• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Posts in category Ntahapahapantah

Jangan Pandang Belakang Anjing…

Oct27
2011
9 Komentar Oleh Ubi

Berdasarkan kisah tak berapa seram yang dialami sendiri oleh penulis. Namun segala yang tercatat bukanlah 100 peratus tepat seperti apa yang telah berlaku kerana kebanyakannya sudah ditokok tambah demi kesan dramatik; bertujuan untuk mengkhayalkan pembaca yang mudah tertipu. Kanak-kanak, ibu-ibu yang mengandung dan mereka yang menghidapi komplikasi lemah jantung dinasihatkan untuk tidak membaca cerita ini sekiranya mereka menghadapi masalah buta huruf – Penulis

…

Oktober 1995.

Jam di tangan menunjukkan hampir pukul 12.00 malam ketika aku turun dari bas mini trip terakhir dan menjejakkan kaki dengan selamat di perhentian bas Pandan Jaya.

Memang setiap hari bas mini adalah kenderaan pilihan utama untuk aku pulang ke rumah dari pejabat. Aku memang suka bas mini. Cepat, murah dan efisien… walaupun setiap masa terasa bagai nak terpelanting macam naik rollercoaster di sepanjang perjalanan.

Itu belum dicampur bau hapak dan bacin ketika waktu puncak dari ketiak mamat-mamat yang nampak je hensem bergaya tetapi tidak tahu langsung tentang kewujudan serta fungsi deodoran!


( Gambar asal hasil kerja & © JanickG )

Walauapapun jua keadaannya, aku tetap yakin bahawa bas mini adalah perkhidmatan bas awam terefisien di Lembah Klang berbanding dengan sistem bas yang ada sekarang ini. Pelik juga kalau nak dikaji kenapa perkhidmatan bas sekarang ini semakin teruk (walaupun basnya nampak baru) berbanding zaman bas mini dahulukala…

Ada masanya aku terfikir ini mungkin satu konspirasi pihak tertentu supaya rakyat Malaysia berputus asa dengan pengangkutan awam lalu terpaksa membeli kereta sorang sebiji. Al-maklumlah, negara kita kan pengeluar dan penjual kereta… ;)

…

Okey, berbalik semula pada cerita asal…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartunis Idola, Kartunis pun manusia - Tag abang kawasan, anjing liar, bas mini, fesyen rambut, Gayour, hail amir, iklan, jangan pandang belakang, kartun seram, kartunis, Majalah Ujang, Petai, Sukun, syampu

Nak Derma Pun Fikir Dua Kali…

Dec21
2009
23 Komentar Oleh Ubi

Salam Maal Hijrah buat semua,

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah kepada semua. Semoga kita sentiasa berusaha untuk berhijrah dari 1001 kejahatan diri kepada 1001  kebaikan; mendapat 1001 rahmat Allah, Kasih SayangNya yang tak terbilang dunia dan akhirat, serta dipelihara kita dari 1001 macam fitnah dunia dan seksa api neraka… Amin Ya Rabbal Alamin!

Bercerita mengenai kebaikan, pada petang hari tahun baru tu saya telah terjumpa dengan satu tabung derma untuk orang kurang upaya (OKU). Rasanya tabung ni bakal mencabar sedikit minda orang-orang yang melihatnya…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Motivasi & Muhasabah Diri, Umum - Tag maal hijrah, OKU

Sapa makan cili, dialah yang terasa pedas!

Oct06
2008
9 Komentar Oleh Ubi

Apa khabar semua? Camana dengan sambutan raya? Harapan saya semoga semua bergembira dan sambutan raya korang sukses hendaknya di samping keluarga tercinta…

Pada yg tengah tensen kerana terpaksa kembali bekerja semula dalam keadaan yg sengkek kerana enjoy tak ingat dunia masa raya hari tu, di sini saya sediakan satu video sebagai hiburan untuk mengubati ketensenan yg sedang melanda seterusnya melupakan perut yg tengah hebat berkeroncong kerana takde duit nak beli nasi…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Belajar Melukis Kartun - Tag bangang

Email Bangang Minggu Ini II

Jul17
2008
35 Komentar Oleh Ubi

Untuk segmen kedua Email Bangang Minggu Ini, kita akan dihiburkan dengan sorang penulis email terlampau dari US. Email antarabangsa ini dihantar untuk mendapatkan servis karikatur dari laman web UbiToon.com.

Hello there,

I want one of my friends face with Princess Body situation. The dress should be the full length one. She is in  garden with few butterfly etc.. you know how to make it better than me

Something like which we see in Disney Movies princess. This is for me to take a printout and frame it and gift as present. So as a photo it should be looking very cute and pretty one. Please make sure you don’t sign the artwork. Put “MY NAME” as a hand written signature, right corner down.

Hope you can do it by 15th july as her birthday is on 16th. I have to take printout and frame it.

Thanks !!

XXXXXXX

Takde apa pun yg pelik pasal email ni… cuma permintaan dia nak jadik ‘pelukis lukisan tersebut’. Gua no hal… customers always right! Dan dengan cerianya saya membalas email dia…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartunis pun manusia - Tag bangang

Email Bangang Minggu Ini

May23
2008
35 Komentar Oleh Ubi

Tak tauler apa masalah ngan mamat ni… samada dia bergurau, tengah lalok ataupun dia ni salah sorang dari krew ‘Macam-macam Aznil’ tengah tangkap reaksi saya sedang baca email dia yg best tahap gaban ni…

woitt ubi!

aku punya company nak buat family day so kitorang nak print tshirt special untuk benda tu. jadi aku nak suruh ko lukiskan gambo katun untuk acara tu. aku rasa katun ko yg ada gambo lelaki ngan pompuan kat keta beetles tu sesuai sangat untuk projek ni. cuma ko tambah ada budak laki ke atau pompuan dengan diorang. kitorang takde budget nak bayar ko cuma nanti bila tshirt tu dah siap print aku akan bagi free satu kat ko. eleh lagipun bukannya susah nak lukis kan. aku rasa ko conteng-conteng kejap pun dah boleh siap pasal aku penah tengok orang kat cm tu lukis senang je. patutnya tak payah bayar pun takper. oklah aku nak ko siapkan lukisan aku tu selewat-lewatnya lusa. choww!

Wahh!!! Betullah… lukis kartun ni bukannya susah… conteng-conteng kejap pun boleh siap! Lagipun kalau saya dapat dan pakai t-shirt family day yg mungkin ada tulis nama company mamat ni, mungkin akan ada awek-awek cun yg akan terpikat dengan saya. Satu lagi, bahasa yg dipakai adalah amat sesuai untuk dicontohi bila kita nak mintak tolong dengan orang…

Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah… :-)

Kategori Kartunis pun manusia - Tag bangang

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site