• Home
  • Karikatur dan Produk Kartun
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Posts in category Review

WangCyber Gathering – kenangan cinta silam Pt 1

Oct31
2008
15 Komentar Oleh Ubi

Sebenarnya cerita ni patut saya tulis berbulan-bulan nan lalu tetapi dek kerana kemalasan yg terlampau maka baru hari ni saya berpeluang untuk membuat review tentang gathering Wangcyber yg berlangsung di Bukit Jalil Golf & Country Club pada 3 Ogos 2008 yg lalu…

Selain dari malas dan kesibukan kerja, satu sebab lagi kenapa artikel ini ditangguhkan adalah kerana ramai sangat yg dah tulis pasal event ni di blog memasing sebaik sahaja acara gathering tersebut tamat…

Pada hemat saya, sekiranya saya pun menulis perkara yg sama, mungkin ramai pengunjung dan pembaca blog akan menyampah serta termuntah dek overdose mengenai cerita ini…

Jadi demi kesihatan korang semua, biarlah saya mengalah dan menjadi insan terakhir yg melaporkan perjalanan gathering ini…

Lagipun dengan berbuat begini saya dapat mengajak mereka yg hadir ke acara tersebut layan blues seketika lalu terbayang nostalgia-nostalgia indah yg dilalui mereka disaat itu dengan membaca artikel mengenai peristiwa basi ini yg hampir dilupakan oleh kebanyakan mereka semua…

Amacam? Power tak alasan gue?

Semoga penjelasan ini dapat mempertahankan diri seterusnya menutup mulut mereka-mereka yg mengata, menuduh dan mengumpat akan kelambatan dan kelembapan saya ini…

Oklah, daripada kita membuang masa emas dengan mengagumi keterelan saya mencipta dan mereka-reka alasan bagi mengcover kelemahan diri, apa kata kita terus ke perkara pokok artikel ini…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Kartunis pun manusia - Tag buat duit di internet, wangcyber gathering

Ramadhan, Syawal dan Pakej Kad Raya Kartun Digital Ubi

Sep01
2008
37 Komentar Oleh Ubi

Salam dan Selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak buat semua pembaca dan pengunjung!

Maaf sekiranya lama tak mengapdet blog ni… mungkin ramai yg kecewa dan marah dengan kemalasan tahap cipan saya ni… heh! Untuk pengetahuan korang, setiap tahun bila menjelang puasa dan raya banyak projek kartun yg saya perlu hadap dan siapkan. Ini kerana masa ini adalah masa untuk kebanyakan syarikat dan penerbit perlu membuat promosi untuk produk puasa/raya mereka… dan khidmat kartun saya sangat diperlukan untuk lebih mengkayakan mereka membantu program promosi mereka…

Selain itu banyak gak produk puasa dan raya keluaran produksi saya sendiri untuk mengkayakan saya pulak yang perlu saya siapkan. Setelah bertungkus-lumus siang dan malam, untuk Ramadhan dan Syawal 2008 ni, saya telah melancarkan produk digital saya yang pertama…

‘PAKEJ KAD RAYA KARTUN DIGITAL UBI 2008′

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Kartun Ubi - Tag hari raya aidilfitri, kad raya kartun, Kartun, Kartun Ubi, produk ubi, ramadhan

Budak Ajaib Lima Angka?!!

Jun09
2008
13 Komentar Oleh Ubi

Seperti mana yg korang tahu, saya adalah seorang kartunis yg selalu dan gemar melukis kartun berkaitan dengan awek cun budak sekolah ataupun remaja.

Ramai yg pelik dan heran bagaimana saya yg ‘muda belia’ ni boleh memahami dan mendapat idea berkaitan kehidupan mereka.

Rahsianya senang jer… saya sentiasa akan cuba merapatkan diri dengan semua awek-awek cun di Malaysia golongan mereka. Saya akan cuba berkawan dengan mereka dan bertanyakan hal ehwal kehidupan mereka sebagai seorang remaja.

Walaupun mereka ni semua boleh dikatakan mentah lagi dan kurang pengalaman dalam hidup, tapi ada kalanya saya akan terjumpa dengan beberapa orang remaja luar biasa yg berbeza dari rakan sebaya mereka yg lain…

Antaranya adalah Adly a.k.a Labanon yg saya kenali ketika menghadiri seminar perniagaan internet anjuran JomSeminar.com di Hotel Armada Petaling Jaya pada Mei lepas…

BACA SELANJUTNYA »

Tag buat duit di internet, rahsia10k
Newer Entries »

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site