• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« WangCyber Gathering – kenangan cinta silam Pt 2
» Temui Kartunis Ubi di Hotel Nikko

Dari jauh ku pohon maaf…

Nov28
2008
7 Komentar Oleh Ubi

Buat mereka yg berkenaan…

Adakah korang tertanya-tanya kenapa saya sudah lama tidak mengapdet blog ini?

Atau korang menghantar email/pertanyaan kepada saya tetapi sehingga kini masih tiada balasan?

Ataupun korang menempah karikatur atau lukisan kartun daripada saya dan sehingga kini masih tidak siap lagi?

Sekiranya korang memenuhi mana-mana atau semua kriteria di atas, surat terbuka ini memang ditujukan khas buat korang!

Untuk makluman semua, banyak perkara dan masalah yg terjadi kepada saya dalam tempoh sebulan dua ini yg membantutkan produktiviti serta mengganggu rutin saya untuk bekerja.

Di bawah ni disenaraikan beberapa peristiwa penting yg telah berlaku:

1) Studio tempat saya bekerja telah dimasuki orang @ perampok dan dengan selambanya diorang merembat banyak peralatan penting yg digunakan oleh saya untuk bekerja. Ketidakhadiran kesemua peralatan tersebut telah menyukarkan saya untuk beronline seterusnya membuat semua kerja. Dan yg paling membuatkan saya tensen adalah terpaksa mengeluarkan BANYAK WANG dan MASA untuk membeli semula serta memastikan kesemua peralatan yg dibeli tersebut berfungsi.

2) Masalah kesihatan yg membuatkan saya terpaksa terlantar di hospital berhari-hari sambil ditemani nurse-nurse yg come lote. Untuk makluman korang jugak, masalah kesihatan ini adalah yg kali kedua terjadi kepada saya sepanjang hidup ini. Pelik bukan?

Dan yg menambahkan leceh adalah kesemua kejadian ini berlaku berturut-turut pada ketika saya sangat sibuk dan banyak kerja yg perlu disiapkan!

@#$^&)*!!!

Dan pabila keadaan sudah pulih dan saya sudah sedia untuk bertugas semula, banyak email tidak puas hati, ugutan bunuh, repot polis yg memenuhi inbox yg terpaksa saya baca dan jawab…

Ini juga sedikit sebanyak mempengaruhi mood dan moral saya kearah pemikiran negatif…

Ada masanya saya terfikir – “Adakah aku ‘Kartunis Malang of the Year 2008′?”

Ye memang tak dinafikan memang apa yg menimpa saya boleh dikategorikan sebagai sangat malang…

Walaubagaimanapun, saya ada juga terfikir – “Semalang-malang aku ni, masih ramai lagi yg lebih malang!”…

Mungkin semua yg berlaku ini berpunca dari kesalahan dan kelalaian saya…

Mungkin jugak ini kifarah dan satu cara untuk mengembalikan saya ke jalan yg benar…

Yelah, dalam kesibukan bekerja dan mencari harta dunia saya mungkin sudah terlalai dari mengerjakan apa yg dikehendakiNya…

…….

Pada korang yg sudah atau berniat untuk menghantar email berbaur kebencian seperti di atas, mencari pembunuh upahan ataupun bomoh untuk melegakan segala ketidakpuashatian terhadap saya, terus terang saya sedikitpun tidak marah atau terasa dengan tindakan korang tu…

Jika saya berada di tempat korang pastinya saya juga akan bertindak sedemikian…

Kita semuanya manusia… ada hati dan perasaan… ada kelebihan dan kekurangan… sentiasa tak lari dari membuat kesilapan…

Bukan tujuan saya memohon simpati dengan menulis surat terbuka ini…

Apa yg sudah terjadi tak dapat diulangi dan diperbetulkan…

Niat saya cumalah ingin menceritakan apa yg telah berlaku dan punca kepada semua salah faham ini…

Dan yg paling utama adalah MEMOHON MAAF sekiranya sepanjang ketidakhadiran saya di dalam tugas menyinggung perasaan dan menyusahkan sesiapa…

Hanya itu yg terdaya saya lakukan…

Harapnya dapatlah dimaafkan…

 

Sekian,

Ubi

Kategori Kartunis pun manusia
« WangCyber Gathering – kenangan cinta silam Pt 2
» Temui Kartunis Ubi di Hotel Nikko

7 Komentar Setakat Ini

  1. Ramzan's Gravatar Ramzan
    November 28, 2008 at 2:33 am | Permalink

    patutle dah lama tak apdet blog ni… sabar bro ubi… setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya… sekurang-kurangnya bro ubi masih hidup lagi kat dunia ni… ;)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      November 30, 2008 at 3:33 am | Permalink

      Tima kasih Ramzan! :)

      Reply
  2. BAGAK's Gravatar BAGAK
    November 28, 2008 at 7:37 am | Permalink

    bersabar mengharungi kesusahan

    kalau tak susah macam mana nak rasa nikmat senang

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      November 30, 2008 at 3:34 am | Permalink

      Betul tu Mr Bagak! Sokong 110%! :D

      Reply
  3. chokilala's Gravatar chokilala
    December 2, 2008 at 2:04 am | Permalink

    pasni bole la abg ubi reply email saya yg tak berbalas. then cpt2 la siapkan autograf yg utk kad raya dulu tu. hehe

    p/s : xjadik jumpa bomoh lepas baca entry ni. kuikui

    Reply
  4. Nur's Gravatar Nur
    February 3, 2009 at 1:50 am | Permalink

    sabarla ubi..
    setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya
    tuhan uji sbb Dia syg pd hamba2nya..
    apa2 sy doakan semoga ubi cpt sembuh ye..

    Reply
  5. azz's Gravatar azz
    March 4, 2009 at 8:49 am | Permalink

    sedih dan sayu plak sy baca entri nihs. sesungguhnya bukan senang nak senang. incik ubi.. ujian tu pun rahmat jgk. kan!kan!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site