Terel pulak ko mengelak ye!

December 16th, 2008 | Oleh Ubi | Umum

Kah! kah! kah! Kelakar macam tengok kartun! Apsal ler boleh tak kena?!

Pada saya ni antara salah satu event yg paling menarik sebagai penutup tabir 2008. Juga satu “FAREWELL KISS” terbest untuk beliau ni yg banyak mencetuskan huru-hara kepada dunia sepanjang pentadbirannya…

Selepas tergelak besar tak hingat dunia, ni antara beberapa analisis dan pendapat saya pasal kejadian ni…

  • Brader Bush ni memang pandai mengelak… Dua-dua kasut dia berjaya elak! Mungkin dah selalu prektis main baling-baling kasut kat umah!
  • Wartawan dari televisyen Al-Baghdadia Iraq Muntadar al-Zaidi (pembaling kasut tu) pastinya bakal menjadi HERO dan IDOLA pada kebanyakan masyarakat Iraq… dan mungkin jugak dunia! Tak mustahil dia akan jadi INSTANT CELEBRITY dan mukanya akan menghiasi banyak cover majalah (terutamanya politik). Kalau dia ni rakyat Malaysia dah sah dapat pangkat Dato’ (agaknyalah…) macam Shah Rukh Khan ari tu!
  • Ada kemungkinan jugak, Muntadar al-Zaidi bakal mendapat layanan istimewa masa ditahan dan disoal siasat. Polis-polis Iraq mesti tak berkasar pasal kebanyakan diorang pun sure banyak yg menyampah ngan bakal bekas Presiden USA tu…
  • Bush ni boleh selamber lagi mengcover dan poyonya memberi alasan tentang insiden tersebut. Memang ler dia ni muka tak tau malu ataupun memang semulajadi bodoh! Tak boleh faham ke semua orang menyampah ngan benci kat dia?!
  • Orang-orang besar Iraq (Presiden, PM dan Menteri-menteri) mesti banyak yg berlakon susah hati dan pura-pura mintak maaf dengan Bush pasal insiden ni… tapi dalam hati diorang ketawa berdekah-dekah tak ingat dunia – hanya Tuhan aje yg tahu…
  • Kasut yg dibaling tu sangat sesuai dipamerkan kat Muzium Iraq sebagai momento peristiwa bersejarah ni. Kalau takpun, mesti ramai yg akan berebut nakkan kasut tu. Kalau lelong kat Ebay sure harga tinggi giler!!

Kesimpulannya, setiap yg berlaku pasti ada sebabnya… Orang takkan marah sampai baling kasut atau t**k kat muka kalau kita tak buat salah…

Kepada Muntadar al-Zaidi, BRAVO saya ucapkan!

Kepada Bush, wish u a Happy Christmas… hope you love those shoes as your Chrismas gifts!

Kepada Barack Obama, hope you will see this incident as a lesson…

;)

p.s – Teringat plak time kecik-kecik dulu selalu main baling selipar kattin kosong‘…

Share This Post

Tag: , ,


download komik kartun karya ubi

Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

8 Komen Setakat Ini...


  1. Miniena on December 16th, 2008

    dia bukan mengelak sebab terel tapi sebab dia takut. Nampak sangat dia macam tikus menyorok belakang podium tu!!

    Reply

    Ubi reply on December 18th, 2008 12:41 am:

    oh ye ke? heh!

    Reply


  2. ktb on December 17th, 2008

    tu pasal la..nape la tak kena..hissshhh…tapi malu tu jgn cakap la..hahahhaha padan muka…

    Reply

    Ubi reply on December 18th, 2008 12:42 am:

    hahaha! memang patut pun!

    Reply


  3. anuar on December 17th, 2008

    patut baling kerusi dulu kot.
    baru gempak.. keh keh keh..

    Reply

    Ubi reply on December 18th, 2008 1:03 am:

    mungkin dia tak nak cederakan Bush tu… cuma nak sampaikan mesej dengan baling ‘kasut’ tu…

    Reply


  4. Kucing_Itam on December 25th, 2008

    Mungkin jugak hinanya kalo kasut tu kene kat muke, pasal kasut pakai kat kaki… Kalo kene kat muke, x ke jadi “Kasutku dimuka mu!”… Kalo kaki x sampai ke muke, kasut pun jadilah… Hak hak hak

    Reply


  5. myadlan on January 3rd, 2009

    rasanya die da komplot dgn mamat tu. baling kasut nnt die elak la..

    Reply

Pendapat, Soalan atau Komen Anda...?