
Perlawanan yang sungguh mendebarkan dan cukup dramatik di tempat lawan…
Tahniah Malaysia! Gud job!!

Perlawanan yang sungguh mendebarkan dan cukup dramatik di tempat lawan…
Tahniah Malaysia! Gud job!!
Ya… Abang Ubi mengaku.
Abang Ubi memang pemalas!

(Pemalas tahap neraka ini tiada kena mengena langsung dengan penulis.)
Abang Ubi cuma rajin makan, minum, tidur, lepak, mengorat awek, deting, carik idea, lukis kartun, lukis karikatur, basuh baju, lipat kain, kemas katil, main game, tengok tv, layan dvd, naik basikal, tangkap gambar, pergi pasar malam, sembang kedai kopi, mandi kolam, baca komik, basuh pinggan mangkuk, conteng-conteng, main Facebook, layan Twitter dan bermacam lagi aktiviti berfaedah atau membuang masa yang lain.
Abang Ubi cuma malas nak mengupdate blog ni je…
Hehehe…
Bukan malas sebenarnya…
Cuma suka bertangguh…
Khas buat anda yang telah membeli ataupun bakal membeli Pakej Kad Raya Kartun Ubi…
Atas permintaan mereka-mereka yang sedang lapar kerana berpuasa, berikut adalah beberapa BONUS tambahan khas buat semua pembeli, tidak kira samada yang sudah kenyang maupun yang sedang makan…
Berikut adalah BONUS-BONUS tambahan yang kononnya best tu:

Assalamualaikum buat semua pembaca dan pelawat setia,
Apa khabar? Sudahkah anda bersarapan? Harapnya takler ye… heh! Semoga kita bukan tergolong seperti mereka-mereka di dalam gambar kartun di atas…
Sempena bulan yg mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H dan Menjalani Ibadah Puasa kepada anda di samping keluarga yang tercinta…
Mungkin ucapan saya ini hanyalah sekadar ucapan selamat sahaja dan tidak membawa makna pada sesetengah orang. Namun pada sesetengah orang pula walaupun ianya sekadar ucapan ringkas, ianya membawa erti yang besar pada mereka…
Ucapan itu tidak penting, tetapi ingatan dan silaturahim itulah yang paling bermakna…
Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda menghubungi dan memberi ucapan selamat pada sahabat handai dan keluarga tersayang? Ya, saya yakin anda pastinya bukannya mereka yang mudah melupakan semua orang disekeliling.
Buat semua kartunis/pelukis amatur dan yang sedang meningkat naik,
Inilah masanya untuk anda menunjuk terel dan memenangi hadiah wang tunai yang sungguh masyuk. Mungkin inilah juga peluang untuk anda membuktikan sesuatu kepada saudara mara, orang kampung dan awek-awek yang selama ini memandang rendah terhadap anda!
Untuk maklumat lanjut tentang Bakat Seni Kartun Merdeka ini, sila klik imej-imej di bawah untuk diperbesarkan.
Buat awek-awek cun di Lembah Klang yang bercita-cita nak ajak saya berdeting pada Rabu hingga Ahad ni, dukacita dimaklumkan bahawasanya saya akan berada di Pantai Timur sepanjang tempoh tersebut.
Berada di pendalaman dan terputus dari lingkaran komunikasi. Tiada telefon dan tiada internet. Kita akan terpisah dan berjauhan dalam beberapa hari.
Buat abang-abang di Lembah Kelang yang tiada aktiviti liar sepanjang minggu ini, jagalah semua awek-awek tu sepanjang ketiadaan saya. Ajaklah deting jika mahu. Jangan malu-malu. Kalau dah suka kawin aje. Jangan tunggu-tunggu. Saya mendoakan kejayaan dan kebahagian abang sekalian.
Jumpa lagi minggu depan!
AMARAN: JANGAN PERGI PESTA BUKU SEBELUM HAFAL PETA NI!

Sepertimana kebiasaannya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) datang lagi pada tahun ini. Buat yang tak pernah ambil tahu atau baru je berjinak-jinak untuk memulakan langkah suci pertama sebagai ulat buku bertauliah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 akan bermula pada 19 hingga 28 Mac 2010, bertempat di PWTC dan menawarkan pelbagai buku dengan tawaran menarik daripada penerbit-penerbit serata Malaya.
Untuk PBAKL tahun ini, saya akan berteduh di Kedai Pink AinMaisarah (Dewan 3, Tingkat 1 PWTC. Gerai no C20 – depan gerai SASBADI) bersama dengan novelis tersohor tanahair, Ain Maisarah. Bagi peminat novel remaja tempatan, pastinya nama Ain Maisarah bukanlah sesuatu yang asing buat anda. Pasti banyak karya meletupnya telah pun anda miliki ataupun baca pinjam daripada rakan-rakan seperjuangan.
Oh, pastinya anda terpinga-pinga kerana bingung tentang apakejadahnya saya berada di PBAKL tahun ini di kedai tersebut? Dan tidakkah warna pink itu terlampau feminin untuk jejaka perasan macho seperti saya?

(Sekadar gambar hiasan. Tiada kaitan dengan cerita sebenar maupun cerita tipu.)
Salam buat semua pembaca dan pelawat sekalian,
Jika anda salah seorang daripada mereka yang cuba mencari dan menghubungi saya untuk tujuan kerja, berpoya-poya ataupun untuk mengajak berdating; ini adalah masa yang tidak berapa bagus untuk tujuan tersebut. Untuk makluman, saya kini berada di di Hong Kong sejak hari Jumaat yang lalu dan akan tinggal di sana dalam tempoh 2 minggu kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.
Maaf sekiranya saya lambat memberi respon pada email kerana kesukaran untuk online ketika berada di sana. Insyaallah saya akan cuba sedaya upaya untuk membalas email anda secepat mungkin sekiranya keadaan mengizinkan.
Akhir kata, semoga anda semua akan tetap setia menanti kepulangan saya nanti. Jika makan belacan dan tempoyak janganlah lupakan saya yang susah nak makan apa-apa pun di sini.

p.s – Buat masa ini masih belum lagi terjumpa Jackie Chan atau Stephen Chow makan kuetiow goreng di mana-mana gerai berdekatan…
Salam 1 pagi ya kawan-kawan semua! (bestlah korang yang tengah membuta sekarang ni!)
Maaf kerana sudah lama tak mengupdate blog. Rasa-rasanya dah beratus kali saya memohon ampun atas alasan ini. Andai kata kesalahan sebegini memungkinkan saya dipenjara, pasti warden penjara tersebut bakal menjadi member kamceng saya kerana kekerapan saya selalu keluar masuk ke institusi tersebut! (harap-harapnya warden tersebut ada adik yang masih single dan seiras dengan Lisa Surihani…)
Sebenarnya saya dalam keadaan yang sangat tidak terurus sekali sekarang ini kerana banyak tugasan yang perlu dilaksanakan. Kadang-kadang sehingga terpaksa mengorbankan masa tidur dan deting yang berharga itu.
Pernah terjadi satu adegan panas di mana saya terlupa menjemur baju dan meninggalkan mereka keseorangan di dalam mesin basuh selepas 2 hari dibasuh. Di saat tersedar, terus terfikir alangkah indahnya hidup ini sekiranya ada ‘pembantu’ yang boleh meringankan beban saya melaksanakan kerja-kerja remeh tersebut.
Mungkin dengan kehadiran ‘pembantu’ tersebut yang pastinya seiras Lisa Surihani membolehkan saya untuk berkarya dan bekerja dengan lebih gigih lagi . Yang nyata, saya pasti akan tidur lebih awal setiap malam dan akan bangun tersenyum riang setiap pagi! Oh…
Sebelum terlajak kata dan tersesat lebih jauh lagi, baiklah kita kembali semula ke pangkal jalan. Berbalik pada cerita asal, berikut adalah transkrip daripada sesi temuramah saya untuk Berita Harian yang diterbitkan pada awal Februari lalu.
Sengaja saya tempekkan temuramah ni untuk tatapan anda semua. Selain untuk memberi peluang kepada mereka yang terlepas membacanya, ia juga bertindak sebagai kesinambungan aksi riak saya lepas masuk MHI hari tu.
Akhir kata, ucapan terima kasih buat Cik Diyanah Anuar kerana sudi menemuramah saya dan menulis artikel ini. Jika ada jodoh, janganlah segan silu untuk menemuramah saya lagi di masa akan datang. Semoga dengan lebih banyak temuramah yang tersiar, maka semakin banyak lagi peluang saya untuk lebih riak lagi di masa depan!
Selamat membaca dan mengeja! Tata!! (sambil tangan melambai ayu…)

Ini sebuah video basi sessi temuramah saya bersama Ahmad Fedtri Yahya untuk rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 pada Mei 2009 yang lalu.

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»
Follow @KartunisUbi

