• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Mug Aku Dia & Volkswagen dilancarkan!
» Masalah Nak Order Mug AD&V?

Bermulanya Aku Dia & Volkswagen…

Jun13
2009
72 Komentar Oleh Ubi

Saya masih ingat saat pertama saya melukis siri Aku Dia & Volkswagen ni…

Masa tu jam sudah menunjukkan hampir pukul 3 pagi. Kepala otak sedikit tensen kerana tak dapat menyiapkan drama Budak Hostel pada dateline baru-baru ni. Untuk pengetahuan, saya sudahpun terlepas dua dateline sebelum ini. Ini adalah kali ketiga saya terlepas dateline dan bakal kali ketiga jugaklah kartun saya takkan ada dalam keluaran terbaru Majalah Ujang yg akan datang!

Sebenarnya saya sudah TERSANGAT BOSAN dan TERTEKAN untuk meneruskan cerita tersebut. Otak saya seolah-olah terasa macam mau pecah aje setiap kali cuba mencari idea.

$#@%&!!! :mad:

Saya juga telah beberapa kali dipanggil berjumpa Gayour kerana masalah ini…

“Kau tak boleh camni Ubi! Marah peminat kalau diorang beli majalah pastu kartun kau takde!!”, pembuka kata yg tak sedikitpun berbau kemesraan daripada Gayour, selaku Pengarah Penerbitan Majalah Ujang pada ketika itu.

“Tapi aku dah takde idea nak buat Budak Hostel tu lagi… dah lama sangat aku buat… dah jemu!”, saya meluahkan perasaan supaya dapat mengcover kesalahan langgar dateline itu.

“Habis tu kau ingat aku tak jemu ke buat Bersama Selamanya? Lagi lama tau dari kau… macam selamanya tak habis cerita tu!”, cantas Gayour tanpa simpati sambil menayangkan buku koleksi Bersama Selamanya Vol 1 dengan riaknya.

“Tu cerita panjang sambung-sambung… mana nak sama cam cerita Budak Hostel tu!”, lawan saya balik yg tengah menyampah melihat Gayour mengusap manja buku koleksi Bersama Selamanya tu.

“Kau jangan bagi alasan Ubi… Kalau kau rasa tak boleh buat Budak Hostel, kau buat jelah cerita lain… Lawak Antarabangsa ke, drama lain ke… Yang penting, kartun kau mesti ada dalam setiap keluaran!”, tegas Gayour lagi sambil semakin ligat membelai dan mencium buku koleksi di tangannya.

Dan kerana malas bertekak (dan menyampah tengok gelagat mesra beliau bersama bukunya tu), saya diam sahaja dan menganggukkan kepala…


(Antara beberapa lagi kata-kata nasihat dan motivasi daripada Gayour…)

Sebenarnya idea untuk buat cerita Aku Dia & Volkswagen ni sudah lama ada dalam kepala. Cuma saya tak berani nak membuatnya kerana sedikit sangsi dengan kebolehan diri sendiri melukis dan mengarang cerita panjang.

Lagipun cerita tu memerlukan saya melukis banyak gambar PEREMPUAN (Zurina) sebagai watak utama. Saya pula di waktu itu masih lagi tidak mahir melukis kartun perempuan yg cantik dan comel.

Namun atas desakan dateline dan tercabar dengan kata-kata Gayour, di pagi yg indah tu saya pun mula mereka dan melakar watak-watak utama dalam cerita tersebut.

Rupa-rupanya, proses permulaan melukis cerita tersebut tidaklah sesusah dan setensen yg saya bayangkan selama ini… Mungkin kerana seronok membuat cerita baru dan perasaan bebas dari ‘belenggu’ Budak Hostel!

Ya, memang saya sangat seronok dan tersangat feel sewaktu melukis cerita tersebut di kala tu. Setiap kali teringat saat tersebut, dada saya pasti akan berdebar-debar dan rasa teruja berkobar-kobar di dalam hati… oh! :oops:

Mungkin kerana terlampau ‘high’, saya berjaya menyiapkan 3 siri pertama cerita tersebut hanya dalam seminggu sahaja!

:cool:

“Macam nilah yg aku nak… komitmen, disiplin, ketepatan masa dan kualiti dalam kerja!”, kata Gayour sebaik sahaja saya menunjukkan artwork terbaru saya itu. Tangan kirinya kuat memeluk koleksi Bersama Selamanya itu rapat ke dada.

“Ok ke tu Gayour?”, saya bertanya lagi sambil berharap semoga ayat puji-pujian berbunga-bunga akan terkeluar lagi dari bibir tebal melayunya itu.

“Gua percaya kat lu… Gua tau mesti okey punya… Lu kan ke dah lama lukis kartun!”, Gayour menjawab sambil meneruskan romen ke atas buku Bersama Selamanya yg tak berdosa itu…

Dan dari saat itulah Aku Dia dan Volkswagen mula tersiar dan dibaca…

Memang pada mulanya ramai yg sangsi dan skeptik dengan cerita tersebut. Pihak atasan dan pengurusan Ujang takut sekiranya ia tidak berupaya menyaingi komik Budak Hostel.

Alhamdulillah, berkat sokongan peminat dan pembaca yg sentiasa memberi sokongan, siri tersebut berjaya diterima dan disukai ramai… malahan lebih dari yang dijangka! :razz:

Itulah dia sedikit kenangan bagaimana saya memulakan siri kartun kesukaan ramai itu. Walaupun sudah lebih sepuluh tahun berlalu, kenangannya masih lagi segar dalam ingatan…

Anda bagaimana? Masihkah anda ingat saat anda membaca cerita Aku Dia & Volkswagen? Bagaimana perasaan anda sepanjang melayari cerita tersebut?

Sekiranya ada (dan masih ingat lagi), harap dapat dikongsikan bersama di ruangan komen di bawah. Mungkin pengalaman anda juga menarik untuk dibaca oleh pembaca dan pengunjung blog ini. ;)

Dan sekiranya anda berminat untuk mengabadikan kenangan anda dengan Zurina dan Ubi dari siri komik tersebut, segeralah dapatkan Mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen yg baru sahaja dilancarkan. Mungkin ia dapat membangkitkan kembali perasaan nostalgia dan rasa teruja di dalam hati yg telah lama anda lupakan… oh! :oops:

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi - Tag aku dia & volkswagen, budak hostel, Gayour, Kartun, Kartun Ubi, kartunis ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang, mug kartun, produk ubi, zurina
Similar posts
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi buk...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Kartun hari Jumaat II — Ibarat pepatah Me...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampa...
  • Jangan Pandang Belakang Anjing… — Berdasarkan kisah ...
« Mug Aku Dia & Volkswagen dilancarkan!
» Masalah Nak Order Mug AD&V?

72 Komentar Setakat Ini

  1. Farizal Hassan's Gravatar Farizal Hassan
    June 14, 2009 at 2:53 am | Permalink

    masa citer budak hostel tu keluar, kalau tak silap saya masa tu tingkatan 4. pasal bebudak kelas aku kalau saya beli, mesti pinjam dr saya utk baca dalam kelas :D

    ada kawan saya sorang ni kira die hard kartun ubi. terutama sekali watak Zurina. skg ni dah jadi Kapten bahagian Artillery tentera darat. hehehe…

    oh ye ubi, boleh tau mana nak cari koleksi² komik Ubi? Saya nak kumpul buat koleksi balik. Dulu ada simpan, tapi dah xde rasanya. Balik kg cari² balik dh tak jumpa :D Atau kalau boleh beli direct dr Ubi ke, bleh autograph sekali…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 15, 2009 at 8:18 am | Permalink

      rasanya dah takde kot komik koleksi saya tu… yg ada pun utk simpanan sendiri aje… mungkin tunggu komik yg baru nanti kot ;)

      p.s – Kem salam kat member Kapten tu dengan pesanan – “Satu Peluru Satu Musuh!” :cool:

      Reply
  2. noli's Gravatar noli
    June 14, 2009 at 3:04 am | Permalink

    moger idea dtg mncurah2 lagi..dh lama xbace komik la..ish2..dah xleh gelak guling2 dah..hehe

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 15, 2009 at 7:41 am | Permalink

      mcm citer tamil plak main guling-guling ni… :lol:

      Reply
  3. JS's Gravatar JS
    June 14, 2009 at 4:31 am | Permalink

    salam bro ubi
    erm, alhamdulillah tiap kali saya pegi book fair kat pwtc, sy sempat beli koleksi2 bro ubi..

    dak hostel, Aku Dia & Volkswagen..mmg admire karya2 bro..termasuk karya Aie, Sukun..

    dulu, sanggup tak makan masa rehat kat sekolah sbb nak beli ujang..kenyang ngan gelak kot..haha

    tapi sekarang, tak tau nape..ujang tak umph cam dulu..

    kalau dulu, dapat ujang jer..terus belek dak hostel, Abe, Workshop..

    pasal koleksi bro ubi..ada volume yang tak cukup saya beli..

    tahun ni saya pegi lagi pesta buku..tapi diorang kata dah mmg takde..

    tak ulang cetak ke?

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 15, 2009 at 7:40 am | Permalink

      rasanya takde ulang cetak dah… diorang memang suka buat pekasam ;)

      Reply
  4. Zulaikha Binti Samad's Gravatar Zulaikha Binti Samad
    June 14, 2009 at 4:33 am | Permalink

    Salam..

    Ubi,

    Bleh tak sy walk-in je dtg ofis Ubi nk beli couple mug tu… senang skit lgpun trus dpt.. xyah nk tunggu2 lg…lg pun dkat sgt dgn area ofis sy..

    penantian satu seksaan tau… hehehehe…
    klu bleh inform yea…

    tq

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 15, 2009 at 7:39 am | Permalink

      opis awak kat mana? eh, kan ke awak salah sorang yg menang peraduan ari tu?

      Reply
  5. aju's Gravatar aju
    June 14, 2009 at 4:40 am | Permalink

    ooo..
    x igt bile start baca aku, dia & volkswagen.
    cuma igt yang character hero dia tu mmg popular dulu.
    byk kali cuba ditiru oleh daku di dalam buku2 nota.
    seb baik cikgu x cek buku nota
    hehe

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 15, 2009 at 7:38 am | Permalink

      kalau cikgu tu tgk awk skang ni mesti dia tak kesah punya… salah seorg anak muridnya yg berjaya dlm hidup :cool:

      Reply
  6. lelaki aneh's Gravatar lelaki aneh
    June 14, 2009 at 6:19 am | Permalink

    keren bro

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 15, 2009 at 7:20 am | Permalink

      lu pun keren jugak! :cool:

      Reply
  7. Mien's Gravatar Mien
    June 14, 2009 at 7:08 am | Permalink

    assalamualaikum…

    komik abang ubi memang the best in the world…
    jihad fisabilillah…
    Allahu Akbar…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 15, 2009 at 7:19 am | Permalink

      waalaikumsalam…

      tima kasih atas bodekmu yg power tu! :cool:

      Reply
  8. farah's Gravatar farah
    June 14, 2009 at 8:29 am | Permalink

    saya nak sangat mug tu tapi so sad..xleh..tak mampu?bukan…sebab sy duk jauh…(bkn dlm mesia for now) huhu….apapun,sy sokong dr jauh jer.. :p

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 15, 2009 at 7:19 am | Permalink

      mungkin boleh order dan hantarkan ke kampung kat mesia sini. ramai yg tinggal oversea yg cara camni. balik mesia nanti baru amik

      Reply
  9. salim's Gravatar salim
    June 14, 2009 at 1:54 pm | Permalink

    sama gak cam member2 yg lain..masa sekolah je bc ujang..dulu mmg exited sgt2..parents bagi duit utk belanja sekolah aku beli ujang..hahaha..cite ubi mmg x bleh miss pya..tp skg majalah ujang mmg x power..coz otai2 dh xde…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 15, 2009 at 7:17 am | Permalink

      otai-otai semua dah bawak haluan masing2… :(

      Reply
  10. zuar's Gravatar zuar
    June 14, 2009 at 5:17 pm | Permalink

    assalamualaikum brother ubi ku..nk tye sket ni..skang nie x terbit lg ke buku diam2 ubi 2.. npe x terbitkan..klau terbit gua igt nk smbangkan kartun gua la..nk sgt kerjasama ngan bro..ape2 pun bro mmg best..gua peminat bro no 1 tau..good luck bro..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 15, 2009 at 6:58 am | Permalink

      skang ni terbitkan kat internet aje… senang dan cepat! :cool:

      Reply
  11. imran's Gravatar imran
    June 15, 2009 at 12:12 am | Permalink

    Pada mula aku membaca cerita “Aku, dia dan Wolkswagen” hati aku penasaran dan ingin tahu kisah seterusnya. Aku tidak sabar menanti setiap keluaran. Walau pun ada kalanya pokai aku pinjam dari mereka untuk membacanya. Selain dari jalan cerita yang menarik, hasil lukisan kartun ubi juga membuatkan aku tidak pernah jemu.

    Ada waktunya aku berangan alangkah bagusnya jika ubi mahu menerbitkan cerita aku. Apa pun tahniah untuk ubi dan teruskan berkartun. Aku sokong.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 15, 2009 at 6:57 am | Permalink

      awak suka menulis ye?

      Reply
  12. salwa's Gravatar salwa
    June 15, 2009 at 1:25 am | Permalink

    hi ubi…

    Tahniah diucaokan .. kerana kartun ubi saya jadi lebih minat dgn kartunis .. dan lebih teringin jadi kartunis tapi tak kesampaian .. heeehhee .. apa-apa pun kartun aku dia & volkswagen dan sewaktunya tu memang best …

    semoga lebih maju untuk masa akan datang.. Insya Allah.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 15, 2009 at 4:58 am | Permalink

      mgkin bukan rezki nk jd kartunis profesional. nnti bleh train anak dari kecik jd kartunis ;)

      All the best 2 u 2!

      Reply
  13. leez's Gravatar leez
    June 15, 2009 at 4:33 am | Permalink

    Aku kalo baca komik mmg x ingat lain dh. Siap sorok dr adk2 aku lagi. Selagi x hbs bc jgn harap la dorang nk dpt baca. ye la dh aku yg beli harusla aku bc dulu kan???terasa kejam plak aku ni. Pastu kalo adk2 aku lupa nk simpan elok2 siap la dorang. hehehe…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 15, 2009 at 4:54 am | Permalink

      nasib baik adik bradik, kalau kengkawan buat camtu camana yek? :D

      Reply
  14. Melayu Boleh's Gravatar Melayu Boleh
    June 15, 2009 at 4:38 am | Permalink

    Perghhh… camni citer nyer kartun AD&V kuar..
    hehe.. good luck la Ubi yer..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 17, 2009 at 8:42 am | Permalink

      gd luck 2 u too! :)

      Reply
  15. irene's Gravatar irene
    June 15, 2009 at 7:44 am | Permalink

    halluuu…
    bro ubi..

    saya ingat lagi masa tu comic ujang yang ada AKU DIA DAN VOLKSWAGEN sangat2 di gilai.. sanggup tu kumpul duit setiap minggu tuk beli majalah ujang.. yelah.. time tu dak sekolah lagi kan..

    tapi kan sekarang klu saya nak dapatkan balik koleksi AKU DIA DAN VOLKSWAGEN dan yang seangkatan dengan nye, camne ek? klu terus datang ofis ubi blh x? xkan ubi xde simpanan kn..kn..

    pape pn.. selamat berjuang dan semoga berjaya dalam menghasilkan karya2 yang lebih menyengat..
    hehe (^_^)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 15, 2009 at 9:34 am | Permalink

      rasanya komik tu dah takde dah… yg ada pd saya hanya utk simpanan peribadi aje. Boleh baca ceritanya kat http://www.kartunisubi.com/kontroversi-aku-dia-volkswagen

      Tima kasih atas sokongan awak. All the best 2 u 2! :D

      Reply
  16. anas's Gravatar anas
    June 15, 2009 at 8:56 am | Permalink

    saya still rasa budak hostel is ur masterpiece, better than a d & w in terms of after reading satisfaction. Graphically ofcourse the drawing for a d & w is better. love budak hostel! =)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 15, 2009 at 9:13 am | Permalink

      ye, setiap karya saya adalah masterpiece dalam kategori masing-masing :cool: … Budak Hostel juga istimewa buat saya dan ada kenangannya yg tersendiri… mungkin nanti saya akan bercerita tentang kenangan waktu melukis Budak Hostel pulak :D

      Reply
  17. hasrul's Gravatar hasrul
    June 15, 2009 at 9:47 am | Permalink

    karya yg menceritakan ttg bdak skola yg menarik..
    dpt mengingatkan sy pd zmn berskola dulu..
    sbuah kisah cinta monyet yg sgt bes..
    ble abg ubi nk wt cite skoolastic online plak..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 17, 2009 at 8:44 am | Permalink

      skoolastic insyaallah selepas raya nanti… :D

      Reply
  18. adam's Gravatar adam
    June 15, 2009 at 10:01 am | Permalink

    knpe aku xdpat pn kmik bro ubi..
    kate blan2 ade..ni dah nk abis taun xdpat2 pn..huhuuu

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 17, 2009 at 8:45 am | Permalink

      terpaksa ditangguhkan kerana masalah teknikal. mungkin akan ganti komik lain

      Reply
  19. kudozu's Gravatar kudozu
    June 15, 2009 at 10:18 am | Permalink

    FYI, aku tak berapa folo sgt bro punya komik bcz duk kat hostel di ceruk hutan, so majalah2 ni sukar sikit nak dpt.So aku tak berapa igt bila 1st timenye aku bc ADV, tp aku sempat la bc budak hostel.Aku ingatkan ADV tu kesinambungan lepas ubi blah dr hostel.(Sebab lama tak bc)Yeke?tak tau. Tapi yang aku tau, skulmet2(lelaki dan perempuan) gila2kan ADV & In.Asal dah dapat je majalah Ujang,depa mmg ngadap Ubi punya komik dulu, baru baca yang lain.Heh. Aku pun addicted sampai aku ade email guna nama bro la.My very 2nd email before yang current, tapi still guna sampai sekarang.=D

    Masa buat email tu, ramai gak tanya, minat ubi ke? Huih.Mmg minat gila2.

    Eh, panjang pulak komen.Heh.

    Whatever pun bro, bunch of good luck!
    Peace!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 17, 2009 at 8:49 am | Permalink

      asrama ceruk hutan kat mana tu? :lol:

      gd luck 2 u too! :D

      Reply
  20. ashly's Gravatar ashly
    June 15, 2009 at 1:01 pm | Permalink

    askum bro ubi…cte AD&V mmg bagus dan menarik..tp sayang nya sya lama da x ikuti cte 2..baru2 ni je bro ubi ade email kt sya,baru la terbaca cte AD&V balik..sbb skng sya kt oversea..xdpt nak beli..x de jual kt sini…so kte harap bro ubi akan salu sukses..and saya peminat cte blues selamanya..ble x lau bro ubi lukiskan karikatur blues selamanya buat saya?thnks bro…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 17, 2009 at 8:46 am | Permalink

      tak boleh rasanya… elok awak mintak dengan Aie, kartunis dan pencipta asal cerita tu

      Reply
      • ashly's Gravatar ashly
        June 17, 2009 at 2:52 pm | Permalink

        x ape bro..hehehe..jgn mrh ye..saje je nak tnye2…bro,ble lagi nk sent wallpaper baru kt kte?bnyk member jelez la tgk desktop kte..thnks bro,u the best..;)

        Reply
  21. hAZZiM's Gravatar hAZZiM
    June 17, 2009 at 5:22 am | Permalink

    aku x minat lah mug ni.buat lah baju kaler hitam ada gmbar Aku Dia & Volkswagen lain kali.

    tq bro.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 17, 2009 at 8:39 am | Permalink

      rasanya dah takde lain kali dah lagi. Ini kali TERAKHIR saya buat produk Aku Dia & Volkswagen ni… sengaja pilih mug kerana ia tahan dan boleh disimpan lama sebagai kenangan… :)

      Reply
  22. salim's Gravatar salim
    June 17, 2009 at 9:40 am | Permalink

    bro..x nk buat fun club ke?mcm2 bleh buat aktvt nnt..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 8, 2009 at 9:31 pm | Permalink

      buat masa ni cuma ada kat facebook aje – http://www.facebook.com/group.php?gid=91524687281

      insyaallah kalau ada sambutan mungkin akan buat aktiviti atau gathering :)

      Reply
  23. farra salwa's Gravatar farra salwa
    June 18, 2009 at 5:33 am | Permalink

    salam bro ubi!
    uisshhh,citer sal AD&V ni, mmg top giler arr masa skola dl..sy ingat lg ada member sy satu dorm,nurul hidayah nama dia, mmg minat giler arr, addicted sgt ngan karektor kartun bro tuh, smpai sanggup potong rambut ala2 gaya kartun tuh, rambut belah tgh, pnjg di tepi… fuh mmg cun arr, walaupun perempuan buat gaya tuh…tringat kat dia, tp dah lost contact..weh OWN (nickname dia) kalu ko slalu lepak kat blog bro ubi nih, roger2 la aku.. rindu sgt kat ko OWN, ko je skrg nih yg taktau g mana, memember sumer cari ko wehh..
    Sorry arr bro ubi, terbuat aksi jejak kaseh lak kat sini..hehehe nway bro, sy doakan bro sukses slalu, n tolonglah siapkan karikatur sy tuh, dah bayo dah.. hehehe u alwez de best bro!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 8, 2009 at 9:32 pm | Permalink

      hohoho! akan disiapkan sesegera yg mungkin!

      Reply
  24. onizuka's Gravatar onizuka
    June 18, 2009 at 2:45 pm | Permalink

    dulu aku igt aku sorg je die hard fan ADV
    lepas ikut blog ni lama2…
    baru tau rupa2nya byk gak minat ADV..siap sanggup beli mug maaahal oo..
    hehe..dulu kalo baca ADV, sll gelak sorg2…mak aku kata aku giler..tapi aku gelak pasal aku pun faham bagaimn rasa
    budak sklh suka awek lebih tua..pandai gak UBI jelaskn ngan ringks dlm lukisan dia..tahniah2

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 8, 2009 at 9:34 pm | Permalink

      tulah bezanya fan dengan die hard fan… sanggup berhabis-habisan semata-mata kerana minat! :cool:

      Reply
      • onizuka's Gravatar onizuka
        July 15, 2009 at 1:33 pm | Permalink

        aku nie bukan x minat..
        cuma aku ni mmg dilahirkan
        dgn sifat berjimat cermat…hehe
        tapi mmg mug tu lawa..:)

        Reply
  25. jia's Gravatar jia
    June 22, 2009 at 3:49 pm | Permalink

    ehm..x silap masa cite AD&V ni kuar..
    sy msh sek rendah lg..
    masa tu..sy bru berjinak2 ngan ujang..
    baru kenal..hehe..
    tp..mak slalu marah tiap kali sy n adk beli ujang..
    bg beliau ujang ni x membangaunkn minda..
    xda manfaat lgsung..ingt lg ayt mak..
    “wt pe beli buku ujang ni?!ujang ni bkan untuk bdak2 sek..xda manfaat..membazir”..kadang2 tu smpai menagis sy sbb mk mcm hina kesukaan sy..so..sy x dpt nk cite la kngan sy pasal AD&V..sbb xde kngan..=p
    msh ingt time bulan pose..sggup share duit upah pose ngan adk tok beli bumper ujang n apo..tu pon kirim scara senyap2 kt pkck..bce pon sorok2..klaka..
    wlau pe pon sy msh ingt..msa form3..cite IN..sy ada lukis gambar cikgu laki tu..x ingt nma apa..sy lukis,n tampal kt fail transferant..sume puji..hehe..(bangga!=B)
    sbnarnya nk lukis gmbar In..minat sgt sbb watak dia ala2 lelaki tu..tp x reti nk lukis..heheh..
    skrg..sy blas dndam..x miss beli ujang..tp..
    ujang skarang dh x mmpu wt sy gelak pech peut lg..=(
    dah2..lebih2 plak cite..lari tajuk plak tu..huhu
    ok..wish u all da best!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 8, 2009 at 9:35 pm | Permalink

      tima kasih atas perkongsian… wish u all the best too! :)

      Reply
  26. Amirez's Gravatar Amirez
    June 23, 2009 at 3:25 am | Permalink

    ubi..
    sy igt lg waktu mula2 baca ADW sy dh mula jatuh cinta dgn zurina..mcm watak ubi gak.
    watak ubi memang kena dgn jiwa sy masa tu..suka wanita lebih tua.
    tp sy bukan baca dr episod pertama..terus langkau episod berapa ntah sbb jarang beli ujang masa tu.
    bila 1st time baca ADW, terus cari ujang yg lama2 drp pakcik sy n then pastu tak missed dh setiap isu ujang.
    ulang2 sy baca..sampai terbawa2 dlm mimpi eheh

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 8, 2009 at 9:38 pm | Permalink

      biasalah budak lelaki… mesti pernah terminat ngan awek yg lebih tua… pasal tulah dapat idea nk buat citer tu…

      err, mimpi tu mimpi yg ‘gitu-gitu’ ke? hehehe…

      Reply
  27. eddie's Gravatar eddie
    July 1, 2009 at 7:22 am | Permalink

    salam bro ubi,

    masa ADV ni kuar,1st time aku baca trus cair…keayuan zurina terserlah bila dia bersandar kat keta Wak Segannya sambil menjeling manja…aku membesar dgn kartun2 Ubi & kartun2 kartunis2 Ujang yg lain masa tu,memang best kalau kegemilangan kartun2 sempoi mcm ni berkekalan selama2nya…sebagai tanda sokongan kat Bro Ubi yg x berbelah bagi tu lah aku tak melepaskan peluang untuk beli sepasang Mug ADV ni (thanks bro,Mug tu sampai dgn selamat tanpa sikit pun cacat cela)…aku harap sgt ADV dpt ditebitkan semula (walaupun aku tau mustahil) sbb aku peminat setia ADV…teruskan berkarya Bro,aku tetap sokong lu bro…

    p/s: Mug Zurina tu membuatkan awek aku makin syg kat aku lepas aku hadiahkan kat dia…x sangka rupa2nya dia pun peminat lu Bro…haha!!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 8, 2009 at 9:52 pm | Permalink

      semoga doamu untuk cerita ni diterbitkan semula termakbul… :)

      kem salam kat awek ye!

      Reply
  28. zero's Gravatar zero
    July 5, 2009 at 11:57 am | Permalink

    assamlamualiakum…sy nk tnye ni crite ADW tu dh abis ke?mcm tergantung je critenye.last bc time ubi g rumah kak zurina lps berpisah beberapa tahun.time tu dia tgh tgk album kak zurina..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 8, 2009 at 9:53 pm | Permalink

      tak abis lg psl pihak MOY tak kasi saya sambung lg atau menyumbang kartun kat diorang lagi… :(

      Reply
  29. azura's Gravatar azura
    July 15, 2009 at 9:48 am | Permalink

    Erm.. secara jujurnya saya dah lupa bila kali pertama saya baca siri AD&W. Tapi yang pasti, pertama kali saya baca siri tu dlm majalah UJANG, saya tak pernah lagi miss utk mengikuti kisahnya. Saya seorang yg kuat beremosi, dan secara tak langsung apabila saya baca komik tu, saya rasa macam saya turut ada dlm watak AD&W. mungkin watak zurina atau juga watak budak lelaki yg saya dh lupa namanya tu (hero daa..) saya juga paling suka cerita tulisan abg ubi IN. Honestly, abg ubi, sukun, padi antara kartunis kegemaran saya yg selalu tak kering idea menghasilkan komik2 kelakar dan drama2 hebat.
    Kenapa MOY taknak siarkan lagi sambungan AD&W?

    Reply
  30. syahril azmi's Gravatar syahril azmi
    July 22, 2009 at 4:01 am | Permalink

    ade pon web neh..tu pon setelah diberitahu oleh bakal akak ipar yg junior ubi time skola dulu…lame dah mencari koleksi ADV..tapi kat sini slalu susah.huhu..tolongla ulang cetak…pelaburan tuh..t dapat pulangan yang bagus…coz ubi mang ramai peminat..

    Reply
  31. syahril azmi's Gravatar syahril azmi
    July 22, 2009 at 4:06 am | Permalink

    kamek penah lukis muke zurina tuh time form 2 ke form3 lupe dah mase pendidikan seni…even tak same 100%,tapi puas ati la sebab karikatur tu comel…hoho

    Reply
  32. doyok's Gravatar doyok
    August 9, 2009 at 1:47 pm | Permalink

    bila lak rsanye ubi nak wat katun br..majalah ujang skg nee dh x best lar..yg menghiburkan pun cuma katun workshop sukun tu jer..mna pegi otai2 katun yg dulu..

    Reply
  33. sirajuddin's Gravatar sirajuddin
    September 3, 2009 at 11:11 pm | Permalink

    terima kasih kerana dapat down load komik Aku,Dia &Test
    secara percuma.Strok dan stail lukisan yang tersendiri. Jalan cerita yang dekat di linkungan pembaca dan di hati peminat U. Sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan karya anda. Tahniah kerana mengingatkan saya kepada hasil karya anda. Semoga terus berjaya.

    Reply
  34. satsuma's Gravatar satsuma
    October 5, 2009 at 5:43 am | Permalink

    saya pun minat melukis gak tapi masih amateur sebab jarang melukis kartun… bila tensio sangat baru datang minat melukis ..wakakakikukeke…susah jugak nak melukis cam pakcik ubi ni (apatah lagi guna photoshop)..saya sejak cerita ni “aku,dia dan volkswagon”..memang minat..hingga ada bab2 hidup kat hostel hampir serupa ngan cerita ni..wakakaka tapi apa boleh buat jodoh di tangan tuhan… keep it up..i hope ada sambungan ni cerita aku dia dan volkswagon..sebab saya paling mahir melukis ni dulu (tangan kiri)..malangnya saya tak pandai mewarna (sebab saya melukis jer pandai mewarna selalu fail..lukisan pensel selalu di puji tapi pas mewarna terus dapat C+)adies!

    semoga berjaya! pengkarya hebat!

    Reply
  35. satsuma's Gravatar satsuma
    October 5, 2009 at 5:51 am | Permalink

    sebenarnya 70% dari kisah ni ada berkait rapat dengan cerita hidup saya seharian2 sejak umor 10 tahun (sejak ADV mula di terbitkan).. yg paling tepat sekali waktu Zurina tinggalkan Ubi..kisah di asrama dan ada la part2 sama skit..dah 3 tahun kebelakangan saya tak pernah dengar lagi cerita si dia (dia punya nama NADIA) huhuhuhu.. yang tinggal hanya secebis kenangan di hati hehehe

    Reply
  36. yanty's Gravatar yanty
    October 9, 2009 at 6:04 pm | Permalink

    hm…..
    aku dia & volkswagen
    satu semangat utk diri aku
    seolah2 aku berjiran lak dgn ubi n kak zurina
    hahahaha…
    thanks ubi.

    Reply
  37. mftaqiyuddin's Gravatar mftaqiyuddin
    October 12, 2009 at 2:10 pm | Permalink

    Katun ni antara kira pop culture untuk awal millenium kot time frame nya,lupa…..

    Tapi paling penting antara kenangan berkaitan waktu2 tu aku brief kan terus pada bentuk memori kartun Aku,dia dan volkswagen(betul ke eja jenama keta tu gitu…ntah) ni.

    Ntah faham ke tak permainan kata aku ni….Heh

    Reply
  38. matt's Gravatar matt
    October 16, 2009 at 12:51 pm | Permalink

    ubi..kalau aku nak ambik produk kau utk djual d sarawak boleh tak?kt sarawak ni tak de produk yg baik2…kalo boleh u reply gi email aku k…kalo boleh aku nak jd pengedar produk kau kt sarawk..no fon aku 0168863507…aku betul2 serius ni..

    Reply
  39. eda's Gravatar eda
    December 6, 2010 at 6:18 pm | Permalink

    i love u?
    mmm love u pny komik daa

    Reply
  40. iHack's Gravatar iHack
    March 19, 2011 at 12:50 am | Permalink

    Sebab taksub dengan bro ubi punya komik ne sya start belaja merokok. huhu siyes sbb character ubi dalam adv ne memang dekat dengan jiwa saya. Cam tengak cermin. tapi memang bengang la sebab xdpt baca abes buku tu. xtahu kesudahanya. sampai mati aku tetap bengang

    Reply
  41. khairil's Gravatar khairil
    August 18, 2011 at 6:05 pm | Permalink

    kt mne ada majalh niw lagi,,,sye ada 1 jerk…yg aku,dia&test…sye dh lme x baca majalh niw…

    Reply
  42. yatt haron's Gravatar yatt haron
    November 25, 2011 at 12:35 pm | Permalink

    kerana cerita ni,saya jatuh cinta dgn volkswagen..
    sgt rindu pada Aku Dia & Volkswagen

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site