• Home
  • Karikatur dan Produk Kartun
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Posts in category Motivasi & Muhasabah Diri

Selamat Berazam-azam di Tahun Baru 2009

Jan01
2009
49 Komentar Oleh Ubi

Hari ini kita dah menyambut tahun baru 2009…

Walaupun adakalanya kita seronok dan teruja memandang perempuan cantik dan seksi kehadapan, ada masanya kita perlu juga memandang awek atau bini sendiri ke belakang semula untuk muhasabah diri…

Bagaimana dengan tahun 2008 korang? Adakah ianya sukses seperti yg dirancang dan diharap-harapkan?

Adakah azam dan cita-cita yg diimpikan pada malam awal 2008 dulu berjaya dilaksanakan?

Apakah kita sekadar menjadi Mat Jenin yg kaya dengan angan-angan indah lagi kosong?

BACA SELANJUTNYA »

Tag azam tahun baru, maal hijrah, tahun baru 2009

Best ke layan Agnes Monica?

Dec24
2008
19 Komentar Oleh Ubi

Kerana keadaan yang tak berapa sihat kerana cedera yg tak berapa parah akibat eksiden sewaktu merempit tempohari, banyak aktiviti deting dan kerja harian yg terpaksa dibataskan.

Dalam keadaan ni, masa-masa emas saya banyak dihabiskan dengan aktiviti makan tido, membaca dan menonton TV sahaja.

Semasa menjalani aktiviti menonton TV tu, saya terserempak dengan siri sinetron ‘Jelita’ lakonan Agnes Monica…

Memang selama ni saya memang malas dan takde masa nak layan sinetron ni. Selain kerana jalan ceritanya yg stereotype, saya juga pasti setiap siri sinetron ni pasti akan memakan beratus siri seterusnya bakal membazirkan beratus-ratus jam masa saya sekiranya diikuti dengan tegar.

Mungkin kerana alasan tulah saya tak pernah terpedaya nak ikut mana-mana siri sinetron ni!

Walaubagaimanapun keadaan sedikit berbeza dengan siri ‘Jelita’ lakonan Agnes Monica ni…

BACA SELANJUTNYA »

Tag agnes monica, jelita, matahariku, sinetron

Dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat…

Sep16
2008
8 Komentar Oleh Ubi

Assalamualaikum buat semua hadirin dan hadirat yg dihormati sekalian…

Setelah berbulan-bulan berpoya-poya dengan post yg penuh dengan cerita awek cun dan kisah cinta lawak, kartun, dan pelbagai lagi cerita-cerita dunia yg melalaikan, sempena dengan bulan yg mulia ni apa kata kita penuhi masa yg terluang ini berbincang tentang rukun islam yang keempat iaitu ZAKAT…

Semoga kita semua dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu mengenai perkara ini… dan bila berbincang topik sebegini, saya berharap janganlah ada yg badannya berasap dan terbakar merasa bosan, tensen dan terus cabut lari dari membaca post ini…

Hadirin dan hadirat yg budiman…

Sebelum korang semua mencabutkan diri… izinkan saya menjelaskan sesuatu…

Saya bukan nak berceramah kepada korang mengenai topik zakat ni… pengetahuan saya dalam bab ni adalah amat cetek sekali… lagipun saya bukanlah ustat atau orang yg arif dan layak untuk bercakap tentang perkara ini…

Sebenarnya saya nak bercerita mengenai projek kartun terbaru saya yg bersangkut paut dengan perkara zakat ini…

Projek melukis kartun/komik ini adalah untuk SANZAF (The South African National Zakah Fund) – sebuah badan NGO berteraskan kebajikan yg bertanggungjawab untuk mengutip dan mengagihkan zakat, fitrah, fidyah serta sedekah untuk penduduk Islam di Afrika Selatan.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi - Tag hari raya aidilfitri, kad raya kartun, Kartun, Komik, ramadhan
Newer Entries »

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site