Beberapa tahun dahulu…

Beberapa tahun dahulu ada seorang remaja lelaki yang tidak berapa mahir dalam bersukan atau sebarang aktiviti yang memerlukan ketangkasan atau kecekapan fizikal. Beliau sering disisih dan selalu menjadi yang terakhir dipilih untuk menganggotai sesuatu team sukan; samada untuk perlawanan, maupun untuk kelas pendidikan jasmani!

Ya, dunia ini memang kejam… tiada siapa yang mahu berpasukan dengan seorang loser.

Menyedari hakikat, remaja tersebut mengambil keputusan untuk berhenti melibatkan diri dalam segala jenis aktiviti sukan dan lebih gemar menghabiskan masanya bersendirian.

Dikala bersendirian itu beliau hanya membaca buku. Buku bacaan yang digemarinya adalah Majalah Gila-Gila – majalah kartun humor yang pernah popular di suatu ketika dahulu.

Terpengaruh dengan lukisan di dalam majalah tersebut, beliau selalu meniru dan melakar gambar kartun yang dilihatnya. Kini beliau merasa sangat tenang dan seronok apabila dapat menghasilkan lukisan kartun seperti yang terkandung dalam majalah tersebut. Masanya seringkali dihabiskan berlatih menconteng lukisan kartun dan ditingkatkan lagi dengan cubaan mengarang beberapa cerita komik.

Walaupun begitu, lukisan tersebut hanya menjadi koleksi peribadi untuk tatapannya seorang diri sahaja. Ini kerana beliau merasakan bahawa lukisannya itu tidak berapa cantik kerana percaya bahawa beliau memang tiada bakat dalam lukisan.

Keyakinannya itu berdasarkan rekodnya yang sentiasa mendapat markah C atau D dalam matapelajaran lukisan. Belum pernah lagi dalam sejarah hidupnya lukisannya digantung atau dipuji oleh guru lukisan. Di dalam keluarganya pun memang tiada seorang pun yang boleh dikatakan berbakat melukis atau berdarah seni.

Dipendekkan cerita, entah bagaimana buku sketchnya telah dijumpai dan dilihat oleh seorang gadis yang cantik rupawan di dalam kelasnya. Kerana namanya tercatit di situ, si gadis tiada masalah untuk memulangkannya kepada yang empunya.

Continue reading

Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama…

Oh maaf…

Ribuan ampun dan maaf seandainya ada yang tersalah sangka dan kecewa.

Walaupun bunyi tajuknya mempunyai unsur jiwang, artikel ini sama sekali bukan berunsur cintan atau karat seperti yang disangka.

Ini hanya sebuah cerita perkongsian tentang peralatan dan gajet yang saya gunakan untuk berkarya.

Jika masih geram atau tidak berpuashati, silalah capai mana-mana novel yang mempunyai perkataan ‘cinta’ atau ‘love’ di covernya atau boleh juga onkan peti tv dan tunggu slot drama melayu, korea ataupun latin yang mampu memenuhi citarasamu itu.

😉

Sepertimana semua pelukis amatur dan profesional di seluruh dunia, saya bermula dengan sehelai kertas, sebatang pensil dan secebis imaginasi.

Dari peralatan asas tersebut saya membentuk kreativiti dan kemahiran melukis.

Continue reading

HakCipta @ Copyright – ‘Cara Mendaftarkan HakCipta’

Artikel ini adalah bahagian terakhir sambungan dari:

BAHAGIAN AKHIR – ‘CARA MENDAFTARKAN HAKCIPTA’

Adalah penting untuk MEMBUKTIKAN bahawa anda adalah pencipta sesuatu karya itu.

Namun adalah LEBIH PENTING untuk anda MEMBUKTIKAN bahawa anda adalah YG PERTAMA mendapat idea dan menghasilkan karya tersebut.

Banyak cara untuk melaksanakannya. MENERBITKAN KARYA tersebut adalah salah satu cara. Senaskah komik “Satria Chopper” dengan tarikh penerbitannya yg dicetak pada komik tersebut adalah bukti yg kukuh bahawa komik tersebut telahpun dikeluarkan pada tarikh yg tertera.

Di bawah ini adalah contoh komik saya yg diterbitkan pada 2004. Pada covernya tertera tahun ia dicetak dan notis pemilikan hakcipta.

Untuk bercerita lebih lanjut, kita akan mengambil karya “Satria Kapchai” karya Encik B. Samad Saib dari artikel bahagian 3 – HakCipta @ Copyright – ‘Work For Hire’ sebagai contoh.

Katakanlah, Eddy telah terjumpa sebuah Majalah Mestika yg telah diterbitkan pada tahun 1975. Majalah tersebut masih disimpan kerana ada poster Uji Rashid dan Syarifah Aini yg menjadi kegilaan bapaknya sewaktu muda belia.

Setelah membelek poster Uji Rashid dan Syarifah Aini serta mengakui kejelitaan mereka di suatu masa dahulu, Eddy juga  terbaca cerita pendek bertajuk “Satria Kapchai” hasil karya Encik B. Samad Saib di dalam majalah tersebut.

Continue reading

HakCipta @ Copyright – ‘Work For Hire’

Artikel ini adalah bahagian ke tiga sambungan dari:

BAHAGIAN 3 DARIPADA 4 – ‘WORK FOR HIRE’

Pada setiap karya perlulah dinyatakan dengan dengan jelas siapakah PEMILIK atau PEMEGANG HAKCIPTANYA (atau lebih jelas lagi – siapakah yg berhak mendapat keuntungan daripadanya!).

HAKCIPTA secara automatiknya adalah hakmilik mutlak pencipta atau pengkarya asal. Ia boleh dipegang dan dimiliki atas satu nama ataupun lebih (sekiranya karya itu ditulis atau dicipta lebih dari seorang).

Seperti HARTA atau PROPERTY lain, ia juga boleh dijual, disewa, diserah hakmilik dan diberi percuma kepada orang lain. Sekiranya pemilik asal meninggal dunia (secara rela ataupun tidak), HAKCIPTA tersebut akan diserahkan kepada anak ataupun waris terdekat.

Tetapi seandainya pengkarya tersebut diupah atau dibayar untuk menghasilkan sesuatu karya, maka beliau tidak lagi berhak ke atas karya ciptaannya itu…

Continue reading

HakCipta @ Copyright – ‘Fair Use’

Artikel ini adalah bahagian ke dua sambungan dari:

BAHAGIAN 2 DARIPADA 4 – ‘FAIR USE’

Untuk bercerita mengenai ‘FAIR USE’ ini, kita sekali lagi akan mengambil karya agung “Satria Chopper” dari bahagian pertama sebagai contoh.

Katakanlah anda menulis review tentang cerita “Satria Chopper” (samada diblog, majalah ataupun suratkabar) – itu boleh dikira sebagai ‘FAIR USE’.

Secara teorinya tiada siapa pun akan membaca tulisan anda (kecuali anda penulis atau penulis review yg terkenal) hanya kerana anda menulis review mengenai komik “Satria Chopper” yg terkenal itu.

Jika anda menulis berita (“Kartunis yg genius terhilang manuskrip kawan baiknya lalu menyalahkan lawyer HakCipta”) – itu juga boleh dikira sebagai ‘FAIR USE’ kerana belum tentu lagi orang akan membeli suratkhabar anda.

Jika anda menulis PARODY bertajuk “Satria Kapur”itu juga boleh dikira sebagai ‘FAIR USE’ kerana sesiapa sahaja yg telah membaca atau membeli “Satria Kapur” mungkin akan berminat untuk membeli atau membaca “Satria Chopper”.

Apakah itu PARODY?

Continue reading

HakCipta @ Copyright – Pengenalan

BAHAGIAN 1 DARIPADA 4 – APA ITU HAKCIPTA?

Ketika di tingkatan 4, Eddy member kamceng saya mencadangkan supaya kami bekerjasama membuat satu siri komik.  Projek usahasama ini melibatkan saya sebagai pelukis dan beliau pula sebagai penulis.

Walaupun tahu keupayaan menulis dan mengarangnya yg tak seberapa tu, saya tertarik untuk mendengar lebih lanjut kerana agenda udang di sebalik batunya.

“Awek-awek suka dan minat dengan lelaki seni ni… contohnya yg pandai main muzik, menyanyi, berlakon, menulis dan melukis…”

“Tak caya ko tengok Awie tu… muka bukan hensem sangat tapi Miss Malaysia cam Erra Fazira tu pun nak kat dia!”, sambungnya lagi yg bercakap sambil mengangkat sebelah kening ala-ala Awie di dalam Sembilu.

“Betul!”, angguk saya sambil di dalam hati mengutuk gaya Awienya yg tak menjadi langsung tu.

“So kau rasa bagaimana? Projek ni nak proceed or not?”, Eddy semakin galak melakonkan gaya Awie tak menjadinya itu. Entah camana Bahasa Melayunya itu boleh tiba-tiba dimulakan dengan ‘so’ dan berakhir dengan ‘not’.

Saya berminat jugak dengan cadangannya. Mungkin inilah peluang untuk kami yg baru akil baligh tetapi tak pernah berdating ni, memperdayakan awek-awek cun di sekolah.

😈

Continue reading

Ingin belajar melukis kartun dengan Ubi?

Anda minat melukis kartun dan komik?

Anda perasan anda ada bakat dalam senilukis kartun?

Rakan-rakan selalu membodek dan memuji kononnya anda terel melukis kartun dan komik?

Adakah anda pernah bercita-cita untuk menjadikan kerjaya kartunis yg kononnya glemer dan masyuk itu sebagai profession?

Atau mungkin anda pernah berangan untuk melihat gadis pujaan anda kagum dengan bakat lukisan kartun anda?

Jika majoriti soalan-soalan di atas dijawab dengan ya, yes, ok, orait, of course dan seumpama dengannya; saya ada berita maha best untuk anda!

Continue reading

“They will never know… hehehe!” – The Truth

 
Korang ingat lagi ngan gambar budak pompuan tersenyum sinis depan rumah terbakar ni?

“A picture speaks a thousand words” – Memang benar kata-kata ini yg paling sesuai bagi menggambarkannya!

Banyak komen dan pendapat yg diberi oleh pembaca/pelawat berkenaan gambar tersebut. Pelbagai versi dan persepsi pembaca mengenai kemungkinan cerita atau peristiwa yg telah berlaku…

Dan kebanyakan komen yg diberi adalah begitu kreatif sekali!

Tak sangka pulak pembaca dan pelawat blog ni terdiri daripada mereka yg berbakat dalam merekayasa cerita yek… (cerah masa depan andainya memilih bidang politik sebagai kerjaya)!!

Walaubagaimanapun, boleh dikatakan 98% komen yg diberi menggambarkan bahawa budak pompuan tersebut adalah punca kebakaran tersebut…

Adakah ianya benar?

Betul ke budak pompuan ni yg membakar rumah tersebut?

Continue reading

Sapa makan cili, dialah yang terasa pedas!

Apa khabar semua? Camana dengan sambutan raya? Harapan saya semoga semua bergembira dan sambutan raya korang sukses hendaknya di samping keluarga tercinta…

Pada yg tengah tensen kerana terpaksa kembali bekerja semula dalam keadaan yg sengkek kerana enjoy tak ingat dunia masa raya hari tu, di sini saya sediakan satu video sebagai hiburan untuk mengubati ketensenan yg sedang melanda seterusnya melupakan perut yg tengah hebat berkeroncong kerana takde duit nak beli nasi

Continue reading