• Home
  • Karikatur dan Produk Kartun
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Posts in category Umum

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Aug12
2010
5 Komentar Oleh Ubi

Assalamualaikum buat semua pembaca dan pelawat setia,

Apa khabar? Sudahkah anda bersarapan? Harapnya takler ye… heh! Semoga kita bukan tergolong seperti mereka-mereka di dalam gambar kartun di atas…

Sempena bulan yg mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H dan Menjalani Ibadah Puasa kepada anda di samping keluarga yang tercinta…

Mungkin ucapan saya ini hanyalah sekadar ucapan selamat sahaja dan tidak membawa makna pada sesetengah orang. Namun pada sesetengah orang pula walaupun ianya sekadar ucapan ringkas, ianya membawa erti yang besar pada mereka…

Ucapan itu tidak penting, tetapi ingatan dan silaturahim itulah yang paling bermakna…

Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda menghubungi dan memberi ucapan selamat pada sahabat handai dan keluarga tersayang? Ya, saya yakin anda pastinya bukannya mereka yang mudah melupakan semua orang disekeliling.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Produk Kartun Ubi - Tag handphone, hari raya aidilfitri, hari raya puasa, kad raya kartun, Kartun, kartunis ubi, maxis, Motivasi & Muhasabah Diri, produk ubi, ramadhan, selamat berpuasa, selamat hari raya, syawal, top-up

Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 2

Jan12
2010
14 Komentar Oleh Ubi

Nota: Ini adalah bahagian terakhir sambungan daripada:

  • Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 1

JULAI 2009

Bulan ini menyaksikan saya asyik mengadap lapangan terbang kerana sibuk menerbangkan diri ke serata Malaya demi menjayakan worksyop untuk program Mobile Content Challenge 2009 anjuran Maxis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

Sebagai partner, saya diberi peranan sebagai salah seorang speaker di setiap worksyop program ini. Workyop yang diadakan di 6 buah negeri ini bertujuan untuk memberi  penerangan dan pendedahan kepada para peserta tentang objektif serta halatuju program ini.

Di setiap worksyop yang diadakan, saya telah berkongsi segala pengalaman saya sebagai pencipta kandungan/content provider untuk telefon mudah alih di Malaysia. Mungkin dengan perkongsian tersebut mampu memberi inspirasi dan semangat kepada pelajar-pelajar universiti untuk menceburi bidang ini sebagai usahawan tekno (teknopreneur).

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Kartunis pun manusia - Tag Bulletin, ewah-ewah tv3, facebook, handphone, kad raya kartun, kartunis ubi, maxis, mobile application, mobile content, mobile content challenge 2009, mobile phone, Motivasi & Muhasabah Diri, produk ubi, ramadhan, Review, terengganu, top-up

Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 1

Jan07
2010
14 Komentar Oleh Ubi

Tahun 2010 sudahpun menjengah… dan secara automatik, 2009 sudah pun pergi meninggalkan kita dan pastinya takkan kembali lagi.

Walaupun kita mungkin akan seronok dan teruja memandang perempuan cantik dan seksi kehadapan, ada masanya kita perlu juga memandang awek atau bini sendiri ke belakang semula untuk muhasabah diri…

Jadi untuk entri tahun baru ni, saya ingin mengajak anda melayari beberapa aktiviti liar saya yang mungkin menarik sepanjang tahun 2009 (kira macam greatest hitslah ni…) :razz:

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Kartunis pun manusia - Tag ahmad fedtri yahya, aku dia & volkswagen, Bulletin, karikatur, Kartun, Kartun Ubi, Kartunis pun manusia jugak, kartunis ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang, malaysia hari ini, mhi, Motivasi & Muhasabah Diri, mug kartun, produk ubi, rempit, Review, terengganu, tv3, zurina

Nak Derma Pun Fikir Dua Kali…

Dec21
2009
23 Komentar Oleh Ubi

Salam Maal Hijrah buat semua,

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah kepada semua. Semoga kita sentiasa berusaha untuk berhijrah dari 1001 kejahatan diri kepada 1001  kebaikan; mendapat 1001 rahmat Allah, Kasih SayangNya yang tak terbilang dunia dan akhirat, serta dipelihara kita dari 1001 macam fitnah dunia dan seksa api neraka… Amin Ya Rabbal Alamin!

Bercerita mengenai kebaikan, pada petang hari tahun baru tu saya telah terjumpa dengan satu tabung derma untuk orang kurang upaya (OKU). Rasanya tabung ni bakal mencabar sedikit minda orang-orang yang melihatnya…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Motivasi & Muhasabah Diri, Ntahapahapantah - Tag maal hijrah, OKU

Jangan lupa bayar bil handphone!

Nov29
2009
10 Komentar Oleh Ubi

Salam hormat buat semua pengunjung dan pembaca,

Adalah dimaklumkan bahawa mulai sekarang anda boleh melayari blog ini dengan MUDAH dan PANTAS menggunakan telefon bimbit anda yang kononnya canggih tu.

Ini adalah kerana blog ini baru sahaja diinstallkan mobile plug-in untuk memudahkan pelayaran melalui handphone. Di bawah ini adalah beberapa contoh imej user interface blog ini di dalam handphone…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin - Tag handphone, mobile application, mobile content

RM57 pun nak berkira ke? Come onlah beb…

Nov21
2009
32 Komentar Oleh Ubi

Seperti mana yang kita tau (ataupun tidak), keputusan peperiksaan UPSR 2009 telah pun diumumkan beberapa hari yang lalu.

Tahniah buat adik-adik yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang! Pastinya ini semua adalah berkat usaha gigih belajar siang dan malam. Semoga usaha tersebut dapat diteruskan dalam peperiksaan dan aktiviti-aktiviti lain di masa akan datang. Caya lu dan yakin boleh! :D

Dalam pada kegembiraan semua pelajar, ibubapa dan guru-guru meraikan kecemerlangan tersebut, hati saya sangat tersentuh tatkala membaca berita berikut…

IPOH 19 Nov. – Saat melihat namanya tertera di papan kenyataan sekolah sebagai salah seorang murid cemerlang yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) benar-benar menggembirakan Nur Izzati Azahar.

Namun, kegembiraannya hanya untuk sementara kerana kemiskinan yang membelenggu kehidupan keluarganya menghalang dia daripada menggenggam slip yang berada di depan mata itu seperti rakan-rakan lain.

Anak kepada pasangan pemandu lori dan pekerja kilang itu tidak dibenarkan oleh pihak sekolah untuk mengambil slip itu kerana gagal menjelaskan yuran berjumlah RM57.

Untuk cerita selanjutnya, boleh bacanya di sini >>>

Terus terang saya katakan, hati saya sangat sebak dan terasa airmata bergenang semasa membaca laporan berita dan melihat gambar di atas (kartunis pun ada perasaan jugak beb!)…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Motivasi & Muhasabah Diri - Tag 5A, bangang, exam, Nur Izzati Azahar, peperiksaan, result upsr, UPSR

Selamat Menyambut Syawal 1430h

Sep17
2009
128 Komentar Oleh Ubi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah sebulan bertungkus lumus menyempurnakan ibadah puasa, akhirnya kita umat Islam akan menyambut hari raya yg akan menjelang dalam beberapa hari saja lagi…

Saya percaya kebanyakan anda kini dalam keadaan yg sangat ceria untuk bercuti dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri. Rasanya ramai juga yg sibuk bergolok bergadai membeli belah barang keperluan dan kelengkapan raya.

Walau apa sekali pun cara sambutan anda, yg penting sekali adalah kesederhanaan dan keikhlasan hati kita menyambut kedatangan Hari yg mulia  ini.

BACA SELANJUTNYA »

Tag balik kampung, hari raya aidilfitri, hari raya puasa, maaf zahir batin, puasa, ramadhan, selamat hari raya, syawal

Selamat BerExam-exam!

Sep11
2009
4 Komentar Oleh Ubi

Khas buat adik-adik yg sedang bertungkus-lumus berjuang dengan UPSR pada minggu ni dan PMR serta SPM yg bakal mendatang…

Diharapkan adik-adik sekalian tabah menjawab segala soalan yg mendatang dengan jayanya.  Semoga segala usaha dan tensen adik-adik mengadap buku-buku pelajaran yg membosankan tu bakal membuahkan hasil di saat menghadapi peperiksaan yg boleh dikatakan penting ni…

Yakin Boleh!! :D

Untuk melegakan tensen dan menaikkan semangat, adik-adik dijemput untuk melayan video di bawah ni…

Selain melegakan tensen, video ni juga sesuai untuk semua yg dah tak tau nak buat kerja berfaedah lain dan ingin menghabiskan masa sementara menunggu waktu berbuka! ;)

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kreatif - Tag exam, hang tuah, kad raya kartun, lawak antarabangsa, P.Ramlee, peperiksaan, PMR, ramadhan, SPM, UPSR

Selamat Hari Ibu dan Terima Kasih Mak!

May10
2009
26 Komentar Oleh Ubi

(Artikel ini dipetik dan diedit semula dari prakata komik ‘DIAM-DIAM UBI’ karya Ubi yg diterbitkan pada 2004)

Aku teringat sewaktu aku darjah 6 dulu. Masa tu aku baru start berjinak-jinak lukis kartun.

Satu hari masa balik dari sekolah, aku ternampak pen celup (sejenis pen yg kartunis pro pakai untuk melukis) dijual kat kedai alatulis. Tengok harganya takler mahal sangat – cuma RM2.50 je… :D

Tanpa melengahkan masa, petang tu jugak aku ajak mak pergi kedai. Mak aku menurut aje walaupun dia tengah penat kerana baru balik dari pejabat.

Maka berjalan kakilah kami anak-beranak ke kedai yg boleh tahan gak jauhnya.

Sampai aje kat kedai, dalam keadaan ketiak yg becak tu terus aje suruh tokei kedai (belum lagi bergelar apek) keluarkan pen tu dari lemari kaca.

Tak boleh aku gambarkan time tu punya seronok (dan betapa besarnya lubang hidung). Tetiba aje terasa diri ni macam kartunis profesional lagi glemer :cool: Pehhh!!!

Tapi kestiman yg ekstrim tu terus aje terpotong bila aku nengok penanda harganya… RM9.90! Rupa-rupanya RM2.50 tu baru harga sebatang matanya!

Dan yg tak bestnya mak aku cuma ada RM5 aje time tu…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartunis pun manusia, Komik Ubi - Tag aku dia & volkswagen, apo?, Majalah Ujang, mother's day, selamat hari ibu

Layan Siti Nurhaliza di Secretaries Week 2009

May03
2009
15 Komentar Oleh Ubi

Setelah sekian lama melepak, berpoya-poya dan menghabiskan beras mak di kampung, saya dengan berat hatinya terpaksa kembali semula ke KL pada 20 April minggu yg lalu.

Ikutkan hati yg malas ni, saya sebenarnya masih seronok nak lepak lagi kat kampung… masih tak puas makan tido dan mengushar awek-awek kampung yg baru meningkat naik. :evil:

Tapi niat suci tu terpaksa dibatalkan kerana pada lusanya (22 April) Siti Nurhaliza ada buat lunch show kat Quality Hotel sempena dengan sambutan Secretaries Week 2009.  Dan kebetulan pulak saya ada dapat tiket free untuk show tu…

Tiket show ni diberi dan ditaja oleh Datin Siti Khadijah – salah seorang pelanggan yg pernah menggunakan khidmat design kartun saya dan kini bertukar menjadi rakan.

Mulanya fikir malas nak pergi… tapi bila mengenangkan saya TAK PERNAH lagi tengok Siti menyanyi secara live maka saya gagahkan juga diri. Walaupun dapat free, tapi rugi jugak kalau bazirkan aje tiket VIP (dekat ngan stage) yg harganya beratus-ratus tu. Lagipun inilah peluangnya untuk makan best kat hotel sambil cuci-cuci mata tengok SEKRETARI-SEKRETARI yg cun dan seksi… oh!! :razz:

Rupanya memang tak rugi dan tak membazir masa saya datang ke show Siti ni… Memang best dan pastinya akan menyesal seumur hidup kalau tak pergi!

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Review - Tag hotel quality, minggu setiausaha, secretaries week, siti nurhaliza
« Older Entries Newer Entries »

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site