• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Download Wallpaper/Screensaver Kartun Ubi
» Email Bangang Minggu Ini II

Aku, Bola dan Iklan

Jul15
2008
24 Komentar Oleh Ubi

Saya memang semulajadi seorang kaki bangku yang diiktiraf ramai…

Dan kerana itulah saya tak pernah minat dengan bola…

Jangan mengada-ngada nak borak topik bola dengan saya. Dan lagi bodohler sesapa yg nak ajak saya join team bola atau futsal diorang (kecuali kalau dah jual game kat bookie…).

Saya tak pernah nak ikut dan amik tau pasal EPL, Spanish League dan apa-apa lagi liga bolasepak dalam dunia ni… apatah lagi Liga M!

kartun bola

Tapi keadaan berbeza bila tiba musim Euro dan World Cup…

Memang bila tiba dua kejohanan besar ni, kebanyakan gamenya saya akan cuba tak nak miss. Tiap-tiap pagi berjaga sampai mata pun dah jadi macam kerang!

Baru ni telah berlangsung Euro 2008. Dan seperti yg telah diakui, saya yg lemah ini telah terpedaya lalu terjerumus dengan aktiviti me’ngerang’kan mata ini sekali lagi…

Pada mulanya saya yg kaki bangku dan tak minat langsung pasal bola ni, memang tak berniat langsung nak amik tau pasal kejohanan Euro 2008 ni. Takde pun benda ni dalam list things to do atau things to watch dalam jadual harian…

Sesungguhnya media massa banyak memainkan peranan dalam keterjerumusan saya dalam demam Euro 2008 ni. Mana taknya, asal bukak TV je mesti tengok iklan pasal Euro… belek sokaba pun sama jugak – Euro! Euro! dan Euro lagi!

Banyak syarikat korporat gergasi sangat ‘bermurah hati’ menjadi penaja kejohanan berprestij ni. Samada syarikat telekomunikasi, makanan segera, institusi kewangan, air gas maupun minuman tongkat ali – semuanya berebut-rebut nak berhabis duit mengaitkan produk mereka dengan Euro 2008!

Teruja dengan Euro 2008 kerana pengaruh iklan, saya pasti mereservekan diri untuk lepak di kedai mamak seawal jam 2 pagi setiap hari (takut terliwatlewat). Sengaja saya pilih nak menonton di kedai mamak kerana suasananya yg sangat kena dengan demam Euro ni. Rata-rata pengunjung terdiri daripada kaki bola dan ‘peminat sementara’ (seperti saya). Sememangnya bila menonton perlawanan beramai-ramai dengan skrin besar sambil pekena teh tarik dan roti canai mamak yg dicampur kas-kas dan ilmu pelaris menyemarakkan lagi bahang dan semangat Euro ni.

Memang diakui saya sangat terhibur dengan semua perlawanan. Saya sendiri tak sangka seorang yg selalunya tak minat bola seperti saya ni akan bersorak dan menjerit seperti seorang peminat fanatik (kadang-kadang terover dari yg lain).

Selain daripada bola, saya jugak terhibur dengan gelagat penonton yg terdiri dari pelbagai bangsa dan ragam. Gelihati gak tengok ada yg tertidur sampai berdengkur, bangla-bangla yg datang beramai-ramai dengan pakai kain pelikat je, awek-awek kebosanan di sebelah boyfriend (tulah sapa suruh ikut?), mamak yg sibuk mengira untung yg lebat (sambil sorok tisu dalam laci) dan bermacam-macam ragam lagi.

Yang paling tak boleh dilupakan adalah masa time final German lawan Spain ari tu. Waktu game nak start aje, tiba-tiba aje seorang mamat dengan rambut ala-ala Beckham tegur saya…

“Ni German lawan England ye?”, tanyanya dengan penuh konfiden.

Saya dengan mulut tersenget-senget menahan gelak menjawab, ” Tak, German lawan Spain”.

“Ingatkan England pasal pakai jersey merah…”, jelasnya untuk mengcover malu sambil membetulkan jambul Beckhamnya itu.

Dan sepanjang tempoh first half, mamat tadi akan sibuk bertanya macam-macam hal remeh temeh berkaitan perlawanan dan rules bolasepak. Dan dengan sabar saya berusaha menjawab segala kemusykilan ‘Beckham Malaya’ tersebut.

Terfikir saya, “Banyak soal plak mamat ni… aku letup ko pakai C4 kang! Ingatkan aku ni teruk pasal bola… rupanya ada lagi yg teruk jahil dari aku…”.

Cuma yg tak boleh dinafikan, saya memang amat berpuashati dengan persembahan semua pemain dan pasukan tak kira yg menang maupun yg kalah… semuanya menampilkan permainan tahap profesional dan antarabangsa.

Penuh dengan drama, emosi dan debaran – itulah rumusan saya untuk persembahan mereka.

Banyak keputusan yg tak disangka terbit dari kejohanan ini…

Banyak pasukan kerdil yg berjaya membenamkan pasukan gergasi…

Banyak pemain baru yg dispekulasikan bakal menjadi bintang (dan menjadi jutawan)…

Banyak jugak duit saya habis masuk ke akaun mamak…

Besar sungguh pengaruh permainan bolasepak. Patutler ia diiktiraf sebagai sukan yg paling popular di muka bumi.

Sekarang fahamlah saya kenapa seorang pemain boleh dibayar berjuta-juta kerana skil permainannya…

Saya sudah faham kenapa permainan ini menjadi kegilaan berjuta-juta manusia…

Saya sudah faham kenapa syarikat korporat begitu bermurah hati menaja kejohanan bolasepak ni…

Saya jugak sudah faham kenapa mamak sentiasa tersenyum riang bila musim bola tiba…

Hmmm….

Cuma satu saja yg saya tak puashati…

Memang betul-betul tak puashati!

Kenapalah sepanjang tempoh saya melepak dan menonton bola tu, takde nampak sorang pun ‘awek cun kaki bola’ yg macam iklan McD kat bawah ni?

Ciss!

Penipu punya iklan!!

Kategori Kartunis pun manusia, Umum - Tag awek cun, bola, Euro 2008, iklan, Kartunis pun manusia jugak, kartunis ubi
Similar posts
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi buk...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Bravo Harimau Malaya! — Perlawanan yang su...
  • Abang Ubi ni pemalas betul! — Ya… Abang Ubi...
  • Jangan Pandang Belakang Anjing… — Berdasarkan kisah ...
« Download Wallpaper/Screensaver Kartun Ubi
» Email Bangang Minggu Ini II

22 Komentar Setakat Ini

  1. Kucing_itam's Gravatar Kucing_itam
    July 15, 2008 at 6:52 am | Permalink

    Hmmm bola?? bebola ikan ke?? huhuh…

    Sy pn xde la minat tonton bola… sebab mate sy ni susah sgt nak paksa jadi kerang sebagaimana ubi… kalo berjaga pun semata-mata untuk siapkan assignments…huhuhu…

    tapi kalo boring duduk rumah sengsorang, bola Euro 2006 warne kuning milik abg saye gak yang jadi mangsa sepakan padu kucing itam… Hehe… main sepak2 kat tembok (sbb main sorang2, kalo sepak kat tembok nnti bola tu lantun balik kat kite… kire ade respon la gak!) hehehe…

    tp, jarang gak tengok laki melayu kaki bangku… Lagi2 yg macho(kottt??) mcm brader UBI…ekekeke (dah puji ni, bg le sesinggit dua)…

    Reply
    • Noorizam Shah's Gravatar Noorizam Shah
      July 16, 2008 at 7:00 am | Permalink

      gua layan bebola api je..

      aku sama juga dengan ubi. tak pandai sgt main bola..

      haha

      Reply
      • Ubi's Gravatar Ubi
        August 4, 2008 at 10:50 pm | Permalink

        hahaha… ingatkan aku sorang jer… :D

        Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      August 4, 2008 at 10:48 pm | Permalink

      takpelah… kasi org lain terel main bola… saya dok diam-diam lukis kartun jer…

      Reply
  2. megat's Gravatar megat
    July 15, 2008 at 6:04 pm | Permalink

    bro lu sama mcm gua la bro. bukan fanatik sgt dgn bola nie (tapi tak la kaki bangku) tapi bila ada event besar camni gua akan turut lepak sama dgn memember kaki bola. bola ikan gua sapu la ehehe.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      August 4, 2008 at 10:51 pm | Permalink

      nnti lain tahun punya event, kita lepak sama2 plak!

      Reply
  3. aju's Gravatar aju
    July 16, 2008 at 2:10 pm | Permalink

    En UBI.. haha.. sambil2 cerita last skalik ble wat lawak lak.. dasar kartunis! haha..
    agak2 kalu jumpa awek yg melepak tgk bola kat kedai mamak 3,4 pagi.. nak ke bawak blik umah tunjuk kat mak sebagai bakal menantu? jgn silap bawak pon*&anak balik cukup le..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      August 4, 2008 at 10:56 pm | Permalink

      hehehehe… :)

      Reply
  4. videono's Gravatar videono
    July 17, 2008 at 2:08 pm | Permalink

    huhu..cite pasal bola plak ye ubi..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      August 4, 2008 at 10:57 pm | Permalink

      saja je ubah angin…

      Reply
  5. zool's Gravatar zool
    July 19, 2008 at 9:23 am | Permalink

    Aku memang minat bola..
    tapi time EURO ari tu tak dapat nak layan semua…
    almaklumlah keje pagi,…
    lagi satu bro ko tgk komen budak ni…
    http://ligakampung.com/blog/blog-kartunis-ubi/#comment-7829

    Tolong jawabkan.. dia salah channel lah ..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      August 4, 2008 at 11:30 pm | Permalink

      dah… rasanya dia dah sampai sini dan dah subscribe sekali komik

      Reply
  6. zaidi's Gravatar zaidi
    July 21, 2008 at 4:43 pm | Permalink

    walaupun ko tak minat dan tak pandai main bola, tapi aku tengok muka ko sebijik mcm ronaldo..naper ye? tp bukan ronaldo yg main dgn mu tu, tp yg main dgn brazil tu…(jgn marah aa..)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      August 4, 2008 at 11:31 pm | Permalink

      mana-mana ronaldo pun okay… dua-dua byk duit ngan ada awek model!

      Reply
  7. afif's Gravatar afif
    July 22, 2008 at 3:59 pm | Permalink

    hahahahahahahahahahahahahaha…….

    btul2 sy sokong sngt tu…^_^

    iklan McD mmg sukar utk dipercayai..

    Reply
  8. sihatsokmo's Gravatar sihatsokmo
    July 23, 2008 at 8:55 am | Permalink

    laa…kaki bangku rupanya kau ni ubi…abih sukan apa yg kau terer??

    kalau kau kaki bangku, mesti kau terrer sukan yg menggunakan tangan…mcm badminton ke…boling ke…snooker ke…tak pun konda-kondi… :D

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      August 4, 2008 at 11:33 pm | Permalink

      ntahlah… mungkin Tuhan suruh aku lukis kartun je kot…

      Reply
  9. cuteaslina's Gravatar cuteaslina
    July 25, 2008 at 7:59 am | Permalink

    haha!! awek2 minat bola cam saye nih tengok bola kat umah jer…kat estro jek…haha!! memang layan…siap oder McD delivery lagi…duk plak umah sewa…mana ader mak2/makcik2 nak marah2 anak dara tgk bola tgah2 malam…lagipun nak kuar memalam pun scary jer…heh!!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      August 4, 2008 at 11:34 pm | Permalink

      elokler camtu… heh! :D

      Reply
  10. bd fabregas's Gravatar bd fabregas
    August 22, 2008 at 11:39 pm | Permalink

    ape itu bola??
    bola jaring atau bola baling??
    hehehe, tipu la kalo aku kata aku x minat bola..

    Reply
  11. rovlizaru's Gravatar rovlizaru
    October 30, 2008 at 1:35 pm | Permalink

    aku pon sama gak boleh tahan bangku nyer.walopon aku keje selaku guru yg smat,aku x reti main bola.kalu bebudak tnyer,aku akn jwb,”cikgu dh puas dh main bola dulu”.hahahaha.padahal kebangkuan aku dah terserlah sjak zmn kanak2 riang lg.ko nih ubi, x abih2 tpngaruh dgn iklan.mcm kanak2 tpngaruh ngan iklan ding dang lak.hahaha.

    Reply
  12. adam's Gravatar adam
    March 24, 2009 at 3:37 am | Permalink

    aku ni main bola sepak xbrape pandai tapi main rugby pandai la..nak kate aku suke tgk game bola xla jgak..kadang2 je..paling xbest tgk liga M..tah ape2 main..bkan nak ktuk negara sndri tp pemain die mmg main tah ape2..apa da iklan ni banyak tipu dari betul nye jd jgan la kte t’pngaruh ngan iklan..

    Reply
  1. Kartun TV Kegemaran Ubi | Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on March 31, 2009 at 7:18 pm
  2. Bravo Harimau Malaya! | Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on November 25, 2011 at 4:13 pm

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site