• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Posts in category Produk Kartun Ubi

Bonus?! Bonus Hari Raya ke?…

Aug18
2010
6 Komentar Oleh Ubi

Khas buat anda yang telah membeli ataupun bakal membeli Pakej Kad Raya Kartun Ubi…

Atas permintaan mereka-mereka yang sedang lapar kerana berpuasa, berikut adalah beberapa BONUS tambahan khas buat semua pembeli, tidak kira samada yang sudah kenyang maupun yang sedang makan…

Berikut adalah BONUS-BONUS tambahan yang kononnya best tu:

1) Baucer Diskaun 20% untuk perkhidmatan karikatur berwarna di UbiKarikatur.com

  • Baucer diskaun sebanyak 20% untuk tempahan karikatur berwarna berharga RM97 seorang hasil sentuhan Kartunis Ubi.
  • Baucer ini sah selama setahun untuk tempahan maksimum 2 orang (tempahan menggunakan Kupon ini akan mula dibuka pada 1 Oktober 2010)
  • NILAI = RM39

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin - Tag hadiah percuma Ubi, handphone, hari raya aidilfitri, hari raya puasa, kad raya kartun, karikatur, Kartun, Kartun Ubi, mobile phone, ramadhan, selamat hari raya, syawal, top-up

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Aug12
2010
5 Komentar Oleh Ubi

Assalamualaikum buat semua pembaca dan pelawat setia,

Apa khabar? Sudahkah anda bersarapan? Harapnya takler ye… heh! Semoga kita bukan tergolong seperti mereka-mereka di dalam gambar kartun di atas…

Sempena bulan yg mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H dan Menjalani Ibadah Puasa kepada anda di samping keluarga yang tercinta…

Mungkin ucapan saya ini hanyalah sekadar ucapan selamat sahaja dan tidak membawa makna pada sesetengah orang. Namun pada sesetengah orang pula walaupun ianya sekadar ucapan ringkas, ianya membawa erti yang besar pada mereka…

Ucapan itu tidak penting, tetapi ingatan dan silaturahim itulah yang paling bermakna…

Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda menghubungi dan memberi ucapan selamat pada sahabat handai dan keluarga tersayang? Ya, saya yakin anda pastinya bukannya mereka yang mudah melupakan semua orang disekeliling.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Umum - Tag handphone, hari raya aidilfitri, hari raya puasa, kad raya kartun, Kartun, kartunis ubi, maxis, Motivasi & Muhasabah Diri, produk ubi, ramadhan, selamat berpuasa, selamat hari raya, syawal, top-up

Kad Raya Kartun Digital Edisi 2010 Kembali Lagi!

Aug03
2010
8 Komentar Oleh Ubi

Salam buat semua pelawat dan pembaca setia,

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sempena dengan kedatangan Ramadhan dan Syawal yang mulia ini, saya akan melancarkan sekali lagi Pakej Kad Raya Kartun Digital untuk memudahkan anda memberi ucapan selamat berpuasa dan raya Aidilfitri kepada keluarga, sahabat handai dan awekz-balak yg tersayang.

Untuk makluman, akan ada beberapa kejutan dan tambahan design pada pakej Kad Raya Kartun Digital Edisi 2010 ini. Jualan hanya akan dibuka pada hari Jumaat ini,  6 Ogos 2010, bermula dari jam 9 pagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, sila ke http://KadRaya.KartunisUbi.com dan anda boleh muat turun beberapa contoh design kad raya kartun daripada pakej ini secara PERCUMA dengan hanya mendaftar nama dan email anda pada borang yang tertera di laman web tersebut.

Akhir kata Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan eratkanlah Silaturahim anda dengan yang tersayang di bulan yang mulia ini…

Sahabat Kartunis Anda,

Kategori Kartun, Kartun Ubi - Tag handphone, hari raya aidilfitri, hari raya puasa, kad raya kartun, Kartun, Kartun Ubi, kartunis ubi, mms kartun, ramadhan, selamat berpuasa, selamat hari raya, syawal

Jom Bersuka-suki Bersama Saya di Pesta Buku 2010!

Mar25
2010
22 Komentar Oleh Ubi

AMARAN: JANGAN PERGI PESTA BUKU SEBELUM HAFAL PETA NI!

Sepertimana kebiasaannya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) datang lagi pada tahun ini. Buat yang tak pernah ambil tahu atau baru je berjinak-jinak untuk memulakan langkah suci pertama sebagai ulat buku bertauliah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 akan bermula pada 19 hingga 28 Mac 2010, bertempat di PWTC dan menawarkan pelbagai buku dengan tawaran menarik daripada penerbit-penerbit serata Malaya.

Untuk PBAKL tahun ini, saya akan berteduh di Kedai Pink AinMaisarah (Dewan 3, Tingkat 1 PWTC. Gerai no C20 – depan gerai SASBADI) bersama dengan novelis tersohor tanahair, Ain Maisarah. Bagi peminat novel remaja tempatan, pastinya nama Ain Maisarah bukanlah sesuatu yang asing buat anda. Pasti banyak karya meletupnya telah pun anda miliki ataupun baca pinjam daripada rakan-rakan seperjuangan.

Oh, pastinya anda terpinga-pinga kerana bingung tentang apakejadahnya saya berada di PBAKL tahun ini di kedai tersebut? Dan tidakkah warna pink itu terlampau feminin untuk jejaka perasan macho seperti saya?

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Kartun - Tag ain maisarah, Kartun, novel remaja, pbakl 2010, pesta buku antarabangsa kuala lumpur

Kontrol Macho dalam Malaysia Hari Ini

Jan14
2010
30 Komentar Oleh Ubi

Ini sebuah video basi sessi temuramah saya bersama Ahmad Fedtri Yahya untuk rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 pada Mei 2009 yang lalu.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Karikatur Ubi - Tag ahmad fedtri yahya, Bulletin, karikatur, kartunis, kartunis ubi, malaysia hari ini, media, mhi, tv3, ubikarikatur

Nak kasi HADIAH apa ni?!!

Dec11
2009
279 Komentar Oleh Ubi

Salam buat semua pengunjung dan pembaca,

Apa khabar? Mungkin ramai antara anda yg sibuk (dan menyibuk) menghabiskan cuti sekolah yang indah ni dengan berjalan-jalan dengan keluarga tersayang. Mungkin juga antara anda yang menghadiri beberapa aktiviti berfaedah bersama rakan taulan. Pada mereka yang takde apa-apa aktiviti berfaedah dan hanya makan tidur serta membuang masa  emas menonton tv di rumah, takziah saya ucapkan!

Sekiranya anda masih ingat (ataupun tak pernah tau pun), beberapa bulan yg lalu saya ada menganjurkan satu Peraduan Tikam-Tikam Aku Dia & Volkswagen. Walaupun hadiahnya tak seberapa, sambutan daripada anda semua amatlah menggalakkan. Hampir 500 penyertaan diterima di ruangan komen. Terima kasih atas sambutan dan sokongan anda! Gua caya lu! :razz:

Namun sebaik saja peraduan tersebut tamat, banyak email dan komen di blog yg meminta saya supaya menganjurkan lebih banyak lagi peraduan di masa akan datang. Ini kerana ramai yg tak puas hati kerana tak menang dan ada juga yg terlepas peluang menghantar penyertaan.

Kebanyakan mereka ingin repeat kerana nak menang hadiah istimewa daripada saya…

Ada pula yg mengimpikan kemenangan kerana inginkan glamour supaya dipandang tinggi oleh awek-awek, rakan taulan dan masyarakat setempat…

Sekiranya anda antara mereka yg berminat untuk menyertai peraduan anjuran saya (walau apa jua sebab dan agenda), saya ada satu BERITA BAIK dan BERITA BURUK untuk anda…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Komik Ubi - Tag cuti sekolah, hadiah, hadiah percuma Ubi, kapal selam, kartunis ubi, Komik Ubi, peraduan

Ramadhan, Aidilfitri & Kad Raya Kartun Kembali Lagi!

Aug23
2009
13 Komentar Oleh Ubi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pengunjung sekalian…

Pertama-tamanya, diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak yg mulia ini. Semoga kita akan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan yg bakal mendatang sepanjang menjalani ibadah puasa ni… Aminn!

Sempena bulan yg mulia ini juga, saya juga telah melancarkan sekali lagi Pakej Kad Raya Kartun Digital untuk memudahkan anda memberi ucapan selamat berpuasa dan raya Aidilfitri kepada keluarga, sahabat handai dan awekz-balak yg tersayang.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun, Kartun Ubi, Review - Tag handphone, hari raya aidilfitri, hari raya puasa, kad raya kartun, Kartun, kartun raya puasa, Kartun Ubi, kartunis ubi, mobile phone, produk ubi, ramadhan, selamat berpuasa, selamat hari raya, syawal

Selamat Tinggal Aku Dia & Volkswagen…

Aug02
2009
50 Komentar Oleh Ubi

Salam buat semua pembaca dan pengunjung setia blog ini…

Maaf kerana sudah lama tak menulis. Banyak sebenarnya yg hendak diceritakan. Cuma saya terlampau sibuk untuk mengarang ayat-ayat power untuk anda kerana terbang ke serata Semenanjung untuk menjayakan workshop Mobile Content Challenge 2009 anjuran bersama Maxis Communications Berhad, Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (MICC) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

Masih ada 2 lagi workshop yg menanti di Sabah dan Sarawak pada 10 dan 12 Ogos ini. Sementara itu, adalah sedikit masa senggang untuk saya menyiapkan beberapa kerja yg terbengkalai dan menulis cerita-cerita tertangguh di sini.

Apa kata kita mulakan cerita tertangguh ni dengan mengenang kembali perjalanan jualan mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen yg berlangsung sekitar awal Jun yg lalu…

Pada pagi Ahad 21 Jun yg lalu, secara rasminya saya telah meletakkan jawatan sebagai Saudagar Mug separuh masa….

Ini adalah kerana kesemua 300 set mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen telahpun habis dipinang orang :cool: . Alhamdulillah, sambutan yg diberi adalah amat menggalakkan. Kepada mereka yg telah sudi menyengkekkan diri semata-mata untuk membeli mug tersebut, ribuan terima kasih diucapkan atas sokongan anda. Saya percaya anda pasti akan berpuas hati dan gembira dengan produk tersebut. Gua caya lu beb!! :D

Sebenarnya ini adalah kali pertama saya cuba menjual produk kartun sendiri melalui internet. Walaupun sebelum ini saya pernah menjual Kad Raya Kartun Digital, namun pengalaman menjual produk fizikal adalah jauh berbeza dengan produk digital..

Banyak perkara yg saya pelajari dan perolehi sepanjang dua minggu bergelar Saudagar Mug separuh masa di internet ni. Tak kurang juga pengalaman berdepan dengan beberapa masalah yg tidak pernah dijangka sebelum ini…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi - Tag aku dia & volkswagen, handphone, Kartun, Kartun Ubi, kartunis ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang, maxis, mobile application, mobile content, mobile content challenge 2009, mug kartun, produk ubi, zurina

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site