Budak Ajaib Lima Angka?!!
Seperti mana yg korang tahu, saya adalah seorang kartunis yg selalu dan gemar melukis kartun berkaitan dengan awek cun budak sekolah ataupun remaja.
Ramai yg pelik dan heran bagaimana saya yg ‘muda belia’ ni boleh memahami dan mendapat idea berkaitan kehidupan mereka.
Rahsianya senang jer… saya sentiasa akan cuba merapatkan diri dengan semua awek-awek cun di Malaysia golongan mereka. Saya akan cuba berkawan dengan mereka dan bertanyakan hal ehwal kehidupan mereka sebagai seorang remaja.
Walaupun mereka ni semua boleh dikatakan mentah lagi dan kurang pengalaman dalam hidup, tapi ada kalanya saya akan terjumpa dengan beberapa orang remaja luar biasa yg berbeza dari rakan sebaya mereka yg lain…
Antaranya adalah Adly a.k.a Labanon yg saya kenali ketika menghadiri seminar perniagaan internet anjuran JomSeminar.com di Hotel Armada Petaling Jaya pada Mei lepas…
![]()
Gambar ni saya kelepet dari blog dia… Duduk dari kiri : Zhafran a.k.a Kaizen, Saya (yg paling hensem sekali) dan Adly a.k.a Labanon
Apa istimewanya budak ni?
Percaya tak kalau saya cakap Adly a.k.a Labanon yg baru abis SPM ni berjaya memperolehi pendapatan lima angka (<RM10,000) sebulan dengan hanya menjual e-book di internet?

Heh… kalau korang tengok mukanya yg poyo pemalu tu mesti korang tak percaya kan? Saya pun begitu gak waktu kali pertama dengar cerita ni…
Tapi semua peserta seminar sibuk bercerita pasal benda tu… dan beberapa otai bisnes ni pun mengiyakannya…
Saya pun terfikir - “Mungkin betul gak… pasal kalau tipu camana budak umur 18 ni boleh bayar seminar yg beratus ringgit ni…”
Kerana perasaan ingin tahu saya pun berbual ngan dia waktu time makan…
Memang tak disangkalkan lagi cerita yg saya dengar… memang budak poyo ni dah berjaya memperolehi pendapatan lebih RM10,000 sebulan!
Dan beliau berjaya melakukannya dengan hanya bekerja dari meja studi buruk kat rumah mak bapaknya di Kelantan sana tu!
Saya dengan muka tak malu cuba mencungkil rahsianya…
Dan dengan hidung kembang kempis cuba menahan bangga, beliau berkongsi nombor telepon koleksi awek-aweknya beberapa tips dan rahsia kejayaannya…
“Sebenarnya saya nak sangat berkongsi rahsia ni dengan semua orang yg berminat”, katanya sambil mengunyah burger dengan lahap sekali.
“Ye ke?”, saya pura-pura bertanya lalu dengan pantas dan selamba cekapnya mengebas sebijik burger dari pinggannya.
“Betul…”, jawabnya spontan. Matanya menjeling tajam ke arah tangan saya.
“Tapi Rahsia10K ni cuma akan saya hebahkan pada 10 JUN ni nanti”, sambungnya lagi sambil cuba menjauhkan pinggannya yg penuh dengan burger tu jauh dari saya.
“Apsal lama sangat?”, tanya saya lagi yg ketika itu terkebil-kebil melihat pinggan burgernya yg semakin jauh itu.
“Produk yg bagus mestilah amik masa sikit. Selain dari huraian teori saya gak akan huraikan kaedah praktikal bagaimana saya menjana pendapatan 5 angka sebulan”, jawabnya.
“Oooo”, kata saya yg separuh kagum dan separuh lagi terliur melihat beliau menghabiskan semua burger di pinggannya seorang diri.
Tapi tu cerita bulan lepas
Skang ni dah dekat 10 JUN dah…
Dan tanpa disangka saya mendapat email dari “Budak Ajaib Lima Angka” ni semalam…
Dalam emailnya disertakan sekali Audio dan Transkrip Perbualan Eksklusif bersama beliau dengan rakan kongsinya Zhafran a.k.a Kaizen (mamat control macho belah kanan sekali dalam gambar di atas)
“Dalam audio dan transkrip ni ada beberapa tips pengenalan Rahsia10K yg saya cakap ari tu. Kalau boleh bro sebarkanlah menda ni kepada seramai yg boleh. Nak letak kat blog pun boleh. Saya nak pastikan semua orang dapat maklumat rahsia ni kalau boleh!”, antara pesanannya dalam email.
Tanpa berlengah saya pun cuba test audio dan transkrip yg dibekalkan.
Memang best dan penuh dengan tips yg berguna!
Apa yg dapat saya rumuskan, temubual ini menyentuh beberapa aspek seperti dibawah:
- Rahsia dan strategi yang digunakan untuk mendapat 5 angka sebulan!
- Membongkarkan kenapa produk Tip Adsense menjadi tumpuan orang ramai.
- Penerangan mengenai perniagaan Internet yang sebenar.
- Bagaimana ingin menjadi usahawan yang bertenaga oh!
- Bagaimana ingin belajar tentang perniagaan Internet.
- Tip management dalam menyiapkan sesuatu kerja.
- Menerangkan potensi perniagaan Internet.
- Dan banyak lagi….
Jadi pada anda yg ingin mendengar dan membaca Temubual Eksklusif tersebut bolehlah downloadnya secara percuma di sini
>> Dan pada korang yang tak sabar nak tau pasal Rahsia10K ni bolehlah skodeng pasalnya kat sini…
tags: buat duit di internet, rahsia10k




Ooo..duk berebut berger rupanya hari tu..patutnya muka cam tak puas hati je..haha
Anyway, nice story..membuatkan den mengimbau kenangan kat Hotel Armada jap
Ubi reply on June 13th, 2008 8:20 am:
takper… berebut berger je… bukan berebut makwe!
Wah semua orang promote pasal ni..
Tak dapat le aku nak promote..
Ubi reply on June 13th, 2008 8:16 am:
Iskhh… apa salahnya… benda yg baik mestilah disampaikan… lagi ramai lagi bagus!!
memang power budak ni kan..malu kita yg agak dah berumur ni
Ubi reply on June 13th, 2008 8:18 am:
Yg berumur tak semestinya pandai… dan yg muda tak semestinya jahil…
Err, saya muda lagi tau…
hehe. semua sedang rancak promote 10k nih..
Ubi reply on June 13th, 2008 8:19 am:
yupp! barang tgh panas…
Apa barang 10k… aku nak pendapatan yang boleh beli jet setiap hari… bleh ubi? ada tak? ha ha ha ha (gelak orang jahat)
Ubi reply on July 15th, 2008 5:37 am:
hahaha…!!! (gelak pura2)
jadiler tokey buat jet!
hahaha…!!! (gelak lawak tak kelaka)
heheh saya bukan tertarik ngan budak yang dapat 10k tuh tapi tertarik ngan ayat2 kartun kat atas tu huhuhuhu…budk tu pun kagum gak laa…
wahhh.!!!(terkejut beruk)
hebat btul Adly a.k.a Labanon nie…
walaupun masih dibangku sekolah(berbeza umur dgn UBI),
tp pandai cari duit poket sendiri…
TABIK r….^_^
seminar tu kat Hotel Armada PJ ke??
dah dekat ngan umah saya… tak singgah?? ;P