Salam hormat buat semua pengunjung dan pembaca,
Adalah dimaklumkan bahawa mulai sekarang anda boleh melayari blog ini dengan MUDAH dan PANTAS menggunakan telefon bimbit anda yang kononnya canggih tu.
Ini adalah kerana blog ini baru sahaja diinstallkan mobile plug-in untuk memudahkan pelayaran melalui handphone. Di bawah ini adalah beberapa contoh imej user interface blog ini di dalam handphone…



Dengan plug-in ini, beberapa kandungan yang dirasakan tidak berapa penting (seperti iklan) tidak akan dipaparkan dan interfacenya diringkaskan – menjadikannya mesra handphone kerana loading yang semakin CEPAT serta MUDAH.
Anda tidak perlu bimbang kerana segala post, pages dan imej tetap akan dipaparkan seperti biasa. Sekiranya anda tidak sukakan pengalaman dalam versi mobile ini, anda boleh memilih untuk bertukar semula kepada versi biasa dengan hanya satu klik sahaja (butang di bahagian footer).
Jadi mulai saat ini, anda boleh melayari blog ini walau di mana saja anda berada. Hanya pastikan model telefon anda yang kononnya canggih itu mempunyai sokongan (hardware dan software) untuk melayari internet.
Akhir kata, pastikan akaun telefon bimbit anda tidak dibar kerana tak bayar bil handphone. Walau secanggih atau semahal mana sekalipun telefon anda, tanda akses talian, adalah mustahil untuk anda menelefon, berSMS atau melayari internet!!
Selamat membaca blog di handphone!





Caya lu bro! Lu mmg kartunis ICT! Respek kerepek ubi!!
respek membawa kerepek!
huh…lama xkomen kat blog ni.keje baru..lalala.
tahniah pada bro ubi..semakin maju kehadapan.
camni la baru kartunis intelektual.gud job bro..
tima kasih bobo atas bodekan yang melampau tu!
sentuhan ubi dah lm gua folo hingga kini..dan selamanya
tima kasih… semoga akan terus minat dan menyokong!
Handphone mahal2 boleh la..
h/p aku nak surf fb pun tak blh
install le plugin tu kat blog kau zool… mungkin kita takde hp yang canggih tu tapi pelawat dan pengunjung blog kita tu ramai yang kaya raya…
just my 2 ringgit
pastikan kalau nak beli hp ader sokongan wifi, kalau tak bill/prepaid tak ada leh lagi nak surf internet…pegi jek kedai mamak… huhuhu
hahaha! sendri mau ingatlah!