• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Nak Derma Pun Fikir Dua Kali…
» Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 2

Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 1

Jan07
2010
14 Komentar Oleh Ubi

Tahun 2010 sudahpun menjengah… dan secara automatik, 2009 sudah pun pergi meninggalkan kita dan pastinya takkan kembali lagi.

Walaupun kita mungkin akan seronok dan teruja memandang perempuan cantik dan seksi kehadapan, ada masanya kita perlu juga memandang awek atau bini sendiri ke belakang semula untuk muhasabah diri…

Jadi untuk entri tahun baru ni, saya ingin mengajak anda melayari beberapa aktiviti liar saya yang mungkin menarik sepanjang tahun 2009 (kira macam greatest hitslah ni…) :razz:

JANUARI 2009

Permulaan 2009 adalah tidak berapa best buat saya kerana ditimpa kemalangan sewaktu merempit kira-kira dua minggu sebelum tahun baru. Boleh baca cerita tak berapa sedih ni di sini >>>

Selepas insiden tersebut, saya lebih banyak menghabiskan masa emas di rumah menonton sinetron. Aktiviti mengartun terpaksa direhatkan seketika kerana kecederaan di tangan yang memaksa saya untuk berehat seketika.

Walaupun dalam keadaan begitu, saya sempat juga bekerjasama dengan Cik Azzah menyiapkan satu projek kartun berkenaan PLKN  hasil tulisan beliau berjudul Celoreng Biru.


(Sekadar gambar hiasan – tiada kena mengena dengan cerita)


(Gambar betul – memang ada kena-mengena dengan cerita ini…)

Sepertimana yang anda tahu (ataupun tidak), PLKN ini adalah satu program untuk remaja lepasan sekolah, hasil buah fikiran Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak.

Apa yang menarik tentang Celoreng Biru adalah, ia lebih banyak bercerita mengenai REALITI dan PENGALAMAN SEBENAR peserta yang terlibat dalam program tersebut. Cik Azzah yang juga bekas jurulatih PLKN berjaya menggarap segala pengalaman tersebut menjadi satu himpunan cerita yang menarik dan menghiburkan.

Cerita banyak pun tak guna… kalau nak baca, silalah dapatkannya dengan kadar segera di sini >>>

Terima kasih untuk Cik Azzah kerana sudi bekerjasama dan faham dengan kelembapan saya akibat dari kecederaan merempit tersebut. Harapnya tak serik untuk bekerjasama dalam projek lain di masa akan datang. :D

FEBRUARI 2009

Tiada apa pun yang menarik sepanjang bulan ni… hanya sekadar sibuk bersubahat menyiapkan tempahan karikatur untuk sang-sang pencinta agung dari seluruh dunia sempena dengan sambutan hari Valentine.

MARCH 2009

Masih lagi tiada apapun yang menarik… sekadar lepak rumah lukis kartun dan mengorat awek-awek sekitar Malaya di masa lapang.

APRIL 2009

Bulan ni saya pergi ke Kuala Terengganu untuk menjayakan program melukis karikatur untuk Mercedes Benz sempena dengan sambutan F1 di Litar Sepang. Juga tiada apa-apapun yang menarik… hanya sekadar melepak dan melancong makan angin sambil disponsor oleh Mercedes Benz Malaysia. Untuk cerita lebih lanjut lagi mengenai acara makan tanggung ini, bolehlah bacanya kat sini pulak >>>

Balik dari acara tersebut, saya singgah pulak ke kampung saya di Kuantan, Pahang. Di sana acara makan tanggung oleh mak saya pulak berlangsung selama lebih kurang dua minggu lebih.

Di sebalik acara makan tanggung tersebut, saya sempat juga menyiapkan satu projek kartun untuk kempen keselamatan kanak-kanak dari menjadi mangsa manusia-manusia durjana tajaan sebuah syarikat alatulis yang terkemuka di Malaysia.


(Komik kempen keselamatan kanak-kanak 1)


(Komik kempen keselamatan kanak-kanak 2)

Kempen keselamatan yang disampaikan menggunakan komik di atas ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak sekolah tentang bahaya orang yang tidak dikenali. Semoga dengan cara ini akan dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran anak-anak dan adik-adik kita yang tidak berdosa tentang bahaya dunia di luar sana tu… insyaallah!

Heh… sapa cakap komik hanya sekadar hiburan semata-mata dan tak bermanfaat langsung? ;)

Sekembalinya ke Kuala Lumpur, saya dengan sengajanya telah terlibat sekali lagi dengan acara makan tanggung yang menjadi kegemaran ramai tu…

Cuma kali ni acara makan tanggung tersebut turut diserikan dengan acara persembahan oleh biduanita negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Baca cerita acara makan tanggung penuh gilang gemilang ni di sini >>>

MEI 2009

Saya telah diundang sebagai tetamu di dalam rancangan Malaysia Hari Ini terbitan TV3. Dalam rancangan tu saya bercerita mengenai servis melukis karikatur online saya. Sesi temuramah ini dijalankan dengan jayanya oleh Ahmad Fedtri Yahya.

Sejak dari hari itu, saya sentiasa gelisah untuk berjalan ke sana ke mari kerana orang ramai sudah mulai mengenali saya dan sering diajak bergambar serta menandatangani autograf :cool: (sila abaikan perenggan ini kerana ianya adalah palsu dan perasan belaka…).


(Ahmad Fedtri dan Abby Fana. Ditangkap curi semasa sedang menunggu giliran untuk sesi temuramah)


(Kontrol macho masuk TV…)


(Gambar bukti pernah diinterview Ahmad Fedtri untuk tatapan orang kampung)


(Bilik penerbit MHI TV3)

Terima kasih diucapkan buat Encik Azlee Chempiang (penolong penerbit) kerana kesudian menjemput saya untuk menjadi tetamu program ini, seterusnya menjadikan saya popular dan dipandang tinggi oleh awek-awek di kampung! Hehehe… baru korang tau sapa aku!! :cool:

Pada bulan ini juga saya telah menganjurkan satu pertandingan di blog ini sempena dengan pelancaran Mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen. Walaupun ini kali pertama menganjurkan pertandingan dan hadiahnya pun taklah segrand mana, alhamdulillah sambutan adalah amat menggalakkan!

Hampir 500 penyertaan yang berupa komen di blog yang diterima. Kepada pemenang, tahniah diucapkan. Pada mereka yang tak berjaya, ribuan terima kasih kerana sokongan dan penyertaan anda… semoga tidak akan putus asa dan berani mencuba untuk peraduan lain di masa akan datang! ;)

JUN 2009

Mengikut perancangan, Mug Edisi Terhad ini sepatutnya dilancarkan pada awal Jun. Namun kerana masalah teknikal yang melanda (deting, tidur, berpoya-poya, lepak tembok) akhirnya pada 8 Jun 2009 barulah produk ini berjaya dilancarkan.

Alhamdulillah, sambutan adalah amat menggalakkan. Kesemua 300 set (600 biji) mug tersebut habis licin dipinang dalam tempoh 2 minggu pelancarannya. Terima kasih buat mereka yang sudi menyengkekkan diri untuk mendapatkan produk edisi terhad ini! Saya percaya anda semua pasti berpuas hati dengan produk yang diterima ini! :cool:

Untuk cerita penuh tentang perjalanan jualan produk ini, sila bacanya dengan tenang di sini >>>

============================================================

Untuk cerita aktiviti liar saya sepanjang Julai hingga Disember 2009, sila baca sambungannya di sini >>>

Kategori Bulletin, Kartunis pun manusia, Umum - Tag ahmad fedtri yahya, aku dia & volkswagen, Bulletin, karikatur, Kartun, Kartun Ubi, Kartunis pun manusia jugak, kartunis ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang, malaysia hari ini, mhi, Motivasi & Muhasabah Diri, mug kartun, produk ubi, rempit, Review, terengganu, tv3, zurina
Similar posts
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi buk...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Kartun hari Jumaat II — Ibarat pepatah Me...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampa...
  • Jangan Pandang Belakang Anjing… — Berdasarkan kisah ...
« Nak Derma Pun Fikir Dua Kali…
» Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 2

13 Komentar Setakat Ini

  1. lefthanded's Gravatar lefthanded
    January 7, 2010 at 1:16 pm | Permalink

    Waaaahh…baru jumpa! best33
    mmg rindu la kat karya2 ubi

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      January 7, 2010 at 2:40 pm | Permalink

      Selamat berjumpa! :)

      Reply
  2. Azzah AR's Gravatar Azzah AR
    January 7, 2010 at 1:43 pm | Permalink

    Ohokkk ohokk.. tersodak den.. Ehehe.. terima kasih inche’ Ubi kerana menyebut nama saya.. Erm.. Masih simpan lagi ke yang original? :p

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      January 7, 2010 at 2:40 pm | Permalink

      ada lagi… nanti ada jodoh kita jumpa ye! :)

      Reply
  3. zila's Gravatar zila
    January 7, 2010 at 3:25 pm | Permalink

    wah2 cm artis lak incik ubi ni…
    emm bgs2 teruskan usaha anda hihi
    keep up the good work… ^_^

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      January 13, 2010 at 10:10 am | Permalink

      artis? hohoho! tengkiu zila… semoga sukses jugak! :)

      Reply
  4. kopi's Gravatar kopi
    January 12, 2010 at 10:27 am | Permalink

    ubi,slmt thn baru 2010

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      January 13, 2010 at 10:10 am | Permalink

      selamat tahun baru kopi! :)

      Reply
  5. qistina's Gravatar qistina
    February 12, 2010 at 5:11 pm | Permalink

    askum…tq abg ubi..saya dh download komik aku,dia & test…kelakar…dan mengingatkan saya zaman sekolah dahulu….hehehhe..teruskan..dan semoga ia menjadi koleksi saya sampai bila bila..isya”allah

    Reply
  6. blacksolder's Gravatar blacksolder
    February 26, 2010 at 3:04 pm | Permalink

    huhu..banyaknya aktiviti liar..

    Reply
  7. Karina's Gravatar Karina
    July 3, 2010 at 9:41 pm | Permalink

    wah2 cm artis lak incik ubi ni…
    emm bgs2 teruskan usaha anda hihi
    keep up the good work… ^_^

    Reply
  8. yus's Gravatar yus
    July 16, 2010 at 1:42 pm | Permalink

    ala..dah terlepas mug…sedehnye…bila nak bt lg abg ubi?

    Reply
  9. nama saya azila's Gravatar nama saya azila
    March 18, 2011 at 7:31 pm | Permalink

    saya berminat untuk belajar melukis-lukis kartun lebih dalam lagi.
    saya minat sejak kecil lagi.
    harap nanti abang ubi boleh berikan maklumat bagaimana untuk saya sertai ya.

    Reply
  1. Aktiviti Kartunis Ubi Julai - Disember 2009 | Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on January 12, 2010 at 11:32 am

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site