• Home
  • Karikatur dan Produk Kartun
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Posts by Ubi

Jangan Pandang Belakang Anjing…

Oct27
2011
10 Komentar Oleh Ubi

Berdasarkan kisah tak berapa seram yang dialami sendiri oleh penulis. Namun segala yang tercatat bukanlah 100 peratus tepat seperti apa yang telah berlaku kerana kebanyakannya sudah ditokok tambah demi kesan dramatik; bertujuan untuk mengkhayalkan pembaca yang mudah tertipu. Kanak-kanak, ibu-ibu yang mengandung dan mereka yang menghidapi komplikasi lemah jantung dinasihatkan untuk tidak membaca cerita ini sekiranya mereka menghadapi masalah buta huruf – Penulis

…

Oktober 1995.

Jam di tangan menunjukkan hampir pukul 12.00 malam ketika aku turun dari bas mini trip terakhir dan menjejakkan kaki dengan selamat di perhentian bas Pandan Jaya.

Memang setiap hari bas mini adalah kenderaan pilihan utama untuk aku pulang ke rumah dari pejabat. Aku memang suka bas mini. Cepat, murah dan efisien… walaupun setiap masa terasa bagai nak terpelanting macam naik rollercoaster di sepanjang perjalanan.

Itu belum dicampur bau hapak dan bacin ketika waktu puncak dari ketiak mamat-mamat yang nampak je hensem bergaya tetapi tidak tahu langsung tentang kewujudan serta fungsi deodoran!


( Gambar asal hasil kerja & © JanickG )

Walauapapun jua keadaannya, aku tetap yakin bahawa bas mini adalah perkhidmatan bas awam terefisien di Lembah Klang berbanding dengan sistem bas yang ada sekarang ini. Pelik juga kalau nak dikaji kenapa perkhidmatan bas sekarang ini semakin teruk (walaupun basnya nampak baru) berbanding zaman bas mini dahulukala…

Ada masanya aku terfikir ini mungkin satu konspirasi pihak tertentu supaya rakyat Malaysia berputus asa dengan pengangkutan awam lalu terpaksa membeli kereta sorang sebiji. Al-maklumlah, negara kita kan pengeluar dan penjual kereta… ;)

…

Okey, berbalik semula pada cerita asal…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartunis Idola, Kartunis pun manusia, Ntahapahapantah - Tag abang kawasan, anjing liar, bas mini, fesyen rambut, Gayour, hail amir, iklan, jangan pandang belakang, kartun seram, kartunis, Majalah Ujang, Ntahapahapantah, Petai, Sukun, syampu

Mungkin Aku Harus Pencen Daripada Facebook…

Sep26
2011
25 Komentar Oleh Ubi

Kata mereka padaku (yang membawa maksud lebih kurang begini)…

“Usahlah kau penuhi statusmu dengan kata-kata lawak jenaka mengarut kerana ia sememangnya lagho, membuang masa dan bisa melalaikan rakan-rakan Facebookmu yang tersenyum serta tertawa membacanya.”

“Tak perlulah kau ceritakan apa menu makan malammu tadi atau memuat naik gambar makanan tengaharimu nanti sedangkan di luar sana ada ramai rakanmu yang sedang menderita kelaparan disaat itu.”

“Jangan kau serabutkan statusmu dengan cerita masalah, kesusahan dan penderitaanmu. Adakah kau mengidap sindrom Kurang Kasih Sayang lalu inginkan perhatian dan belaian? Jangan ingat nasib kau sahaja yang malang, seolah-olah hanya kau seorang sahaja yang ada masalah di dunia ini!”

“Perlukah kau bercerita dan menayang segala gambar dan berita tentang pengalaman melancong serata duniamu itu? Apa yang nak dibanggakan sangat dengan naik kapal terbang dan berjalan di negeri orang tu? Entah-entah pergi ke sana buat maksiat…”

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartunis pun manusia, Umum - Tag facebook, Kartunis pun manusia jugak, Media sosial, Motivasi & Muhasabah Diri, Sosial network

Selamat Ulangtahun yang ke 48 Malaysia!

Sep16
2011
2 Komentar Oleh Ubi

Tak nak cerita banyak. Hanya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke 48 kepada semua rakyat Malaysia yang sah sahaja walau di mana ceruk jua pun anda berada.

Tak lupa juga diucapkan Selamat Hari Lahir buat mereka yang lahir pada 16 September, dengan ucapan – “Kalau meniup lilin pastikan tiada apa pun yang menyembur daripada mulut. Kek itu bukannya rezeki awak seorang…”. ;)

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Motivasi & Muhasabah Diri, Umum - Tag 1malaysia, malaysia, merdeka, najib tun razak, selamat hari malaysia, undilah

Kontrol Macho dalam English pulak…

Sep15
2011
10 Komentar Oleh Ubi

Jika sebelum ini anda dimuntahkan dengan cerita berlagak saya dalam akhbar Berita Harian dan rancangan Malaysia Hari Ini, kali ini saya ingin menghijaukan lagi muntah anda dengan sebuah lagi berita riyak lagi takabur mengenai saya di dalam media.

Kali ini adalah temuramah untuk suratkhabar News Straits Times untuk kolum Life & Times yang memaparkan cerita atau berita berkenaan teknologi pada setiap hari Isnin dan telah diterbitkan pada 27 September tahun lepas.

Tahun lepas?! Kenapa baru nak ditulis sekarang?

Ya, memang saya sengaja memeram berita riyak basi ini supaya cerita tentang kehebatan saya akan sentiasa kekal sepanjang masa walaupun dah lama tak masuk mana-mana media. Selain itu ia juga sebagai melengkapkan bukti mengenai saya yang malas menulis dan mengupdate blog dengan memberi pelbagai alasan yang remeh-temeh.

Buat mereka yang membaca tapi tak faham kerana tak belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, syabas diucapkan kerana masih lagi faham serta fasih berbahasa Melayu. Anda boleh gunakan khidmat brader Google Translate atau minta tolong kengkawan atau saudara mara yang kononnya hebat kerana menyanjung PPSMI itu.

Dan jika mereka juga tidak dapat membantu, sila hantukkan kepala mereka di dinding secukup rasa. Anda juga digalakkan untuk mengguna buku Yellow Pages atau apa-apa buku panduan telefon yang tebal untuk hantukan sekiranya tidak mahu ada kesan kecederaan supaya menyukarkan mereka untuk membuat pendakwaan kelak. :twisted:

Ucapan terima kasih diucapkan buat Cik Puan Rozana Sani kerana sudi menemuramah saya dan menulis artikel ini. Jika ada jodoh, janganlah segan silu untuk menemuramah saya lagi di masa akan datang.  ;)

Akhir kata, semoga kita semua tidak akan terlampau taksub dengan cerita saya atau mana-mana member kampung yang dapat masuk suratkhabar. Tiada apa pun yang istimewa sebenarnya… hanya dapat berlagak sehari dan dilupakan orang pada keesokan harinya…

Yang pasti, cerita dan gambar anda akan berakhir sebagai kertas pembungkus nasi lemak atau lapik lantai ketika makan tengahari!

============================================================

Singing A New Toon

News Straits Times, 27 September 2010
By Rozana Sani

Popular cartoonist Raja Ahmad Kamil Raja Mokhtar, a.k.a. Ubi, left the print media at the peak of his career, but he’s come full circle by going digital, writes ROZANA SANI

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Kartunis Idola, Komik Ubi, Majalah Ujang - Tag buat duit di internet, kad raya kartun, kartun digital, kartunis ubi, maxis, media, mms kartun, mobile content, news straits times, suratkhabar

Saya nak kawan Abang Ubi kat Facebook boleh tak?

Sep10
2011
32 Komentar Oleh Ubi

“Kau ada Facebook? Apa nama Facebook kau?”

Inilah antara soalan wajib masakini yang biasa kedengaran daripada mulut sahabat atau kenalan, samada yang sudah lama dikenali maupun yang baru.

Siapa sahaja yang tak kenal atau tiada akaun Facebook akan dianggap kolot. Sebagai sebuah negara yang membangun, rakyat Malaysia bolehlah berbangga kerana telah diiktiraf sebagai antara pengguna Facebook yang tertinggi membuang masa di dunia. Melalui data yang dikumpulkan, pada tahun 2010 sahaja dianggarkan terdapat 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia.

Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang kononnya sentiasa mengikut trend dan tidak mahu dituduh kolot, saya juga turut terjebak dengan fenomena membuang masa mengumpat, mengorat dan bermain game di Facebook ini. Walaupun adakalanya dikaitkan dengan pelbagai gejala negatif, saya berpendapat Facebook juga ada kebaikannya, terutama untuk mengeratkan silaturahim sesama insan dan mempromosikan perniagaan.

Sejak mula menjebakkan diri sejak 2008, saya telah memenuhi kuota 5000 rakan yang ditetapkan di dalam akaun Facebook dan tidak boleh menambah rakan baru lagi. Walaubagaimanapun, dari masa ke semasa, akan ada rakan-rakan Facebook yang berani ‘menceraikan’ saya atau menutup akaun Facebook mereka.

Pemergian mereka ini memberi slot kosong untuk diisi oleh pemohon-pemohon baru yang telah lama menunggu untuk menjadi rakan Facebook saya. Ketika artikel ini ditulis, terdapat 2,564 rakan baru yang menunggu untuk diterima atau direject oleh saya.

Dengan kuota yang ditetapkan, mustahil untuk saya menerima kesemuanya menjadi rakan. Saya perlu bersikap memilih dan jual mahal sedikit.

Walaupun tanpa kuota, belum tentu juga saya mahu berkawan dengan semua orang. Sebagai manusia, masing-masing mempunyai sebab dan kriteria tersendiri untuk memilih siapa untuk menjadi kawan.

Persoalannya, bagaimana saya memilih siapa untuk menjadi rakan saya di Facebook?

Untuk permulaan saya akan kongsikan kepada anda kriteria atau sebab apakah yang boleh membuatkan saya (atau sesiapa jua) terpotong stim untuk tidak memilih lalu menolak seseorang daripada menjadi rakan. Saya pun berharap panduan ini boleh juga digunakan untuk kita bersama-sama menggunakan laman sosial dengan cara yang betul serta lebih berhemah.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartunis pun manusia, Umum - Tag facebook, Kartunis pun manusia jugak, lisa surihani, Media sosial, Motivasi & Muhasabah Diri, Sosial network

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H

Aug27
2011
60 Komentar Oleh Ubi

Assalamualaikum buat semua pembaca yang beragama islam….

Sempena dengan Syawal yang bakal menjelma dalam masa beberapa hari saja lagi, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang lengkap berpuasa sebulan, di Malaysia dan juga di seluruh pelusok dunia.

Kepada yang memandu pulang ke kampung, pandulah dengan laju asalkan selamat. Memandu terlampau perlahan adalah punca jalan jem dan menyusahkan pengguna jalanraya lain.

Kalau membeli-belah untuk raya, pastikan anda memborong sehabis mungkin asalkan duit tak habis. Jika berjimat-cermat dan ala kadar sahaja, pasti akan mengundang umpatan jiran sekeliling dan saudara mara. Adalah tanggungjawab kita untuk mengelakkan mereka membuat dosa kering di hari yang mulia ini.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Umum - Tag hari raya aidilfitri, hari raya puasa, maaf zahir batin, selamat hari raya, syawal

Salam Aidilfitri 1431H

Sep10
2010
106 Komentar Oleh Ubi

Salam buat semua muslimin dan muslimat,

Tahun ni tak dapat nak bebel lebih-lebih. Hanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H… mohon ampun maaf , zahir dan batin atas segala kesalahan, samada yang disengajakan ataupun tidak…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Umum - Tag hari raya aidilfitri, hari raya puasa, maaf zahir batin, selamat hari raya, syawal

Bonus?! Bonus Hari Raya ke?…

Aug18
2010
6 Komentar Oleh Ubi

Khas buat anda yang telah membeli ataupun bakal membeli Pakej Kad Raya Kartun Ubi…

Atas permintaan mereka-mereka yang sedang lapar kerana berpuasa, berikut adalah beberapa BONUS tambahan khas buat semua pembeli, tidak kira samada yang sudah kenyang maupun yang sedang makan…

Berikut adalah BONUS-BONUS tambahan yang kononnya best tu:

1) Baucer Diskaun 20% untuk perkhidmatan karikatur berwarna di UbiKarikatur.com

  • Baucer diskaun sebanyak 20% untuk tempahan karikatur berwarna berharga RM97 seorang hasil sentuhan Kartunis Ubi.
  • Baucer ini sah selama setahun untuk tempahan maksimum 2 orang (tempahan menggunakan Kupon ini akan mula dibuka pada 1 Oktober 2010)
  • NILAI = RM39

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Produk Kartun Ubi - Tag hadiah percuma Ubi, handphone, hari raya aidilfitri, hari raya puasa, kad raya kartun, karikatur, Kartun, Kartun Ubi, mobile phone, ramadhan, selamat hari raya, syawal, top-up

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Aug12
2010
5 Komentar Oleh Ubi

Assalamualaikum buat semua pembaca dan pelawat setia,

Apa khabar? Sudahkah anda bersarapan? Harapnya takler ye… heh! Semoga kita bukan tergolong seperti mereka-mereka di dalam gambar kartun di atas…

Sempena bulan yg mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H dan Menjalani Ibadah Puasa kepada anda di samping keluarga yang tercinta…

Mungkin ucapan saya ini hanyalah sekadar ucapan selamat sahaja dan tidak membawa makna pada sesetengah orang. Namun pada sesetengah orang pula walaupun ianya sekadar ucapan ringkas, ianya membawa erti yang besar pada mereka…

Ucapan itu tidak penting, tetapi ingatan dan silaturahim itulah yang paling bermakna…

Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda menghubungi dan memberi ucapan selamat pada sahabat handai dan keluarga tersayang? Ya, saya yakin anda pastinya bukannya mereka yang mudah melupakan semua orang disekeliling.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Produk Kartun Ubi, Umum - Tag handphone, hari raya aidilfitri, hari raya puasa, kad raya kartun, Kartun, kartunis ubi, maxis, Motivasi & Muhasabah Diri, produk ubi, ramadhan, selamat berpuasa, selamat hari raya, syawal, top-up

Lukis kartun Merdeka dan masyukkk!!

Aug10
2010
2 Komentar Oleh Ubi

Buat semua kartunis/pelukis amatur dan yang sedang meningkat naik,

Inilah masanya untuk anda menunjuk terel dan memenangi hadiah wang tunai yang sungguh masyuk.  Mungkin inilah juga peluang untuk anda membuktikan sesuatu kepada saudara mara, orang kampung dan awek-awek yang selama ini memandang rendah terhadap anda!

Untuk maklumat lanjut tentang Bakat Seni Kartun Merdeka ini, sila klik imej-imej di bawah untuk diperbesarkan.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Kartun, Kreatif - Tag Bakat Seni Kartun Merdeka, Kartun, pertandingan melukis kartun
« Older Entries Newer Entries »

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site