• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Monthly archives for December, 2009

Nak Derma Pun Fikir Dua Kali…

Dec21
2009
23 Komentar Oleh Ubi

Salam Maal Hijrah buat semua,

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah kepada semua. Semoga kita sentiasa berusaha untuk berhijrah dari 1001 kejahatan diri kepada 1001  kebaikan; mendapat 1001 rahmat Allah, Kasih SayangNya yang tak terbilang dunia dan akhirat, serta dipelihara kita dari 1001 macam fitnah dunia dan seksa api neraka… Amin Ya Rabbal Alamin!

Bercerita mengenai kebaikan, pada petang hari tahun baru tu saya telah terjumpa dengan satu tabung derma untuk orang kurang upaya (OKU). Rasanya tabung ni bakal mencabar sedikit minda orang-orang yang melihatnya…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Motivasi & Muhasabah Diri, Ntahapahapantah, Umum - Tag maal hijrah, OKU

Nak kasi HADIAH apa ni?!!

Dec11
2009
279 Komentar Oleh Ubi

Salam buat semua pengunjung dan pembaca,

Apa khabar? Mungkin ramai antara anda yg sibuk (dan menyibuk) menghabiskan cuti sekolah yang indah ni dengan berjalan-jalan dengan keluarga tersayang. Mungkin juga antara anda yang menghadiri beberapa aktiviti berfaedah bersama rakan taulan. Pada mereka yang takde apa-apa aktiviti berfaedah dan hanya makan tidur serta membuang masa  emas menonton tv di rumah, takziah saya ucapkan!

Sekiranya anda masih ingat (ataupun tak pernah tau pun), beberapa bulan yg lalu saya ada menganjurkan satu Peraduan Tikam-Tikam Aku Dia & Volkswagen. Walaupun hadiahnya tak seberapa, sambutan daripada anda semua amatlah menggalakkan. Hampir 500 penyertaan diterima di ruangan komen. Terima kasih atas sambutan dan sokongan anda! Gua caya lu! :razz:

Namun sebaik saja peraduan tersebut tamat, banyak email dan komen di blog yg meminta saya supaya menganjurkan lebih banyak lagi peraduan di masa akan datang. Ini kerana ramai yg tak puas hati kerana tak menang dan ada juga yg terlepas peluang menghantar penyertaan.

Kebanyakan mereka ingin repeat kerana nak menang hadiah istimewa daripada saya…

Ada pula yg mengimpikan kemenangan kerana inginkan glamour supaya dipandang tinggi oleh awek-awek, rakan taulan dan masyarakat setempat…

Sekiranya anda antara mereka yg berminat untuk menyertai peraduan anjuran saya (walau apa jua sebab dan agenda), saya ada satu BERITA BAIK dan BERITA BURUK untuk anda…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Komik Ubi, Produk Kartun Ubi - Tag cuti sekolah, hadiah, hadiah percuma Ubi, kapal selam, kartunis ubi, Komik Ubi, peraduan

Ewah-Ewah… Ingat Best Sangat Ke Masuk TV?

Dec08
2009
28 Komentar Oleh Ubi

Sekarang ini saya amat malas dan jarang sekali mengupdate blog. Ini kerana saya terlampau sibuk memenuhi beberapa tugasan dan jemputan di luar sana. Banyak temujanji, dating, meeting dan jemputan yang perlu dihadiri.

Semoga penjelasan ini dapat meredakan kesangapan anda yang sering kecewa kerana terpaksa mengadap post-post basi di blog ni… heh! ;)

Berbalik pada cerita asal, pada hari Sabtu November lepas (tak ingat tarikh sebenar), saya dan beberapa rakan kartunis telah menjayakan rakaman rancangan Ewah-ewah. Kali ini adalah giliran kartunis sebagai peserta game show terbitan TV3 ni.


(Dari kiri: Soya, Tembakau, A’an, Gayour, Ubi dan Taugeh)

Seminggu sebelum shooting bermula, saya telah dihubungi Encik Adanan selaku penyelaras rancangan tersebut untuk membantunya mencari 6 orang kartunis untuk dijadikan mangsa. Setelah dijanjikan pelbagai ganjaran berupa hadiah, kemahsyuran, wang ringgit dan wanita; saya pun terus menelefon beberapa rakan kroni kartunis yang  sesuai untuk format rancangan tersebut.

Antara mereka yang terpedaya dengan ganjaran dan janji-janji manis itu adalah Gayour, Tembakau, Taugeh, Soya dan A’an. Kesemua mereka yang gelap mata ini adalah antara barisan kartunis otai dan tersohor Malaya. Mereka juga adalah sahabat-sahabat lama yang pernah sama-sama berjuang untuk Majalah Ujang, Varia Lawak, Lanun, Gelihati dan G3. Saya juga memilih muka-muka ini kerana mereka semua ni biasa masuk TV dan memang muka tak tau malu depan kamera.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Kartunis pun manusia, Majalah Ujang - Tag ewah-ewah tv3, Gayour, kartunis, majalah g3, Majalah Ujang, media, nabil raja lawak, raja azura, tembakau kartini

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site