• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Posts in category Kartun

Kartun Hari Jumaat III

Dec16
2011
22 Komentar Oleh Ubi

Lihat pada isi bukan pada kulitnya.

Lihat pada ilmu yang hendak disampaikan, bukan pada covergirlnya yang seksi tak sudah tu!

Jika mendengar sesuatu yang tidak disukai, jangan cepat melenting atau sensitif. Fahami, kaji dan usul dahulu segalanya. Mungkin banyak yang tidak difahami dapat dimengertikan.

Bukan semua yang tersurat cantik dan indah itu bagus untuk diri.

Dan tak semua yang nampak jelek dan pahit itu racun.

;)

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Motivasi & Muhasabah Diri - Tag awek cun, awek seksi, calon bini, cover majalah, kahwin, kartun hari jumaat, Kartun Ubi, kulit buku, majalah mangga, Motivasi & Muhasabah Diri

Kartun hari Jumaat II

Nov11
2011
13 Komentar Oleh Ubi

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Motivasi & Muhasabah Diri - Tag hati lain-lain, karipap, kartun hari jumaat, Kartun Ubi, Motivasi & Muhasabah Diri, rambut sama hitam, tak kenal maka tak cinta

Kartun Hari Jumaat

Oct28
2011
5 Komentar Oleh Ubi

“Tuhan nampak dan tahu apa yang kamu lakukan…”

Pesanku pada diri sendiri dan jiran-jiran tersayang…

Kategori Kartun Ubi, Motivasi & Muhasabah Diri - Tag bangang, buat jahat jangan sekali, kartun hari jumaat, Kartun Ubi, lawak antarabangsa, Motivasi & Muhasabah Diri

Lukis kartun Merdeka dan masyukkk!!

Aug10
2010
2 Komentar Oleh Ubi

Buat semua kartunis/pelukis amatur dan yang sedang meningkat naik,

Inilah masanya untuk anda menunjuk terel dan memenangi hadiah wang tunai yang sungguh masyuk.  Mungkin inilah juga peluang untuk anda membuktikan sesuatu kepada saudara mara, orang kampung dan awek-awek yang selama ini memandang rendah terhadap anda!

Untuk maklumat lanjut tentang Bakat Seni Kartun Merdeka ini, sila klik imej-imej di bawah untuk diperbesarkan.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Kreatif - Tag Bakat Seni Kartun Merdeka, pertandingan melukis kartun

Kad Raya Kartun Digital Edisi 2010 Kembali Lagi!

Aug03
2010
8 Komentar Oleh Ubi

Salam buat semua pelawat dan pembaca setia,

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sempena dengan kedatangan Ramadhan dan Syawal yang mulia ini, saya akan melancarkan sekali lagi Pakej Kad Raya Kartun Digital untuk memudahkan anda memberi ucapan selamat berpuasa dan raya Aidilfitri kepada keluarga, sahabat handai dan awekz-balak yg tersayang.

Untuk makluman, akan ada beberapa kejutan dan tambahan design pada pakej Kad Raya Kartun Digital Edisi 2010 ini. Jualan hanya akan dibuka pada hari Jumaat ini,  6 Ogos 2010, bermula dari jam 9 pagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, sila ke http://KadRaya.KartunisUbi.com dan anda boleh muat turun beberapa contoh design kad raya kartun daripada pakej ini secara PERCUMA dengan hanya mendaftar nama dan email anda pada borang yang tertera di laman web tersebut.

Akhir kata Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan eratkanlah Silaturahim anda dengan yang tersayang di bulan yang mulia ini…

Sahabat Kartunis Anda,

Kategori Kartun Ubi, Produk Kartun Ubi - Tag handphone, hari raya aidilfitri, hari raya puasa, kad raya kartun, Kartun Ubi, kartunis ubi, mms kartun, ramadhan, selamat berpuasa, selamat hari raya, syawal

Jom Bersuka-suki Bersama Saya di Pesta Buku 2010!

Mar25
2010
22 Komentar Oleh Ubi

AMARAN: JANGAN PERGI PESTA BUKU SEBELUM HAFAL PETA NI!

Sepertimana kebiasaannya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) datang lagi pada tahun ini. Buat yang tak pernah ambil tahu atau baru je berjinak-jinak untuk memulakan langkah suci pertama sebagai ulat buku bertauliah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 akan bermula pada 19 hingga 28 Mac 2010, bertempat di PWTC dan menawarkan pelbagai buku dengan tawaran menarik daripada penerbit-penerbit serata Malaya.

Untuk PBAKL tahun ini, saya akan berteduh di Kedai Pink AinMaisarah (Dewan 3, Tingkat 1 PWTC. Gerai no C20 – depan gerai SASBADI) bersama dengan novelis tersohor tanahair, Ain Maisarah. Bagi peminat novel remaja tempatan, pastinya nama Ain Maisarah bukanlah sesuatu yang asing buat anda. Pasti banyak karya meletupnya telah pun anda miliki ataupun baca pinjam daripada rakan-rakan seperjuangan.

Oh, pastinya anda terpinga-pinga kerana bingung tentang apakejadahnya saya berada di PBAKL tahun ini di kedai tersebut? Dan tidakkah warna pink itu terlampau feminin untuk jejaka perasan macho seperti saya?

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Produk Kartun Ubi - Tag ain maisarah, novel remaja, pbakl 2010, pesta buku antarabangsa kuala lumpur

Ramadhan, Aidilfitri & Kad Raya Kartun Kembali Lagi!

Aug23
2009
13 Komentar Oleh Ubi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pengunjung sekalian…

Pertama-tamanya, diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak yg mulia ini. Semoga kita akan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan yg bakal mendatang sepanjang menjalani ibadah puasa ni… Aminn!

Sempena bulan yg mulia ini juga, saya juga telah melancarkan sekali lagi Pakej Kad Raya Kartun Digital untuk memudahkan anda memberi ucapan selamat berpuasa dan raya Aidilfitri kepada keluarga, sahabat handai dan awekz-balak yg tersayang.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Produk Kartun Ubi, Review - Tag handphone, hari raya aidilfitri, hari raya puasa, kad raya kartun, kartun raya puasa, Kartun Ubi, kartunis ubi, mobile phone, produk ubi, ramadhan, selamat berpuasa, selamat hari raya, syawal

Mana satu ikang yang lebih ngang?!

Jun17
2009
81 Komentar Oleh Ubi

Masihkah anda ingat dengan kutukan penuh emosi saya terhadap karakter maskot Nemo Sukma 2008 Terengganu?

Dari komen yg diberi pada post tersebut, ramai gak yg sebulu dengan saya yg berbulu je tengok design ikan nemo tak jadi tu… :lol:

Namun begitu, ada gak beberapa mereka yg MARAHKAN saya dan pengomen-pengomen yg secara terang-terangan mengutuk design kartun tu…

Di bawah ini adalah print screen komen marah dan bengang tersebut:

Ternyata mereka yg terasa dengan kutukan itu telah MENCABAR saya dan pengomen-pengomen yg sebulu dengan saya supaya kami berhenti mengomen (dan mengutuk) serta menunjukkan bukti hasil lukisan sekiranya kami ni hebat sangat!

Rasanya tak adil kalau nak suruh pengomen-pengomen yg sebulu ngan saya tu untuk menunjukkan sebarang bukti. Lagipun kebanyakan mereka adalah ‘orang awam’ sahaja dan bukannya pelukis seperti saya.

Nak suruh saya yg lukis adalah mustahil juga kerana jadual yg padat dan saya juga tak berminat membuang masa emas saya hanya sekadar untuk membuktikan sesuatu!

Jadi dengan mendiamkan diri dan tidak menyahut cabaran, mungkin ramai akan beranggapan bahawa saya dan kroni hanya pandai bersembang lebat macam tin kosong aje!

Kebetulan pulak dalam awal tahun ni saya ada buat satu design maskot kartun ikan jerung hammerhead untuk Miss Yvette, seorang pelanggan dari El Paso Texas.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kreatif - Tag bangang, iklan, makang ikang, maskot, SUKMA, terengganu

Ni ikang ke atau manusia ikang jadiang?

May13
2009
46 Komentar Oleh Ubi

Amaran: Post ini mengandungi banyak unsur kutukan yg sedikit emosi dan bisa mengecikkan hati beberapa pihak yg mungkin terlibat.

Sewaktu berkunjung ke Kuala Terengganu pada April yg lalu, saya terserempak dengan satu billboard yg memaparkan MALAPETAKA berupa satu design kartun…

Ni apa kejadah punya menatang ni?

Nak kata ikang bukang ikang..

Nak kata oran pung bukang oran…

Boleh tak sesapa yg tajam matanya beritau apa sebenarnya yg cuba di jual kat sini ni?

:?

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kreatif - Tag bangang, iklan, makang ikang, maskot, SUKMA, terengganu

Ni Thundercats palsu ke tipu?

May05
2009
15 Komentar Oleh Ubi

Sabtu lepas saya membazirkan masa emas saya dengan menonton X-Men Origins di panggung GSC Pavillion.

Beberapa bulan lepas kecoh pasal salinan movie ni boleh terlepas kat internet. FBI skang ni tengah sibuk memburu orang dalam yg disyaki membuat dajal tersebut. Harap-harap takdeler geng Petaling Street yg terlibat! :razz:

Pada saya, disyorkan agar anda menonton movie ni kat wayang walaupun anda dah download cerita ni dari internet. Ini kerana cerita ini memang amat baik dan puas ditonton melalui skrin perak.

Nampaknya trend mengadaptasi cerita kartun dan komik kepada medium filem semakin berleluasa sekarang ni. Elokler camtu… Sekurang-kurangnya orang-orang yg tak minat dan tak pernah baca medium komik ni, akan tau mengenai sesuatu karya komik tersebut.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Komik, Kreatif - Tag animasi, filem, Komik, thundercats, wolverine, x-men origins
« Older Entries

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site