• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Tentang Ubi



Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia.

Beliau membesar bersama ibunya dan 3 orang lagi adik beradiknya di Taman Tas Kuantan Pahang. Sejak beliau kecil lagi, ibunya yang penyayang lagi tabah tersebut sering membeli majalah kartun Gila-Gila (dan beberapa majalah hiburan lain lagi) sebagai bacaan santai mereka seisi keluarga. Kerana terpengaruh dengan majalah tersebut dan juga ketidakcemerlangannya dalam bidang sukan, Ubi telah menjadikan melukis kartun sebagai satu cara untuknya mengisi masa lapang dan juga untuk berlagak best pada kawan-kawan yang cemerlang dalam sukan.

Ketidakcemerlangannya dalam bidang sukan terus dikekalkan sehingga ke sekolah menengah. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila akademiknya juga turut merosot. Berdasarkan faktor-faktor tersebut, beliau dengan terdesaknya telah mengambil keputusan untuk menjadikan kerjaya kartunis yang kononnya glamour itu sebagai cara untuknya berjaya dalam hidup, dan juga sebagai batu loncatan untuknya berkenalan dengan artis-artis atau model-model yang cantik lagi glamour….

Berkat semangat model dan artis, Ubi telah berjaya menempatkan diri dan karyanya di Majalah Ujang pabila tamat persekolahan. Boleh dikatakan beliau adalah kartunis yang terbudak di situ pada ketika itu.

Sepanjang penglibatannya di majalah tersebut, Ubi telah berjaya menipu ribuan orang untuk membaca dan meminati hasil karyanya seperti ‘Budak Hostel’ (1994-1997), ‘Aku, Dia & Volkswagen’ (1997-2002) dan ‘IN’ (1999-2002). Penipuannya itu juga turut membuatkan beliau berjaya melariskan puluhan ribu buku koleksi karya kartunnya.

Pada hari ini, selain daripada membuang masa dengan bermain PS2, menonton DVD cetak rompak, Ubi juga adalah seorang kartunis, pelukis komik, karikatur dan lelaki bebas sepenuh masa.

Dan pada hari ini juga, ketika artikel ini ditulis, Ubi masih lagi menggunakan kartunnya untuk berlagak best pada kawan-kawan yang cemerlang dalam arena sukan serta masih lagi berusaha untuk dapat berkenalan dengan mana-mana artis atau model yang cantik lagi glamour….





Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site