Jika sebelum ini anda dimuntahkan dengan cerita berlagak saya dalam akhbar Berita Harian dan rancangan Malaysia Hari Ini, kali ini saya ingin menghijaukan lagi muntah anda dengan sebuah lagi berita riyak lagi takabur mengenai saya di dalam media.
Kali ini adalah temuramah untuk suratkhabar News Straits Times untuk kolum Life & Times yang memaparkan cerita atau berita berkenaan teknologi pada setiap hari Isnin dan telah diterbitkan pada 27 September tahun lepas.
Tahun lepas?! Kenapa baru nak ditulis sekarang?
Ya, memang saya sengaja memeram berita riyak basi ini supaya cerita tentang kehebatan saya akan sentiasa kekal sepanjang masa walaupun dah lama tak masuk mana-mana media. Selain itu ia juga sebagai melengkapkan bukti mengenai saya yang malas menulis dan mengupdate blog dengan memberi pelbagai alasan yang remeh-temeh.
Buat mereka yang membaca tapi tak faham kerana tak belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, syabas diucapkan kerana masih lagi faham serta fasih berbahasa Melayu. Anda boleh gunakan khidmat brader Google Translate atau minta tolong kengkawan atau saudara mara yang kononnya hebat kerana menyanjung PPSMI itu.
Dan jika mereka juga tidak dapat membantu, sila hantukkan kepala mereka di dinding secukup rasa. Anda juga digalakkan untuk mengguna buku Yellow Pages atau apa-apa buku panduan telefon yang tebal untuk hantukan sekiranya tidak mahu ada kesan kecederaan supaya menyukarkan mereka untuk membuat pendakwaan kelak.
Ucapan terima kasih diucapkan buat Cik Puan Rozana Sani kerana sudi menemuramah saya dan menulis artikel ini. Jika ada jodoh, janganlah segan silu untuk menemuramah saya lagi di masa akan datang.
Akhir kata, semoga kita semua tidak akan terlampau taksub dengan cerita saya atau mana-mana member kampung yang dapat masuk suratkhabar. Tiada apa pun yang istimewa sebenarnya… hanya dapat berlagak sehari dan dilupakan orang pada keesokan harinya…
Yang pasti, cerita dan gambar anda akan berakhir sebagai kertas pembungkus nasi lemak atau lapik lantai ketika makan tengahari!
============================================================
Singing A New Toon
News Straits Times, 27 September 2010
By Rozana Sani

Popular cartoonist Raja Ahmad Kamil Raja Mokhtar, a.k.a. Ubi, left the print media at the peak of his career, but he’s come full circle by going digital, writes ROZANA SANI















