Email Bangang Minggu Ini III
February 11th, 2009 | Oleh Ubi | Kartunis pun manusia, Majalah UjangSegmen kegemaran ramai ini disambung kembali dengan satu lagi email kecewa yg saya baru terima petang semalam.
Mungkin pengirimnya sedang kecewa kerana selalu ditinggalkan kekasih atau teman wanita maka membuatkan dia bertindak menghantar email sebegini kepada saya.
Sengaja saya siarkannya kerana berpendapat ianya relevan dengan isu yg sedang hangat melanda negara sekarang ni. Juga mungkin berguna jika anda pun mempunyai persoalan atau pemikiran seperti pengirim email kecewa ini.
akum bro ubi,
sebelum meneruskan bicara aku nk mintak maaf kalau apa yg bakal aku ckp ni membuat kau marah atau bengang. aku memang dh lame nk ckp benda ni kat korang semua yg pernah keja kat majalah ujang tu dulu. jd bila aku jmpe blog kau ni aku rase nilah masa yg plg sesuai utk aku lepaskan segala yg terbuku dihati aku selama ni.
ko blh panggil aku xxxxx. aku baca majalah ujang ni mula dari sekolah rendah lagi. dulu abang aku yg selalu beli dan bile aku dh msk sekolah menengah aku beli sendiri majalah tu. terus terang cakap aku tak penah miss beli dan aku jugak salah sorang peminat katun volkswagen dan budak hostel kau tu.
aku rasa kau pun perasan ngan majalah ujang sekarang ni tak berapa kick mcm dulu-dulu. sumer lawaknya lawak bodoh ngan dah basi. kartunis baru yg keja kat situ sumernya tak sebest korang otai-otai yg penah keja kat situ.
punca masalah ni adalah kerana korang otai-otai dah berenti dan tak bekerja kat situ lagi. jadi bila korang sumer dah berenti majalah tu dah takde lagi kartunis2 yg best dan isinya pun mestilah tak best. benda ni bukan aku sorang je ckp.. member-member aku sumernya pun ckp benda yg sama
jadi aku rasa koranglah punca utama kenapa majalah tu jadi hancuss! korang semua pentingkan diri sendiri dan tak pernah fikirkan pembaca mcm aku yg sokong korang selama ini! cuba kalau korang setia dan bersatu memperjuangkan majalah tu macam mula2 mesti majalah tu tak jadi t**k mcm sekarang
kalau korang betul-betul ikhlas berjuang utk kartun kat mesia ni mesti korang tak tinggalkan majalah tu. aku bukan nak cakap apa, tp aku tgk korang yg blah dari majalah tu takde sorang pun yg jadik kaya ataupun berjaya. makin aku nampak susah adalah! ada plk tu aku tgk melompat dari satu ke satu majalah lain. pantang ada yg offer lebih sikit mesti korang sapu! aku ingat org politik je yg jadi katak melompat sana sini ngan mudah kena beli tp rupanya kartunis pn sama gak!
jd pendapat aku korang semua yg dh blah dari ujang tu pakat-pakatler blk semula kat boss lama korang tu. aku sure dia pn mesti blh terima korang balik punya. dia pn mesti pikir bisnes nk kasi majalah dia laku balik. lgpun kau pn blh sambung blk citer volkswagen kau yg berenti sekerat jalan tu.
itu aje yg aku nk ckp. kalau kau ada terasa mgkin apa yg aku ckp ni ada betulnya. kalau kau marah aku mintak maaf. aku ckp ni pn utk kebaikan kau jugak
akhir kata bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! wasallam
Tulah dia email dari lelaki melayu terakhir yg mungkin pernah kecewa kerana aweknya yg tak setia menceraikan dia lalu melompat dari satu balak ke satu balak yg lain.
Buat Saudara xxxxx yg menghantar email ni, ribuan terima kasih saya ucapkan atas analisa, pandangan dan cadangan Saudara tu. Saya juga ingin berterima kasih atas minat dan sokongan Saudara pada karya-karya kartun saya selama ini.
Mungkin Saudara kurang faham tentang makna setia dan tanggungjawab. Pada saya, tanggungjawab Majalah Ujang sekarang letaknya pada pemilik dan mereka yg masih bekerja di sana. Sepanjang bekerja di sana saya sudah melaksanakan segala tanggungjawab saya sebaik mungkin.
Sekarang saya sudah tidak lagi bekerja di sana dan jatuh bangun majalah tersebut bukan lagi tanggungjawab saya. Sekarang ini tanggungjawab saya adalah untuk memastikan kerjaya baru saya ini berjaya.
Mengenai bab lompat-melompat tu, saya harap Saudara jangan tersalah menilai. Biasanya seseorang akan meninggalkan sesuatu syarikat atau bertukar kerja ke syarikat yang lain mungkin kerana sudah tidak bersetuju dengan dasar atau halatuju yang dibawa oleh syarikat lamanya. Dia tidak ingin lagi menjadi pekerja atau wakil kepada syarikat itu lagi.
Tak semua melompat kerana tamakkan wang ringgit!
Kalau ye pun diorang melompat kerana duit, apa salahnya… Malaysia ni kan ke negara merdeka… Lagipun mereka bukannya diugut atau diancam untuk bertukar syarikat kan? Semua sudah dewasa dan matang untuk mencorakkan hala tuju masing-masing… Tepuk dada tanyalah selera!
Untuk pengetahuan Saudara, saya berhenti bukan kerana melompat ke majalah lain atau di beli oleh syarikat lain. Saya berhenti kerana saya ingin berdikari dan percaya hanya dengan cara ini sahaja saya akan dapat membuat ’sesuatu’ untuk industri kartun tanahair!
Kaya atau merempat, yg penting saya bebas untuk mencorakkan masa depan saya sendiri…
Untuk lebih jelas tujuan dan agenda saya berdikari, sila perdengarkan lagu di bawah ini. Hayati dan fahami maksud liriknya sehabis boleh.
Akhir kata, Bersatu kita Teguh, Bercerai Kita Kawin Lagi!
Dan ingatlah bahawa ‘Awek Anda Adalah Tanggungjawab Anda!’
Sekian, terima kasih.
![]() |








err,
xkan na lepak situ kalo jiwa raga tersiksa dan terpaksa memberi kesenangan kepada org lain..
lelama prestasi jatuh..
lagi teruk kene pressure..
better g tempat lain..
tol x brader ubi..
“I did it my way~”
Reply
Ubi reply on February 12th, 2009 4:12 pm:
janji hepi!
Reply
yela betui 2 alien13..aku sokg kau..
hee..hee..
keje sndiri bebas nak wat ape aje
kan.. ubi kan..kan..kan..kan..
Reply
Ubi reply on February 12th, 2009 4:12 pm:
bebas tu maksudnya dapat buat atau laksanakan apa yg kita rasa terbaik untuk kemajuan kita… tak perlu tunggu arahan dan kebenaran dari boss!
Reply
hye..just nak mencelah jer sket…
sy puun peminat majalah ujang and Apo dulu..time skolah..tapi bila dah masuk U kurang sikit membeli..mungkin betul kate xxxx tu..sebabnye takde otai lagi kt company ujang tu…
tpi, xxxx pun tak boleh la nak katekan punca kartunis otai yg out dr company tu yg buatkan majalah ujang tak kick lagik dah..
entah-entah, kalau Ubi stay kat situ then lawak die dah tak menjadi, ader jgk pembaca yang merungut..Ubi dah semakin lanjut usia untuk melukis kartun..so, baik cari pengganti yang baru…
pada saya, kartun dalam majalah ujang tu bergantung kepada pelukis dan juga mengikut peredaran zaman jugak…
dah takde rezeki Ujang untuk terus maju..huhuhu (bukan merendahkan ujang) maksudnye…satu ketika dahulu Ujang very femes…now, masa untuk dia berehat…mane tahu, ade pelapis baru yang akan menaikkan Ujang kembali..
lumrah, manusia itu datang dan pergi..tetapi bukan suka hati jer…bersebab atas sesuatu dasar yang orang lain tidak mengerti..
p/s :sekadar memberi pendapat…
salam,
cik norfa
Reply
Ubi reply on February 12th, 2009 4:17 pm:
dunia ni ibarat roda… tak semestinya kita selalu di atas. Tapi bila dah ada kat bawah tu haruslah berusaha untuk kembali semula ke atas….
Eh, saya dh lanjut usia ke? rasanya masih hensem, dan steady lg nih! hahaha!
Anyway, timakasih utk pendapat yg bernas tu! caya lu cik norfa!
Reply
wah btul2 emosi brader xxx 2…kena buasir x?
rasanya mungkin beliau terlalu kecewa n hampa dia ats apa yang terjadi kepada beliau ngn aweknya mnyebabkan beliau bertindak sedemikian..di harap brader xxx dapat bersabar dan menerima kententuan takdir yg menimpa brader xxx dan si dia yg tersyang.. sekian (dr.cinta…hehehe)
Reply
Ubi reply on February 12th, 2009 4:10 pm:
hahaha! yelah tu dr cinta!
Reply
budak xxxx tu mungkin kurg matang
bila dia cakap camtu
dia mungkin x tahu kot betapa susah nak berjaya dalam
hidup, betapa susah nak berhijrah
dan amik risiko bila kita nak ubah sesuatu
yg kita sudah rasa kesenangannya..
apapn brader UBI x yah lar bengang sgt ngan dia
kurg2nya dia peminat ADV gak, jadi mmg aku phm perasaasn dia yg x leh baca abih citer tu:(
Reply
Ubi reply on February 12th, 2009 3:59 pm:
tak marah… nasihat je…
saya pn kecewa gak tak bleh abiskan cerita tu… tak pasal-pasal terpaksa mengecewakan pembaca
Reply
onizuka reply on February 13th, 2009 8:54 am:
kecewa tu mmg kecewa
tapi x apa, nanti kita gi lepak
kedai mamak mana2 ke..
bolh lar brader ubi citer apa kesudhn citer tu..
keh3…(gelak org jahat)
- dah alang2 org tgh kecewa, kita serang lar..
haha
Reply
Ubi reply on February 16th, 2009 1:21 pm:
tak bleh cerita… rahsia tu! manaler tau kalu ada rezeki dpt sambung cerita tu balik (tp bukan kerja balik kat Ujang…)
Reply
hehe.. ok lah.. aku nak komen sket..
ada sket la yang betul apa yang xxxxx tu cakap..
yang betulnya ialah kartunis skang nie dah tak sepower otai2 UJANG..
tapi macam ubi cakap itu tanggungjawab pihak atasan la nak memajukan UJANG lebih umphh!!
bukan masalah kartunis yang lompat atau pon terbang sekalipun..
aku sendiri dulu die hard fan UJANG..
tapi skang tak lagi..
aku sendiri sekarang tak membeli mana2 majalah lawak..
sebab semuanya boleh dikategorikan lawak ntah hape2..
tapi aku tabik spring pada lu bro ubi..
yakin nak bergerak sendiri..
baguslah..
aku harap ko boleh sukses..
sebab aku sendiri peminat ko dulu..
(lukisan jer, bukan orang.. haha)
Reply
Ubi reply on February 16th, 2009 1:25 pm:
mungkin ramai kartunis (tak semuanya…) dah tak bersemangat sgt nk berkarya sebaik mungkin…. cuma janji keja siap dan amik gaji bila ujung bulan…
Aku pn harap ko tak minat aku…. minat katun cukupler! (lainler ko ni pompuan!)
Reply
abg ubi..
erm.. tergamam gak baca luahan hati makhluk Allah tu.. ada sedikit kebenaran katanya yg sy setuju iaitu….
“aku rasa kau pun perasan ngan majalah ujang sekarang ni tak berapa kick mcm dulu-dulu. sumer lawaknya lawak bodoh ngan dah basi. kartunis baru yg keja kat situ sumernya tak sebest korang otai-otai yg penah keja kat situ.
punca masalah ni adalah kerana korang otai-otai dah berenti dan tak bekerja kat situ lagi. jadi bila korang sumer dah berenti majalah tu dah takde lagi kartunis2 yg best dan isinya pun mestilah tak best. benda ni bukan aku sorang je ckp.. member-member aku sumernya pun ckp benda yg sama”
kebenaran yg hakiki..mmg da tak kick langsung ujang skang ni.. sbb.. ke-originaliti-an nya da tercemar.. da tak de lg da lawak2 spastik yg boleh mengguling2kan cacing dlm perut ni.. dan sy da tak berselera nak beli..
mungkin makhluk tu rasa rugi beli majalah lain sbb tak best..tak dpt lawak gaban cam ujang dulu2.. cam tu gak sy..da tak bazir duit langsung beli majalah lain sbb..ujang tak best..so simpan je duit tu.. buat shopping benda lain..
nak salahkan sape eh? takkan nk salahkan kartunis yg lompat keluar klu da Moy sendiri tak appreciate ualls.. atau, takkan nak salahkan Moy tak bayar lebih if da itu jer bajet dia..
but again.. tataw arr nak kate ape.. mungkin ualls yg keluar dari ujang tu..punya reason tersendiri.. and as a loyal readers and fan to ualls.. sy terima jer keputusan ualls kartunis2 otai ni.. sy harap2, akan ada satu masa nnt ualls bergabung.. menegakkan semula zaman kegemilangan suatu ketika dulu..
smoga abg ubi terus maju berkarya..
Reply
Ubi reply on February 16th, 2009 1:28 pm:
tak boleh salahkan sesiapa…
takde siapa paksa kerja kat sana… dan kalau dah setuju kerja tu buatlah sebaik mungkin!
otai-otai bersatu? macam album kumpulan rocklah plak! insyaallah kalau ada rezeki dan jodohnya…
Reply
emm..ntah pe2 je..kpd xxxxx(brp bnyk pny x da..)cb letk’n anda d si2asi t’sbt.dh ten2 anda jg akn b’tndak spti brader ubi..stiap insn yg b’keje psti’y mahu k’hdupan yg lbh baik n b’mkna.so xslh la klu dia nk lompat @ menerap ke mn2 syrkt pn..periuk ns kte x’n nk org len ten2′n..lu pk la sdri..
Reply
Ubi reply on February 16th, 2009 1:30 pm:
setiap org mesti nk berkembang kan? takkan asik nk d takuk lama je…
Reply
ubi.. pasal ko blah dari majalah tu bagi aku tak ada masalah besar pun, kadang2 bila kita lama kat satu tempat tu pun ada gak pro & kontranya… kalau apa yang kita nak tak dapat, kita belah la untuk mulakan hidup baru.. x gitu? x kira la utk kepuasan dri segi matlamat hidup ataupun kewangan… bagi aku ko bole berjuang majukan kartun2 ko dgn mcm2 cara.. contohnya melalui biz ko skrg nie.. kalau ko stay kt tempat lama dulu ko x merasa pengalaman pahit & manis waktu ko nk build up biz ni kan?… biasa la ubi, nak jadi maju ni ko akan dgr mcm2 bnda orang cakap.. yang memberi semangat, yang memperlekehkan ko, yang x puas hati dll…
apa2pun selamat maju jaya….
Reply
Ubi reply on February 19th, 2009 5:22 am:
satu pandangan yg menarik…
Reply
hermm.. sungguh emosi brader nih. aku rase tak de bende pon ubi out dr ujang or melompat ke majalah lain. selagi de pengikut dan pembaca tak de hal. majalah ujang mkn tak best mmg betul pon. tapi kite sebagai pembaca pepandai la pilih nk bc yg mana.. byk lagi alternatif lain leh carik.. beli majalah2 yang lagi best, cari komik2 lam internet, bukak balek humour magazine dolu2..yang dok hadap gak majalah yg tak best nk wat pe…pape pon.. aku salute lah inisiatif kartunis2 lama yang semakin maju dengan hala tuju masing2.. peace!!
Reply
Ubi reply on March 6th, 2009 2:35 pm:
ye… correct! correct! correct!
Reply
aku nak ujang dulu2 jugak!! x kira!
Reply
Ubi reply on March 23rd, 2009 10:45 am:
baca jelah yg dulu-dulu punya…
Reply
man reply on March 28th, 2009 8:47 am:
ckp senang, suh baca ujang lama. tp hati yg dah lama merindukan ujang dulu ni sape yg nak ubatkan?? hah jwab2. alamak emosi la plak. sori ubi.
Reply
Ubi reply on March 29th, 2009 7:33 am:
elok awak tanya kat tokey majalah ujang je utk masalah ni… saya dah lepas tangan dah…
Reply
salam bro,aku nak backup abg ubi kite nie..ape la mamat 2..die xmatang la..aku sokong lu bro ubi,ada nk sama kn kartunis ngan ahli politik..ape kate bro ubi,lu da xkeje ngan ujang kan…tp wa tgk byk org suke majalah aku dia&volkswagen atau budak hostel keluaran bro ubi sendiri,xpayah dok bwh ujang pon wa yakin bro ubi blh keluarkan komik budak hostel keluaran bro sendiri..
Reply
PTS mencari otai-otai macam Tuan….
Reply
Ubi reply on September 5th, 2009 10:43 pm:
terima kasih atas jemputan dan kepercayaan Puan. Insyaallah, kita akan bekerjasama di suatu hari nanti
Reply
apa kebendanya mmat tu..
plik la..
nk bg nchat ka nk ngutuk tu..
haiya.
Reply