• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Hari itu dalam Seranah
» Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1430

Best ke layan Agnes Monica?

Dec24
2008
19 Komentar Oleh Ubi

Kerana keadaan yang tak berapa sihat kerana cedera yg tak berapa parah akibat eksiden sewaktu merempit tempohari, banyak aktiviti deting dan kerja harian yg terpaksa dibataskan.

Dalam keadaan ni, masa-masa emas saya banyak dihabiskan dengan aktiviti makan tido, membaca dan menonton TV sahaja.

Semasa menjalani aktiviti menonton TV tu, saya terserempak dengan siri sinetron ‘Jelita’ lakonan Agnes Monica…

Memang selama ni saya memang malas dan takde masa nak layan sinetron ni. Selain kerana jalan ceritanya yg stereotype, saya juga pasti setiap siri sinetron ni pasti akan memakan beratus siri seterusnya bakal membazirkan beratus-ratus jam masa saya sekiranya diikuti dengan tegar.

Mungkin kerana alasan tulah saya tak pernah terpedaya nak ikut mana-mana siri sinetron ni!

Walaubagaimanapun keadaan sedikit berbeza dengan siri ‘Jelita’ lakonan Agnes Monica ni…

Saya sebenarnya memang dari dulu pantang tengok pompuan dahi licin ni minat dengan vokal Agnes Monica yg sedikit kasar ni walaupun ramai yg mengkritik mengatakan nafasnya pendek dan vokalnya itu sengaja diteran dan diada-adakan (eh, layan gossip plak saya ni yek!).

Mungkin antara sebab saya boleh terjebak menonton ‘Jelita’ ni adalah kerana soundtrack ‘Matahariku’ dan kecomelan Agnes Monica selaku heroin utama siri tersebut (dan jugak faktor kesihatan diri yg cedera tak berapa parah ni).

Heh! ;)

Walaubagaimanapun setelah menonton beberapa siri sinetron ni, saya mula terasa bosan dan hampa dengan jalan ceritanya. Keadaan saya ni bolehlah diibaratkan berdating/berkawin ngan awek yg sangat cun tapi membosankan dan tak berapa pandai dari sudut IQnya!

Kenapa saya bosan dan hampa?

Hmm… good question.

Siri ‘Jelita’ ni pada saya juga tak dapat lari dari unsur-unsur stereotype seperti sinetron-sinetron yg lain…

Apa stereotypenya?

Hmm… another good question!

Stereotypenya siri ni pada saya adalah terletak pada watak ORANG-ORANG KAYA seperti sinetron-sinetron yg lain…

Boleh dikatakan SEMUA ORANG KAYA di dalam siri tersebut adalah ORANG YG JAHAT!

SEMUA YG SOMBONG pastinya dari golongan ORANG KAYA!

SEMUA YG BERLAGAK pastinya dari golongan ORANG KAYA!

SEMUA YG MENINDAS pastinya dari golongan ORANG KAYA!

SEMUA YG KEDEKUT pastinya dari golongan ORANG KAYA!

Senang cerita – setiap yg BURUK, JAHAT, TAK BEST, JELEK dan semua yg NEGATIF tu pastinya ORANG KAYA!

Dan mereka yg tertindas dan baik tu pastinya dari kalangan ORANG MISKIN!

Mungkin benda ni sengaja dikarang untuk mewakili penduduk Indonesia yg rata-ratanya miskin dan kebanyakan mereka merasakan ketidakadilan layanan golongan kaya terhadap mereka.

Mungkin ada yg berpendapat tiada salahnya dengan benda ni dan semuanya adalah sekadar cerita serta rekaan semata-mata sahaja.

Tapi pada saya, ini akan menimbulkan kesan yg negatif secara tidak sedar dalam pemikiran terutamanya pada golongan muda yg rata-ratanya penonton dan peminat siri sinetron.

Mungkin mereka akan mula membenci orang kaya dan menganggap orang kaya sangat jahat, tamak, penindas, suka mengambil kesempatan dan suka berlagak seperti yg mereka tonton di dalam siri tersebut.

Secara tidak langsung mereka akan berfikir bahawa menjadi kaya bakal membuat mereka terjerumus dalam segala unsur negatif tersebut. Bagi mereka wang dan mempunyai banyak wang itu adalah raja kepada segala kejahatan!

Secara ringkasnya dikhuatiri secara tidak sedar mereka akan berfikir untuk menghadkan diri dan usaha mereka untuk berjaya dalam hidup serta menjadi kaya!

Bagi saya tiada salahnya menjadi kaya dan mempunyai banyak wang sekiranya kita membelanjakan setiap rezeki itu ke jalan yg betul serta sentiasa bersyukur dengan nikmatNya.

Bukan semua yg kaya itu sangat jahat, tamak, penindas, suka mengambil kesempatan dan suka berlagak.

Dan bukan semua yg miskin itu sangat baik, jujur, selalu ditindas dan mulia.

Kadang-kadang manusia pun boleh menjadi dan bertindak jahat kerana kemiskinan dalam hidup!

Fikir-fikirkanlah ye…

Apapehal pun di saat saya dalam keadaan yang tak berapa sihat kerana cedera yg tak berapa parah ni, wajah comel dan suara lunak Agnes Monica ni berjaya gak mengubati kebosanan setiap petang hari…

Hmm, best gak layan Agnes Monica ni yek!

;)

Kategori Motivasi & Muhasabah Diri - Tag agnes monica, jelita, matahariku, Motivasi & Muhasabah Diri, sinetron
Similar posts
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi buk...
  • Kartun hari Jumaat II — Ibarat pepatah Me...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampa...
  • Mungkin Aku Harus Pencen Daripada Fac... — Kata mereka padaku...
  • Saya nak kawan Abang Ubi kat Facebook... — “Kau ada Fac...
« Hari itu dalam Seranah
» Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1430

19 Komentar Setakat Ini

  1. zool's Gravatar zool
    December 25, 2008 at 2:56 am | Permalink

    Biasalah tu…
    memang cerita Indon dan Malay stereotype nya tu lah…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 26, 2008 at 4:23 am | Permalink

      Yelah… sejak dari tv itam putih lg…

      Reply
  2. azuzafu's Gravatar azuzafu
    December 26, 2008 at 2:02 am | Permalink

    salam bro..

    apa kabar cedera x berapa parah tu? rajin2kan berubat ye.. bukan sinetron je yg camtu skrg ni citer telenovela melayu pun camtu gak.. asal kaya je jahat.. jahat je kaya.. kaya je banyak masalah.. tp xde pulak citer kerosakan moral budak2 felda dan masalah dlm masyarakat PPRT yg betul2 wujud..

    kesian syed mokhtar al bukhary.. kecik ati dia agaknye..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 26, 2008 at 4:39 am | Permalink

      Salam Cik Azuzafu…

      Hehe… tima kasih!

      tulah pasal… tak semua yg kaya tu rosak akhlaknya… semua manusia tak kira statusnya ada kelemahan dan kekurangan masing2…

      Reply
  3. eni's Gravatar eni
    December 26, 2008 at 12:17 pm | Permalink

    salam abg ubi…

    amacam.. udah ok ke belum cedera tuh…
    moga cepat sembuh ye…
    isk.. suke gak tengok agnes monica…
    mmg sgt2 comey la…
    tp skang da susah nak tgk cite tu…
    keje… isk2…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 28, 2008 at 1:44 pm | Permalink

      salam eni…

      Lagi elok pegi keja dari layan tv je… tp jgn keja je 24 jam… ada masa tu layan jugakle tv tu… ;)

      Reply
  4. byul's Gravatar byul
    December 31, 2008 at 6:34 am | Permalink

    eh..yeke cter jelita 2 org kaya je yg jahat..?
    rasanya abg n kakak jelita pun jahat gak pe..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      January 8, 2009 at 10:56 pm | Permalink

      ye ke? memang jahat gak… tapi rasanya yg paling jahat mesti yg kaya kan? agaknyelah… ;)

      Reply
  5. noor azhanie's Gravatar noor azhanie
    January 14, 2009 at 5:10 am | Permalink

    hai abg ubi..
    semoga cepat sembuh..
    walaupun agak lambat tp x salah rasanya cuma berharap abg ubi sntiasa sihat..

    anyway sy tertarik dgn artikel abg ni.. walaupun sy seorang perempuan, sy juga suka dgn perempuan yg lawa2,comel,lembut,cun sprti AGNES MONICA..
    tp bukan bermakna sy seorang lesbian n bernafsu songsang.. sy ttp mnyukai insan bernama LELAKI.. erm pd sy, sy suka semua aset yg dimiliki AGNES MONICA, dia cntik, sexy dn digilai ramai lelaki.. dn sy brharap jd sprti dia.. walaupun sbnrnya x boleh sbb sy seorang wanita muslim.. jd sy hanya melihat semua angan2 tu pd AGNES MONICA..

    sy suka pendapat abg tentang sinetron..

    erm anyway sy memang x suka cite sinetron,sbb cerita meleret2 tanpa kesudahan, org jht selalu mng walaupun cuma buat helah bodoh,n org baik pula terlalu baik n adakalanya terlalu bodoh sbb ditipu oleh helah yg x masuk akal.. lbih baik lyn cerita aksi.. ada jalan cerita n LEBIH logik..

    Reply
    • fendy's Gravatar fendy
      January 15, 2009 at 7:48 am | Permalink

      mcm selalu tengok je ni..hehe.

      Reply
      • Ubi's Gravatar Ubi
        January 19, 2009 at 9:40 pm | Permalink

        mungkinle kot… :)

        Reply
  6. mitsui's Gravatar mitsui
    January 19, 2009 at 2:22 am | Permalink

    sy x nak komen pasal sinetron cuma nak komen pasal awek cun agnes monica ni…hehe..tetibe sy leh terjatuh cinta lak dgn awek ni disbbkan kecomelan dan kemerduan suara dia dlm lagu Matahariku. x sangka dia leh nyanyi slow song…1st ingat lagu ni artis malaysia yg nyanyi, tp bile check balik, rupenye aweks indon ni yg nyanyi.. oh agnes!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      January 19, 2009 at 9:41 pm | Permalink

      samalah kita… oh agnes! ;)

      Reply
  7. fauzan's Gravatar fauzan
    January 20, 2009 at 12:00 am | Permalink

    ubi…
    ko ade tips nak tackle si agnes tu x?
    owh agnes! huhuhu

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      January 20, 2009 at 12:54 am | Permalink

      hish… kalau aku tau baik aku pakai utk diri sendiri aje… buat apa nak kasi agnes tu kat ko! ;)

      Reply
  8. Iza's Gravatar Iza
    February 10, 2009 at 8:01 am | Permalink

    Aku lagila tension sekarang ni.Aku baru je lepas bersalin. cuti 2 bulan.2 bulan aku melayan cerita jelita ni.Muka anak aku pun aku dah tengok mcm Agnes Monica.tengah syok giler, dah naik keje.apa pendapat ko org kalau aku pasang tv kat komputer tempat keje aku.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 10, 2009 at 6:26 pm | Permalink

      Firstly, tahniah pasal baru dapat baby! Pasal bab tv tu, pasang je kalau nak… tapi kalau bos marah sendri mau ingat! ;)

      Reply
  9. sodexi's Gravatar sodexi
    February 11, 2009 at 10:19 am | Permalink

    eh, ade tak sesape tau last episode sinetron jelita nie? kalo ade cite la skit.. nak tau gak. mls nak layan dr mule.. nak tau ending tros…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 11, 2009 at 2:51 pm | Permalink

      senang je ending dia… hero ngan heroin mesti bahgia… orang jahat samada mati, masuk jel ataupun insaf… sekian, terima kasih! ;)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site