• Utama
  • KARIKATUR
  • BELAJAR MELUKIS KARTUN & KOMIK
  • DESIGN KARTUN
  • Biodata Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Pengumuman Untuk Semua yg Prihatin!
» Ingin dengar suara seksi saya?

HakCipta @ Copyright – ‘Cara Mendaftarkan HakCipta’

Feb28
2009
37 Komentar Oleh Ubi

Artikel ini adalah bahagian terakhir sambungan dari:

  • Bahagian 1 – HakCipta @ Copyright – Pengenalan
  • Bahagian 2 – ‘FAIR USE’
  • Bahagian 3 – HakCipta @ Copyright – ‘Work For Hire’

BAHAGIAN AKHIR – ‘CARA MENDAFTARKAN HAKCIPTA’

Adalah penting untuk MEMBUKTIKAN bahawa anda adalah pencipta sesuatu karya itu.

Namun adalah LEBIH PENTING untuk anda MEMBUKTIKAN bahawa anda adalah YG PERTAMA mendapat idea dan menghasilkan karya tersebut.

Banyak cara untuk melaksanakannya. MENERBITKAN KARYA tersebut adalah salah satu cara. Senaskah komik “Satria Chopper” dengan tarikh penerbitannya yg dicetak pada komik tersebut adalah bukti yg kukuh bahawa komik tersebut telahpun dikeluarkan pada tarikh yg tertera.

Di bawah ini adalah contoh komik saya yg diterbitkan pada 2004. Pada covernya tertera tahun ia dicetak dan notis pemilikan hakcipta.

Untuk bercerita lebih lanjut, kita akan mengambil karya “Satria Kapchai” karya Encik B. Samad Saib dari artikel bahagian 3 – HakCipta @ Copyright – ‘Work For Hire’ sebagai contoh.

Katakanlah, Eddy telah terjumpa sebuah Majalah Mestika yg telah diterbitkan pada tahun 1975. Majalah tersebut masih disimpan kerana ada poster Uji Rashid dan Syarifah Aini yg menjadi kegilaan bapaknya sewaktu muda belia.

Setelah membelek poster Uji Rashid dan Syarifah Aini serta mengakui kejelitaan mereka di suatu masa dahulu, Eddy juga  terbaca cerita pendek bertajuk “Satria Kapchai” hasil karya Encik B. Samad Saib di dalam majalah tersebut.

Oleh kerana semangat ingin cepat terkenal dan popular di kalangan awek-awek cun di sekolah, Eddy yg lemah ejaan dan tatabahasa itu telah mengambil jalan mudah dengan menciplak karya tersebut.

Yelah, kalau difikirkan secara logik, bagaimana Eddy yg lemah subjek karangan tu boleh mengarang cerita sebest “Satria Chopper” tu kan?

Sebagai penulis pulak, Encik B. Samad Saib pastinya ada menyimpan senaskah majalah tersebut untuk bahan rujukan dan alat untuk berlagak kepada rakan-rakan sebaya di kampung.

Namun kerana sudah terlalu lama disimpan, majalah tersebut telah dibakar oleh isteri Encik B. Samad Saib kerana cemburu menyangkakan suaminya masih tergila-gilakan Uji Rashid dan Syarifah Aini.

Tambah menambahkan malang, syarikat penerbit majalah Mestika itu telah gulung tikar kerana kegawatan ekonomi pada tahun 80an!

Jadi dalam keadaan ini, Encik B. Samad Saib tiada bukti yg kukuh bahawa “Satria Chopper” hasil ciptaan saya dan Eddy itu sebenarnya telah diciplak dari “Satria Kapchai”nya itu.

Maka secara undang-undang DUNIAnya saya dan Eddy telah sah terselamat dari membayar pampasan kepada Encik B. Samad Saib dan boleh terus bermaharajalela mempopularkan diri di kalangan awek-awek cun serata Malaya!

Hahahaha!

:twisted:

Bagaimana pulak sekiranya anda masih baru dan karya anda belum pernah diterbitkan?

Pernahkah anda dengar kisah seseorang yg karyanya (samada penulisan, kartun atau muzik) direject tetapi dalam sebulan atau setahun kemudian karya tersebut diterbitkan dan tertera nama orang lain sebagai penciptanya?

Ya… tiada apa pun yg mustahil dalam dunia ni!

Jadi apakah cara membuktikan bahawa anda adalah PENCIPTA YANG PERTAMA sekali mendapat idea dan menghasilkan karya tersebut sekiranya ia belum pernah diterbitkan?

Cara yg biasa dinasihatkan oleh pakar dan dibuat kebanyakan pengkarya amatur@newbie adalah dengan MENGEPOSKAN senaskah salinan karya anda kepada diri sendiri. COP TARIKH PADA SETEM akan dikira sebagai bukti masa karya tersebut dihasilkan.

Walaubagaimanapun terdapat satu kelemahan pada kaedah popular ini…

Mungkin anda boleh dituduh menghantar sampul surat kosong pada 1993 dan mengisinya dengan salinan karya yg baru anda siapkan pada tahun ini!

Sekiranya anda masih berminat dan berdegil untuk mempraktikkan kaedah ini, PASTIKAN anda menulis alamat di bahagian belakang sampul surat dan menampal setem di bahagian atas sealnya. (Sila lihat gambar contoh di bawah)

  1. Tuliskan alamat anda di sini
  2. Tampalkan setem di atas bahagian atas seal sampul surat setelah anda menggamnya. Dengan cara ini anda tidak boleh dituduh menghantar sampul surat kosong pada 1993 dan mengisinya dengan salinan karya yg baru disiapkan pada tahun ini.

Mungkin anda bakal digelakkan oleh posmen dan pekerja di pejabat pos kerana dirasakan hilang akal kerana menulis alamat serta menampal setem secara terbalik. Namun tiada satu pun undang-undang pejabat pos yg menyatakan bahawa ini salah dan mereka tidak akan menghantar surat anda!

Encik B. Samad Saib juga ada membuat kaedah ini sebelum menghantar cerita “Satria Kapchai”nya itu ke Majalah Mestika.

Namun, isterinya yg ketika itu adalah tunangnya telah bertindak bodoh dengan membuka surat tersebut kerana menyangka bahawa surat tersebut adalah dari perempuan lain!

Secara tidak langsung, sekali lagi saya dan Eddy terselamat kerana tindakan bodoh isteri Encik B. Samad Saib itu!

Jadi janganlah sesekali anda membuka surat yg mengandungi salinan karya anda itu dan jangan juga cemburu buta terhadap pasangan anda!

;)

Namun setelah setelah dinasihatkan oleh awek-awek saya (Lisa Surihani dan Diana Danielle) dan mahu selamat dengan undang-undang AKHIRAT kelak, saya dan Eddy telah bersetuju untuk membayar pampasan kepada Encik B. Samad Saib serta mengiktirafnya sebagai pencipta asal karya kami itu.

HAKCIPTA karya “Satria Chopper” tersebut masih lagi menjadi HAK KAMI. Namun Encik B. Samad Saib berhak untuk dikenali sebagai pencipta asal karya popular tersebut.

Perkara ini di dalam undang-undang HAKCIPTA @ COPYRIGHT dipanggil sebagai ‘MORAL RIGHTS’.

MORAL RIGHTS adalah HAK kepada PENCIPTA ASAL untuk dikenali sebagai orang yg mencipta atau mendapat idea asal sesuatu karya – walaupun beliau sudah menjual dan bukan pemilik hakciptanya lagi.

Sebagai contoh – sekiranya anda membaca komik dan menonton filem Superman atau drama Smallville, di bahagian kredit pasti akan tertera:

Based on a character originally created by Jerry Siegel and Joe Shuster

Walaupun tidak berhak ke atas karya tersebut dan mendapat keuntungan daripadanya, sekurang-kurangnya pencipta Superman itu mendapat pengiktirafan dunia sebagai pencipta asal karya tersebut.

Jadi sekiranya anda mengupah atau menggajikan seseorang untuk menghasilkan karya untuk anda, pastikan anda tidak lupa meletakkan namanya sebagai pencipta.

Amatlah TIDAK PATUT dan TIDAK BERHATI PERUT sekiranya anda tidak meletak atau mengubah nama pengkarya asal. Sudahlah untungnya anda kebas… namanya pun anda nak ambik jugak ke?

Untuk cerita berkenaan MORAL RIGHTS ni, sila bacanya secara lanjut di sini

Sepanjang membaca artikel ini, anda pastinya tertanya-tanya betulkah Lisa Surihani dan Diana Danielle tu awek saya apakah kaedah PENDAFTARAN HAKCIPTA yg paling bagus sekali mengikut undang-undang…

Malangnya di Malaysia TIADA satu pun mekanisma atau sistem khas untuk PENDAFTARAN HAKCIPTA. Oleh kerana itu tiada SIJIL atau SURAT yg boleh dikeluarkan untuk mengesahkan pemilikan HAKCIPTA.

Apa yg boleh anda buat (dan amat digalakkan) adalah membuat satu SURAT PERAKUAN BERSUMPAH tentang karya anda di mana-mana pejabat Pesuruhjaya Sumpah.

Hanya bawa satu salinan lengkap karya anda (samada cetakan novel, watak kartun/komik atau CD lagu) dan buat satu SURAT PERAKUAN BERSUMPAH bahawa andalah pencipta asal karya tersebut yg mungkin agung di suatu hari nanti.

Anda juga boleh membuat kaedah sampul surat tersebut di pejabat Pesuruhjaya Sumpah ini. Hanya minta mereka copkan tarikh pada seal di sampul surat tersebut dan buat satu SURAT PERAKUAN BERSUMPAH bahawa andalah pencipta asal karya tersebut.

Kos untuk Pesuruhjaya Sumpah ini bukanlah mahal. Seingat saya sekadar RM40 sahaja untuk satu akuan bersumpah. Untuk maklumat lanjut bolehlah tanya kat mana-mana pejabat Pesuruhjaya Sumpah.

Dan untuk makluman, anda tidak perlu lari menyorok ke luar negara selepas membuat Surat Akuan Bersumpah!

Semoga dengan usaha anda melindungi HAKCIPTA anda ini akan membuahkan hasil yg anda impi-impikan. Tiada apa yg lebih indah selain dari mendapat keuntungan yg saaannnnggggaaatttt baannnyyyaakkk dari karya anda dan melihat semua lanun cetak rompak itu hidup menderita kemiskinan membayar saman anda!

Diharapkan perkongsian saya tentang perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yg buta copyright ni. Sebenarnya banyak perkara lagi berkenaan HAKCIPTA ni. Namun apa yg telah diterangkan dalam 4 bahagian ini, dirasakan mencukupi untuk anda faham tentang apa itu HAKCIPTA dan HAK ANDA sebagai pemiliknya.

Sekiranya anda ada sebarang kemusykilan yg banyak berkenaan subjek hakcipta ini, ingin menyaman sesiapa yg mencabul hak anda, ataupun inginkan nasihat ketika berunding dengan penerbit; silalah berjumpa dengan lawyer yg mahir berkenaan harta intelek (bukan lawyer syariah tau!).

Sekiranya anda bimbang tentang kos dan tiada budget untuk membayar lawyer, silalah carik sedara mara yg lawyer. Anda juga digalakkan untuk mengorat/berkahwin dengan mana-mana lawyer (seperti Lisa Surihani contohnya) untuk mendapat khidmat rundingan percuma seumur hidup.

Seandainya anda ingin tahu SEMUA PERKARA berkenaan hakcipta ni… silalah masuk universiti, amik jurusan law berkenaan intellectual property, belajar rajin-rajin dan terus jadi lawyer!

:cool:

Untuk mendalami dengan lebih serius lagi berkenaan undang-undang hakcipta di Malaysia, sila baca AKTA HAKCIPTA 1987

Insyaallah jika ada permintaan, saya akan sambung lagi artikel harta intelek ni dengan cerita berkenaan TRADE MARK pulak…

Pendapat anda? Sila berikan pandangan, soalan dan komen bernas anda di bawah.

Komen dan Pendapat Anda?


Kategori Belajar Melukis Kartun, Harta Intelek, Kreatif - Tag Belajar Melukis Kartun, copyright, hakcipta, Harta Intelek, syarifah aini, uji rashid
Similar posts
  • Beberapa tahun dahulu… — Beberapa tahun dahulu...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Ribuan...
  • TradeMark @ Tanda Perniagaan – ... — Artikel ini adalah bah...
  • TradeMark @ Tanda Perniagaan – ... — Dalam artikel TradeMar...
  • TradeMark @ Tanda Perniagaan – ... — Tak paham atau keliru...
« Pengumuman Untuk Semua yg Prihatin!
» Ingin dengar suara seksi saya?

37 Komentar Setakat Ini

  1. Aku Sha's Gravatar Aku Sha
    August 17, 2012 at 12:02 pm | Permalink

    thanks Bro…
    ari nie aku ada final exam untuk intellectual property…
    artikel y sgt nice dikala last minit nie…buat aku boleh paham banyak dripada biasa..kalau lah ada lagi pasal confidental, industrial design, plant varienty or semua y aku blaja nie kan best…cara ko menulis mudah buat aku ingat..

    Reply
  2. payid's Gravatar payid
    December 8, 2011 at 7:26 pm | Permalink

    Abg ubi,sy mintak izin share artikel ni

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 8, 2011 at 8:57 pm | Permalink

      Boleh. Klik aje butang SHARE di atas. Kalau nak share di blog, harap jangan lupa letakkan link sumber artikel atau blog saya. :)

      Reply
  3. imran's Gravatar imran
    December 8, 2011 at 5:35 pm | Permalink

    lepas ni penjelasan tentang TRADEMARK pulak bro. :)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 8, 2011 at 9:00 pm | Permalink

      Dah ada dah pun. Boleh bacanya di sini – http://www.kartunisubi.com/trademark-pengenalan

      Reply
  4. yaya90's Gravatar yaya90
    June 19, 2011 at 3:16 am | Permalink

    sesungguhnya saya bersyukur dengan artikel ni…abang ubi dah jawab semua yang saya ingin tahu..pengalaman mematangkan kita kan..

    Reply
  5. Pisyek's Gravatar Pisyek
    September 30, 2010 at 7:48 pm | Permalink

    tahniah atas perkongsian panjang lebar ubi… mmg amat menarik…

    tapi pisyek tgh cari macam mana nak patentkan nama sesuatu produk…

    ada yang tahu?

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 30, 2010 at 8:38 pm | Permalink

      itu dipanggil trademark (tanda perniagaan). boleh bacanya di http://www.kartunisubi.com/trademark-pengenalan

      selamat membaca dan mengeja ;)

      Reply
  6. puteri's Gravatar puteri
    March 2, 2010 at 11:18 am | Permalink

    nice and interesting topic.

    i just found this site in my searching for case on intelectual property.

    Reply
  7. bel's Gravatar bel
    February 20, 2010 at 8:20 pm | Permalink

    sila beri tahu proses mendapat hak milik cipta di malaysia…please..

    Reply
  8. luna's Gravatar luna
    August 20, 2009 at 1:37 pm | Permalink

    adess ubi..lambat nyer reply…xpelh…abaikan soalan sy td. :)

    Reply
  9. luna's Gravatar luna
    August 20, 2009 at 9:05 am | Permalink

    A.S.A.P

    Reply
  10. luna's Gravatar luna
    August 20, 2009 at 9:05 am | Permalink

    lepas tu, camne nak kaitkan kelemahan undang2 hak cipta ni dengan isu2 cetak rompak dan ciplak yg semakin berleluasa sekarang? apa cadangan utk memperkuatkuasakan undang2 tersebut?

    -reply urgent-

    Reply
  11. luna's Gravatar luna
    August 20, 2009 at 8:55 am | Permalink

    ubi..ada tak artikel mengenai kelemahan undang-undang hak cipta??? sy mo buat assgnment ni….

    Reply
    • Pisyek's Gravatar Pisyek
      September 30, 2010 at 7:47 pm | Permalink

      ces, salah satu contoh student law yg malas buat assignment… kah3…

      Reply
  12. luna's Gravatar luna
    August 20, 2009 at 8:53 am | Permalink

    adesss…ubi…i love u….

    Reply
  13. zaiful's Gravatar zaiful
    August 18, 2009 at 10:36 am | Permalink

    Thank u sebab banyak maklumat yang aku blajar pasal copyright ni.. baru aku paham, kat skolah aku tak ambik law..hu33. Aku berminat nak buat bisnes macam ko… aku bleh le lukis kartun tapi tak le se’POWER RANGERS’ ko.. Bleh tak kongsi info.. prospek perkejaan dalam bidang kartun ni. tolong le aku nak cari duit…tengah sengket ni.

    Reply
  14. aishah hafilah's Gravatar aishah hafilah
    March 28, 2009 at 5:21 am | Permalink

    saya masuk poster anti dadah tp x pandai lukis leh x tlg ajar……………

    Reply
  15. onizuka's Gravatar onizuka
    March 24, 2009 at 3:23 am | Permalink

    UBi, gua ada satu kemuskilan ni..
    ko pernah baca komik (manga) secara online x?
    kalo macam tu apa punya kes plak??
    pihak yg siarkan tu dah mintak kebenaran dari pelukis manga tu ke?
    dan apamacam plak dengan kes dengan share file dari internet…contoh kalo ada mamat yg scan komik, pastu siarkan kan internet untuk didownloadkan oleh mamat2 lain..
    bolehke???(aku x leh bgtau laman web apa,pasal aku pun download,kui3)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 24, 2009 at 5:55 am | Permalink

      tu memang terang-terangan melanggar undang2 hakcipta. tp bergantung jugak kepada pemilik hakcipta samada nak amik tindakan ataupun tidak. pada tuan punya website – ‘lu pikirlah sendiri!’… kalau dapat duit dari hak orang lain kan ke haram namanya…

      Reply
      • onizuka's Gravatar onizuka
        March 24, 2009 at 8:29 am | Permalink

        ermm…aku bg satu contoh satu laman web
        download manga yg agak terkenal: stoptazmo.com
        kat sini boleh kata kebanyakan manga jepun kuar
        dan boleh download scr percuma…
        jadi aku confius, x kan lar pelukis manga tu bengap
        sgt sampai x amik tindakan…ke memang mungkin ada perjanjian di antara pelukis ngan pembuat website tu..
        pasal website tu memang update setiap komik yg kuar
        -kot2 lar pelukis tu wat tuk hard fan dia ke

        Reply
        • Ubi's Gravatar Ubi
          March 24, 2009 at 2:11 pm | Permalink

          mungkin pelukis manga tu semuanya dah terlampau kaya dan tak amik pot sangat kot…

          Reply
        • onizuka's Gravatar onizuka
          March 25, 2009 at 10:26 am | Permalink

          TQ2,ada gak org sokong pendapat aku..
          kalau mjlah ujang wat camni kan bagus..
          dapat lar org kembalikan minat balik kat komik malaysia
          siarkan balik kartun2 lama yg dah x terpakai
          dalam internet, dari buat bungkus nasi lemak
          kertas lukisan tu….tul x??
          sekadar bg cadangan dan harapan;p

          Reply
  16. stereotaip's Gravatar stereotaip
    March 15, 2009 at 12:35 am | Permalink

    kaedah hakcipta untuk sumber internet sama gak ke?
    hohohoh~

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 15, 2009 at 1:39 am | Permalink

      sama jugak kot ;)
      ada contoh yg spesifik?

      Reply
      • stereotaip's Gravatar stereotaip
        March 15, 2009 at 3:00 am | Permalink

        contohnya..
        kalau aku buat satu artikel menggunakan idea asal aku..
        dan publish ke dalam blog…..
        jadi bagaimana cara untuk mengekalkan hakcipta bagi artikel tersebut?
        kebanyakan masalah bagi penyiaran artikel di internet adalah ia mudah ditiru…
        copy and paste..
        haha~

        Reply
        • Ubi's Gravatar Ubi
          March 15, 2009 at 1:03 pm | Permalink

          cuba baca siri pertama artikel hakcipta ni. hakcipta adalah automatik dan tak perlu pendaftaran. tetapi sekiranya rasa idea tu bernilai dan mahu dilindungi sepenuhnya bolehlah ikut kaedah sampul surat atau surat akuan bersumpah seperti di atas. jadi kalau ada yg copy paste tanpa kebenaran bolehlah ambil tindakan kerana ada bukti pemilikan yg kukuh.

          Reply
          • Ubi's Gravatar Ubi
            March 15, 2009 at 3:07 pm | Permalink

            lagi satu yg penting adalah tindakan anda selepas tahu hasil kerja anda di copy paste. kesilapannya byk yg biar aje diorang tu terlepas dan tak ambil apa-apa tindakan

            Reply
  17. wandisini's Gravatar wandisini
    March 13, 2009 at 1:23 am | Permalink

    bro…gua nak tanya la

    kalu gua ada karya kan, gua ni tak pandai menyanyi atau melukis, karya dalam bentuk tulisan seperti pusisi ke, lirik lagu ke..
    tapi gua publish dulu dlm blog. tu bole diamik kira sebagai bukti tak.
    walaupun bro bukan lawyer dan bukan pakwe lisa. gua nak pendapat je

    ok thanks

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 13, 2009 at 7:35 pm | Permalink

      boleh gak… tapi tak berapa secure… kalau ada org ambik atau ciplak, kita takde bukti yg kukuh sangat. Baik buat yg macam saya cadangkan tu – kaedah sampul surat atau surat perakuan bersumpah. Lepas dah buat tu semua baru publish dalam blog.

      p.s – bukan pakwe lisa sekarang tapi bakal pakwe lisa nanti ye… :cool:

      Reply
  18. zool's Gravatar zool
    March 4, 2009 at 9:31 am | Permalink

    Bagus-bagus.. Aku pun nak buat gaklah hakcipta untuk idea-idea baru yang bakal menjengah dunia maya..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 6, 2009 at 2:38 pm | Permalink

      mesti buat… jgn x buat! :D

      Reply
      • CikguAT's Gravatar CikguAT
        November 18, 2009 at 3:50 am | Permalink

        Terima Kasih..Satu penjelasan yang ada logiknya..dan cara inilah yang akan menyelamatkan karya anda..CikguAT ada banyak karya..dan sudahpun mendaftar di pejabat..apa yea..haa nanti CikguAT bagi tahu yea.

        Reply
  19. Bro Faizi's Gravatar Bro Faizi
    March 1, 2009 at 4:45 pm | Permalink

    Nasib baik ada awek lawyer (Lisa Surihani), jimat skit kos utk membayar lawyer, hahaha… :-)

    Tahniahlah bro, suatu penjelasan yang saya rasakan sangat terbaik berhubung isu hakcipta ni. Di negara maju seperti US, Eropah, Jepun, Korea dll, keprihatinan mereka dengan harta intelek ni sangat tinggi kerana harta intelek boleh menjadi sumber pendapatan pasif kepada pemegangnya. :-)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 3, 2009 at 9:50 am | Permalink

      hahahaha! oh lisa surihani… ;)
      Gembira dapat membantu… mungkin lepas ni akan beri penerangan mengenai TRADEMARK pulak… harap setia membaca dan sabo menunggu yek! :cool:

      Reply
  20. azuzafu's Gravatar azuzafu
    March 1, 2009 at 4:50 am | Permalink

    nak jugak diana danielle tu..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 1, 2009 at 5:54 am | Permalink

      hahaha! uji rashid ngan syarifah aini pun ada gak lah… :cool:

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top