Aku, Kartun & Bisnes Internet
Saya memang suka, minat dan gemar berniaga…
Perniagaan pertama saya adalah menjual pensil kepada kawan-kawan ketika darjah satu. Waktu tu mak saya selalu membeli pensel yang banyak di dalam kotak secara borong untuk kegunaan kami adik beradik.
Cuma yg istimewanya kebanyakan pensil tersebut cantik-cantik dan sukar didapati (ntah kat manaler mak saya jumpa…). Entah camana (mungkin ternampak potensinya) saya pula akan keluarkan setiap pensel tersebut dari kotak dan menjualnya dengan harga lima posen sebatang kepada kawan-kawan di sekolah.
Pada masa tu lima posen adalah sangat mahal untuk sebatang pensil. Mungkin pasal pensil tu ada banyak gambar kartun dan panjang sedikit dari pensil biasa, maka permintaan amatlah menggalakkan seterusnya memudahkan kerja pemasaran.
Memang tak dinafikan perniagaan saya sangat laris. Setiap hari pasti ada pelanggan dari kalangan rakan-rakan kelas dan setiap kali waktu rehat saya mampu berbelanja untuk makan yg sedap-sedap di kantin sekolah!
Perniagaan sangat laris sehingga mak saya bertanya kenapa pensil yg dibelinya cepat benar habis. Mulanya mak marah jugak saya jual pensil-pensil tu tapi selepas dia bertanya berapa untung yg saya dapat, dia terus aje diam…
Dan besoknya mak telah memborong beberapa kotak pensel lagi khas untuk saya jual di sekolah!
Untung share 50-50 dengan mak saya… Heh, kecik-kecik pun dah ada investor beb!
Memang keluarga kami semuanya minat berniaga. Sejak kecik lagi, kami adik beradik sering didedahkan dengan konsep perniagaan oleh arwah bapak saya yang juga merupakan seorang peniaga tegar sepenuh masa. Dan kini adik beradik saya kesemuanya berdikari dengan menguruskan perniagaan masing-masing.
Percaya tak kalau saya katakan bahawa sewaktu sekolah menengah saya tidak pernah mintak sesen pun duit daripada mak saya?
Ye, memang tidak dinafikan mak memang ada memberi duit belanja sekolah. Yang saya maksudkan ialah duit untuk menampung ‘gaya hidup bergaya seorang remaja yang sedang menggatal membesar‘…
Ketika di sekolah menengah, saya mampu untuk bergaya dengan pakaian berjenama. Cakap je brand apa yg trendy time tu, semuanya mesti saya ada ataupun mesti pernah pakai!
Semuanya tu hasil dari usaha saya berniaga…
Apa yg saya niagakan? Alaa, benda simple aje…
Cuma jual KARTUN saya aje!
Macam-macam yg saya buat dari kartun saya tu - T shirt, kad raya, kad ucapan dan pelbagai lagi barangan cenderahati. Saya juga pernah menjadi tokan kecil-kecilan barangan cenderahati kepada seorang peniaga di Central Market ketika itu!
Tapi semuanya terhenti selepas SPM…
Habis sahaja sekolah saya telah diterima sebagai salah seorang kartunis untuk Majalah Ujang. Salah satu tujuan saya bekerja disitu adalah untuk memperdayakan peminat-peminat pompuan untuk BELAJAR…
Belajar melukis kartun dan teknik serta cara perniagaan kartun dari mereka-mereka yg berpengalaman…
Disitulah universiti dan tempat saya menimba ilmu… sesungguhnya saya amat beruntung dapat belajar teknik melukis kartun yg hebat dari otai-otai kartunis yg saya minati. Saya jugak bertuah dapat melihat proses bagaimana seni kartun dikomersil dan diperdagangkan…
Tapi part yg paling best ialah - sambil belajar sambil dapat gaji! Tak payah pikir nak bayar PTPTN balik…
Genap sepuluh tahun bekerja di sana, saya meletakkan jawatan dan bercadang untuk membuka studio produksi kartun untuk menerbitkan komik saya sendiri…
Di pendekkan cerita, kurang dari enam bulan produksi tersebut terpaksa ditutup kerana masalah aliran tunai atau dalam bahasa mudahnya company dah sengkek!
Dan kehidupan saya terus berubah dalam sekelip mata sahaja…
Hidup saya tersangat-sangat susah di kala itu… kawan-kawan kebanyakannya menjauhkan diri… tak kurang jugak yg mentertawakan keadaan saya…
Tapi yg paling sakit hati, bila ada sorang kawan yg dulunya sangat rapat dengan saya berpesan kepada kawan-kawan yg lain - “Ko jangan jumpa Ubi tu sangat… mesti nak pinjam duit punya tu… kalau dia nak pinjam jangan bagi tau… nanti burn aje duit ko tu!” …
Tapi kerana kata-katanya itulah yg membakar semangat saya…
Saya berazam untuk bangkit semula dari kejatuhan… saya tak boleh mengalah dan menyerah kalah… lagipun saya masih suka dan tak serik lagi untuk berniaga…
Cuma kat mana saya nak korek modal? Ingat nak modal meniaga ni sikit ke?!
Dan yg terlintas di kepala waktu tu hanyalah satu cara yang paling mudah, murah dan pantas untuk memulakan perniagaan - INTERNET!
Bermula dengan modal serendah RM45 saya membeli domain UbiKartun.com berserta hostingnya sekali. Lamanweb ini berfungsi sebagai kedai 24/7/365 yg akan mempromosi dan menjual produk serta servis kartun saya kepada seluruh DUNIA…
Sepanjang tempoh permulaan, banyak dugaan dan pengajaran pahit manis yang diperolehi…
Untuk tempoh permulaan lamanweb tersebut dilancarkan, memang tiada respon atau jualan yang diperolehi…
Banyak jugak duit dan masa yang dihabiskan untuk belajar mengenai teknik dan rahsia untuk menjana pendapatan di internet ni…
Muka sekor-sekor bekas kawan-kawan yg dahulunya kawan baik sedang galak mengejek dan mengutuk semakin rancak bermain di kepala…
Dipendekkan cerita sekali lagi, selepas jenuh berusaha, belajar dan adakalanya hampir putus asa, akhirnya pada penghujung 2007 barulah saya mendapat pelanggan pertama saya dari Arab Saudi…
Dan projek tu pun bukan calang-calang projek gak… bisa dan mampu membuat akaun bank saya tersenyum riang sepanjang tahun!
Seronoknya saya di kala tu usah ceritalah… habis satu rumah saya melompat dan berjoget! (jangan sebarkan cerita ni ye…)
Selepas itu boleh dikatakan setiap hari saya mendapat tempahan pelanggan dari pelusuk dunia…
Dan barulah saya percaya bahawa sesungguhnya berniaga di internet ni memang boleh menjana pendapatan yang lumayan!
Baru-baru ini saya ada melancarkan Pakej Kad Raya Kartun Digital, produk digital pertama saya sempena dengan sambutan Ramadhan dan Syawal…
Terus terang cakap, dalam 2-3 hari sebelum hari pelancaran, saya ada sedikit ragu-ragu dengan potensi produk ini dan hampir-hampir membatalkan jualannya…
Ini kerana ini adalah satu produk yang berbeza dengan servis kartun yang biasa saya jual selama ini…
Dinamik dan teknik pemasarannya pasti berbeza kan?…
Mujurlah disaat saya di dalam keadaan yang blur itu, sahabat saya Saudara AMMAR ZAHAR telah memberi saya membaca RahsiaNewbie - ebook terbarunya yang memberi tunjuk ajar rahsia dan teknik yang digunakannya untuk menjual produk digital di internet…
Walaupun sudah suntuk saya sempat juga membacanya dan sempat mengaplikasikan hanya 3 dari 5 teknik di dalam ebook tersebut…
Untuk pengetahuan korang, Ammar Zahar ini bukanlah hensem hebat sangat orangnya…
Beliau hanyalah seorang pelajar universiti yang menjalankan perniagaan internet secara sambilan sahaja…
Walaupun secara sambilan sahaja, beliau sudah berjaya menjana pendapatan beribu-ribu ringgit dengan hanya bekerja di depan komputer cabuk yg dibeli hasil pinjaman PTPTN…
Tapi yang paling mengejutkan ialah beliau baru sahaja memulakan perniagaan internetnya dalam tempoh 3 bulan sahaja… lagi baru dari saya!!
Itulah kata orang tua-tua… ‘Besar jangan disangka bapak dan kecil jangan disangka anak’!
Hasil nasihat dan perkongsian ilmunya itulah saya berjaya mendapat lebih RM1,000 pada hari pertama pelancaran Pakej Kad Raya Kartun saya itu!
Alhamdulillah… terima kasih yg tak terhingga pada mereka yg membeli produk ini dan korang semua yg sentiasa menyokong karya kartun saya!
Kenapalah saya tak kenal dia ni dari dulu lagi? Kalau tidak, tak perlulah saya membazir masa menunggu sampai berbulan-bulan untuk mendapat duit pertama saya diinternet!
Dan berita baiknya, Ammar Zahar kini sudi berkongsi ilmunya dengan korang yang berminat untuk mengikut jejak langkahnya menjana duit dengan pantas melalui internet…
Bagi korang yg dah tak sabar nak tau pasal ebook RahsiaNewbie ni, bolehlah downloadnya si sini…

Berikut adalah review ikhlas saya tentang produk RahsiaNewbie ini…
Ebook ini sangat sesuai untuk newbie ataupun orang baru yg berminat nak menceburi perniagaan internet tetapi masih blur dan tak tau camana nak bermula. Banyak gak teknik yg boleh dikatakan sedikit advance… jadi pada yg dah terel atau perasan terel tu pun digalakkan jugak membacanya… sedikit sebanyak pasti akan ada perkara baru yg korang boleh belajar…
Dipecahkan kepada 5 panduan teknik yang efektif :
- Teknik Cipta Produk - Takde produk camana nak meniaga kan? Jadi teknik pertama ini membongkar cara dan trick untuk mencipta produk anda sendiri.
- Teknik Blog - Ada produk tapi takde lamanweb pun tak guna jugak kan? Teknik ni sangat membantu dari sudut teknikal. Sarat dengan panduan domain, hosting dan setup blog. Panduan menarik trafik yg banyak juga turut disertakan sekali.
- Teknik Email - Teknik mengumpul list subscriber dengan cepat dan mudah. Juga teknik dan trick menghantar email kepada subscriber untuk menjalinkan hubungan seterusnya mendapat kepercayaan.
- Teknik JV - Teknik membodek dan mengipas otai-otai usahawan internet untuk turut sama mempromote produk anda. Lebih ramai yg promote, mungkin lebih ramai yg akan beli!
- Teknik OTO - Teknik sihir untuk membuat pelanggan yg baru sahaja membeli dari laman web akan berbelanja lagi tanpa berfikir panjang… atau dalam bahasa mudahnya, pow pelanggan sebanyak mungkin dalam satu masa!
Keseluruhannya, produk ini boleh dikategorikan sebagai baik walaupun terdapat beberapa kelemahan yg boleh diperbaiki. Cuma untuk orang yg baru dua tiga bulan berniaga di internet, ini adalah satu contoh hasil yg sangat baik. Bahasa yg digunakan adalah santai sekali dan straight to the point.
Apa yang paling penting, teknik-teknik yg ditunjukkan adalah amat berkesan dan praktikal…
Kenapa saya kata begitu?
Kerana saya sendiri sudah melihat hasilnya… Dengan mempraktikkan hanya 3 aje dari keseluruhan 5 teknik yg disediakan, saya dapat menjana jualan lebih RM1,000 pada hari pertama sahaja. Dan saya percaya jumlahnya pasti akan berlipat kali ganda sekiranya kesemua teknik itu dipraktikkan…
Apapun, good job Ammar Zahar!
————————————————————————————-
Berbalik semula pada cerita saya tadi…
Ya, kini saya adalah seorang kartunis yang menjual dan memasarkan perkhidmatan melukis kartun melalui internet secara sepenuh masa… kira boleh dipanggil sebagai usahawan internet jugaklah ye…
Terus terang cakap, saya teramat-amat gembira dan bersyukur dengan kehidupan baru saya ini…
Dengan memilih untuk berniaga di internet, saya kini berjaya memperolehi pendapatan yang lumayan dengan hanya memakai sepender kain pelikat di rumah pada setiap masa…
Saya juga mempunyai banyak masa untuk deting dengan semua awek-awek cun serata malaya diri sendiri dan tidak terkongkong dengan waktu pejabat seperti kebanyakan orang…
Mungkin ada diantara korang di luar sana yang tidak mengerti dan salah faham dengan perniagaan internet ini…
Saya percaya ramai yang menganggap perniagaan internet ini penuh dengan penipuan dan istilah jutawan internet itu hanyalah rekaan semata-mata…
Untuk makluman anda, perniagaan internet ini sama juga seperti perniagaan konvensional… melibatkan konsep jual beli juga… cuma bezanya, segala transaksi dilakukan secara maya…
Dan rasanya mungkin ada juga yang tersalah sangka produk RahsiaNewbie ni adalah satu lagi produk yang menjanjikan wang yang mudah seperti beberapa skim pelaburan internet, skim piramid, 4D (Duduk Diam Dapat Duit) dan skim cepat kaya yang menjanjikan wang datang bergolek dengan hanya goyang kaki sahaja…
Maaf… seperti juga perniagaan konvensional, perniagaan internet juga memerlukan kita bekerja dan berusaha…
Sesungguhnya wang tidak akan datang bergolek begitu saja!
Untuk berjaya kita perlu bijak merebut peluang dan cepat bertindak…
Hanya dengan adanya ILMU dan GURU yang sudi menunjukkan jalan serta berkongsi pengalaman, pastinya perjalanan kita akan menjadi lebih MUDAH dan CEPAT!
Jadi harapnya korang manfaatkanlah peluang ini sebaiknya… bukakan minda, baca dan fahamkan mengenai produk RahsiaNewbie ini secara lebih lanjut di sini…
Akhir kata, semoga kita semua akan menjadi antara mereka yang rajin berusaha dan mengejar ilmu demi kemajuan bangsa dan agama… dunia serta akhirat!
Berjumpa lagi di post yg akan datang,
Ubi
p.s - Lupa nak cakap, walaupun cover produk RahsiaNewbie ini ada menampilkan gambar hero ala-ala Salman Khan, produk ini diyakini tidak mengandungi sebarang unsur-unsur Bollywood yg boleh melalaikan. Sekian, harap maklum.




moralnya jangan ketawakan kawan anda yang sedang sengkek. mungkin selepas ini beliau akan menjadi lebih kaya dari anda yang tetap setia makan gaji…dan masih takut2 untuk cuba berniaga…
[Reply]
wah sungguh menarik perjalanan ceritamu. sesungguhnya aku hanya mengenalimu pada karikatur yang kau terbitkan huhu.
tahniah dalam satu entri ini banyak pengajaran yang aku dapat. insya allah.
[Reply]
[...] Utk pengetahuan, saya pun terlibat dengan JV produk ni… Utk melihat tawaran saya, jemputlah ke blog saya yosh! nampaknya dah 6 tawaran setakat ini… mari kita lihat… siapa yang bakal ada lagi… [...]
wah, tawaran yang menarik gak ni ….. terliur lak saya ubi ooi,…. kekekeke
[Reply]
sungguh sadis ceritamu itu…
boleh buat komik baru tu…
anyway, gudluk ubi…
[Reply]
encik ubi… bila mau buat jv / affiliate untuk kad raya? atau sedang dalam perancangan untuk melaksanakan misi JV?
[Reply]
Salam,
Ubi,
[Reply]
haha, over excited dengan Post Ubi kali ni, sampai tak sempat nak tulis habis komen. Dah terSEND…Anyway, terima kasih banyak2 untuk kerana walaupun jumpa sekali dua je, tapi masih sempat lagi turunkan ilmu biz kartun via online pada saya.What a great MENTOR you are! InsyaALLAH giving&sharing Ubi tu akan melipatkan lagi rezeki Ubi. Great Post!
[Reply]
salam…
hmm..saranan yg amat bagus..! tapi sy kurang berminat kaedah internet ni..lgpun sy takut ngn pembelian dr internet ni..bab guna duit yg dah sengkek..xcukup budgetla..pe2 pun thanks k..kalu sy dh over bdget n ada kmputer sendiri n internet sy mgkin akn cuba..tp skg xde..mana leh guna hak milik company tuk urusan sendiri…tol x ubi..? by da way..Good Luck t U Ubi..
[Reply]
Terima kasih banyak dan selamat hari raya aidil fitri.
[Reply]
Fuhh..saya sungguh terharu tahap Gaban dengan kisah Ubi nih. Memang elok dijadikan pengajaran.
[Reply]
Panjang woo review ko Ubi….
Affiliate rupanya.. Tapi apa2 pun best le ko buat bisnes kat rumah sambil tak perlu kena marah ngan boss…
[Reply]
hehehe…nak berguru ngan ubi ni kengkawan… sifu! ahaks… dah beli dari Ammar, belum dapat lagik..mungkin dia dah balik kampung…hehehe
Selamat raya
[Reply]
Ho ho..
tak sangka kartunis yg aku minat ni ada pengalaman sedih gak dalam perniagaan..
[Reply]
Antara contoh seseorang itu mendapat hasil yang dituai pada musimnya… ubi la tu!
Kesungguhan, sikap istiqamah dan tidak mudah putus asa dipandang oleh-Nya… Itulah lah habuan yang terbest sekali! Terasa manisnya ganjaran itu setelah memerah keringat dan sabar dlm menempuh setiap sesuatu…
persetankan org yg ketawakn bro Ubi… sebenarnye diorang jeles dgn bakat dan kelebihan yg ade kat Ubi…
teruskan usaha! Seonok jadi bro Ubi…. Saya hrp saya pun dapat kekuatan yg ade pada diri brader Ubi tu…
*wink2*
[Reply]
bestlah cite. keep up blogging!!!
[Reply]
kalo nak jual baca cacing guna newbie ni agak2 boleh tak?saya ader buat projek ni kecil-kecilan…
kalo berminat nak beli boleh la call 0192225819 sekitar kl boleh hantar terus ke premis…jangan jauh dari kawasa keramat dah ler….heheheheh
[Reply]
Emm.. lepas baca artikel ni semngt nak berjaya jadi berkobar2 balik…
[Reply]
semoga kartunis ubi boleh jadi macam Dato Lat
tak pun lagi bagus sebab Dato Lat tak jual hasil seni online
[Reply]
Hallu brader Ubi,
part review yang atas-atas tu aku boleh tahan lagi la. tapi part yg last bila masuk Salman Khan tu yang aku rasa macam tak dpt nak masuk dek akal aku ni warhahahaha
Aku rasa pembuat produk ni patut kena saman dgn Menteri Perdagangan Dalam Negeri kerana tidak menggunakan buah, eh, model tempatan sebagai maskot produk hehe..
[Reply]
Ubi,
sodih botul eden baco cerito ubi nih…takpo, dah kayo nanti buleh golak bosar..hahahaha….tapi konolah
’sonyum dan ceria selalu’
[Reply]