12:43 pm | Permalink

    mana ada senang nak lukis2 tu..kira hasil karya orang mana leh free lebih2 lagi kalau original lukisan tangan plak tu..
    Kalau mat salleh tu..lukisan kartun pun mereka sanggup byar ratusan USD kerana mereka menghargai karya orang lain!!

    Reply
  3. tun's Gravatar tun
    May 23, 2008 at 1:35 pm | Permalink

    aduhhhhhhh…sabar jelah..tulah manusia…kalau boleh, semuanyer nak free..xsalah kalau nak freee.tp biarlah kene tempat dan adab nyer..sabar jelahhh en.UBI…

    Reply
  4. reen's Gravatar reen
    May 23, 2008 at 3:32 pm | Permalink

    Mungkin beliau tertekan ngan keja kat company beliau nih..takpelah, lagipun dalam dunia ni mcm2 jenis manusia ada bagi mewarnai kehidupan kita ini dan yg mcm ni pun salah satunya. Satu contoh yang agak baik untuk minta sesuatu. Bagus2. Boleh try mintak kat CM tu ada tak diorang nak bagi free jika gaya bahasa sebegini..pelempang free boleh kot..

    Reply
  5. zool's Gravatar zool
    May 24, 2008 at 9:42 am | Permalink

    Ha ha ha,.. Cam tu pun ada..
    Jangan dilayan siot..
    Dari ko bagi dia lukis free ..
    SUka2 dia je..
    Memang dia nampak lukis tu senang.. Tapi tahap ko nak sampai ke sini tu… Ko je tau kan, Ubi.. Ala biasalah tu..
    Kalau ko geram2 sangat ko keluarkan je chakra ko..

    Reply
  6. Abg Di's Gravatar Abg Di
    May 24, 2008 at 11:03 am | Permalink

    … aku yg takde kena mengena ngan UBI yang baca email tu pun naik geram… ringan je mulut aku ni nak maki…

    apa ko ingat UBI ni kuli ko… yg tak tahan tu siap bagi tau lagi deadline tu…

    sabar je la UBI..

    Reply
  7. Ubi's Gravatar Ubi
    May 24, 2008 at 11:06 am | Permalink

    Lokman, Dauz, Tun, Reen, Zool, Abang Di:
    Memang tak layan langsung ngan mamat ni… sebenarnya bukan mintak free tu yg jadi masalahnya. Sepanjang melukis kartun ni banyak gak projek yg saya buat percuma je… contohnya kalau utk kebajikan, utk surau atau masjid dan yg seumpama dengannya…

    Cuma mamat ni kot ye pun nak mintak free, cubalah mintak dengan baik. Kalau penggunaan bahasa tu sopan skit mungkin saya boleh pertimbangkan gak permintaan dia tu… manalah tau mood tengah baik time tu (pasal baru deting ngan artis ke…). ni tidak, dahlah mintak free pastu main panggil woit-woit ajer… mana tak bengkek!

    Ntahlah, mungkin betul gak kata Reen tu… mungkin dia tertekan ngan company dia tu ataupun dia baru je menopaus kot…

    Reply
  8. Kucing Itam's Gravatar Kucing Itam
    May 24, 2008 at 1:14 pm | Permalink

    Slm…

    patutnye beliau mengikut contoh Kucing Itam yang menulis dengan ayat yang tersusun lagi sopan satun…heheeh… ;P
    Family Day? Jgn terkejut kalo mamat tu pun kuang ajar ngan family dia sendiri…huhuhu… Ubi, kami sedia men-silambam tengkuk mamat tu!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 28, 2008 at 8:04 pm | Permalink

      Bahasa menunjukkan bangsa kan…

      Reply
  9. aju's Gravatar aju
    May 24, 2008 at 2:08 pm | Permalink

    haha.. ‘persetankan’ emel sedemikian! hehe..
    klako la plak baca emel tu.. en UBI anggap je beliau tgh lalok ataupon saja nak test kehumoran pelukis kartun humor.
    habih xda keja la tuh!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 28, 2008 at 8:06 pm | Permalink

      Mungkin dia ingat kartunis ni badut kot… 24 jam buat klaka kot…

      Reply
  10. titan's Gravatar titan
    May 25, 2008 at 2:54 am | Permalink

    itu mamat. Patut kene tendangan padu maut dari kamen rider..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 28, 2008 at 8:23 pm | Permalink

      Aku tak campur ye… tapi kalau pukul tu jgn lupa kat rusuk belah kiri ye… :D

      Reply
  11. tun's Gravatar tun
    May 25, 2008 at 11:05 am | Permalink

    ASkum semua..ingat nak marah gak bila baca email tu..tp aku rasa budak ni sajer2 jer nak main kot…InsyAllah..lepas dah kene marah dgn u All di dia akan menginsafi diri…tp kalau tak insaf gakk…kita ‘Double Side Kick’ jer dia…Wasalam

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 28, 2008 at 8:29 pm | Permalink

      Ntahler… nak kata memain tak gak pasal signature ngan alamat email dia tunjuk dia punya company punya nama ngan alamat…

      Yelah… mintak-mintak dia insaf, bertaubat dan menangis di bilik air menyesali diri selepas ni…

      Reply
  12. emptyspace's Gravatar emptyspace
    May 25, 2008 at 3:04 pm | Permalink

    ubi, hari ni mood baik ke? aku nak mintak tolong watkan lukisan free.. he he

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 28, 2008 at 8:33 pm | Permalink

      Hahaha… abang ni klakalah… :D

      Reply
  13. Gandum's Gravatar Gandum
    May 25, 2008 at 7:08 pm | Permalink

    Ubi..

    ko lukih kartun lidi ajer kasi dia…ahaha….

    Ingat senang ke nak hidup dalam dunia kartunis…dorang ni gelak sakan tahu la..duduk dalam dunia perkartunan tgk….silap silap pegang mendeler putih….surrender!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 28, 2008 at 8:36 pm | Permalink

      Lidi pun jgn harap aku nak bagi!

      Semua dunia ada dia punya susah… kita yg tak tau apa-apa mungkin takkan nak paham punya…

      Reply
  14. SangPelangi's Gravatar SangPelangi
    May 26, 2008 at 6:07 am | Permalink

    URGhh… kuanghajo itu worang.
    Bak sini emel yang dia guna. Nak kenal sangat dengan mamat bajet bagus tuh.
    Memang dia saja dengki la. Nak doakan yang negatif, tak baik pulak kan? Sabarrrr je la.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 28, 2008 at 8:39 pm | Permalink

      Takpelah… cukuplah kita menghina dan membangangkan dia dengan post ni…

      Reply
  15. melayubuntu's Gravatar melayubuntu
    May 26, 2008 at 6:16 am | Permalink

    hahaha… ada gak org cam 2
    xprofessional lnsung…haha

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 28, 2008 at 8:41 pm | Permalink

      Hish… macam-macam jenis org dlm dunia ni… Kalau takder org cam diorang, sunyilah dunia ni…

      Reply
  16. kita's Gravatar kita
    May 26, 2008 at 6:43 am | Permalink

    ermmmm moral cerita ini adalah berhati-hati semasa hantar email :)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 28, 2008 at 8:43 pm | Permalink

      Ye… jangan lupa gak berhati-hati di jalan raya!

      Reply
  17. achik's Gravatar achik
    May 26, 2008 at 7:05 am | Permalink

    errr dia tgh prektis buat ‘lawak antarabangsa’ kot.. sabo je la..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 28, 2008 at 8:45 pm | Permalink

      Kena banyak prektis lagi tu…

      Reply
  18. wan wma's Gravatar wan wma
    May 26, 2008 at 10:53 am | Permalink

    Hahaha…kelakar tul! Aku rasa dia ni mmg dah ‘berat’ ni!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 28, 2008 at 8:46 pm | Permalink

      Mungkin gakler… rasanya org kalau normal tak tulis macam tu…

      Reply
  19. Photoshop Tutorial's Gravatar Photoshop Tutorial
    May 31, 2008 at 10:05 am | Permalink

    Hah, itu email dari Eretz Yisrael kot.

    Sure bertumbuk satu keluarga pasal tshirt yg diidam²kan tak kesampaian lol

    Mentaliti mcm tu spatutnya dah lama xde kat malaysia :D

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 15, 2008 at 5:50 am | Permalink

      Nak buat camane… sabar jelah!

      Reply
  20. Kidino's Gravatar Kidino
    September 13, 2008 at 10:22 am | Permalink

    Ini ada satu cerita… untuk teladan pasal kemahiran dan kepakaran seseorang…

    Seorang pemilik kereta sudah pening sebab dah banyak 4-5 bengkel kereta dia pergi tapi masalah kereta dia tak selesai jugak.

    Satu hari seorang kawan teringat kepada seorang mekanik yang paling pakar. Apa sahaja masalah kereta dia boleh selesaikan. Masalahnya, sekali dia pegang kereta orang dia akan kenakan bayaran RM500… itu pun sebelum spare part. Jadi kawan ni pun bagitau kepada kawannya yang bermasalah dengan keretanya tu… Dan mereka pun pergi ke bengkel mekanik tu…

    Mekanik: Kalau saya pegang jea kereta ni, harga saya RM500… Setuju?

    Pemilik Kereta: Hmm… Setuju…

    Lalu mekanik suruh pemilik kereta start engine. Memang bunyinya teruk. Sah ada masalah. Macam semput jea… Selepas 10 saat mendengar bunyi kereta tu, mekanik tu pergi ke belah tepi kereta, dan dia tendang kereta tu…

    Tiba-tiba, bunyi kereta baik aje. Macam tak pernah ada masalah. Kagum si pemilik kereta.

    Mekanik: RM 500 yea…

    Pemilik Kereta: Okeh, boleh bagi itemise bill?

    Macam nak minta bill telefon pulak. Jadi si mekanik pun bagi lah bill kat pemilik kereta…

    - – - – - – - – - – - – - – -
    BILL
    1 – Tendangan – RM10
    2 – Tau mana nak tendang – RM490
    Jumlah – RM500
    - – - – - – - – - – - – - – -

    Munkgin exaggerate sikit cerita ni, tapi aku rasa kita perlu ada rasa hormat pada kemahiran dan kepakaran orang lain.

    Kalau conteng2 pun boleh jadi, suruh kawan rumah sebelah jea tolong lukis.

    Reply
  21. gap's Gravatar gap
    October 8, 2008 at 5:45 am | Permalink

    gile!

    Reply
  22. TaSyRiF's Gravatar TaSyRiF
    November 1, 2008 at 11:55 pm | Permalink

    Itu namanya x reti bahasa..dah la nak mintak tolong lukis kartun tp jgn ckp mcm org x pernah pegi sekolah je..kita kan ada adat hormat menghormati..so please be a mature la..jgn jadi mcm budak2 ok..jgn layan sgt la email yang mcm tu Abg Ubi..buang masa je..

    Reply
  23. yoone's Gravatar yoone
    July 21, 2009 at 10:49 am | Permalink

    hahaha…mmg la x susah…kan senang je nk lukih2 2kn…ape kate kalo die je y lukis kan…die kate senang kn…nmpk sgt la y die x tahu mnghargai kebolehan org len…sb 2 Allah x bg sume bakat pd tiap org….tuk saling mnghargai…dh le xpndai sopan2..die baru kuar dr utan kot…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site