• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Posts in category Majalah Ujang

Kontrol Macho dalam English pulak…

Sep15
2011
10 Komentar Oleh Ubi

Jika sebelum ini anda dimuntahkan dengan cerita berlagak saya dalam akhbar Berita Harian dan rancangan Malaysia Hari Ini, kali ini saya ingin menghijaukan lagi muntah anda dengan sebuah lagi berita riyak lagi takabur mengenai saya di dalam media.

Kali ini adalah temuramah untuk suratkhabar News Straits Times untuk kolum Life & Times yang memaparkan cerita atau berita berkenaan teknologi pada setiap hari Isnin dan telah diterbitkan pada 27 September tahun lepas.

Tahun lepas?! Kenapa baru nak ditulis sekarang?

Ya, memang saya sengaja memeram berita riyak basi ini supaya cerita tentang kehebatan saya akan sentiasa kekal sepanjang masa walaupun dah lama tak masuk mana-mana media. Selain itu ia juga sebagai melengkapkan bukti mengenai saya yang malas menulis dan mengupdate blog dengan memberi pelbagai alasan yang remeh-temeh.

Buat mereka yang membaca tapi tak faham kerana tak belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, syabas diucapkan kerana masih lagi faham serta fasih berbahasa Melayu. Anda boleh gunakan khidmat brader Google Translate atau minta tolong kengkawan atau saudara mara yang kononnya hebat kerana menyanjung PPSMI itu.

Dan jika mereka juga tidak dapat membantu, sila hantukkan kepala mereka di dinding secukup rasa. Anda juga digalakkan untuk mengguna buku Yellow Pages atau apa-apa buku panduan telefon yang tebal untuk hantukan sekiranya tidak mahu ada kesan kecederaan supaya menyukarkan mereka untuk membuat pendakwaan kelak. :twisted:

Ucapan terima kasih diucapkan buat Cik Puan Rozana Sani kerana sudi menemuramah saya dan menulis artikel ini. Jika ada jodoh, janganlah segan silu untuk menemuramah saya lagi di masa akan datang.  ;)

Akhir kata, semoga kita semua tidak akan terlampau taksub dengan cerita saya atau mana-mana member kampung yang dapat masuk suratkhabar. Tiada apa pun yang istimewa sebenarnya… hanya dapat berlagak sehari dan dilupakan orang pada keesokan harinya…

Yang pasti, cerita dan gambar anda akan berakhir sebagai kertas pembungkus nasi lemak atau lapik lantai ketika makan tengahari!

============================================================

Singing A New Toon

News Straits Times, 27 September 2010
By Rozana Sani

Popular cartoonist Raja Ahmad Kamil Raja Mokhtar, a.k.a. Ubi, left the print media at the peak of his career, but he’s come full circle by going digital, writes ROZANA SANI

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Kartunis Idola, Komik Ubi - Tag buat duit di internet, kad raya kartun, kartun digital, kartunis ubi, maxis, media, mms kartun, mobile content, news straits times, suratkhabar

Ewah-Ewah… Ingat Best Sangat Ke Masuk TV?

Dec08
2009
28 Komentar Oleh Ubi

Sekarang ini saya amat malas dan jarang sekali mengupdate blog. Ini kerana saya terlampau sibuk memenuhi beberapa tugasan dan jemputan di luar sana. Banyak temujanji, dating, meeting dan jemputan yang perlu dihadiri.

Semoga penjelasan ini dapat meredakan kesangapan anda yang sering kecewa kerana terpaksa mengadap post-post basi di blog ni… heh! ;)

Berbalik pada cerita asal, pada hari Sabtu November lepas (tak ingat tarikh sebenar), saya dan beberapa rakan kartunis telah menjayakan rakaman rancangan Ewah-ewah. Kali ini adalah giliran kartunis sebagai peserta game show terbitan TV3 ni.


(Dari kiri: Soya, Tembakau, A’an, Gayour, Ubi dan Taugeh)

Seminggu sebelum shooting bermula, saya telah dihubungi Encik Adanan selaku penyelaras rancangan tersebut untuk membantunya mencari 6 orang kartunis untuk dijadikan mangsa. Setelah dijanjikan pelbagai ganjaran berupa hadiah, kemahsyuran, wang ringgit dan wanita; saya pun terus menelefon beberapa rakan kroni kartunis yang  sesuai untuk format rancangan tersebut.

Antara mereka yang terpedaya dengan ganjaran dan janji-janji manis itu adalah Gayour, Tembakau, Taugeh, Soya dan A’an. Kesemua mereka yang gelap mata ini adalah antara barisan kartunis otai dan tersohor Malaya. Mereka juga adalah sahabat-sahabat lama yang pernah sama-sama berjuang untuk Majalah Ujang, Varia Lawak, Lanun, Gelihati dan G3. Saya juga memilih muka-muka ini kerana mereka semua ni biasa masuk TV dan memang muka tak tau malu depan kamera.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Kartunis pun manusia - Tag ewah-ewah tv3, Gayour, kartunis, majalah g3, media, nabil raja lawak, raja azura, tembakau kartini

Kartun Budak Hostel Siri Pertama Di Majalah Ujang

Apr02
2009
78 Komentar Oleh Ubi

Saya mula melukis kartun sepenuh masa di Majalah Ujang pada 1994. Umur masa tu 18 nak masuk 19. Tak pernah masuk disko dan masih lagi teruna.

Mula-mulanya saya hanya buat kartun semuka Lawak Antarabangsa. Selepas berbulan-bulan didera dan mahir membuat kartun semuka, saya diberi peluang untuk buat cerita panjang pulak.

Dan dari peluang tersebut, maka lahirlah siri ‘BUDAK HOSTEL’…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi - Tag budak hostel, Kartun, kartunis ubi, Komik, lawak antarabangsa

Suatu Ketika di Zaman Jahiliah II – Majalah Ujang

Mar12
2009
62 Komentar Oleh Ubi


“sila perdengarkan sambil membaca post ini untuk feeling yang nostalgia”

Berikut adalah beberapa lagi gambar dan cerita kenangan saya di Majalah Ujang di suatu ketika dahulu…


Beberapa lagi gambar bersama pelawat di opis Majalah Ujang yg kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah dan universiti.

 


Gambar kenangan bersama Phoebe, pengacara Kelab Disney TV3 semasa kami sama-sama terlibat menjayakan rakaman rancangan tersebut… oh!

BACA SELANJUTNYA »

Tag apo?, karangkraf, Kartun, kartunis, kartunis ubi, kelab disney tv3, Komik, lawak antarabangsa, majalah g3, ujang

Suatu Ketika di Zaman Jahiliah – Majalah Ujang

Mar11
2009
61 Komentar Oleh Ubi

Untuk entri kali ni, saya nak berkongsi dengan anda beberapa kenangan silam di zaman jahiliah sewaktu saya bersama dengan Majalah Ujang.

Cuma takde idea dan malas nak tulis banyak-banyak.

So, let the pictures tell the stories…

*Maaf sekiranya ada beberapa gambar di bawah ini kabur atau rendah kualitinya. Untuk makluman, kesemua gambar ini diambil menggunakan kamera analog zaman dahulu dan telah lama diperap di dalam album – Penulis merangkap tuan punya album gambar.


1994 – Mula bekerja full time di Majalah Ujang. Semangat masih membara untuk berkartun dan berkarya. Meja saya sebelah dengan Sukun. Kat dinding tu boleh nampak carta dateline dan target…

 


Karya saya di Ujang bermula dengan Lawak Antarabangsa dan diikuti Budak Hostel. Kerana baru habis sekolah dan dah jauh dari mak bapak, saya mula simpan rambut panjang supaya nampak lebih cool dan metallica konon! (pengaruh rakan-rakan kartunis terutamanya Gayour).

 


Dari kiri: Gayour, Edel Yusof (ilustrator Usop Sontorian), Ubi (yg mencangkung), Kobis Bunga, Petai, Linda (typesetter), Jering dan Sukun.

BACA SELANJUTNYA »

Tag Kartun, kartunis, kartunis ubi, Komik, lawak antarabangsa, metallica, ujang

Email Bangang Minggu Ini III

Feb11
2009
33 Komentar Oleh Ubi

Segmen kegemaran ramai ini disambung kembali dengan satu lagi email kecewa yg saya baru terima petang semalam.

Mungkin pengirimnya sedang kecewa kerana selalu ditinggalkan kekasih atau teman wanita maka membuatkan dia bertindak menghantar email sebegini kepada saya.

Sengaja saya siarkannya kerana berpendapat ianya relevan dengan isu yg sedang hangat melanda negara sekarang ni. Juga mungkin berguna jika anda pun mempunyai persoalan atau pemikiran seperti pengirim email kecewa ini.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartunis pun manusia - Tag bangang, katak, lompat parti

Kontroversi Aku, Dia & Volkswagen

May18
2008
133 Komentar Oleh Ubi

aku, dia & volkswagen

Mungkin korang pernah terbaca atau terdengar pasal karya kartun/komik “Aku, Dia & Volkswagen” karya ciptaan saya di Majalah Ujang sekitar 1997-2002 dahulu.

Tak dinafikan siri tersebut memang mendapat sambutan hebat dari peminat kartun dan komik tanahair. Setiap hari akan ada saja surat dan email peminat bertanyakan pasal siri tersebut.

Tapi itu dulu

Sekarang ni masih jugak lagi dapat email bertanyakan pasal siri tersebut. Cuma soalan dia lain sikit dari dulu

Ni salah satunya yg saya dapat minggu lepas dari brader Pennyu…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi - Tag aku dia & volkswagen, Kartun Ubi, kartunis ubi, Komik

Kartun Ubi yang Pertama di Majalah Ujang

May17
2008
52 Komentar Oleh Ubi

Hmmm… rasanya dah dekat seminggu saya ponteng dari menulis post baru untuk blog ni…
Heh biasalah… MELAYU MUDAH LUPA… :-P

Semuanya ni gara-gara balik kampung punya penangan!

Lepak, tido, makan, tengok awek-awek yg baru membesar, berpoya-poya dengan rakan sebaya, dan pelbagai lagi aktiviti membuang masa yg mengkhayalkan adalah rutin sepanjang saya berada di sana…

Rasanya hanya satu je benda tak membuang masa yg saya buat di sana…

Mengemas bilik

Dan ini pun dilakukan semata-mata kerana emak sudah membebel…

Namun dalam perlaksanaan “tugasan membodek emak” ini, saya terjumpa beberapa khazanah@pusaka lama yg saya rasakan menarik untuk dikongsikan bersama…

Salah satunya adalah lukisan kartun pertama saya yg tersiar di Majalah Ujang…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi - Tag Kartun, kartunis ubi, Komik, lawak antarabangsa

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site