• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Posts in category Kartunis Idola

Jangan Pandang Belakang Anjing…

Oct27
2011
9 Komentar Oleh Ubi

Berdasarkan kisah tak berapa seram yang dialami sendiri oleh penulis. Namun segala yang tercatat bukanlah 100 peratus tepat seperti apa yang telah berlaku kerana kebanyakannya sudah ditokok tambah demi kesan dramatik; bertujuan untuk mengkhayalkan pembaca yang mudah tertipu. Kanak-kanak, ibu-ibu yang mengandung dan mereka yang menghidapi komplikasi lemah jantung dinasihatkan untuk tidak membaca cerita ini sekiranya mereka menghadapi masalah buta huruf – Penulis

…

Oktober 1995.

Jam di tangan menunjukkan hampir pukul 12.00 malam ketika aku turun dari bas mini trip terakhir dan menjejakkan kaki dengan selamat di perhentian bas Pandan Jaya.

Memang setiap hari bas mini adalah kenderaan pilihan utama untuk aku pulang ke rumah dari pejabat. Aku memang suka bas mini. Cepat, murah dan efisien… walaupun setiap masa terasa bagai nak terpelanting macam naik rollercoaster di sepanjang perjalanan.

Itu belum dicampur bau hapak dan bacin ketika waktu puncak dari ketiak mamat-mamat yang nampak je hensem bergaya tetapi tidak tahu langsung tentang kewujudan serta fungsi deodoran!


( Gambar asal hasil kerja & © JanickG )

Walauapapun jua keadaannya, aku tetap yakin bahawa bas mini adalah perkhidmatan bas awam terefisien di Lembah Klang berbanding dengan sistem bas yang ada sekarang ini. Pelik juga kalau nak dikaji kenapa perkhidmatan bas sekarang ini semakin teruk (walaupun basnya nampak baru) berbanding zaman bas mini dahulukala…

Ada masanya aku terfikir ini mungkin satu konspirasi pihak tertentu supaya rakyat Malaysia berputus asa dengan pengangkutan awam lalu terpaksa membeli kereta sorang sebiji. Al-maklumlah, negara kita kan pengeluar dan penjual kereta… ;)

…

Okey, berbalik semula pada cerita asal…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartunis pun manusia, Ntahapahapantah - Tag abang kawasan, anjing liar, bas mini, fesyen rambut, Gayour, hail amir, iklan, jangan pandang belakang, kartun seram, kartunis, Majalah Ujang, Ntahapahapantah, Petai, Sukun, syampu

Kontrol Macho dalam English pulak…

Sep15
2011
10 Komentar Oleh Ubi

Jika sebelum ini anda dimuntahkan dengan cerita berlagak saya dalam akhbar Berita Harian dan rancangan Malaysia Hari Ini, kali ini saya ingin menghijaukan lagi muntah anda dengan sebuah lagi berita riyak lagi takabur mengenai saya di dalam media.

Kali ini adalah temuramah untuk suratkhabar News Straits Times untuk kolum Life & Times yang memaparkan cerita atau berita berkenaan teknologi pada setiap hari Isnin dan telah diterbitkan pada 27 September tahun lepas.

Tahun lepas?! Kenapa baru nak ditulis sekarang?

Ya, memang saya sengaja memeram berita riyak basi ini supaya cerita tentang kehebatan saya akan sentiasa kekal sepanjang masa walaupun dah lama tak masuk mana-mana media. Selain itu ia juga sebagai melengkapkan bukti mengenai saya yang malas menulis dan mengupdate blog dengan memberi pelbagai alasan yang remeh-temeh.

Buat mereka yang membaca tapi tak faham kerana tak belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, syabas diucapkan kerana masih lagi faham serta fasih berbahasa Melayu. Anda boleh gunakan khidmat brader Google Translate atau minta tolong kengkawan atau saudara mara yang kononnya hebat kerana menyanjung PPSMI itu.

Dan jika mereka juga tidak dapat membantu, sila hantukkan kepala mereka di dinding secukup rasa. Anda juga digalakkan untuk mengguna buku Yellow Pages atau apa-apa buku panduan telefon yang tebal untuk hantukan sekiranya tidak mahu ada kesan kecederaan supaya menyukarkan mereka untuk membuat pendakwaan kelak. :twisted:

Ucapan terima kasih diucapkan buat Cik Puan Rozana Sani kerana sudi menemuramah saya dan menulis artikel ini. Jika ada jodoh, janganlah segan silu untuk menemuramah saya lagi di masa akan datang.  ;)

Akhir kata, semoga kita semua tidak akan terlampau taksub dengan cerita saya atau mana-mana member kampung yang dapat masuk suratkhabar. Tiada apa pun yang istimewa sebenarnya… hanya dapat berlagak sehari dan dilupakan orang pada keesokan harinya…

Yang pasti, cerita dan gambar anda akan berakhir sebagai kertas pembungkus nasi lemak atau lapik lantai ketika makan tengahari!

============================================================

Singing A New Toon

News Straits Times, 27 September 2010
By Rozana Sani

Popular cartoonist Raja Ahmad Kamil Raja Mokhtar, a.k.a. Ubi, left the print media at the peak of his career, but he’s come full circle by going digital, writes ROZANA SANI

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang - Tag buat duit di internet, kad raya kartun, kartun digital, kartunis ubi, maxis, media, mms kartun, mobile content, news straits times, suratkhabar

Rejabhad – Penghulu Kartun Malaysia

Mar31
2009
27 Komentar Oleh Ubi

Setiap orang ada idolanya yg tersendiri.

Begitu juga dengan saya dalam dunia kartun dan komik ini.

Salah seorangnya adalah kartunis legenda, Allahyarham Rejabhad yg juga digelar sebagai ‘Raja Kartun Malaysia’ atau ‘Penghulu Kartun Malaysia’.

Tanyalah pada semua kartunis di Malaysia – baik yg sudah lama ataupun baru, profesional maupun amatur semuanya pasti tahu dan mengenali beliau!

Saya mula mengenal Rejabhad sejak dari kecil lagi melalui Majalah Gila-Gila yg selalu dibeli oleh mak saya yg juga merupakan peminat setia karya beliau.

Menurut mak saya, dia membeli majalah Gila-Gila sejak dari keluaran pertama lagi dan melanggan setiap keluaran kerana tidak mau terlepas mengikuti siri ‘Periwira Mat Gila’ karya allahyarham.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun - Tag Gila-gila, Kartun, kartun Malaysia, kartunis, Komik, periwira mat gila, rejabhad, Tan tin tun

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site