• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Nak kasi HADIAH apa ni?!!
» Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 1

Nak Derma Pun Fikir Dua Kali…

Dec21
2009
23 Komentar Oleh Ubi

Salam Maal Hijrah buat semua,

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah kepada semua. Semoga kita sentiasa berusaha untuk berhijrah dari 1001 kejahatan diri kepada 1001  kebaikan; mendapat 1001 rahmat Allah, Kasih SayangNya yang tak terbilang dunia dan akhirat, serta dipelihara kita dari 1001 macam fitnah dunia dan seksa api neraka… Amin Ya Rabbal Alamin!

Bercerita mengenai kebaikan, pada petang hari tahun baru tu saya telah terjumpa dengan satu tabung derma untuk orang kurang upaya (OKU). Rasanya tabung ni bakal mencabar sedikit minda orang-orang yang melihatnya…

Kah! Kah! Kah! :lol:

Maaf, saya bukan mentertawakan atau merpersendakan golongan OKU atau usaha untuk memungut derma bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik ini.

Saya cuma gelihati dengan tulisan yang tertera pada tabung di atas…

Sedikit sebanyak saya terfikir kemungkinan orang ramai akan berfikir dua kali untuk memberi sumbangan sebaik sahaja membaca tulisan tersebut. Harapnya pihak yang terlibat akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

Maaf sekali lagi sekiranya ada yang tersinggung dengan tulisan saya ini…

Saya hanya menulis apa yang terlintas di fikiran. Anda yang membaca pastinya lebih bijak untuk membuat tafsiran.

Akhir kata, Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga kita semua akan menjadi seorang insan yg berguna pada  agama, bangsa dan negara. Insyaallah!

Kategori Motivasi & Muhasabah Diri, Ntahapahapantah, Umum - Tag maal hijrah, OKU
Similar posts
  • Selamat Menyambut Awal Muharram 1433 ... — Assalamualaikum bu...
  • Selamat Berazam-azam di Tahun Baru 20... — Hari ini kita dah ...
  • Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hij... — Assalamualaikum &am...
« Nak kasi HADIAH apa ni?!!
» Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 1

23 Komentar Setakat Ini

  1. Shahrul's Gravatar Shahrul
    December 21, 2009 at 9:38 am | Permalink

    hehe, lawak gak. Cam ne bleh eja banduan plak.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 24, 2009 at 8:12 pm | Permalink

      hehehe…

      Reply
  2. chokilala's Gravatar chokilala
    December 22, 2009 at 3:35 am | Permalink

    camne nak masukkan banduan dalam ruang yang isi syiling tu. kecik sangat. hehe

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 24, 2009 at 8:11 pm | Permalink

      banduan minime?

      Reply
  3. ejan's Gravatar ejan
    December 22, 2009 at 4:51 pm | Permalink

    herann.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 24, 2009 at 8:16 pm | Permalink

      biasalah tu… human error.

      Reply
  4. hairul's Gravatar hairul
    December 23, 2009 at 2:39 pm | Permalink

    Hmm.. tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan. itu pekara yang normal bagi seseorang yang tidak bersifat sempurna. saya paham dengan sifat ini kita memerlukan seseorang untuk menegur kita. cuma saya rasa cara abg tegur agak tak brapa …. ni bukan kali pertama abg buat… hmm saya harap abg akan terus memberi teguran yang membina secara yang lebih berhikmah. last, gud luck in your bisnes.askm.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 24, 2009 at 8:11 pm | Permalink

      terima kasih atas teguran. saya hanya menulis dengan cara saya. mungkin nampak kasar tapi adakalanya kita perlu menjadi sedikit kritis dalam memberi pandangan. tapi terus-terang, saya memang tergelak besar waktu kali pertama nampak kotak di atas… dan saya tak pura-pura sewaktu menulis entri ni… ;)

      Reply
  5. kudozu's Gravatar kudozu
    December 23, 2009 at 10:45 pm | Permalink

    selalu juga didatangi orang-orang macam ni.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 24, 2009 at 8:14 pm | Permalink

      hohoho! sesekali tu apa salahnya ulur seketul dua… ;)

      Reply
  6. greenhall's Gravatar greenhall
    December 23, 2009 at 10:48 pm | Permalink

    kuangkuankuang.. segala kesulitan amat dikesali. haha

    salam maal hijrah.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 24, 2009 at 8:15 pm | Permalink

      hahaha! :lol:

      Reply
  7. Khairul's Gravatar Khairul
    December 24, 2009 at 12:08 am | Permalink

    Mmg patut pekara ini ditegur… Apa salahnya kalau ditaip semula daripada dok conteng mcm tu. Dah lah kesalahan itu membawa makna lain, hanya di garis sahaja. Nampak sgt mereka yang buat itu sebenarnya yang kurang prihatin bukan mereka yang membaca kemudiannya…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 24, 2009 at 8:24 pm | Permalink

      yelah, takut nanti niat dan usaha murni mereka tak kesampaian pulak…

      Reply
  8. abrablog's Gravatar abrablog
    December 28, 2009 at 1:15 am | Permalink

    banduan? laju sangat kot masa dia taip. hehe..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      January 7, 2010 at 2:42 pm | Permalink

      mungkinlah kot… hehehe…

      Reply
  9. Suria Basri's Gravatar Suria Basri
    December 28, 2009 at 4:18 pm | Permalink

    tu kira ok jugak..trainee kat tpt saya, lepasan diploma lagi, nak eja PERKESO leh jadi PERKOSA…hmmm..bkn sebab salah tulis, memang perkiraan dia macam tu…..apa nak cakap…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      January 7, 2010 at 2:42 pm | Permalink

      hahaha!!! :lol:

      Reply
  10. Farizal Hassan's Gravatar Farizal Hassan
    January 3, 2010 at 2:31 pm | Permalink

    Teguran ada pelbagai cara dan masyarakat kita adalah yang paling sensitif apabila ditegur. Senang melompat apabila ditegur :D Silap² boleh bergaduh.

    Selepas ini, kita mesti bersikap tidak berpura-pura apabila memberi teguran. Teguran mesti ikhlas dan sampai kepada org yg ditegur. Tak perlu sopan sangat hinggakan apa yg hendak dikatakan itu tidak sampai :)

    Sesetengah org akan pandang pos kali ini seperti kes ikan berbadan manusia. Ada yang sensitif dan ada setuju.

    Saya adalah seorang yang membuat pos tanpa maksud terselindung apabila inginkan perubahan :D

    PS: Dalam bidang periklanan, kesalahan ejaan adalah perkara yang paling serius :D Perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      January 7, 2010 at 2:45 pm | Permalink

      mungkin pasal budaya orang melayu yang selalu berkias atau berlapik dalam memberi teguran.

      rasanya ini yang buat ramai sedikit melatah kalau kita tegur secara direct. mungkin juga ini salah satu punca orang kita jadi pasif dan lambat maju… semuanya jadi marah kalau ditegur!

      just my 2 cents…

      Reply
  11. nizma's Gravatar nizma
    January 4, 2010 at 11:00 pm | Permalink

    uih… btl jugak kan… bila bc tu sy pn pikir 2 kali jugak

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      January 7, 2010 at 2:45 pm | Permalink

      fikir 3 kali pun mungkin jugak! :lol:

      Reply
  12. Bruce's Gravatar Bruce
    May 19, 2010 at 10:05 pm | Permalink

    mungkinlah kot… hehehe…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site