• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Rejabhad – Penghulu Kartun Malaysia
» Aku, Formula 1 & Mercedes Benz

Kartun Budak Hostel Siri Pertama Di Majalah Ujang

Apr02
2009
78 Komentar Oleh Ubi

Saya mula melukis kartun sepenuh masa di Majalah Ujang pada 1994. Umur masa tu 18 nak masuk 19. Tak pernah masuk disko dan masih lagi teruna.

Mula-mulanya saya hanya buat kartun semuka Lawak Antarabangsa. Selepas berbulan-bulan didera dan mahir membuat kartun semuka, saya diberi peluang untuk buat cerita panjang pulak.

Dan dari peluang tersebut, maka lahirlah siri ‘BUDAK HOSTEL’…

Memang tulah cara training yg diamalkan oleh Majalah Gila-Gila dan Ujang untuk melahirkan kartunis yg bagus. Bermula dari lukisan sepetak ke lukisan satu mukasurat… Dari lukisan satu mukasurat ke drama pendek pulak. Dan bila dah mahir, barulah dapat can nak buat cerita panjang bersambung-sambung cam Aku Dia & Volkswagen tu.

Pada mereka yg pernah mengikuti bengkel Allahyarham Pak Jab pasti faham dan biasa dengan konsep ni. Seperti kata falsafah beliau – “Hendak mendaki gunung, belajarlah mendaki bukit dahulu. Hendak mendaki bukit, belajarlah mendaki busut dahulu…”.

Kesimpulannya, untuk mahir dan bagus dalam sesuatu perkara kita mestilah belajar dari bawah dan fahami asasnya terlebih dahulu. Kalau foundation kukuh, kita takkan mudah goyah bila ada tugasan yg mencabar!

Cuma saya pelik dengan ramai kartunis dan pelukis komik baru sekarang ni yg terus melukis cerita panjang bersambung-sambung sebaik aje mula bekerja. Adakah mereka memang sudah cukup bagus? Atau syarikat penerbitan dah tak amik pot dengan hal grooming kartunis ni?

Oh, berbalik semula pada cerita BUDAK HOSTEL tu tadi… idea untuk buat cerita budak asrama ni sebenarnya dicadangkan oleh Brader Ujang sendiri. Memandangkan saya pernah belajar kat asrama, maka tanggungjawab untuk carik idea dan buat cerita ni diserahkan bulat-bulat kepada saya.

Sebenarnya memang terkincit gak masa proses nak menyiapkan episod pilot (episod pertama) ni. Dari proses cipta karakter, carik idea, menyusun jalan cerita, melakar, inking dan menulis dialog. Barulah saya tau kepayahan dan kesusahan sebenar untuk menyiapkan sesuatu karya!

Heh… Sapa kata lukis kartun ni senang dan tak perlu ada ilmu?!

Komik BUDAK HOSTEL ni mula dikeluarkan di Majalah Ujang pada 1995 (keluaran mana tak ingatlah pulak…) dan ditamatkan pada 1997 pasal saya dah bosan giler melukisnya.

Cerita banyak pun tak guna… kalau rasa nak tengok atau baca cerita siri pertama kartun klasik ni, bolehlah tengok kat bawah ni. Pandai-pandailer korang layan diri sendiri yek!

Selamat membaca dan mengeja!

;)

KOMIK BUDAK HOSTEL SIRI PERTAMA

(Klik untuk imej yg lebih besar)


BUDAK HOSTEL – Pencipta/Penulis/Pelukis: UBI  © MOY Publication Sdn Bhd

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang - Tag budak hostel, Kartun, kartunis ubi, Komik, lawak antarabangsa, Majalah Ujang
Similar posts
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi buk...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Kartun hari Jumaat II — Ibarat pepatah Me...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampa...
  • Jangan Pandang Belakang Anjing… — Berdasarkan kisah ...
« Rejabhad – Penghulu Kartun Malaysia
» Aku, Formula 1 & Mercedes Benz

77 Komentar Setakat Ini

  1. bobo's Gravatar bobo
    April 3, 2009 at 12:45 am | Permalink

    fuh…teringat zaman dulu2 (bukan zaman pendekar)
    antara karya yang terbaik di dalam majalah UJANG di bwah ujang..tabik spring kat bro..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 2:13 pm | Permalink

      mekasih! tabik tu betul-betul yek! :lol:

      Reply
  2. aslina's Gravatar aslina
    April 3, 2009 at 7:33 am | Permalink

    huaaa…majalah2 dulu2 dah abeh musnah mase sesi2 angkut2 barang untuk pindah umah baru. arwah mak suh tinggal je sebab menyemak kat umah baru tu nanti…kalo ikutkan tetiap keluaran tu abang saye tak miss beli…saye la tukang baca walaupun mase tu arwah mak marah2 suh bace buku skolah lagi baik…ehehe…

    alaa…teringat plak kenangan dulu2…

    Reply
  3. aslina's Gravatar aslina
    April 3, 2009 at 7:43 am | Permalink

    tapi last2 arwah mak pasrah jek sebab saya study ok…dan tak sume majalah dah musnah…ada jugak dah kene sedekah kat umah anak2 yatim…cumanya kat sini saya takleh la nak canang2 saye mempunyai koleksi terbanyak majalah gila2 dan ujang…
    hehe…

    tapi kartun ubi tetap best…tak kisah la first ke…second ke…sampai bila2 pun tetap cun dan comel…ekeke~~!!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 2:12 pm | Permalink

      mekasih atas minat dan sokongan! ekeke~~!! ;)

      Reply
  4. Bro Faizi's Gravatar Bro Faizi
    April 5, 2009 at 3:36 am | Permalink

    Bro,
    saya meminati Budak Hostel tu sebab karekter Heroin dalam Budak Hostel (Namanya Azira kalau tak silap saya), cunlah.

    Sebagai pelukis asal kartun ni, saya nak tanya bro, adakah akhirnya si Husin tu dapat kapel ngan Azira tu? Adakah si Azira tu jual mahal atau ‘Malu Tapi Mahu’ ngan si Husin tu? X-D

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 2:09 pm | Permalink

      hahaha! mata keranjang rupanya kau ni!

      Ntahlah… bab kapel tu tak terfikir lg masa berentikan cerita tu dulu… mungkin kalau masih buat lg, kemungkinan tu mungkin ada kot… ntahlah!

      Reply
      • lavagirl's Gravatar lavagirl
        November 7, 2009 at 4:23 pm | Permalink

        hai abg ubi,adk minat betul la dkt kartun abg..semua best n ade kisah teladan..semoga abg terus succed..

        Reply
        • farid's Gravatar farid
          April 29, 2010 at 9:00 am | Permalink

          saya suka sangat komik ni

          Reply
  5. Kucing_Itam's Gravatar Kucing_Itam
    April 5, 2009 at 4:05 pm | Permalink

    Salam…

    Budak hostel mmg best… tapi dah tak igt sgt citer dia… lame kot… mase tu sy darjah bape ntah…hehe… Sokong cerita budak sekolah forever! Awek Aspuri milik Kak Sarah Joan pun best gile… Kalo terbitkan balik citer2 bermutu Ubi & Sarah ni mesti meletup! hehe… tp, mimpi jd mimpi je la… pasal MOY dah cilok…huhu… ape2 pun memori takkan pudar… Hidup USIN!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 2:06 pm | Permalink

      hidup kucing itam! hahaha!

      Reply
      • Kucing_Itam's Gravatar Kucing_Itam
        April 26, 2009 at 3:55 pm | Permalink

        Kucing Itam hidup lagi kat umah ni… hehehe!

        Reply
  6. zool's Gravatar zool
    April 7, 2009 at 6:17 pm | Permalink

    AKu dulu2 pun suka baca Budak Hostel..
    Mungkin dapat info tentang budak2 asrama dulu..
    Chow tido dulu

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 2:02 pm | Permalink

      pernah tinggal asrama ke?

      Reply
  7. menteil's Gravatar menteil
    April 8, 2009 at 6:24 am | Permalink

    huhu.. inilah cerita yang ditunggu2 masa beli ujang dulu…
    memang selalu ikut..
    dan nampak perubahan lukisan ubi dulu dan sekarang..
    tapi tetap tak lari dari style ubi..

    bro..
    kartunis tembakau pon ada blog kan?
    apa ye link dia?

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 2:02 pm | Permalink

      ni blog tembakau – http://olehtembakau.blogspot.com

      Reply
  8. ayudessa's Gravatar ayudessa
    April 9, 2009 at 3:01 am | Permalink

    ayudessa suka baca karya-karya kartunis ubi….yang aku,dia dan voksagen..(betul ke ejaan tu??)apa pun all the best..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 2:01 pm | Permalink

      nanti saya akan cuba siarkan siri pertama citer tu pulak ye…

      Reply
  9. Sarah's Gravatar Sarah
    April 9, 2009 at 5:08 pm | Permalink

    good times!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 2:00 pm | Permalink

      heh! ;)

      Reply
  10. Nur's Gravatar Nur
    April 13, 2009 at 12:10 am | Permalink

    kenangan betoi la bila baca cerita nie..
    saya dulu minat sgt kat kartun ubi nie..
    harap pasnie akan ada lg kartun2 yang best dari ubi
    aja..aja..fighting

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 1:57 pm | Permalink

      insyaallah… terima kasih atas sokongan! ;)

      Reply
  11. daimniruz's Gravatar daimniruz
    April 13, 2009 at 3:09 pm | Permalink

    best ape..cite ni buat lar yg lg mnarik ye..smoge dpt perkembgkn lg majalah spaye jd lg mnarik..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 1:57 pm | Permalink

      mungkin buat cerita yg lebih baru kot ;)

      Reply
  12. myadlan's Gravatar myadlan
    April 14, 2009 at 12:50 am | Permalink

    layan gila komik ni. sebab aku pun dok asrama! haha

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 1:56 pm | Permalink

      heh! :)

      Reply
  13. Richie's Gravatar Richie
    April 14, 2009 at 4:25 pm | Permalink

    haha.. masa kecik2 dulu suka gila baca yang part budak hostel ni.. yang lain langkau2.. hoho

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 1:56 pm | Permalink

      ohhh… mekasih psl minat citer tu :D

      Reply
  14. zira's Gravatar zira
    April 16, 2009 at 1:37 am | Permalink

    hahaha..best cter nih..bia pn dh pnah bc dl..tp still best n leh gelak maut..hehehe..;)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 1:53 pm | Permalink

      hahaha! kenangan silam beb!

      Reply
  15. aiereast's Gravatar aiereast
    April 17, 2009 at 10:41 am | Permalink

    dulu memang minat giler ngan citer budak hostel sampai sayer dapat masuk hostel jugak.jadi, memang dapat feeling citer budak hostel ngan pengalaman dok hostel dulu. huhu~~

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 1:52 pm | Permalink

      best kan dapat pengalaman tinggal kat hostel?

      Reply
      • aiereast's Gravatar aiereast
        April 22, 2009 at 5:03 am | Permalink

        Serius, memang betul2 best. nak2 kalau ader kengkawan sama kepala. pastu sumer plak yang jenis ‘dah masuk air’. memang kecoh la asrama dibuatnye.huhuh~~

        Reply
  16. Anarm's Gravatar Anarm
    April 22, 2009 at 5:56 pm | Permalink

    waahh.. mengimbau kenangan lampau..
    aaa.. aku penah baca Budak Hostel.. (peminat Ubi nih)
    memang layan aa.. aku suke btol.. (tak tipu)
    yg katun aku, dia dan waksegan (hehe) tu pon best jugak..
    memang aku follow setiap keluaran cite yg bro lukih..
    character comel2.. hehe..

    Pssttt.. bleh lukih 1 character utk saya tak?
    nak buat gravatar.. nk characte yg comel2 tau..
    hehee.. :p

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 3, 2009 at 3:01 pm | Permalink

      tima kasih atas minat. semoga akan terus menyokong! :D

      Reply
  17. jaipa yg kacak's Gravatar jaipa yg kacak
    April 23, 2009 at 11:27 pm | Permalink

    hahahaha….best betol laa cita budak hostel ne.. dulu, taem katun ne release..saya masih x tau lagi ujang 2 amende…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 3, 2009 at 3:02 pm | Permalink

      mesti masih isap susu lg time tu… :lol:

      Reply
  18. Addin's Gravatar Addin
    April 25, 2009 at 7:26 am | Permalink

    Ni antara kartun yg aku suka baca masa kt majalah ujang yg lama dulu… zaman tu aku skolah rendah lagi.. bdk kecik.. skrg aku dh besor dh hahah.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 3, 2009 at 3:06 pm | Permalink

      skang ni mesti dah besar kan? walaupun dah besar, jangan berenti baca kartun tau! ;)

      Reply
  19. shazmiey's Gravatar shazmiey
    April 26, 2009 at 4:03 pm | Permalink

    huhuhuhu…. sbb tu masa study kat shah alam kalo ada pesta buku yg sempat sy join yg majalah Ujang ada.. sy akan serbu sana dulu pastu cari koleksi2 majalah2 lama… dah lah murah.. leh dapat byk2… ni pon rasa nk cari lagi ni.. uhuu..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 3, 2009 at 2:56 pm | Permalink

      dah jumpa ke apa yg dicari tu? ;)

      Reply
  20. wawa's Gravatar wawa
    May 2, 2009 at 4:18 am | Permalink

    salam…
    teringat plak zaman dulu2. pasal citer budak hostel ni la buat saya mesti beli majalah ujang dulu2. time tu skolah lagi. sanggup simpan duit semata-mata nak beli ujang. kalau termiss rasa nak nangis pn ada. hehe..
    citer ni mmg best, baca byk kali pon x bosan. mmg best giler…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 3, 2009 at 2:53 pm | Permalink

      mekasih atas sokongan… rasa cam nk nangis terharu je baca komen awak ni… :)

      Reply
      • wawa's Gravatar wawa
        May 19, 2009 at 2:06 pm | Permalink

        hehe…
        lg best sy siap paksa abg belikan ujang kalo time tu duit x cukup.. pastu tiap2 bulan mesti ‘outing’ semata-mata nk kuar beli ujang maklumle kt asrama xde jual majalah2 camni.

        Reply
        • Ubi's Gravatar Ubi
          May 23, 2009 at 3:08 pm | Permalink

          hahaha! kesian abang awak tu…

          Reply
  21. amat's Gravatar amat
    May 11, 2009 at 11:00 am | Permalink

    aku peminat ubi dari dulu lagi.boleh bagi website gayour dan aie tak

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 14, 2009 at 4:58 pm | Permalink

      website member-member saya sila lihat kat sini – http://www.kartunisubi.com/kroni-kartunis-ubi

      Reply
  22. hafiz's Gravatar hafiz
    May 18, 2009 at 1:47 pm | Permalink

    aisye..man,sekali teringatla time mula-mula beli majalah ujang dulu…masa tu tahun..1996..ahahahah…….masa tu semangat nak masuk hostel berkobar-kobar.hehehe thaks bro…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 18, 2009 at 6:42 pm | Permalink

      sama-sama… :D semoga akan terus minat dan menyokong!

      Reply
  23. kiminoegao's Gravatar kiminoegao
    May 19, 2009 at 9:38 am | Permalink

    wah..xpenh bc pon episod 1 ni..thn 95..baru drjah 2.hukhuk!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 23, 2009 at 3:09 pm | Permalink

      hehehe… dah besar baru dapat baca! :D

      Reply
  24. en.lobster's Gravatar en.lobster
    May 22, 2009 at 4:17 am | Permalink

    salam. aku suke giler ngan citer bro ubi ‘budak hostel’ ni sbb aku pon duk hostel gak dulu.. aku dulu peminat setia majalah ujang. bdak hostel ni antara crite2 yg aku akan bace dulu selain ‘workshop’ n ‘selangkah ke alam misteri’ oleh en.bawang. ngehngeh.. mane nak cari koleksi crite budak hostel ni ea bro ubi? nak bace blk.. sbb majalah2 lame dah hancus kene banjir.. huwaa..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 23, 2009 at 2:46 pm | Permalink

      tima kasih… koleksi tu dah abis dah… MOY taknak print lagi :(

      Reply
  25. aizat's Gravatar aizat
    May 29, 2009 at 2:58 pm | Permalink

    seb baek ak ada bli koleksi bdk hostel ni msa pesta buku pwtc pat taun lps..tu pn dia jual rm1 je..kjm gla Moy ngn karya yg bg ak mmg smart n sbb ak bli mjlh ujang dlu2..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 8, 2009 at 8:59 pm | Permalink

      tahniahler psl berjaya dapat koleksi tu! ramai yg tanya dan carik koleksi tu sampai skang ni…

      Reply
  26. din88's Gravatar din88
    June 15, 2009 at 2:06 pm | Permalink

    ubi xder smpn salinan ke bdk hostel@aku, dia dan volkswagen..?

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 17, 2009 at 8:41 am | Permalink

      ada tapi utk koleksi peribadi aje… bukan utk dijual…

      Reply
  27. AINI's Gravatar AINI
    June 24, 2009 at 8:52 am | Permalink

    good luck alwayssssssssssssssss

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 8, 2009 at 9:00 pm | Permalink

      tengkiu! :D

      Reply
  28. aini's Gravatar aini
    June 24, 2009 at 8:53 am | Permalink

    suke sgt cite bdk hostel
    teringat masa2 dok hostel
    ingat kawan2 semua

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 8, 2009 at 9:17 pm | Permalink

      pernah tinggal hostel lah ye… :)

      Reply
  29. RUBY's Gravatar RUBY
    July 10, 2009 at 10:24 am | Permalink

    UBI CUTE…
    BESSHHH SGT2 NENGOK KATUN BUDAK HOSTEL.. KATUNNYEE BERSIHH…

    Reply
  30. X-BF Fasha's Gravatar X-BF Fasha
    September 2, 2009 at 1:36 pm | Permalink

    aik sekerat jer..
    bg lg la broooooooo
    dlm pdf..hehehhehe send kt email akhahahha

    Reply
  31. mftaqiyuddin's Gravatar mftaqiyuddin
    October 12, 2009 at 3:33 am | Permalink

    Salam Bro

    Sampai la saya dok ingat cerita Budak Hostel.Paling tak boleh lupa time episod si Usin kelepet member dia dua orang tu,yang cuma si Usin tu je tak dapat masuk sekolah asrama tu.Member dua orang tu sedih gila2 lagi waktu berpisah tu.Tup -tup jumpa si Usin kat asrama!!!Hahaha.

    Saya tetap teringat kat episod tu,sebab apa?entahlah.

    Memori lama berulang.Heh.Good luck Bro.

    Reply
  32. binjai's Gravatar binjai
    October 22, 2009 at 2:35 am | Permalink

    peh majalah ujang ni kira dulu sama gah macam majalah3
    dengan barisan kartunis yang mantap
    tapi sejak akhir2 ni ujang mcm ilang taring tak tau le sebab aper
    tak ada feel
    mungkin sebab dulu karya kartunis dekat dengan kehidupan masyarakat

    Reply
  33. muhammad naim's Gravatar muhammad naim
    December 2, 2009 at 11:12 pm | Permalink

    aku pon de jugak rase minat…..eh….memang minat pon la……..

    Reply
  34. eita's Gravatar eita
    December 8, 2009 at 12:38 pm | Permalink

    assalamualaikum…..dulu saya memang minat gler2 kat majalah ujang sebab apa? sebab ada kartunis ujang dan ubi.walau minat gler kat majalah ujang tapi satu pun saya tak pernah beli he..he..pinjam yang kawan je.sekarang pun minat jugak tapi minat tu dah tak sama macam dulu lagi..bertambah bosan adalah
    sekarang dah dapat blog ubi laaaaaagi saya suka.semoga suksesss sokmo…

    Reply
  35. Haris's Gravatar Haris
    January 1, 2010 at 12:07 pm | Permalink

    Good Komik…….teruskan usaha.

    Reply
  36. soli's Gravatar soli
    April 19, 2010 at 12:05 am | Permalink

    macam mana saya nak dapatkan koleksi budak hostel dari awal smpi akhir? dah lama saya cari komik budak hostel ni. budak hostel memang terbaik….

    Reply
  37. PeMiNaT kOmIk DaK OsTeL's Gravatar PeMiNaT kOmIk DaK OsTeL
    June 16, 2010 at 10:11 pm | Permalink

    saya minat betul ngan komik BUDAK HOSTEL……………
    CHAYYOOOOOOOOOOOOOKKKKKKKKKKKK LAAAAAAAAAAAAAA……….
    SAYA SOKONG BUDAK HOSTEL…………………….
    SAYA NAK BACA SECARA ONLINE LEH X………??????????

    Reply
  38. mohamad azwan's Gravatar mohamad azwan
    June 28, 2010 at 11:45 pm | Permalink

    ubi aku minat kartun budak hostel nih..
    kat mna aku boleh baca full kartun nih..
    coz tyme kartun nih aku bdak2 lgi..hehe

    Reply
  39. hafizul's Gravatar hafizul
    August 28, 2010 at 7:25 pm | Permalink

    bang ubi sya tringin nk baca balik buda2 hostel tu….cam na yer sya nk download…plzzz

    Reply
  40. Slash @ Aiman's Gravatar Slash @ Aiman
    August 31, 2010 at 1:46 pm | Permalink

    ha! ha! ha! ha! ha! ha!
    Lawak tul la
    ha! ha! ha!

    Reply
  41. xiao919's Gravatar xiao919
    February 23, 2011 at 6:44 pm | Permalink

    xde ke care nk dptkan komik budak hostel ni lg?
    rindu lak nk bce blek…

    Reply
  42. mashimaro's Gravatar mashimaro
    November 14, 2011 at 12:11 pm | Permalink

    ANTARA CITER PENDEK YANG AKU SUKER…. DLU MASER SEKOLAH SAMPAI MASUK U… UJANG WAJIB AKU BELI… TP SKANG BLER DH BERANAK PINAK…AKU TPAKSER STOPKAN HOBI AKU…

    Reply
  43. shiro's Gravatar shiro
    December 8, 2011 at 11:40 pm | Permalink

    terbaek!!huhu teringin sgt nk bace balik komik budak hostel nih……

    Reply
  44. HAZREN's Gravatar HAZREN
    January 19, 2012 at 11:03 am | Permalink

    DAH LAME AKU XBCE MJLAH NI….. INGAT AKU MSE KAT SEKOLAH SLALU BAWAK MAJALH BUDAK HOSTEL AND UJANG

    Reply
  1. Bermulanya Komik Aku Dia & Volkswagen | Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on June 13, 2009 at 11:25 pm

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site