• Home
  • Karikatur dan Produk Kartun
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Posts in category Kartun

Ni Thundercats palsu ke tipu?

May05
2009
15 Komentar Oleh Ubi

Sabtu lepas saya membazirkan masa emas saya dengan menonton X-Men Origins di panggung GSC Pavillion.

Beberapa bulan lepas kecoh pasal salinan movie ni boleh terlepas kat internet. FBI skang ni tengah sibuk memburu orang dalam yg disyaki membuat dajal tersebut. Harap-harap takdeler geng Petaling Street yg terlibat! :razz:

Pada saya, disyorkan agar anda menonton movie ni kat wayang walaupun anda dah download cerita ni dari internet. Ini kerana cerita ini memang amat baik dan puas ditonton melalui skrin perak.

Nampaknya trend mengadaptasi cerita kartun dan komik kepada medium filem semakin berleluasa sekarang ni. Elokler camtu… Sekurang-kurangnya orang-orang yg tak minat dan tak pernah baca medium komik ni, akan tau mengenai sesuatu karya komik tersebut.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Komik, Kreatif - Tag animasi, filem, Komik, thundercats, wolverine, x-men origins

Rejabhad – Penghulu Kartun Malaysia

Mar31
2009
29 Komentar Oleh Ubi

Setiap orang ada idolanya yg tersendiri.

Begitu juga dengan saya dalam dunia kartun dan komik ini.

Salah seorangnya adalah kartunis legenda, Allahyarham Rejabhad yg juga digelar sebagai ‘Raja Kartun Malaysia’ atau ‘Penghulu Kartun Malaysia’.

Tanyalah pada semua kartunis di Malaysia – baik yg sudah lama ataupun baru, profesional maupun amatur semuanya pasti tahu dan mengenali beliau!

Saya mula mengenal Rejabhad sejak dari kecil lagi melalui Majalah Gila-Gila yg selalu dibeli oleh mak saya yg juga merupakan peminat setia karya beliau.

Menurut mak saya, dia membeli majalah Gila-Gila sejak dari keluaran pertama lagi dan melanggan setiap keluaran kerana tidak mau terlepas mengikuti siri ‘Periwira Mat Gila’ karya allahyarham.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartunis Idola - Tag Gila-gila, kartun Malaysia, kartunis, Komik, periwira mat gila, rejabhad, Tan tin tun

Suatu Ketika di Zaman Jahiliah III – Kartun TV Feveret

Mar29
2009
50 Komentar Oleh Ubi

Semasa saya kecik dulu, kartun di TV takler semewah seperti zaman sekarang ni…

Dulu takde Astro, Cartoon Network, Nickolodeon, internet dan lain-lain media kartun.

Yang ada cumalah RTM & TV3.

Jadi bebudak generasi saya tak punya banyak pilihan dan kami hanya dapat menikmati apa yg dihidangkan 2 stesen tv ni saja.

Walaupun begitu, banyak gak kartun best dan menarik yg mampu membuat saya melekat di tv setiap petang sampai tak ingat nak keluar main bola. Oh, mungkinkah ini sebabnya saya sekarang ni jadi kaki bangku?

Jadi untuk entri ni saya akan berkongsi ngan anda antara 10 kartun faveret saya di kala tu. Sekiranya anda bukan dari generasi saya, mungkin ada beberapa siri kartun di bawah ni tak pernah anda dengar pun. Bagi yg seusia dengan saya, jomlah kita sama-sama mengenang kembali zaman manis kanak-kanak kita dahulu…

Kita mulakan carta ni bermula dari nombor 10…

10. HE-MAN AND THE MASTERS OF THE UNIVERSE
Takde apa yg spesel sangat pasal kartun ni cuma ni antara kartun yg terawal waktu TV3 memulakan siarannya. Bila tengok balik sekarang ni, terasa betapa sentulnya kartun ni. Watak Skeletor tu takde nampak pun karismanya sebagai penjahat utama. Yg paling tak tahan adalah kostum He-Man ni… rasa macam ‘gay’ aje yg boleh pakai fesyen camtu! :lol:

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Review - Tag animasi, anime, spiderman, thundercats, transformers, voltron

Kartunis Pelukis Kelas Kedua?

Mar28
2009
57 Komentar Oleh Ubi

Saya banyak mendapat email daripada student-student yg mengambik course Art & Design kat universiti-universiti tempatan.

Kata kebanyakan diorang, pensyarah @ lecturer mereka yg ‘bijaksana’ pernah mengatakan bahawa kartunis ni dikategorikan sebagai “pelukis kelas kedua”.

Ini berlaku bila mereka disoal oleh pensyarah @ lecturer yg ‘bijaksana’ tu tentang pelukis idola mereka dan apa cita-cita mereka selepas tamat pengajian kelak.

Pabila jawapan mereka adalah menjadi kartunis profesional dan pelukis idola mereka adalah seperti Kartunis Ujang, Gayour, Aie, Tembakau, Ubi (ehem!) dan lain lain lagi; serta-merta muka pensyarah @ lecturer yg ‘bijaksana’ tu berubah dan keluarlah statement “pelukis kelas kedua” tersebut.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartunis pun manusia - Tag bangang, kartunis, Kartunis pun manusia jugak, pelukis

Rajnikanth dalam iklan animasi terlampau

Feb09
2009
24 Komentar Oleh Ubi

Sapa tak kenal Superstar Tamil Rajnikanth?

Rasanya terlampau mustahil dan menipu sangatler kalau anda kata tak kenal atau tak pernah nampak muka macha kat bawah ni…

Pada peminat setia filem tamil (seperti saya contohnya…) wajah separa hensem ni tak perlulah diperkenalkan lagi.

Sekiranya anda bukannya peminat filem tamil maupun pelanggan setia channel Vanavil, pastinya wajah hero perasan best ni anda pernah nampak di kedai-kedai VCD sekitar Jalan Masjid India…

Poster wajah poyo macha ini juga wajib tertampal megah sebagai idola driver dan konduktor di dalam kebanyakan bas menuju ke Brickfields dan Sentul…

Senang cerita, di mana ada komuniti India di situlah wajah bermisai tebal ini akan sewenang-wenangnya diabadikan!!

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Umum - Tag animasi, bangang, castrol, iklan, macha, Ntahapahapantah, rajnikanth, thaipusam
Newer Entries »

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site