Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 2
January 12th, 2010 | Oleh UbiNota: Ini adalah bahagian terakhir sambungan daripada:
JULAI 2009
Bulan ini menyaksikan saya asyik mengadap lapangan terbang kerana sibuk menerbangkan diri ke serata Malaya demi menjayakan worksyop untuk program Mobile Content Challenge 2009 anjuran Maxis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

Sebagai partner, saya diberi peranan sebagai salah seorang speaker di setiap worksyop program ini. Workyop yang diadakan di 6 buah negeri ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada para peserta tentang objektif serta halatuju program ini.
Di setiap worksyop yang diadakan, saya telah berkongsi segala pengalaman saya sebagai pencipta kandungan/content provider untuk telefon mudah alih di Malaysia. Mungkin dengan perkongsian tersebut mampu memberi inspirasi dan semangat kepada pelajar-pelajar universiti untuk menceburi bidang ini sebagai usahawan tekno (teknopreneur).

- Kategori: Bulletin, Kartunis pun manusia, Umum
- Komen: 14 Komen »
Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 1
January 7th, 2010 | Oleh UbiTahun 2010 sudahpun menjengah… dan secara automatik, 2009 sudah pun pergi meninggalkan kita dan pastinya takkan kembali lagi.
Walaupun kita mungkin akan seronok dan teruja memandang perempuan cantik dan seksi kehadapan, ada masanya kita perlu juga memandang awek atau bini sendiri ke belakang semula untuk muhasabah diri…
Jadi untuk entri tahun baru ni, saya ingin mengajak anda melayari beberapa aktiviti liar saya yang mungkin menarik sepanjang tahun 2009 (kira macam greatest hitslah ni…)

- Kategori: Bulletin, Kartunis pun manusia, Umum
- Komen: 11 Komen »
Nak Derma Pun Fikir Dua Kali…
December 21st, 2009 | Oleh UbiSalam Maal Hijrah buat semua,
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah kepada semua. Semoga kita sentiasa berusaha untuk berhijrah dari 1001 kejahatan diri kepada 1001 kebaikan; mendapat 1001 rahmat Allah, Kasih SayangNya yang tak terbilang dunia dan akhirat, serta dipelihara kita dari 1001 macam fitnah dunia dan seksa api neraka… Amin Ya Rabbal Alamin!
Bercerita mengenai kebaikan, pada petang hari tahun baru tu saya telah terjumpa dengan satu tabung derma untuk orang kurang upaya (OKU). Rasanya tabung ni bakal mencabar sedikit minda orang-orang yang melihatnya…

- Kategori: Motivasi & Muhasabah Diri, Ntahapahapantah, Umum
- Komen: 22 Komen »
Jangan lupa bayar bil handphone!
November 29th, 2009 | Oleh UbiSalam hormat buat semua pengunjung dan pembaca,
Adalah dimaklumkan bahawa mulai sekarang anda boleh melayari blog ini dengan MUDAH dan PANTAS menggunakan telefon bimbit anda yang kononnya canggih tu.
Ini adalah kerana blog ini baru sahaja diinstallkan mobile plug-in untuk memudahkan pelayaran melalui handphone. Di bawah ini adalah beberapa contoh imej user interface blog ini di dalam handphone…


- Kategori: Bulletin, Umum
- Komen: 10 Komen »
RM57 pun nak berkira ke? Come onlah beb…
November 21st, 2009 | Oleh UbiSeperti mana yang kita tau (ataupun tidak), keputusan peperiksaan UPSR 2009 telah pun diumumkan beberapa hari yang lalu.
Tahniah buat adik-adik yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang! Pastinya ini semua adalah berkat usaha gigih belajar siang dan malam. Semoga usaha tersebut dapat diteruskan dalam peperiksaan dan aktiviti-aktiviti lain di masa akan datang. Caya lu dan yakin boleh!
Dalam pada kegembiraan semua pelajar, ibubapa dan guru-guru meraikan kecemerlangan tersebut, hati saya sangat tersentuh tatkala membaca berita berikut…
IPOH 19 Nov. – Saat melihat namanya tertera di papan kenyataan sekolah sebagai salah seorang murid cemerlang yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) benar-benar menggembirakan Nur Izzati Azahar.
Namun, kegembiraannya hanya untuk sementara kerana kemiskinan yang membelenggu kehidupan keluarganya menghalang dia daripada menggenggam slip yang berada di depan mata itu seperti rakan-rakan lain.
Anak kepada pasangan pemandu lori dan pekerja kilang itu tidak dibenarkan oleh pihak sekolah untuk mengambil slip itu kerana gagal menjelaskan yuran berjumlah RM57.
Untuk cerita selanjutnya, boleh bacanya di sini >>>
Terus terang saya katakan, hati saya sangat sebak dan terasa airmata bergenang semasa membaca laporan berita dan melihat gambar di atas (kartunis pun ada perasaan jugak beb!)…

- Kategori: Motivasi & Muhasabah Diri, Umum
- Komen: 25 Komen »
Selamat Menyambut Syawal 1430h
September 17th, 2009 | Oleh Ubi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setelah sebulan bertungkus lumus menyempurnakan ibadah puasa, akhirnya kita umat Islam akan menyambut hari raya yg akan menjelang dalam beberapa hari saja lagi…
Saya percaya kebanyakan anda kini dalam keadaan yg sangat ceria untuk bercuti dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri. Rasanya ramai juga yg sibuk bergolok bergadai membeli belah barang keperluan dan kelengkapan raya.
Walau apa sekali pun cara sambutan anda, yg penting sekali adalah kesederhanaan dan keikhlasan hati kita menyambut kedatangan Hari yg mulia ini.

- Kategori: Umum
- Komen: 127 Komen »
Selamat BerExam-exam!
September 11th, 2009 | Oleh UbiKhas buat adik-adik yg sedang bertungkus-lumus berjuang dengan UPSR pada minggu ni dan PMR serta SPM yg bakal mendatang…
Diharapkan adik-adik sekalian tabah menjawab segala soalan yg mendatang dengan jayanya. Semoga segala usaha dan tensen adik-adik mengadap buku-buku pelajaran yg membosankan tu bakal membuahkan hasil di saat menghadapi peperiksaan yg boleh dikatakan penting ni…
Yakin Boleh!!
Untuk melegakan tensen dan menaikkan semangat, adik-adik dijemput untuk melayan video di bawah ni…
Selain melegakan tensen, video ni juga sesuai untuk semua yg dah tak tau nak buat kerja berfaedah lain dan ingin menghabiskan masa sementara menunggu waktu berbuka!

Selamat Hari Ibu dan Terima Kasih Mak!
May 10th, 2009 | Oleh Ubi(Artikel ini dipetik dan diedit semula dari prakata komik ‘DIAM-DIAM UBI’ karya Ubi yg diterbitkan pada 2004)
Aku teringat sewaktu aku darjah 6 dulu. Masa tu aku baru start berjinak-jinak lukis kartun.
Satu hari masa balik dari sekolah, aku ternampak pen celup (sejenis pen yg kartunis pro pakai untuk melukis) dijual kat kedai alatulis. Tengok harganya takler mahal sangat – cuma RM2.50 je…
Tanpa melengahkan masa, petang tu jugak aku ajak mak pergi kedai. Mak aku menurut aje walaupun dia tengah penat kerana baru balik dari pejabat.
Maka berjalan kakilah kami anak-beranak ke kedai yg boleh tahan gak jauhnya.
Sampai aje kat kedai, dalam keadaan ketiak yg becak tu terus aje suruh tokei kedai (belum lagi bergelar apek) keluarkan pen tu dari lemari kaca.
Tak boleh aku gambarkan time tu punya seronok (dan betapa besarnya lubang hidung). Tetiba aje terasa diri ni macam kartunis profesional lagi glemer
Pehhh!!!
Tapi kestiman yg ekstrim tu terus aje terpotong bila aku nengok penanda harganya… RM9.90! Rupa-rupanya RM2.50 tu baru harga sebatang matanya!
Dan yg tak bestnya mak aku cuma ada RM5 aje time tu…

- Kategori: Kartunis pun manusia, Komik Ubi, Umum
- Komen: 25 Komen »
Layan Siti Nurhaliza di Secretaries Week 2009
May 3rd, 2009 | Oleh UbiSetelah sekian lama melepak, berpoya-poya dan menghabiskan beras mak di kampung, saya dengan berat hatinya terpaksa kembali semula ke KL pada 20 April minggu yg lalu.
Ikutkan hati yg malas ni, saya sebenarnya masih seronok nak lepak lagi kat kampung… masih tak puas makan tido dan mengushar awek-awek kampung yg baru meningkat naik.
Tapi niat suci tu terpaksa dibatalkan kerana pada lusanya (22 April) Siti Nurhaliza ada buat lunch show kat Quality Hotel sempena dengan sambutan Secretaries Week 2009. Dan kebetulan pulak saya ada dapat tiket free untuk show tu…

Tiket show ni diberi dan ditaja oleh Datin Siti Khadijah – salah seorang pelanggan yg pernah menggunakan khidmat design kartun saya dan kini bertukar menjadi rakan.
Mulanya fikir malas nak pergi… tapi bila mengenangkan saya TAK PERNAH lagi tengok Siti menyanyi secara live maka saya gagahkan juga diri. Walaupun dapat free, tapi rugi jugak kalau bazirkan aje tiket VIP (dekat ngan stage) yg harganya beratus-ratus tu. Lagipun inilah peluangnya untuk makan best kat hotel sambil cuci-cuci mata tengok SEKRETARI-SEKRETARI yg cun dan seksi… oh!!

Rupanya memang tak rugi dan tak membazir masa saya datang ke show Siti ni… Memang best dan pastinya akan menyesal seumur hidup kalau tak pergi!

- Kategori: Bulletin, Review, Umum
- Komen: 13 Komen »
Pengumuman Untuk Semua yg Prihatin!
February 27th, 2009 | Oleh UbiBOIKOT BARANG BUATAN ZIONIS!
KEMPEN BOIKOT SECARA SERIUS DAN BESAR-BESARAN TELAH BERMULA DI SELURUH DUNIA!

Sila perhatikan BARCODE 729 – ini adalah barangan buatan negara Zionis.
Waspada dimana-mana sahaja ketika anda shopping, membeli belah dan menghabiskan wang.
Kempen boikot Zionis Israel telah dilancarkan di seluruh dunia!
Sokong dan sebar-sebarkanlah kempen ini!
Ingatlah bahawa setiap sen yang kita belanjakan ke atas barangan Zionis Israel umpama setitis darah rakyat Palestin yang kita tumpahkan…

- Kategori: Umum
- Komen: Tiada Komen »







