Akhirnya Ubi masuk University of Columbia…

geek cartoon

Hehehe… mungkin ada yg terperanjat dan meluat dengan tajuk post yg penuh dengan unsur-unsur kepalsuan ni kan?

Sebenarnya, tajuk post ni nak kata tipu boleh, nak kata betul pun boleh… tapi yg nyatanya pagi ini saya adalah antara orang yg paling gembira sekali…

Semuanya ni bermula dengan satu email yg saya dapat dalam sebulan yg lalu…

Hello -

My name is Susan Dreher. I’m a researcher in education and gaming at Columbia University in New York City.

As part of a federal grant from the U.S. National Science Foundation, my team is putting together a game called “Physics Geeks,” to help teach kids about basic concepts in physical science. We’re using 3D environments combined with an authentic physics model to allow kids to explore and learn and (hopefully) have fun. We’re planning both a Facebook implementation and a standalone environment.

I was googling around for open source “geek”ish characters to use for our game’s mascot, and I found your super little geek with the glasses. I’d very much like to use him as the game’s main web persona. So, I’m writing you to ask for copywright permission.

Please let me know how much is the license fee for us to use this cartoon. We also, of course, give you full art credit on our site and list you in our about section as a supporter and participant. The project is for a very good cause — we’re planning to target the game to unprivileged kids in hopes of capturing their interest and boosting their science scores.

Our research site is here: http://vlw.epic.columbia.edu. And, I’ll have a demo site with our first two learning modules up by the end of the week.

Looking forward to hearing from you!

Regards,
Susan Dreher
Systems Programmer
Columbia University
615 West 131st Street
Mail Code: 8750
New York NY 10027-7922
United States

Dan setelah beberapa perbincangan antara pihak kami, pagi tadi saya mendapat email berikut…

Hello –

Excellent news. I’m really glad this worked out. You have my word that we’ll only be using the character for non-profit, educational purposes. If other opportunities present themselves, we’ll get in touch with you to work out new arrangements in advance. Oh, and I’ll put you on the mailing list so you can follow where your work is being used.

I have received preliminary approval for payment, and should be able to remit payment to you today or tomorrow. Thanks for the info on the copyright line, I’ll take care of that today.

Here’s a simple, draft profile writeup for your approval. From our Faq:

Q: Who drew the little geeky kid?

A: Cartoonist Ubi Kartun has allowed us to license his smart but cool geek character for use on the Physics Geeks web sites.

Ubi is a freelance cartoonist, comic artist, caricaturist and designer working out of Kuala Lumpur, Malayasia.

Check out more of Ubi’s fantastic work at http://www.ubikartun.com

Cheers,

Susan

Diikuti dengan email kedua ini…

Hello –

Just an update. My manager Rob Lane has remitted payment to you via your PayPal account. You should be all set. Please send the licensing letter at your convenience — .pdf is fine.

Regards,

Susan

Tau tak apa maknanya ni?

Maknanya kartun saya yg masuk universiti… bukannya saya! Hahahaha! (gelakkan lawak sendiri yg tak kelakar)

Apa yg dapat saya simpulkan di sini ialah betapa Mat Salleh menghargai dan menghormati hakcipta intelek. Kalau nak diikutkan, diorang boleh je kelepet dan pakai kartun ni tanpa kebenaran saya. Yelah, internet ni kan ke luas… ada bejuta website… kira nasibler kalau saya boleh jumpa. Tapi dengan jujur dan sopannya dia mintak kebenaran… siap bayar lagi apa!

Satu lagi ialah kesedaran mereka tentang kegunaan kartun sebagai satu alat pembelajaran yg berkesan. Tak seperti di sini, di mana ada segelintir profesor, doktor PHD (Pelajaran Habis Dah), ahli akademik yg memandang remeh akan seni kartun ni. Siap ada yg sound - “Ni benda main-main ni… efektif ke?!”

Sekurang-kurangnya salah satu matlamat saya utk memartabatkan seni kartun ni sebagai sesuatu yg berfaedah sudahpun tercapai! Sayangnya, bukan di universiti negara sendiri…

Adalah menjadi kepuasan pabila hasil kerja kita digunakan untuk tujuan murni, contohnya macam ni - membantu kanak-kanak yg kurang bernasib baik mendapat pelajaran. Bagi saya wang sudah jatuh nombor dua (TIPULAH!) …

Jadi, cukup sampai di sini jelah kali ni. Letih dah meriyakkan diri ni. Lebih-lebih kang menyampah pulak orang…

Oh ye, sebenarnya tak semua ahli akademik yg memandang rendah pada keupayaan kartun sebagai alat bantuan mengajar ni. Salah seorangnya ialah Saudara Osman Affan. Beliau adalah seorang motivational speaker yg diiktiraf oleh Dr Irfan Khairi.

Walaupun hensem, bijak dan petah berkata-kata (bodek keras ni!) beliau dengan merendah dirinya telah mendapatkan khidmat saya untuk mereka maskot kartun untuk program pembelajaran kelolaan beliau. Ya, saya sangat-sangat berbangga dan gembira dapat memberi perkhidmatan kepada orang seperti beliau. Mungkin saya akan tunjukkan hasil kerja yg telah saya hasilkan untuknya di post yg akan datang.

Sebelum berundur, satu benda lagi saya nak beritau…

Untuk makluman semua University of Columbia tu letaknya kat New York USA bukannya kat Columbia tempat Pablo Escobar tu ye…

Sekian, harap maklum.

tags: , ,

37 Comments so far

  1. syahmi on May 21st, 2008

    waa,tahniah kat UBI.semoga berjaya!!!

  2. neey on May 21st, 2008

    Congrats bro…. walaupun sekadar katun lu yang masuk ‘U’… tu kira sekali package ler tu….Kalu takde orang melukisnya camno lak buleh katun tu nak masuk ‘U’ . Syabbasss inspektor sabbbb….

    Aku sentuju kalu kao kata pembelajaran bagi peringkat kanak2 nih lebih berkesan dengan adanya ilustrasi (betul ke spellingnya nih?) kartun ni. Sebab aku dulu kecik-kecik pun banyak belajar dari kartun…Kalu sekadar tulisan memanjang….mintak maap ler aku nak baca…tapi kalu ada gamba kartun…yang kaler maler lagik… sekojap jer aku leh khatam satu buku. Keep up ur good werk.

  3. Final Mistic on May 21st, 2008

    la… igtkan kt negara Columbia. apa² tahniah di atas berita tersebut :D
    saudara mmg terer!

  4. achik on May 21st, 2008

    wohooo!!! tahniah2.. \(^_*)/
    cayalah brader ubi!!! saspek2!! :D

  5. topo on May 21st, 2008

    hohoho tahniah ye bro.. aku memang respek la artwork ko….

  6. abdfatah on May 21st, 2008

    eh eh eh eh masyuk universiti laaa pulak. tahniah dan tahniah banyak3 laa… nih mesti mahal kalo derang dah bayar. anime malaysia yang lain pun dah keluar negara dah… rasanya bukan rasa lagi boleh cuba untuk komik pasaran luar… mesti lagi berbaloi dan ada sambutan…

    peluang keemasan…

    boleh cuba lagi cari organisasi yang berminat… look for internasional pulak… apo macam?

    contohnya upin dan ipin dan lain2 anime. komik pun mesti dapat sambutan jugak… komik online.

  7. aju on May 21st, 2008

    wah.. tahniah.. mula2 baca tajuk ingat UBI yang dapat masuk Columbia Uni tu. rasa cam rajin le plak mamat ni merantau jauh menuntut ilmu (hehe.. daku dah surrender)..

    Ok what?! cumil apa watak kartun tu. kira en. UBI ni dah go global la ek?!

  8. hafiz on May 21st, 2008

    assalamualaikum bro..kan gua dah doakan lu semoga terus berkarya dan berkarya sehingga kaya..hehe..
    nih lah signal rezeki daripada ALLAH buat brader UBI..hehehe…tahniah..selamat..keep it up bro..
    gua support dari belakang..(ada ke belakang??)

    regards;
    hafiz

  9. SangPelangi on May 21st, 2008

    Oooo.. kartun je masuk U.. haha..
    anyway salute la cara pengurusan professional macam tu. Hormat die kat harta orang ek?

  10. saffa on May 21st, 2008

    Wah! Congrat~ :D

  11. catzer on May 21st, 2008

    Hi Ubi keledek, jom ngeteh. :D

  12. Ubi on May 22nd, 2008

    Syahmi:
    Terima kasih.

    Neey:
    Syukran mera betti…

    Final Mistic:
    Memang terer… terer makan, minum, tido dan yg sewaktu dengannya…

    Achik:
    Suspect? Ari tu ada polis datang rumah… pasal diorang terima repot dari jiran2 sekeliling rumah kata saya mungkin jual dadah. Yelah, saya freelancer… buat keja kat umah jer….

    Topo:
    Respek membawa kerepek!

  13. Ubi on May 22nd, 2008

    Abd Fatah:
    Ye betul! Tak cuba tak tau kan?

    Aju:
    Sebenarnya dah banyak katun saya utk client luar negeri. Cuma yg ni saya paling suka pasal University glamour yg mintak license

    Hafiz:
    Aku kalau dah kaya tak ingat orang belakang!! Hahaha!!! (gelak berlagak tak sedar diri!)

    Sang Pelangi:
    Tulah pasal… Tak semua yg org putih bawak tu “Budaya Kuning”. Ada gak benda baik yg kita boleh contohi…

    Saffa:
    Thank you… :D

    Catzer:
    Kat mana? Concorde ke? Belanjer ye…

  14. siew on May 22nd, 2008

    salam,
    bro..aku dah donlod komik hang.ok.xmengecewakan.tapi xpuas la bro.hang xpublish ka?

  15. Ubi on May 22nd, 2008

    Siew:
    Tima kasih. Tak puas? Jgn risau… sebenarnya komik tu utk pengenalan aje. Nanti bermula bulan 7 atau 8 ni setiap bulan sesapa yg daftar kat list blog ni akan dapat download FREE satu siri setiap bulan… insyallah!

    Amacam? Puas?

  16. vrempire on May 22nd, 2008

    Waaahh la weiiii…akhirnya, ada jugak anak kartun tanahair kita yang berjaya sampai di universiti obersea. di sini saya ingin merekemkan ribuan tahniah atas kejayaan character tuan yang telah berjaya sampai di sana. tak perlu green card kan bro? :D

  17. Abooain on May 23rd, 2008

    Salam,

    Wah, tahniah kerana kartun berjaya masuk ‘U’ - sebenarnya fungsi kartun ni jangan diremehkan malah boleh menguasai minda kita terutama kanak-kanak.

    Nak tarik minat dan minda kanak-kanak perlulah kepada satu tarikan yang bersesuaian dengan jiwa mereka - maka kartun dan lukisan adalah salah satu daripadanya.

    Saya lahir dari keluarga kartun (wakakaka) sejak kecik lagi dah baca Gila-gila kemdian Gelihati kemdian Ujang kemdian Lanun…..namun sekarang dah tak sempat lagi dah nak baca.

    Tahniah buat saudara Ubi - saya masih ingat lagi apabila kartun anda mula memasuki majalah Ujang… :D

    Semoga berjaya!

  18. zool on May 23rd, 2008

    Eh betul ker ada orang report ko suspek dadah..
    Siot je..
    Sound lah dia.. Apa ingat duduk umah tak leh cari duit ker??
    Ceh.. kat Malaysia ni ramai blogger duduk umah cari duit inikan pula kartunis tersohor cam ko…
    Dah masuk University Colombia baguslah.. tak lama lagi ligakampung pun guna khidmat ko plak untuk maskot ku..

  19. Ubi on May 24th, 2008

    Vrempire:
    Tima kasih… Walau hujan emas di negeri orang, negeri sendirilah yg paling best!

  20. Ubi on May 24th, 2008

    Abooain:
    Salam Saudara Abooain…

    Wahhh… tak sangka plak Saudara Abooain, antara otai dalam industri IM Malaysia sudi menjenguk blog saya :-)
    Terima kasih… atas pandangan Saudara tu… Sebenarnya tak bleh gak nak salahkan diorang yg pandang remeh ngan kartun ni… mungkin pasal diorang tak penah baca katun langsung seumur hidup… yelah, dari kecik study mengadap buku je kan (bosannya hidup!)…

    Memang ramai yg bila dah kerja takde masa baca kartun lagi… semua ada banyak komitmen dan tanggungjawab lain yg penting…

    Anyway terima kasih sekali lagi atas pandangan dan komen Saudara…

    Semoga kita semua akan terus success!!

  21. Ubi on May 24th, 2008

    Zool:
    Betulll… memang polis tu datang rumah ngan patrol car!

    Mulanya ingat ada jadi apa-apa kes kat area situ dan diorang nak tanya kalau saya tau apa-apa ker… rupa-rupanya nak soal siasat saya! Nasib baik soal kat umah jer… kalau kena heret ngan gari ka balai tak ke naya!

    Tapi lepas explain semua dan bagi diorang majalah free terus ok jer… last-last skang ni polis2 tu dah jadik member plak… kalau ada masalah saman ke senang gak nak mintak tolong! Setiap yg berlaku tu mesti ada hikmahnya…

    Nak mintak buat mascot utk liga kampung? No hal… Nanti contact saya whenever you’re ready…

  22. Kucing Itam on May 24th, 2008

    Tahniah Brader Ubi…
    segala penat lelah, keringat yang dicurahkan membuahkan hasil dan dipandang mereka diluar sana… Saya harap sgt dpt jadi mcm Ubi, di lihat oleh orang kerana bakat dan kesungguhan… Memberi inpirasi kepada mereka yang kagum dengan kelebihan itu…(termasuklah saya sendiri!)hehe… Amacam pujian2 ni? Agak2 boleh dapat ‘terbang’ sekali ke University of Columbia? hehehe…

    Ubi reply on May 29th, 2008 11:14 am:

    Terima kasih… harapan saya semoga awak akan gigih berusaha untuk mencapai apa yg dihajati.

    Nak terbang sekali? Sila beli tiket sendiri ye… :)

  23. Kasyidi on May 25th, 2008

    Assalamualaikum Encik Ubi,

    Tahniah atas kejayaan karya encik Ubi yang berjaya dilanjutkan ke University oversea tu… :D

    Ubi reply on May 29th, 2008 11:18 am:

    Waalaikumsalam En Kasyidi,

    Terima kasih… :D . Semoga En Kasyidi juga akan mencapai apa yg dihajati… insyaallah!

  24. Gandum on May 25th, 2008

    Ni la namanya rezeki ALLAH…

    Tahniah Sobat….keep up your good work!

    Salam dari Singapura!

    14june - 18june aku balik kl….lepak kat crowne plaza mutiara kl…holidays…ingat jumpa ujang kat CESB

    http://www.gandumcartoon.blogspot.com

    Ubi reply on May 29th, 2008 11:23 am:

    Ko pun… jangan berenti melukis tau! Nanti sampai KL jangan lupa kontek aku. Nak gak merasa ko belanja minum teh kat crowne plaza mutiara. Hahahahaa!!!!

  25. abdfatah on May 26th, 2008

    tak buat membersite ke apa kebenda namanya tu membership yang bayar bulan2 tu… boleh ke buat gitu?

    Ubi reply on May 29th, 2008 11:31 am:

    Insyaallah En Abdfatah… dalam perancangan ada gak fikir nak gak buat menda tu… tapi buat masa ni apa yg boleh bagi free kita kasi ajelah… :D

  26. Kak Arina on June 2nd, 2008

    Bukan senang untuk senang tetapi dengan iktizam dan kesungguhan memang senang untuk senang. Anyway, tahniah buat ubi. Pendekatan kartunis secara online tidak banyak di negara kita dan ianya satu perkembangan yang baik.

    Ubi reply on June 7th, 2008 9:44 am:

    Tima kasih Kak Arina… Rasanya semua org patut mengambil kesempatan menggunakan internet utk memasar atau mempromosi produk/servis mereka…

  27. ika on June 7th, 2008

    congrats… kiut sangat katun yang ubi lukis tu. kiut n hensem mcm ubi XD

    Ubi reply on June 7th, 2008 9:56 pm:

    Tima kasih. Iskh awak ni… mana ada sama… sebenarnya saya lagi kiut dan lebih hensem dari katun tu!

    Hahahahaha!! (gelak stail org jahat cerita melayu dulu-dulu)

  28. Norhafidz on June 21st, 2008

    Tahniah ubi.. pencapaian yang sangat bagus tu. harap2 pasni maju terus :)

    Ubi reply on July 15th, 2008 5:51 am:

    Sama-sama norhafidz…. :D

  29. esuadi on June 27th, 2008

    waaa nie upernyer blog ubi yaaa..

    idup org taman tass…

    broo dak hostel mana mau cri ekk rindu nak bacaa..

    hehehe bro wat la katun mengenai kehidupan remaja kat taman tas aku rasa sesuai utk dibaca anaka mudaa..

    hehehe

    idup TAMAN TAS

    raja dah ada anak ker hehehehhe

  30. pyanmanjung on July 23rd, 2008

    warghhhhhhhhhhhhhhh, kartun pun masuk universiti. pelik tapi benar.

Leave a reply