• Home
  • Karikatur dan Produk Kartun
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Posts in category Komik Ubi

Awek lama in Colour…

May17
2009
88 Komentar Oleh Ubi

Saya memang pantang kalau nampak lukis pompuan comel…

Pasal bab lukis pompuan, saya memang cemerlang, gemilang dan terbilang… dulu, kini dan tak mungkin selamanya…

Memang laju je siapnya. Hari tu korang baru je tengok sketch Zurina kan?

Skang ni dah 98% siap. Tinggal nak touch up sikit je lagi.

Malam waktu berjiwang dan berendut dengan bantal peluk tu, saya ada gak sketch karakter Ubi dari komik Aku Dia dan Volkswagen tu…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi - Tag aku dia & volkswagen, awek cun, Kartun, Kartun Ubi, kartunis ubi, Majalah Ujang, produk ubi, zurina

Tiba-tiba teringat awek lama…

May15
2009
98 Komentar Oleh Ubi

Petang tadi saya baru beli satu sketch book.

Tadi sambil lepak atas tilam, saya pun conteng-conteng buku sketch tu sebagai tanda perasmian malam pertamanya bersama saya. :razz:

Ntah camana boleh teringat dan terlukis gambar awek lama pulak…

Tak sangka saya boleh lagi lukis Zurina ni walaupun dah lama tak bersama ngan dia…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi - Tag aku dia & volkswagen, awek cun, Kartun Ubi, kartunis ubi, Majalah Ujang, sketch, zurina

Selamat Hari Ibu dan Terima Kasih Mak!

May10
2009
26 Komentar Oleh Ubi

(Artikel ini dipetik dan diedit semula dari prakata komik ‘DIAM-DIAM UBI’ karya Ubi yg diterbitkan pada 2004)

Aku teringat sewaktu aku darjah 6 dulu. Masa tu aku baru start berjinak-jinak lukis kartun.

Satu hari masa balik dari sekolah, aku ternampak pen celup (sejenis pen yg kartunis pro pakai untuk melukis) dijual kat kedai alatulis. Tengok harganya takler mahal sangat – cuma RM2.50 je… :D

Tanpa melengahkan masa, petang tu jugak aku ajak mak pergi kedai. Mak aku menurut aje walaupun dia tengah penat kerana baru balik dari pejabat.

Maka berjalan kakilah kami anak-beranak ke kedai yg boleh tahan gak jauhnya.

Sampai aje kat kedai, dalam keadaan ketiak yg becak tu terus aje suruh tokei kedai (belum lagi bergelar apek) keluarkan pen tu dari lemari kaca.

Tak boleh aku gambarkan time tu punya seronok (dan betapa besarnya lubang hidung). Tetiba aje terasa diri ni macam kartunis profesional lagi glemer :cool: Pehhh!!!

Tapi kestiman yg ekstrim tu terus aje terpotong bila aku nengok penanda harganya… RM9.90! Rupa-rupanya RM2.50 tu baru harga sebatang matanya!

Dan yg tak bestnya mak aku cuma ada RM5 aje time tu…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartunis pun manusia, Umum - Tag aku dia & volkswagen, apo?, Majalah Ujang, mother's day, selamat hari ibu

Kartun Budak Hostel Siri Pertama Di Majalah Ujang

Apr02
2009
80 Komentar Oleh Ubi

Saya mula melukis kartun sepenuh masa di Majalah Ujang pada 1994. Umur masa tu 18 nak masuk 19. Tak pernah masuk disko dan masih lagi teruna.

Mula-mulanya saya hanya buat kartun semuka Lawak Antarabangsa. Selepas berbulan-bulan didera dan mahir membuat kartun semuka, saya diberi peluang untuk buat cerita panjang pulak.

Dan dari peluang tersebut, maka lahirlah siri ‘BUDAK HOSTEL’…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Majalah Ujang - Tag budak hostel, Kartun, kartunis ubi, Komik, lawak antarabangsa, Majalah Ujang

Dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat…

Sep16
2008
8 Komentar Oleh Ubi

Assalamualaikum buat semua hadirin dan hadirat yg dihormati sekalian…

Setelah berbulan-bulan berpoya-poya dengan post yg penuh dengan cerita awek cun dan kisah cinta lawak, kartun, dan pelbagai lagi cerita-cerita dunia yg melalaikan, sempena dengan bulan yg mulia ni apa kata kita penuhi masa yg terluang ini berbincang tentang rukun islam yang keempat iaitu ZAKAT…

Semoga kita semua dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu mengenai perkara ini… dan bila berbincang topik sebegini, saya berharap janganlah ada yg badannya berasap dan terbakar merasa bosan, tensen dan terus cabut lari dari membaca post ini…

Hadirin dan hadirat yg budiman…

Sebelum korang semua mencabutkan diri… izinkan saya menjelaskan sesuatu…

Saya bukan nak berceramah kepada korang mengenai topik zakat ni… pengetahuan saya dalam bab ni adalah amat cetek sekali… lagipun saya bukanlah ustat atau orang yg arif dan layak untuk bercakap tentang perkara ini…

Sebenarnya saya nak bercerita mengenai projek kartun terbaru saya yg bersangkut paut dengan perkara zakat ini…

Projek melukis kartun/komik ini adalah untuk SANZAF (The South African National Zakah Fund) – sebuah badan NGO berteraskan kebajikan yg bertanggungjawab untuk mengutip dan mengagihkan zakat, fitrah, fidyah serta sedekah untuk penduduk Islam di Afrika Selatan.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Motivasi & Muhasabah Diri - Tag hari raya aidilfitri, kad raya kartun, Kartun, Komik, Motivasi & Muhasabah Diri, ramadhan

Komik baru dari Ubi untuk anda!

Aug04
2008
131 Komentar Oleh Ubi

SAMSOL oleh Ubi

Pembaca blog yg budiman,

Sebelum encik bertanya lebih lanjut, biar saya jawab terus soalan encik… – Ya, ini adalah watak terbaru dalam komik terbaru saya yg berjudul ‘SAMSOL‘ yg bakal menemui encik semua tak lama lagi…

Pembaca blog yg dihormati,

Sebelum encik bertanya lagi, biar saya jawab terus soalan kedua encik… – Ya, komik ini akan saya berikan PERCUMA kepada encik-encik yang melanggan komik dan newsletter KartunisUbi.com!

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Kartun Ubi - Tag Bulletin, Kartun Ubi, komik samsol

Kontroversi Aku, Dia & Volkswagen

May18
2008
133 Komentar Oleh Ubi

aku, dia & volkswagen

Mungkin korang pernah terbaca atau terdengar pasal karya kartun/komik “Aku, Dia & Volkswagen” karya ciptaan saya di Majalah Ujang sekitar 1997-2002 dahulu.

Tak dinafikan siri tersebut memang mendapat sambutan hebat dari peminat kartun dan komik tanahair. Setiap hari akan ada saja surat dan email peminat bertanyakan pasal siri tersebut.

Tapi itu dulu

Sekarang ni masih jugak lagi dapat email bertanyakan pasal siri tersebut. Cuma soalan dia lain sikit dari dulu

Ni salah satunya yg saya dapat minggu lepas dari brader Pennyu…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Majalah Ujang - Tag aku dia & volkswagen, Kartun Ubi, kartunis ubi, Komik, Majalah Ujang

Kartun Ubi yang Pertama di Majalah Ujang

May17
2008
53 Komentar Oleh Ubi

Hmmm… rasanya dah dekat seminggu saya ponteng dari menulis post baru untuk blog ni…
Heh biasalah… MELAYU MUDAH LUPA… :-P

Semuanya ni gara-gara balik kampung punya penangan!

Lepak, tido, makan, tengok awek-awek yg baru membesar, berpoya-poya dengan rakan sebaya, dan pelbagai lagi aktiviti membuang masa yg mengkhayalkan adalah rutin sepanjang saya berada di sana…

Rasanya hanya satu je benda tak membuang masa yg saya buat di sana…

Mengemas bilik

Dan ini pun dilakukan semata-mata kerana emak sudah membebel…

Namun dalam perlaksanaan “tugasan membodek emak” ini, saya terjumpa beberapa khazanah@pusaka lama yg saya rasakan menarik untuk dikongsikan bersama…

Salah satunya adalah lukisan kartun pertama saya yg tersiar di Majalah Ujang…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Majalah Ujang - Tag Kartun, kartunis ubi, Komik, lawak antarabangsa, Majalah Ujang
Newer Entries »

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site