Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 2

Nota: Ini adalah bahagian terakhir sambungan daripada:

JULAI 2009

Bulan ini menyaksikan saya asyik mengadap lapangan terbang kerana sibuk menerbangkan diri ke serata Malaya demi menjayakan worksyop untuk program Mobile Content Challenge 2009 anjuran Maxis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

Sebagai partner, saya diberi peranan sebagai salah seorang speaker di setiap worksyop program ini. Workyop yang diadakan di 6 buah negeri ini bertujuan untuk memberi  penerangan dan pendedahan kepada para peserta tentang objektif serta halatuju program ini.

Di setiap worksyop yang diadakan, saya telah berkongsi segala pengalaman saya sebagai pencipta kandungan/content provider untuk telefon mudah alih di Malaysia. Mungkin dengan perkongsian tersebut mampu memberi inspirasi dan semangat kepada pelajar-pelajar universiti untuk menceburi bidang ini sebagai usahawan tekno (teknopreneur).

Lokasi pertama worksyop adalah di Sofitel Palm Resort & Golf Johor Bahru, Johor (20 Julai 2009).


(Antara peserta worksyop Johor Bahru)


(Ubi sedang menipu peserta worksyob dengan khusyuk sekali)


(Sessi soal jawab antara peserta dan speaker)


(Ubi memberi tips tentang cara mendapat idea menggunakan lighter sebagai contoh)


(Buat lawak sambil kontrol serius)


(Orang kuat MCC 2009. Dari kiri – Asri Sahalan/FourthScreen;  Muthu Nedumaran/Murasu Systems;  Rostam Hashim/Maxis;  M.Nizam Karim/Maxis;  Ahmad Naim Jaapar/Talent Development Corporation;  Ubi/KartunisUbi.com & Nuraizah Shamsul Baharin/CWorks Mobile)


(Peserta dan speaker kontrol hensem serta ayu di petang hari)


(Sessi autograf dan melayan peminat-peminat)

Destinasi seterusnya adalah Pulau Pinang. Lokasi – Hotel Cititel Penang (23 Julai 2009).


(Saja je riak tayang gambar kapal terbang ni… 😛 )


(Berangan konon-kononnya artis melambai pada peminat yang menyambut di airport)

Kami sampai di Pulau Pinang sehari sebelum acara worksyop berlangsung. Selepas check in kami semua layan pekena sup dan pasembor yang kononnya femes kat sana. Acara diteruskan dengan mengushar anak-anak mami yang kononnya cun di sekitar bandaraya Pulau Pinang.


(Sessi pendaftaran peserta worksyop di waktu pagi)


(Sedang resah gelisah dan berdebar-debar menunggu giliran untuk memberi ucapan)


(Giliran peserta Pulau Pinang pulak ditipu oleh Ubi)


(Tak tau samada diorang ni gelak pasal lawak atau kesentulan Ubi… 😉 )


(Barisan speaker & hos MCC Penang 2009)


(Giliran peserta Penang pulak kontrol hensem dan ayu. 😉 )

Sebelum sempat berehat dan deting dengan awek-awek kat KL, sekali lagi saya terpaksa menerbangkan diri. Lokasi kali ini pula adalah di Grand Continental Hotel, Kuala Terengganu (27 Julai 2009).


(Gambar kat LCCT sebelum berlepas ke Kuala Terengganu.)


(Pintu masuk ke airport Kuala Terengganu. Masih lagi kukuh dan tidak runtuh ketika berita ini ditulis.)

Seperti di Pulau Pinang, kami sampai sehari lebih awal di Kuala Terengganu. Petang itu diserikan dengan aktiviti makan keropok losong sampai kembung. Acara diteruskan dengan mengusyar awek-awek Terengganu yang kononnya manis tu di Pantai Batu Burok, manakala kumpulan kaum hawa pula mengambil kesempatan menghabiskan wang ringgit di Pasar  Payang.

Kali ini program sedikit meriah kerana kehadiran peserta yang melebihi jangkaan. Lapan buah universiti dan kolej turut serta dalam worksyop di pantai timur kali ini – Universiti Malaysia Pahang (UMP), University Malaysia Terengganu (UMT), Multimedia College (Eastern), Terengganu Advanced Technical Institute (TATI), Open University Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Teknologi Malaysia dan Ranaco Education and Training Institute.

(Sebahagian peserta di worksyop Kuala Terengganu.)


(Sebahagian daripada gimmick dan aksi sarkas ketika menyampaikan ucapan.)


(Memenuhi permintaan peserta yang mahu melihat Ubi melukis kartun secara live.)


(Sewaktu sessi soal jawab di hujung acara worksyop)


(Giliran untuk acara kontrol hensem dan ayu beramai-ramai di Kuala Terengganu.)


(Terpaksa tangkap gambar dua kali kerana tak muat stage. 😛 )

Habis di Kuala Terengganu, acara worksyop di Kuala Lumpur menanti pula. Lokasi – Sime Darby Convention Centre (30 Julai 2009).

Worksyop kali ini sedikit menyenangkan kerana diadakakan di Kuala Lumpur sahaja dan tak perlu bersusah payah menerbangkan diri. Worksyop kali ini juga melibatkan ramai speaker baru dari Maxis. Mungkin pasal lokasinya kat Kuala Lumpur, maka ramailah orang-orang besar Maxis dapat turut serta.

Oleh kerana ramai speaker baru yang terlibat, maka sessi penyampaian saya telah dipendekkan kepada beberapa minit sahaja (heh… senang kerja aku! 😀 ). Dan kerana worksyop kali ini adalah jatuh pada hari Khamis, maka kami para speaker diwajibkan untuk memakai baju batik kerana hari Khamis adalah hari baju batik bagi pegawai kerajaan (heh… macam belialah pulak! 😐 ).


(Banyak juga peserta yang terdiri daripada pelajar asing yang belajar di sini.)


(Sedang lepak selepas habis giliran penyampaian.)


(Seperti biasa, gambar kontrol bersama peserta worksyop…)


(Dan seperti biasa, sessi layan peminat juga akan turut ada dalam worksyop ini. :) )

OGOS 2009

Awal bulan Ogos ini saya sibuk menyiapkan beberapa kerja yang terbengkalai kerana sibuk terbang pada bulan lepas. Banyak juga tempahan karikatur yang terpaksa dilambat atau dibatalkan. Jutaan terima kasih buat mereka yang faham akan keadaan saya ini. 😉

Acara bulan ini diteruskan dengan worksyop Mobile Content Challenge untuk peserta Sabah pula (10 Julai 2009). Cuma kali ini saya terbang lambat sedikit daripada speaker-speaker yang lain kerana menghadiri Konsert Kembara Seniman Jamal Abdillah di Istana budaya pada 9 Ogos yang lalu.

Seperti biasa, saya juga mendapat tiket percuma untuk konsert ini, yang ditaja oleh orang yang sama yang menaja tiket konsert Siti Nurhaliza untuk saya sebelum ini.


(Sedang menunggu giliran untuk mendapat autograf original daripada abang Jamal)


(Tersengih gembira selepas mendapat autograf abang Jamal.)

Sebenarnya saya dari kecik lagi memang minat kat lagu brader Jamal ni. Dulu mak saya (juga peminat Jamal) sering memutarkan lagu Jamal Abdillah pada setiap hari sampai kaset naik haus. Mungkin kerana itulah, secara tak sedar saya juga terpengaruh untuk minat dengan suara dan lagu Raja Pop Malaysia ni.

Inilah kali pertama saya pergi ke konsert dan mendengar Jamal Abdillah menyanyi secara live. Memang saya terkejut dengan kehebatan suaranya itu… lebih 10 kali lagi power daripada yang dalam CD! Suaranya itu jugak sangat menusuk kalbu sewaktu menyanyikan lagu-lagu balada. Saya perasan ramai makcik, kakak, adik dan abang-abang yang gagah perkasa menitiskan air mata sewaktu Jamal mendendangkan lagu-lagu tersebut… oh!

Dan satu lagi yang mengejutkan saya adalah karakter abang Jamal yang tersangat pemalu. Walaupun ligat di pentas, namun beliau kelihatan sangat malu dan berat mulut ketika sessi autograf melayan peminat-peminat. Walauapapun, saya ucapkan tahniah atas persembahan yang sangat power daripada abang Jamal di konsert malam tu. Caya lu bro!

Pagi hari berikutnya baru saya bertolak ke LCCT untuk terbang ke Sabah. Saya sampai tepat jam 1 tengahari dan terus bersiap sedia untuk sessi penyampaian saya pada jam 2 petang.

Harap maaf kerana tiada gambar untuk sessi di Sabah kali ini. Ini kerana jurukamera yang terbabit terpadam semua gambar tersebut dari kameranya.

Sebaik selesai minum petang dan acara sain autograf untuk peminat, kami semua terbang pulak ke Sarawak untuk sessi worksyop di sana pula.

Lokasi di Sarawak pula adalah di Hotel Grand Margarita, Kuching (12 Ogos 2009).

Kali ini kami sampai 2 hari lebih awal. Masa yang ada dihabiskan dengan berjalan di sekitar bandar Kuching sambil menikmati mee kolok, laksa Sarawak, teh tarik Sarawak (lupa dah namanya) dan beberapa hidangan lain yang cuma boleh di dapati di Sarawak. Seperti biasa, acara ini juga diserikan dengan mengushar awek-awek Sarawak yang cun-cun belaka tu. 😎


(Cik Farah – orang kuat komitee MCC. Sudah tidak single lagi pada saat berita ini ditulis )


(Sebahagian peserta untuk worksyop Sarawak.)


(Giliran memperdayakan peserta Sarawak pula…)


(Gambar terakhir kontrol bersama peserta worksyop MCC 2009)

Maka dengan itu berakhirlah worksyop Mobile Content Challenge untuk 2009. Jutaan terima kasih kepada komittee, speaker dan juga para peserta worksyop. Terima kasih juga buat Encik Rostam (Maxis), Encik Nizam (Maxis) dan Cik NurAizah (CWorks) kerana sudi menjemput saya untuk turut sama menjayakan worksyop ini. Semoga kita akan berjumpa lagi dalam worksyop yang sama di tahun akan datang! 😀

Seterusnya, pada Ogos ini saya telah melancarkan semula Pakej Kad Raya Kartun Digital sempena dengan kedatangan ramadhan dan syawal. Alhamdulillah, penjualan pada tahun ini telah mengatasi pada tahun sebelumnya. Jutaan terima kasih buat anda yang menyokong! Lu memang best!! :)

SEPTEMBER 2009

Tiada apa yang istimewa pada bulan ini… hanya sibuk dengan promosi Kad Raya Kartun dan melukis kartun di studio sahaja.

Di hujung bulan ini juga kita umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bersempena dengan cuti ini, saya pulang ke kampung saya di Kuantan untuk berhari raya bersama ibu dan adik beradik.

OKTOBER 2009

Niat di hati ingin bercuti lama di kampung tetapi saya perlu menghadiri bengkel untuk peserta-pesert yang layak ke peringkat akhir untuk pertandingan Mobile Content Challenge 2009. Kalau di worksyop sebelum ini saya dilantik sebagai speaker, di worksyop ini pula saya dilantik sebagai penasihat GUI (Graphic User Interface) untuk aplikasi telefon mudah alih yang bakal dibangunkan oleh  para peserta.

Bengkel yang diadakan selama 3 hari ini bertempat di Parkroyal Hotel Bukit Bintang. Dan selama 3 hari ini jugalah saya berkampung dan makan tanggung di hotel lima bintang ini. Di bengkel ini juga saya dapat berkenalan dengan ramai lagi awek-awek cun otai-otai industri mobile di Malaysia. Terima kasih sekali lagi kepada pihak Maxis dan SKMM atas kepercayaan mereka!

NOVEMBER 2009

November ini menyaksikan saya sekali lagi terlibat dalam shooting untuk TV. Kali ini adalah untuk rancangan game show ‘Ewah-ewah’ terbitan TV3.


(Barisan kartunis yang terpedaya untuk masuk rancangan ewah-ewah.)

Untuk melihat aksi sentul saya dan beberapa kartunis terkenal tanahair, sila baca cerita penuhnya di sini >>>

Beberapa hari sebelum raya korban, saya dan dua orang lagi sahabat saya telah dijemput untuk menjayakan bengkel  di Politeknik Ungku Omar di Ipoh. Seminar yang berkaitan dengan teknik blogging dan pemasaran internet ini dihadiri oleh pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Runcit.

(Saudara Saharudin sedang menggoreng tentang overview konsep pemasaran produk dan servis melalui internet.)


(Selain teori, bengkel ini turut memberi latihan praktikal on the spot.)


(Para pensyarah juga terlibat belajar sekali… ho! ho! ho!)


(Saudara Asri Al-Baker sedang menipu tentang cara blogging.)

Tiga hari kami lepak makan tanggung di sana. Selesai acara, saya pun terus pulang ke kampung saya di Kuantan untuk menyambut Hari Raya Haji.

DISEMBER 2009

Dalam bulan ini saya hanya lepak di kampung sambil menyiapkan beberapa lukisan kartun untuk projek MMS komik bersama Maxis. Insyaallah, selepas ini anda semua boleh membaca komik saya terus daripada handphone anda sahaja. Sekarang ini masih dalam peringkat percubaan. Setelah semuanya selesai nanti, akan saya umumkan kepada anda semua.

Dalam bulan ini juga saya telah berjaya memulakan satu page istimewa untuk anda sebagai peminat Kartunis Ubi di Facebook.

Dengan kemunculan page ini, anda yang merupakan peminat kartun saya boleh berinteraksi dan bersosial bersama saya di internet. Alhamdulillah, kini peminat yang berjaya dihimpun sudah mencecah hampir 5,000 orang. Sekiranya anda ada akaun Facebook, bolehlah jadi peminat dan kawan saya di http://www.facebook.com/KartunisUbi

Rasanya setakat ini saja rumusan mengenai beberapa aktiviti liar saya sepanjang 2009. Sekiranya ada apa-apa kekurangan dan salah silap saya sepanjang 2009 ini, haraplah dimaafkan.

Untuk makluman, untuk projek 2010 saya telah menyiapkan beberapa produk dan karya kartun terbaru saya untuk tatapan anda semua. Jika tiada aral melintang, insyaallah akan saya umumkan kepada anda semua bila masanya tiba nanti.

Semoga kehadiran tahun baru 2010 ini akan membuka lebih banyak lagi peluang dan harapan baru untuk kita semua, Amin! :)

Akhir kata, Selamat Tahun Baru (belum terlambat rasanya…) dan jangan makan gula banyak-banyak di tahun ini!

😎

Komen dan Pendapat Anda?

14 thoughts on “Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 2

  1. KALO dah publish komik tu jangan lupa
    bgtau ye..dah lama sgt tgg karya UBI ni
    sejak ADV abis…
    taun 2010 ni…cuba2 lar kawinkan diri anda..
    aihhh..asyik usha awek je (aku pun apa kurg,kui3x)

    1. Mesti beritau punya! :)
      Kawin? Dalam poket ada RM14 je… Camana nak pinang anak dara orang? Kang jadi cam Kassim Selamat pulak… 😆

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *