Ingin belajar melukis kartun dengan Ubi?

Anda minat melukis kartun dan komik?

Anda perasan anda ada bakat dalam senilukis kartun?

Rakan-rakan selalu membodek dan memuji kononnya anda terel melukis kartun dan komik?

Adakah anda pernah bercita-cita untuk menjadikan kerjaya kartunis yg kononnya glemer dan masyuk itu sebagai profession?

Atau mungkin anda pernah berangan untuk melihat gadis pujaan anda kagum dengan bakat lukisan kartun anda?

Jika majoriti soalan-soalan di atas dijawab dengan ya, yes, ok, orait, of course dan seumpama dengannya; saya ada berita maha best untuk anda!

Dalam jangkamasa terdekat ini, berkemungkinan besar saya akan menganjurkan satu kelas atau bengkel melukis kartun EKSKLUSIF bersama saya khas untuk mengajar sesiapa yg berminat.

Untuk pengetahuan anda, saya telah banyak mengendalikan kelas dan bengkel mengajar cara melukis kartun serata Malaya sepanjang kerjaya sebagai seorang kartunis profesional yg terlampau.

Boleh dikatakan saya adalah seorang cikgu yg berpengalaman dalam mengajar ilmu perkartunan ini dan banyak anak murid yg telah mendapat manfaat dari pengajaran saya. (sila baca dalam nada bongkak)

Walaupun begitu, untuk kelas yg akan diadakan ini nanti, saya AMAT-AMAT memerlukan sedikit bantuan dari anda…

Ini adalah untuk saya menyusun dan merombak modul pembelajaran yg paling praktikal dan efektif supaya anda sebagai bakal anak-anak  murid saya memperolehi hasil yg optima.

Apakah bantuannya?

Sekiranya anda berminat, sila bantu saya dengan menjawab soalan-soalan berikut:

1) Apakah perkara atau subjek yg paling anda ingin tahu dalam proses penghasilan kartun dan komik?

2) Apakah masalah dan kerumitan yg selalu menghalang anda untuk berkarya?

3) Sila kategorikan anda sebagai pelukis kartun yang…

  • A) Baru saja melukis dan berhasrat untuk menjadikan kartun dan komik ini sebagai mengisi masa lapang sahaja
  • B) Baru saja melukis tetapi merasakan bahawa diri anda berbakat dan mampu untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini
  • C) Sudah lama melukis dan rasa bahawa anda sudah banyak ilmu berkenaan lukisan kartun ini tetapi anda berhasrat untuk bertemu kartunis profesional untuk bertanyakan soalan yg lebih advanced.
  • D) Tiada satu pun di atas. (Sila tulis dan nyatakan sendiri)

4) Pernahkah anda mengikuti sebarang kelas atau mana-mana bengkel sebelum ini? Sekiranya pernah, sila nyatakan apakah apa yg diperolehi selepas kelas tersebut.

5) Sekiranya saya akan menghadkan hanya 10-15 pelajar sahaja untuk mengikuti kelas eksklusif bersama saya ini, sila nyatakan kenapa anda ingin mengikutinya dan kenapa saya patut memilih anda?

6) Berapakah nilai MAKSIMUM yg sanggup anda bayar bagi memastikan anda turut terpilih untuk mengikuti kelas eksklusif bersama saya ini?

Untuk menjawab, hanya isikan jawapan-jawapan anda di ruangan komen di bawah.

Bagi anda yg tidak berminat melukis kartun tetapi mempunyai idea bernas, pendapat anda juga amat-amat dialu-alukan. Mungkin pandangan mereka yg berada ‘di luar pagar’ ada masanya berguna juga untuk melahirkan generasi baru kartunis dan pelukis komik yg bermutu!

Ribuan terima kasih untuk segala pandangan dan komen bernas anda. Semoga dengan pertolongan anda, saya akan dapat membantu anda menjadi kartunis dan pelukis komik yg berguna untuk bangsa, agama dan negara… insyaallah!

Akhir kata, Majulah Kartun Untuk Negara!

==============================================================

Untuk update terkini tentang sebarang bengkel atau program Belajar Melukis Kartun dan Komik bersama Kartunis Ubi, sila daftarkan nama anda di http://kelas.kartun.my >>>

Untuk menyertai bengkel melukis kartun dan komik, sila daftarkan untuk menempah tempat duduk anda di http://kelas.kartun.my/bengkel >>>

Komen dan Pendapat Anda?

101 thoughts on “Ingin belajar melukis kartun dengan Ubi?

  1. Tuan Ubi,

    Maafkan saya kerana tak sempat memulas otak membantu Tuan menjawab soalan yang disenaraikan. Namun saya AMAT-AMAT berminat mengikuti kelas melukis kartun yang effektif. Dah lama saya berniat untuk tujuan tersebut. Sebenarnya saya merupakan seorang penulis buku. Di samping itu saya juga sering mengadakan seminar berkaitan buku saya tersebut. Untuk kedua-duanya, saya memerlukan banyak illustrasi bagi memudahkan klien saya memahami apa yang cuba saya sampaikan. berdasarkan pengalaman, saya percaya saya akan dapat menyampaikan dengan lebih baik secara santai jika saya menggunakan illustrasi berbentuk kartun. Ianya ada sentuhan humor tetapi masih dalam ruang lingkup pengajaran saya. Untuk makluman Tuan, saya selalunya membuat illustrasi menggunakan komputer melalui aplikasi MS Words atau Powerpoints (??) – jarang dibuat orang tetapi itulah saya. Saya tidak begitu mahir melukis menggunakan tangan, jadi saya berharap sangat untuk menghadiri kelas yang Tuan akan anjurkan itu.

    Terima kasih.

    Saat

    1. prkare yng ingin tau: care2 mlukis ngan lbih bgus
      kerumitn : xade idea
      plukis krtun:C

      bengkel lukisn:xade
      saye ade bakat trpndam,tpi x tau cara menggunaknnya.
      KURNG DRI RM 30
      SKIAN,JNGN KCIL HTI

  2. jawapan yg lahir dr hati nurani saya yg ikhlas adalah seperti berikut :

    1)apa y ingin d ketahui adalah :
    a) peralatan melukis
    b) pemilihan tona warna
    c) menterjemahkan background yg dlm kepala otak
    ni ke atas kertas
    d) mengkomikkan objek / persekitaran sebenar

    2)masalah yg dihadapi :
    a) ada idea tp x tau nk sampaikan camne
    b) rasa mcm kartun y d lukis 2 x cantik
    langsung, budak tadika pon x hingin nk tgk.

    3)kategori saya adalah :
    jarang-jarang melukis sbb kerjaya dulu &
    sekarang ni mmg bz, melukis bila ada masa
    lapang atau duduk dalam satu seminar y
    membosankan

    4) sy x pernah masuk mane2 bengkel or kelas

    5) kenapa anda perlu pilih saya?
    a) saya ada bnyk idea utk d kartunkan
    b) kemungkinan besar x lama lg saya akan ada
    bnyk ms lapang, so bole la sy melukis kartun
    untuk menenangkan jiwa

    6) berapa y saya snaggup bayor?
    x bnyk kot, sbb skang tgh gawat nih dlm 50 ok
    ka? lgpon kalo buat pon mesti kt kl, jauh 2 nk
    travel. minyk lg, tol lg, mkn lg minum lg, tpt
    tinggal lg, bla bla lg, bla bla lg (alasan y
    bertali arus)

    sekian shj jawan dr diri sy, semoga dpt membantu x tidak berkecil hati

  3. 1)Perkara yg ingin sy tahu:
    – Kalau boleh nak tahu tentang semua perkare yg perlu dlm penghasilan komik.
    – Kalau x boleh semua sy nk tahu pasal peralatan, character building, membuat jln cerita yg baik.

    2)Masalah dan kerumitan yg selalu menghalang:
    – Masa melukis.
    – tak dapat nk sampaikn idea ke dlm bentuk lukisan dgn baik.
    – Walaupn member ckp sy pandai lukis tp sy rs cam kerekter yg sy buat x menarik lgsung.

    3)kategorikan saya sebagai pelukis kartun:
    D) Tiada satu pun di atas.
    – Sudah lama melukis, merasakan ade sedikit bakat tapi masih belum sempurna, ingin sangat berjumpa kartunis profesional utk bertanyakn pendapat & megasah lagi bakat & sangat teringin menjadi kartunis.

    4)Pernahkah saya mengikuti sebarang kelas atau mana-mana bengkel sebelum ini?
    -TIDAK PERNAH, Hanya belajar melalui bahan bacaan, melihat orng lain melukis & internet.

    5)Sila nyatakan kenapa anda ingin mengikutinya dan kenapa saya patut memilih anda?
    -Dh lame saya melukis, mmg minat pon melukis nie, tp still rs cam ade kekurangan, bab pilih2 ni mmg bnyak la alasan utk tidak memilih saya, tapi kalau betol nk buat tolong la pilih saya, dah lame menunggu peluang untuk berjumpa & belajar dgn pelukis profesional ni dgn harapan dapat naikkn level melukis saya & bole menjadi kartunis :)

    6)Nilai MAKSIMUM yg sanggup saya bayar bagi memastikan anda turut terpilih untuk mengikuti kelas eksklusif ini:
    -RM100-

  4. Sekiranya anda berminat, sila bantu saya dengan menjawab soalan-soalan berikut:

    1)Peralatan yg perlu dalam penghasilan komik dan asas utk penghasilan komik

    2)lukisan mata yg xselari..strok dan gaya kartun yg kaku

    3)
    * D) Tiada satu pun di atas. (Sila tulis dan nyatakan sendiri)
    -dah lama lukis2 nie, tapi kekadang give up.. lukis2 xjadi..

    4)tidak pernah ikut mana2 kelas.. lukis melalui pemahaman dan penghayatan saje

    5)dah lama na try melukis secara professional. Kira nak improve dari tahap amatur ke professional la. Na gilap skill melukis. Kalau xjadi kartunis pun xpe.. asalkan skill dapat ditingkatkan.

    6) nilai maksimum. Oleh kerana saya tidak mempunyai pendapatan lagi, nilai maksimum adalah rm100..kalau kurang lagi ok..

  5. 1. pekara yg ingin tahu:
    a.Pengunaan alatan utk melukis
    b.penghasilan watak2,latar belakang,jalan cerita yang menarik dan mudah difahami.

    2. masalah dan kerumitan yang menghalang:
    a.idea kurang,kadang kala ada idea tapi tidak tahu nak kembangkan lagi supaya lebih menarik.
    b.lukisan xberapa nak kemas.

    3.kategorikan saya sebagai pelukis kartun:
    boleh melukis tp x berape nak cantik dan kemas,jarang2 melukis.bila boring je,itu pun masa study dulu.sekarang ni tak tau la boleh lukis atau tak.

    4.tidak pernah mengikuti mana-mana kelas.

    5.kenapa anda perlu pilih saya?
    a.untuk mencungkil bakat saya.
    b.mendalami dalam bidang ni.
    c.mengisi masa lapang yang byk terbuang begitu shj dan juga menghasilkan pendapatan tambahan.=)
    d.lukis tahu..nak tahu teknik2 biar lg gempak.

    6.nilai MAKSIMUM yg sanggup saya bayar bagi memastikan saya turut terpilih untuk mengikuti kelas eksklusif bersama saya ini?:
    MAX RM 100.itu je yg mampu.[hehe].ilmu sebegini mmg jarang nak dpt yg penting berpatutan.

    ini shj jawapan saya yg mungkin membantu abg ubi dlm melaksana program ini semoga program dilaksana dgn jayanya.InsyaALLAH
    Salam.

  6. Salam…
    macam best ja soalan ni nak jawab la..

    1. banyak juga proses dan teknik dalam penghasilan kartun yg ingin saya ketahui contohnya lakaran awal dalam penghasilan kebelbagaian karekter yg berbeza, cara menghasilkan lakaran panel untuk komik, bagaimana hendak menghasilkan jalan cerita yang terbaik untuk sesebuah komik, dan yang paling saya ingin tahu penggunaan software grafik ilustrator dll secara lebih mendalam untuk mewarnakan, mengedit dan melengkapkan karya kita.

    2. selalunya prob utama yang menjadi penghalang saya dalam penghsilan karya ialah “masa” kerana terikat dengan jadual pembelajaran yang agak memeningkan. selain tu pengolahan idea yang agak kurang mnjadikan karya saya agak sama antara satu dgn yg lain.
    keadaan pesekitaraan yg agak tidak best juga slalu membantutkan proses penghasilan karya saya.(member2 yg poyo)

    3. kalau nk dikelaskan ketegori yang ketiga rasanya sebab dh start melukis kartun dari sekolah rendah..selalunya sebagai hobi..dan pernah bercita cita menjadi kartunis (angan2 ja).
    tp stroke lkisan xde lah sebest mna pn msih merangkak lagi.

    4. belum pernah menyertai sebarang kelas atau bengkel wat klas sndri je.

    5. 10-15 memang terhad tu tp xbebaloi la bro skit sangat ramai2 baru best nak kongsi idea dalam 30 ke 40 org ke ok lar rasanya (pluang join pn cerah hehehe)..
    rasanya rugi klau tak memilih saya sebab saya rasa memang bleh melukis kartun (dngan angkuhnya)..bagi saya penghasilan kartun sememangnya memrlukan minat lah sbb slalunya sebarang pkerjaan tu sebaiknya dlakukan atas dasar manat kalu xmnat mls den nk buek..(mcm lengkapkan slogan plak)..aku mmg tringin nk jmpa ko la bro..

    6. nilai tambah nilai ke? lagi murah lgi bgus bro mnyak kan dh trun..slalunya bagi student sprti saya pngurusan bujet tu amatlah pnting (skemanya)..slalunya dalam sesuatu sminar kalau diadakan lbih dari hari ke sehari bujetnya lbih lah krang 200 ke 250 lbih..tp mhal sngat lar bro..bnyak student dlm ni..andainya diadakan satu ari je mybe dalam 100 lbih skit cmtu lar (mkn 2 kena ada lar)

    ok all da best bro>>>tmbah kayo lar ko lps ni..hehe

  7. 1. -Saya ingin tahu ttg penggunaan peralatan yg betul dalam menghasilkan lukisan kartun seperti jenis pen, mata pen yang digunakan, mata pen yang bulat atau yang serong, pen celup atau pen ink siap, jenis kertas yang digunakan bon paper atau w.c paper (utk yg berwarna), ink yang digunakan agar outline atau inking tak kembang.
    -Saya juga ingin tahu proses penghasilan kartun dari proses idea, teknik penceritaan, sketching, outline, inking dan warna. Saya juga nak tahu saiz sebenar sesebuah lukisan karun A4 atau A3 atau berbagai2.
    -Saya juga ingin tahu teknik mewarna kartun secara manual menggunakan colour water, marker pen spt Yoken, Prisma & Kure colour, serta teknik mewarna menggunakan photoshop atau corel painter.
    -Saya juga nak tahu mcm mana nk create satu style lukisan kartun yg mana bila aku lukis org akan tahu itu lukisan aku. cth mcm Lat, Rejabhad, aie, ubi, Slemmer dan tak ramai lg.

    2. -Aku mcm ghairah nk melukis tapi tak de idea dan idea aku mcm tah pape tah.
    -Aku rasa mcm kartun aku tak cantik, tak kemas, mcm tah ape2 tah, mcm kartun bdk sekolah, kadang2 border aku buat pun tak cantik.

    3. Kategori D

    4. -Aku tak pernah masuk mana2 bengkel kartun, kalau aku terpilih inilah pertama kali. Aku pernah nk masuk bengkel kartun Rejabhad dulu tapi pada ketika itu Beliau telah pun meninggal dunia.

    5. -Kerana inilah impian saya sejak darjah 1 tatkala rakan2 ku mengimpikan menjadi doktor, Loyer dan sebagainya.
    -Kerana aku takde ilmu langsung dlm bdg kartun. Aku perlukan ilmu dr seorang cikgu yg benar2 mahir dlm bdg ini untuk masuk dalam aliran ini.
    -Kau dapat pahala kerana menunaikan impian aku, tuhan pasti balas di atas kebaikan kau.
    -Dapatlah aku berkarya selepas ini dan menghantar hasil karya aku ke syarikat majalah kartun.

    6. RM 180

  8. saya mmg b’mnat utk menyertai klas ni tp msalahnye saya skrg ni mmg xckup mse..kje pn mkin b’tmbah..dlu saya ada la gak mlkis tp skdar ska2 je..skrg dah de pluang tapi keadaan plak xmengizinkan..mgkin kartunis ubi bleh buat klas utk kali yang lain lagi..insyaalah saya dapat menyertai..ape kate dalam modul kartunus ubi tu di terang bagaimane nk mlkis dgn betul dan smpurne..kebanyakkan org bleh mlkis tapi lkisan nmpak kaku dan tidak hdup..kdang2 de lkisan yang nmpak comot dan bruk..ok lah akhir kate majulah sukan utk negare…eh2 slap majulah kartun utk negare..heheee

  9. dear bro ubi ini jawapannya
    1-Semua tentang penghasilan kartun dan komik
    2-Tiada pengetahuan serta asas-asas perlu dalam penghasilan berkatun dan berkomik
    3-D-Mmg ingin menjadi seorang kartunis tetapi tiada sesiapa yang sudi mengajar dan tidak tahu di mana ada kelas-kelas dalam penbelajaran mlukis kartun
    4-tidak
    5-Kerana telah lama memedam rasa untuk menjadi kartunis,sampai umur saya da na hampir tua pun masih terkial-kial untuk melaksanakan impian yang paling susah dalam hidup aku ini,aku bangga krena bro sudi adakan kelas ini,sekurang-kurangnya ini peluang keemasan aku,tapi nape bro nak limited plak,kalo reramai lagi best,mana tau ada aweks cun ker,sambil blajar,sambil berkenalan he..he..
    6-RM 100 boleh bro?kalo tak leh RM 150
    bro ni kira baguslakan,nak adakan kelas melukis kartun dan komik,peluang macmni mmg semua peminatkomik tanahair nanti-nantikan,

  10. 1.semua yang ingat sy tahu lebih detail ttg teknik2 utk melukis & m’hasil2kan komik..
    2.kurang pengetahuan @ idea..
    3. D-sy bru shaja blaja,& klau ilmu sy dlm bidg komik sdh byk,sy nak jdkan komik ini sebgai pendapatan smpingan…
    4.sy pnh mengikuti klas melukis tp bkn lbih detail kpd melukis komik…kurg pengetahuan yg sy dpt krna sy xm’hbiskan pljran sy tersbut..
    5.sy ingin sgt blja psal komik dgn abg ubi krna sy thu,melukis komik boleh pergi jauh & blh mencari pendptan dgn hnye melukis komik..dgn i2 juga blh menmbahkan ilmu sy dlm bidg melukis..
    6.nilai maksimum yg sy mampu byar RM100..

  11. assalam…
    ok pertamanya
    subjek utama…
    saye nak tau prosedur proses membuat katun bukan melukis tapi ciri2 karyanya… seperti membuat kotak ukuran2nya, kepadatan lakaran background,
    pengunaan peralatan katun yang biasa kartunis pakai.. water colour jenis mcmana yang di terima… aku buntu mencari peralatan untuk melukis dengan betul…
    contoh untuk melukis katun kiter perlu sesuaikan saiz mate pen kalau tak same jer dan hasilnye kartun tu jadi kaku..
    dan banyak la prosedur yang belum jelas..
    penggunaan kertas lukisan..
    penggunaan pen/pensel/colour
    penggunaan saiz kotak …
    kepadatan lakaran…

    soalan ke-dua…
    halangan… ciri2 soalan pertama menjadi masalah untuk berkarya dan banyak aku telah membace di majalah2 katun ader peminat hantar untuk komen karya… lukisan cantik bleh tahan tapi di sebabkan salah penggunaan peralatan lukisan itu di nilai amat rendah(dan aku jadi takut nak hantar…suke2 hentam lukisan orang..kat luar sane lukisan paling hodoh la menjadi makne besar tapi ader seni la.)…dan ader jugak lukisan tak best langsung dan tak menarik dan kategory meloyakan tapi boleh lepas keluar kat majalah…
    walhal majalah tu dulu berpotensi top malaysia punyer tapi disebabkan katun yang tiade seni jadi menurun…sebenarnya dikalangan peminat kartun ader yang amat berbakat tapi taktau prosedur melukis kartun hantar2 reject.

    soalan 3
    brape lame da…
    sejak bangku sekolah …
    melihat akedemik kene jaga aku melukis pade mase lapang saje….
    lukis tetap lukis tapi kearah kejuruteraan pulak dan kini dah abis blajar dah keje nak seriuskan lagi bidang katun dan komik …minat punye pasal
    nak blajar kat unives tak mampu…
    dan aku percaya dengan bakat dan kesungguhan tak yah belajar tinggi2 (bidang seni ) pun bleh berjaya…

    yang ke empat…

    kelas?
    darjah 5, darjah 6, tingkatan 1,2,3
    yang lain buat kajian sendiri kat buku2 katun dan komik…hehehehe

    Ke-5

    bro kene buat pilihan tepat sebab bukan semua orang boleh lukis dengan seni…
    terlalu banyak elemen yang perlu di nilai…
    kalo setakat semalam bace email lu
    arini baru nak start lukis baik bro pikir balik la esok2 die dah gi lain bidang …
    bro kene bukak ruang kepada bakat yang terpendamlame yang perlu di gosok sikit aje lagi… mcm program realiti la….bakat ader tapi
    kalo tak gosok alamat mamat tu jadi mat dispet aje lar… sory bambil….

    ke -6
    kalo makan mase 2-3 bulan mau 3-4 rat bro (seperti belajar mekap pengantin,bini aku pernah tanyer..hehehhe) kalo sekali jer mau 1 rat cukup kot..

  12. saya cukup minat nak lukis kartun ni..tapi saya ni tak der bakat..setakat lukis muka tu ok lah…tu pun member2 banyak yang gelak.heheheee.tapi saya berminat la…saya pun tak pernah hadiri kelas melukis ni…tolong saya ek….

  13. 1)Saya paling ingin tahu camne nak kuarkan idea untuk sesuatu story yang lucu dan kelakar.mcm susah nak cr idea2 baru sebab dah byk sgt idea2 yang dah dikuarkan dalam majalah2 kartun sebelum ni.Saya jgk nak tahu tentang cara nak lukis ‘movement’ kartun dengan baik mengikut situasi dan emosi. Contohnye, berlari, muka terkejut dan sebagainya sebab saya rasa kartun saya still nampak kaku, mcm something wrong je…dah ada kartun yang saya dah lukis…nanti saya attach kat email ye…

    2)Halangan paling utama ialah masa. Sebab saya hanya sempat melukis pada masa lapang sahaja. Saya still belajar dan sekarang ni sedang menjalani praktikal (bhgn pendidikan).

    3)Saya sudah lama melukis. Bakat semulajadi. Tapi, saya jarang lukis kartun sebab saya lukis potret(hitam,putih je..)Kalau cuti sem dan kalau tak busy, saya akan ambil tempahan lukis potret. Saya minat jgk lukis kartun cuma berasa kartun tak perfect sgt. Susah nak kuarkan idea untuk buat story kelakar.

    4)Tak pernah sertai mana2 bengkel lukis kartun. Masa saya kat IPTA, ada buat pesta kat kolej. dalam iklan, ada dinyatakan yang kartunis majalah UJANG nak datang. Saya pun bersemangat je pergi kat pesta tu. Alek2, dah tukar program lain. Frust tul…tak jadi…

    5)Saya rasa nak mengikuti bengkel ni. Nak perbaiki dan perkembangkan bakat yang dah ada, nak belajar camne nak kuarkan idea2 baru dan sebagainya..

    6)Saya still belajar dan kalau bayaran mahal, saya memang tak mampu…kalau bengkel buat kat KL memang jauh sebab saya orang Kelantan. Nak bayar tambang pergi dan balik lagi..bergantung kepada keadaan. Tapi, saya rasa kalau bayaran RM50 ke bawah, kira ok kot…

  14. Assalamualaikum Abg Ubi,umur saya dah nak mencecah 13 tahun.Apabila saya baca berita ini,fuh!saya rasa terlampau gembira sangat.Dan cita-cita saya juga adalah untuk menjadi kartunis berjaya.Saya juga dah pernah buat komik sendiri.Soalan saya disini ialah bagaimana hendak membuat kartun/komik yang bermutu,berkualiti dan kemas???

  15. askum, lama dah sy tak menulis kat saudara ubi. apa khabar? sebenarnya, sy mmg minat melukis kartun ni, tp sy dapati sy kurang berbakat la plak, walaupun begitu, sya sentiasa menyokong kartunis tempatan seperti anda. kalau saudara buat kursus kat alor setar ni, tlg bg tau kat sy ye. sy teringin sgt nak tau teknik mengeton warna yang betul agar nampak menarik seperti lukisan anda. tentang bayaran kelas anda tu, sy tak ada masalah utk memenuhi permintaan anda asalkan sy dpt apa yg sy mahukan.. moga success selalu…

  16. 1. a)penghasilan figura yg tepat
    b)susun atur plot agar x bercelaru

    2. plot yg bagaimana untuk pasaran malaysia, dilema lovestory or lawak seperti biasa.

    3. D- sudah lama mlukis, tp lukisan n karya yg d hasilkan seperti sampah..

    4. bersama kartunis Eakrol Anour (kartunis Gempak)
    sy telah d kategorikan sbagai pnghasil lartun2 kiut.. fakrol telah mbahagikan antara mereka yg hadiri bengkel tersebut kepada beberapa kategori untuk mnunjukkan tahap dan bakat yg ada pada kami

    5. sy maukan ubi mberi tunjuk ajar untuk hasilkan kartun or komik yg boleh di jual seperti komik ubi.

    6.RM100 melukis bukan mudah, ilmu melukis lg susah..

  17. ni jawapan tuk soalan bro ubi

    1-semua tentang penghasilan kartun dan komik
    2-tak der asas yang tahu untuk berkatun dan komik
    3-(D)dari skola rendah dan sampai beso nak jadi dan ingin jadi kartunis yang berjaya cam bro ubi.dah lama sangat teringin nak blaja lukis katun,hope bro sudi terima sebagai anak murid bro.
    4-tak penah ikut mana bengkel pun,masuk bengkel moto penah la,moto rosak…hehehe
    5-saya betul-betul minat nka jadi kartunis profesional dan jika berjaya saya nak buat bidang ni sebagai kerja/kerjaya saya.saya betul-betul hope bro ubi tima saya..nak sangat!!!!!
    5-bab bayaran terserah pada bro,bagi saya kalu saya berjaya tak der harga untuk bro sebab sudi terima saya..saya betul-betul berterima kasih kat bro..tapi,ade tapi yer bro…hehehe,biarlah setimpal..sebab saya pon bukan orang senang,merantau nak cari rezeki!akhir kata hope bro sudi terima saya!toce sifu!

  18. 1) Apakah perkara atau subjek yg paling anda ingin tahu dalam proses penghasilan kartun dan komik?

    semua skali- lakaran bentuk kartun, latarbelakang, reka letak kotak panel yg menarik, susunan dialog, dll bkenaan pghasilakan komik dan kartun dr A-Z.

    2) Apakah masalah dan kerumitan yg selalu menghalang anda untuk berkarya?
    idea dan ruang untuk menonjolkan bakat.

    3) Sila kategorikan anda sebagai pelukis kartun yang…

    A) Baru saja melukis dan berhasrat untuk menjadikan kartun dan komik ini sebagai mengisi masa lapang sahaja

    4) Pernahkah anda mengikuti sebarang kelas atau mana-mana bengkel sebelum ini? Sekiranya pernah, sila nyatakan apakah apa yg diperolehi selepas kelas tersebut.
    bengkel kartun Umbut dan rakan-rakan di Perpuastakaan negara.
    teknik melukis kartun.

    5) Sekiranya saya akan menghadkan hanya 10-15 pelajar sahaja untuk mengikuti kelas eksklusif bersama saya ini, sila nyatakan kenapa anda ingin mengikutinya dan kenapa saya patut memilih anda?
    sbb kartunis Ubi mpunyai gaya lukisan yang menarik dan kemas serta banyak pengalaman.

    6) Berapakah nilai MAKSIMUM yg sanggup anda bayar bagi memastikan anda turut terpilih untuk mengikuti kelas eksklusif bersama saya ini?
    rm 50.00

    1. Terima kasih atas minat. Untuk makluman, kelas ini untuk budak sekolah rendah hingga dewasa. Ia akan mengajar teknik dan perkara asas tentang melukis kartun dan komik. Kalau untuk budak tadika ada program lain yg lebih sesuai 😀

      1. kalau jadik kelas, boleh En. Ubi senaraikan jadual-jadual yang boleh dipilih termasuk tarikh, waktu, tempat dan yurannye…. atau mungkin ade package-package tertentu?

  19. Assalammualaikum :
    pernyatan yang saya ingin tahu sama seperti komen-komen diatas… saya minat,suka dan cinta untuk berkarya… menghasilkan karya komik ciptaan sendiri.. teringin juga nak masuk kelas tu.. kalau boleh nak joint sama..

    Rm 100..

  20. sy ader dlm kpala otak utk soalan2 en.ubi 2
    cm xnk taip jer
    standart r laki
    pemalas sket
    hehehe..
    aper2 pn
    prancgn en ubi 2 memg bez
    sy sokong sgt2
    cm klu blh wt kt skitar kl r.
    seng sket nk g
    hehehe
    sy memg minat mlukis n agak pndai jgk.
    tp xbyk word(style lukisn mdatar je..huhuhu).
    grammer lukisn pn xbtoi..
    n harp2 kels yg akn dijlnkn 2 bsesuaian ngn ms ngn lokasi sy..
    byi cm pntingkn diri
    tp..
    yelh..
    saper yg nk sush2
    hehehe..
    k lh..
    moga btemu lg..
    n moga prncgn en.ubi xmgambil ms yg lm utk t’realisasi..
    ikhlas..
    zul the onizuka..hehehe

  21. tuan… umo gua baru 11 tahun. tapi gua amat minat bangat kartun-kartunis ni… tolong gua aaa… gua yg paling kecik sekali… gua pon nk blajaq melukis gak.. mana leh bg kat org besaq ja.. gua pandai lukis muka je.. baju ngan seluar ngan tgn ngan kaki apa semua gua memag x pandai.. tapi tlg ajaq sat.. askom.. tlg aaaaaaaa…..

  22. idea saya:
    1. Kena kategorikan pelatih ikut samada umur atau pengetahuan asas.
    2. Kelengkapan melukis minima yang perlu ada sebelum layak masuk kelas
    3. Setiap peserta berpeluang melalui 3 tahap dan setiap satu tahap kena tamatkan berapa sesi. Contoh tahap 1 beginner ada 5 kelas, tahap 2 intermediate ada 7 kelas dan tahap 3 apprentice ada 7 kelas. Peserta yg dah penuhi tahap apprentice mungkin boleh jadi kartunis jemputan contohnya

    Ubi mungkin patut buka peluang pada anak anak sekolah yg berbakat sebab they are the raw talent waiting to be discovered

    Yuran? Antara 100-300 setiap satu fasa is reasonable with max 20 person per class

    saya gerenti…sambutan pasti hebat.

  23. assalamualaikum…

    – saya nak tahu ar camne nak warna lukisan yg sy da lulis tu…sy biasa lukis pakai pensel tp, tp bila warna je mesti jadi kurang menarik…muskil betul ar…

    – sy boleh lukis klu dengan bantuan gambar je…sebijik cam gambar tu pun beleh…tapi kalau lukis sendiri(idea) tak jadi ar…tu ar masalah sy….kesiankan…

    -sy memang biase lukis karton dalam cite tv, cam naruto ke…katon disney..dan lain-lain…

    -sy tak pernah sertai mana-mana bengkel pun sebelum ni…teringin gak nak belajar lebih mendalam lagi pasal lukis-lukis ni…

    -abg ubi memang patut pun pilih saya sebab saya mmg minat lukis-lukis ni…sy nak sangat belajar pasal lukisan ni…biar ar tak dapat jadi pelukis terkenal pun…tapi lepas saya siap lukis ape-ape kan rasa cam puas hati giler…kadang saya hadiahkan kat kwn2 lukisan tu…diorg suka sangat…sy mmg hapy…tu ar sy nak belajar lg pasal lukisan ni…

    -Dalam RM50 beleh tak??
    biasa ar sy ni tgh study lagi…buget tak berape nak cukup…

  24. hi, sy mmg tringin mahu menyertai program nih (hrap2 bleh)

    ini jwban sy:

    ~ sy tringin hendak belajar mengenai screen tone & line art & cara spacing yg menarik dlm komik

    ~masalah kerumitan yg sy hadapi ialah background dan ilmu yg masih cetek tentang seni

    ~soalan ke-3 plak sy jwb B

    ~ke-4 plak sy xpernah gi mane2 program seperti nih

    ~cita2 sy ialah untuk menjadi seorg kartunis yg brjaya. dan semasa sy menjadi seorng kartunis, sy mahu berkongsi ilmu pengetahuan dgn pembaca

    ~ermmm….thn nih agak pokai…. bwh RM 50?

    trimas~

    xxx

  25. anak saya memang minat lukis kartun. biasanya suka lukis kartun anime mangga.memang dia bercita-cita nak jadi pelukis anime/animator. saya pulak memang galakkan.pls inform bila, di mana n berapa kos bengkel yg nak diadakan.Harap dalam masa cuti sekolah kalau bengkel di kl.saya tinggal gopeng, perak.

  26. nnt nk buat kelas bgtau ye.tp sy mghrp-hrp2 sgt bro ubi buat kelas tu antara bulan 9 hingga 11, sbb boleh sy plan awal2 tempah tiket flight balik ke mlysia, sbb kiteorg kt sini cuti time2 mcm tu je..hehe

  27. salam bro.
    saya msh study lg tp minat melukis tu ada la juga. skg msh study kat ipta tmpatan kat utara. so sy rekemen bro bt la bengkel kat ipta t.tntu, cam kat u sy kat uum ni cthnya. rsnya tntu ramai student join bengkel bro tu nti, lg pun bro dpt b.ramah mesra dgn student p.puan kat cni kan..heh2

  28. salam abg ubi,

    dulu pnh gak sy melukis gambar katun usop sontorian,menjadi gak…tapi skang da lama x melukis,tangan ni da jd cam batu lak…hikhik…boleh x abg ubi tolong refresh balik cara-cara nak melukis katun walaupun simple pun asal jd katun gak…ermmm cam na saya nak ikuti kelas abg sdgkan saya dok kat kulim nuun….kedah mari….

  29. 1) Apakah perkara atau subjek yg paling anda ingin tahu dalam proses penghasilan kartun dan komik?
    1) peralatan melukis
    2) stroke n shadow
    3) sketch
    4) finishing

    2) Apakah masalah dan kerumitan yg selalu menghalang anda untuk berkarya?
    rasenye pasal x pat abis kan lukisan n tgk lukisan tue x mcm yg aku gambar kan

    3) Sila kategorikan anda sebagai pelukis kartun yang…

    D) baru tu tak baru gak la melukis, tapi berenti2, x tau peralatan melukis yang betul, main sebat je pen ape yang ade.

    4) Pernahkah anda mengikuti sebarang kelas atau mana-mana bengkel sebelum ini? Sekiranya pernah, sila nyatakan apakah apa yg diperolehi selepas kelas tersebut.
    Tak pernah

    5) Sekiranya saya akan menghadkan hanya 10-15 pelajar sahaja untuk mengikuti kelas eksklusif bersama saya ini, sila nyatakan kenapa anda ingin mengikutinya dan kenapa saya patut memilih anda?
    Sebab saya memang nak sgt blaja melukis, dah blaja sendiri dah, still x leh, tue nak try tgk kalo masuk kelas cmne? kalo bleh nak jadi pelukis kartun n karikatur sambilan (poyo) ngan pro2 mcm abg Ubi.

    6) Berapakah nilai MAKSIMUM yg sanggup anda bayar bagi memastikan anda turut terpilih untuk mengikuti kelas eksklusif bersama saya ini?
    Abang letak je harga, saya follow je..

    kalo nak wat kelas tue bg tau ar sy,
    aim_mail27@yahoo.com / 0173436503

    Naim

  30. Ada rancangan utk. buka klinik melukis kartun di sekolah2 (WPKL) cthnya. Ramai kanak-kanak suka melukis, tapi bakat tu tidak diasah dan tidak ada pendedahan. Saya rasa bagus juga kalau sdr. ubi dapat meneroka cara ini.

    TK

  31. hi, sy mmg tringin mahu menyertai program nih (hrap2 bleh)

    ini jwban sy:

    ~ sy tringin hendak belajar mengenai screen tone & line art & cara spacing yg menarik dlm komik

    ~masalah kerumitan yg sy hadapi ialah background dan ilmu yg masih cetek tentang seni

    ~soalan ke-3 plak sy jwb D – Tak tahu pun melukis, sikit-sikit bolehlah..tapi naluri ni ingin sgt jadi orang yang pandai melukis karakter.

    ~ke-4 plak sy xpernah gi mane2 program seperti nih

    – Tentang cita-cita jadi kartunis takdelah..tapi ingin sangat jadi sekurang-kurangnya pandai melukis sebagai hiburan tok masa lapang.. seronok bila pandai melukis..

    ~ermmm….thn nih agak pokai…. bwh RM 100 bolehlah..insyaALLAH?

    trimas~
    0179785434
    xxx

  32. jawapan yg lahir dr hati nurani saya yg ikhlas adalah seperti berikut :

    1)apa y ingin d ketahui adalah :
    a) peralatan melukis
    b) pemilihan tona warna
    c) menterjemahkan background yg dlm kepala otak
    ni ke atas kertas
    d) mengkomikkan objek / persekitaran sebenar

    2)masalah yg dihadapi :
    a) ada idea tp x tau nk sampaikan camne
    b) rasa mcm kartun y d lukis 2 x cantik
    langsung, budak tadika pon x hingin nk tgk.

    3)kategori saya adalah :
    jarang-jarang melukis sbb kerjaya dulu &
    sekarang ni mmg bz, melukis bila ada masa
    lapang atau duduk dalam satu seminar y
    membosankan

    4) sy x pernah masuk mane2 bengkel or kelas

    5) kenapa anda perlu pilih saya?
    a) saya ada bnyk idea utk d kartunkan
    b) kemungkinan besar x lama lg saya akan ada
    bnyk ms lapang, so bole la sy melukis kartun
    untuk menenangkan jiwa

    6) berapa y saya snaggup bayor?
    x bnyk kot, sbb skang tgh gawat nih dlm 50 ok
    ka? lgpon kalo buat pon mesti kt kl, jauh 2 nk
    travel. minyk lg, tol lg, mkn lg minum lg, tpt
    tinggal lg, bla bla lg, bla bla lg (alasan y
    bertali arus)

    sekian shj jawan dr diri sy, semoga dpt membantu x tidak berkecil hati

  33. jawapan no1
    saya ingin tahu cara melukis kartun yang lebih berkesan di mana lukisan tersebut mempunyai latar belakang yang sesuai,saiz garisan yang sesuai dan watak yang sesuai ikut tema

    jawapan no2
    tiada peluang dan tawaran untuk jadi pelukis komik separuh/sepenuh masa saya tidak pernah jumpa

    jawapan no3
    jawapan saya adalah B kerana saya tau saya boleh pergi jauh jika diberi peluang untuk berkarya

    jawapan no4
    tidak pernah sertai mana-mana bengkel

    jawapan no5
    saya ingin berkarya dan menyambung dan kekalkan seni lukis pelukis2 sedia ada

  34. jawapan bagi soalan yang di tanya:

    1)saya ingin tahu asas melukis komik/karikatur terutama
    ttg peralatan asas melukis dan jg cara melukis watak
    wanita dan lelaki.
    2)masalah yang selalu dihadapi adalah tidak tahu bagaimana
    melukis watak lelaki/wanita
    A)rambut bebas/bertudung/panjang/pendek.
    B)mata pelbagai reaksi
    C)mulut/bibir pelbagai reaksi
    D)kaki/tangan/jari
    E)saiz badan
    3)jawapan saya adalah A dan D(tidak mahu mempersiakan bakat yang ada)
    4)Tidak pernah
    5)saya ingin sangat mengikuti kelas melukis ini kerana
    saya mempunyai minat didalam bidang melukis karikatur
    dan komik kerana saya dapat membuang perasaan bosan
    dan dapat berkongsi perasaan dengan semua orang yang
    membaca komik saya nnt.dan saya ingin mengetengahkan
    hero yang berbdan gempal dan gemuk(membuat sedikit
    perubahan didalam alam hero asyik hensem dan tegap je
    apa kata kita ubah sikit ehhehe)
    6)saya ikhlas menawarkan rm 50.00 sebulan.

  35. saya harap sangat dpat belajar dengan kaertunis ubi, saya bercita – cita memiliki komik atas jenama saya sendiri “STEAM”,saya masih menuntut di Uitm dalam bidang Art. Hopefully saya dapat hadiri kelas yang dianjurkan

  36. 1. saya nak tahu medium yang diperlukan untuk melakarkan kartun bagi cerita sebabak ( 1 mukasurat) bagi penerbitan di majalah: dakwat ( indian, china, pensil , marker pen dsb ). Kertas 80gm, manila kad, kertas apa???.
    2. Perkara yang menghalang untuk menghantar karya adalah kerana perkara di atas (no.1)
    3. Kategori B
    4. Tidak pernah mengikuti mana-mana kelas
    5. tapi saya ada banyak idea melucukan dan berkebolehan melukis dengan baik. Cuma teknik persembahan perlu saya timba dari saudara Ubi
    6. Saya bersedia untuk menerima yuran yang ditentukan oleh Saudara Ubi sekiranya berpatutan. Saya tidak ingin meletakkan harga pada ilmu yang cukup bernilai.

  37. Bro, xleh ke kalau buat manga low cost je? COntohny, stakat guna pensel, art pen n something like that. hitam putih sudahlah.
    Kalau Nak buat Bengkel Skali pn, Confirm Bdk2 KL je Yg Dpt Pergi. Lgpun, Camne Budak2 Kampung Cam Saya Nak Tampung Yuran Bengkel Tu. Saya Ni Sendirian Berhad Je, Bang.

  38. sy ingin melukis kartun dengan lebih baik untuk menghasilkan sebuah komik yg dah lama ada dalam kepala sy. cuma bila sy melukis, lukisan sy macam tahap budak sekolah rendah..tolong hubungi sy jika saudara ubi mengadakan bengkel di sekitar kuala lumpur, sy sanggup bayar sekitar RM100. terima kasih…

  39. apa yg saya nk tahu:
    camna nak lukis atas kertas tu:berapa beso dy punya jrk dri tpi kertas(lukisan),adakah secara menegak @ melintang kertas tu,kena bahagi 2 ke tidak …pokoknya sumela!
    bayar?berapa yg encik ubi rasa patut.
    err..pen apa patut guna?

  40. saya berminat dalam melukis lukisan potret…tapi kadang2 saya rasa lukisan potret saya 2 tak cantik la…boleh bagi saya pandangan or advice………..

  41. 1) Saya ingin mempelajari bahgian mimik muka dan bentuk muka, badan yg berbeza
    2) Bahagian yg pling rumit adalh background keadaan, mimik muka dan bentuk badan yg b’beza.
    3)Saya cme ingin membuat sebuah komik utk kenangan rakn2 sklh saya agar mereka sentiasa happy.
    4)Tidak, tetapi cme prnh membaca buku teknik melukis kartun dan komik. Dn skang sye dh bleh buat bahagian yg sye x reti lukis.
    5)Saya tau nk mengajar ni bkan ar satu perkara yg mudh.jika ubi tidk memilh sya sbagai murid mngkn bkan rezeki sye b’gurukan ubi. selain ingin membuat rkn2 sekeliling seronk sye jgk ingn menjdi kartunis yg berjaya.
    6) mngkin dlm 100 kerana sye pelajar lgi………

  42. saya dah bnyk buat komik…dekat 4 buah komik tapi saya cuma x fhm bagaimana mereka boleh buat komik tu nmpk cantik…kalau kartunis ubi tahu caranya….tolong beritahu ya………..

  43. 1)saya ingin mengetahui bagai mana cara-cara untuk menghasilkan komik dan saya ingin tahu bagaimana dan dari mana hendak bermula.
    2)masalah saya,dari dulu saya melukis tetapi saya tidak tahu dimana bengkel dan kelas seni dan saya agak susah bila hendak membuat latar belakang dan muka watak lukisan saya
    3)selalu di sekolah,rakan saya selalu suruh saya melukis gambar-gambar kartun manusia,raksasa,dan juga binatang dan saya juga ingin menjumpa pelukis kartunis yang pro
    4)saya tidak pernah masuk mana-mana kelas atau bengkel melukis tetapi saya selalu membaca buku tentang lukisan kartun dan haiwan
    5)saya harap anda(encik ubi)memilih saya kerana saya teringin memasuki kelas lukisan dan saya ingin belajar lebih banyak tentang seni lukisan kartunis
    6)bayaran terpulang kepada anda(encik ubi)tetapi seboleh-bolehnya biarlah 90-100 ringgit sahaja

  44. Salam. Dah lama saya mencari kalau ada kelas melukis kartun untuk anak saya. Anak saya dah berumur 11 tahun baru saya teringat nak cari kat internet. Saya tinggal di Hulu Langat Batu 14, kalau ada kelas yg berhampiran tmpt tinggal saya, tolong email kat saya. Kalau boleh biarlah sabtu petang atau ahad petang. Terima kasih.

  45. 1.cara melukis dan cara untuk merialkan gamba kartun 2,..
    2.tak boleh nk lukis hidung & mata dengan baik,….
    3.B)baru sahaja melukis tetapi merasakan bahawa diri saya berbakat dan mampu untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini,…
    4.tak pernah pown,….
    5.A)sebab saya memang minat sangat dalam bidang melukis,.
    B)kerana saya ada sikit aje ilmu dalam bidang melukis
    nie,….sya nk tambah lagi ilmu dalam bidang melukis.,
    6.RM50 cukup x??
    sb sya x ada duit sangat sekarang ni,…

  46. Salam.

    Saya cuma hendak mengembalikan skill melukis saya yang telah beransur hilang. Kekangan kerja seharian menyebabkan kemahiran melukis saya tidak seperti dulu. Saya rela belajar dari permulaan.

  47. Assalam abg Ubi, saya peminat kartun2 malaysia. Cuma saya harap macam abg Ubi bole la wat animasi pulak cam abg Ujang pernha buat dulu…cam Aku, Dia dan Walkswagon tue…kalu buat animasi tue…mau meletup tue… Satu lagi, boleh x kalau sy gunakan gambar kartun abg Ubi utk wat gambar profile Facebook sy? Sy doaka abg Ubi berjaya di dalam kerjaya abg Ubi… Majulah kartun malaysia utk dunia…. Idup abg Ubi…

  48. Tuan Ubi,

    Saya benar2 ingin tahu bagaimana cara mewarna ataupun menshadingkan sesebuah lukisan bergrafik 3D kerana saya ingin menghasilkan sebuah karya yg menakjubkan untuk menyara hidup saya .Apakah benar tentang teori lukisan melambangkan diri dan sifat seseorang?

  49. 1) eden ni dah lamo nak nengok mcm mano org buek kartun ni.. pasal lukih2 tu x kisoh sgt, eden buleh buek tu, tp saiz kerotas x tau la pulok. lopeh tu, nak masukkan dialog tu mcm mano tuu.. nak lukih sampai jadi tulisan komputer ke ape?

    2) xdo masoloh.. buleh jo.. Masoloh nak jadi kartunis je yang eden x reti..

    3) eden amik yg hurup “C”

    4) eden ni belajor art and design(fine art) sampai degree semato2 nak kejar cito2 jadi kartunis sejak kecik. bukan sekador kartun potrait, karikatur, painting, dah mcm eden buek..

    5) Eden nak jadik kartunis!!! argh!! tension la eden! tolong la eden!!

    6) bayor seribu pun eden sanggup, tp tolong la eden jadik kartunis..

  50. 1) saya ingin tahu bahawa adakah kartunis profesional merujuk kepada sesuatu bila melukis,,atau hanya melukis melalui imaginasi je degan begitu tepat?bagaimana dgn abg ubi plak?

    2) masalah dan kerumitan yg selalu menghalang saya untuk berkarya ialah bila saya ingin melukis saya perlukan rujukan ,,contohnya sebagai posing,,tp bila saya fikirkan hendak melukis karakter tersendiri misalnya makhluk yg ada 10 kaki,,saya perlukan objek 1o kaki posing,,tapi xada,,jadi ia membuatkn saya putus asa utk melukis

    3)-C) saya Sudah lama melukis dan rasa bahawa saya sudah sedikit sebanyak ilmu berkenaan lukisan kartun ini tetapi saya berhasrat untuk bertemu kartunis profesional untuk bertanyakan soalan yg lebih advanced.

    4) xpernah,,cume time kecik2 dlu belajar ngan aya,,pas dewasa cuba praktis sendiri

    5) saya syorkan utk memilih saya sb saya berminat secara dalam,,dan lukisan adalah dunia saya,,dan saya ingin berjaya dan terkenal,,dan ingin harum kan nama MALAYSIA dalam bidang komik diseluruh pelosok dunia kalau boleh,,trust me.

    6) lukisan xternilai,huhu,tp saya akan bayar jika harga berpatutan,,huhu,,kalau dlm rm100 boleh?huhu

  51. mr.ubi
    kalau remaja pun bleh mnyertai ke?sya tringin nak bwat komik ttapi saya hnya bleh pgi hri sbatu atau ahad saje.saya tidak bberapa pndai mlukis dn sya harap klas ini dapat mmbantu sya

  52. Aslkm King of Ubi
    tkde kelas lagi ke?

    dah tua2 ni rasa macam nak belajar melukis kartun
    untuk abiskan sisa2 kehidupan ni.

    kalau ada roger2 la ye.

  53. mecom bang ku mau belajar lukis komik .Tapi aku cuma pandai tiru komik dan lepas tu baru lah ku lukis.bang semasa maulukis komik ada gangguan sikit ?Kenapa tu bang!!!!

  54. 1.Buat thumbail.
    2.Lemah Lukis pegerakan,antomi watak dan efek.
    3.Dah lama melukis.Tapi kemahiran melukis masih terlalu lemah.Kartunis merupakan impian dan cita-cita saya.
    4.Tak pernah ikut mana-mana kelas atau bengkel.Belajar sendiri sja.
    5.Ini salah satu cara untuk mencapai cita-cita dan impian sya.Saya harap saya terpilih sebab saya begitu minat melukis/seni.Ia sahabat karib saya.Saya juga ingin meluaskan industri komik Malaysia ke mata dunia.
    6.Bayaran?RM50?

  55. Assalamualaikum.
    Saya nak sertai bengkel ini. Kerana saya mempunyai bakat semulajadi tetapi tidak ada teknik yang betul untuk hasilkan komik yang bermutu. Kedua saya mahu menyambung warisan kartunis-kartunis yang sedia ada, supaya tidak hilang karya Malaysia dek kerana tiada penyambungnya. Ketiga bidang ini sangat mendalam terhadap saya, hampir setengah hari saya habiskan masa untuk melukis, tapi masih mencari teknik yang sangat betul. Malangnya tiada bantuan itu. Jadi saya harap Bengkel Kartunis Ubi inilah yang dapat membantu segala p’masalahan saya, dan di sini lah tempat utk saya luaskan ilmu kartun saya. Terima Kasih Brader Ubi :)

  56. Salam,
    sangat2 minat baca katun tp bukan le minat sgt melukis katun pon. sbenonye sy mencarik kelas tuk anak saya. Dia mmg minat2 gile melukis smpi abis dinding umah n buku2 latihan skolah d contengnyer…

  57. boleh tolong buat kursus kartunis untuk pelajar sekolah menengah di SMK Senggarang Batu pahat,Johor ataupun di Maktab Perguruan ke,KUITHHO Batu Pahat.Saya seorang ibu yang ingin memberikan pendedahan awal kepada anak saya yang nampaknya minatnya ke arah itu.

  58. assalamualaikum abang ubi. Saya Mohd Nazirul,17,Negeri Sembilan. Saya memang minat baca komik dan melukis komik. Saya ingin abang ubi beri tunjuk ajar kepada saya dengan lebih jelas lagi tentang dunia lukisan ataupun dunia komik. Saya suka berimaginasi.Saya luahkan imaginasi saya itu dengan melukis komik. Ada beberapa cerita telah saya hasilkan sendiri.

    Saya harap abang ubi boleh beri tunjuk ajar kepada saya. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *