Tengganu Dah Setel… Ni Turn KL Pulak!
July 29th, 2009 | Oleh UbiPada hari ni saya sedikit letih kerana baru saja pulang dari Kuala Terengganu kerana menjayakan workshop untuk program Mobile Content Challenge 2009.
Workshop yg diadakan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang halatuju dan objektif pertandingan ini.
Paling best sekali, setiap peserta akan didedahkan dengan pelbagai maklumat dan tips-tips yg dapat membantu mereka untuk memenangi cabaran MCC 2009 ini, seterusnya menggondol hadiah wang berjumlah RM100,000 tunaiii!!
Buat anda yg berada di LEMBAH KLANG dan berminat untuk menyertai pertandingan yg berprestij ini serta mendengar tips-tips hebat dari speaker-speaker yg berpengalaman dalam industri, bolehlah hadirkan diri di workshop 30 Julai 2009 ini di Sime Darby Convention Center (untuk lokasi peta, sila tanya Lebai Google anda).
Selain itu, anda juga berpeluang untuk beramah mesra, sesi autograf dan bergambar dengan saya pada petang harinya.
Berikut adalah jadual workshop lain yg bakal diadakan:

Untuk pendaftaran, sila isikan maklumat anda di MCC Workshop Registration Form >>>
Diharap anda yg berada di LEMBAH KLANG tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk menghadiri workshop yg padat dengan maklumat tentang pasaran dan harapan industri mobile content di Malaysia ini.
Sapa tau, mungkin sebahagian dari RM100,000 wang hadiah tu bakal menjadi milik anda! Tuah ayam nampak di kaki… tuah anda mungkin nampak di handphone!

Jom jumpa saya kat Penang pulak!
July 21st, 2009 | Oleh UbiKhas buat anda yg berada di Pulau Pinang…
Jom temui saya dan beberapa speaker lagi di Cititel Pulau Pinang pada hari Khamis 23 Julai 2009 ini, untuk menghadiri worksyop Mobile Content Challenge 2009 anjuran bersama Maxis Communications Berhad, Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (MICC) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM).
Masuk adalah PERCUMA!
Selain dapat berjumpa dan beramah mesra dengan saya, ini adalah satu PELUANG untuk anda mendapat maklumat lebih terperinci mengenai pembangunan content untuk mobile phone dari mereka yg berpengalaman dalam bidang ini… samada dari sudut teknikal, pemasaran, kewangan dan lain-lain lagi!
Selain itu, pelbagai HADIAH/FREEBIES menarik menanti buat mereka yg hadir ke worksyop tersebut. Makan FREE kat hotel adalah ditanggung beres!!
Pada anda yg berminat untuk menyertai workshop di Pulau Pinang pada hari KHAMIS ini, sila daftarkan nama anda selewat-lewatnya esok (Rabu 22 Julai 2009) di laman web: http://www.mobilecontentchallenge.com/reg_workshop.php
Siapa tau, mungkin sebahagian dari RM100,000 wang hadiah tu bakal menjadi milik anda! Tuah ayam nampak di kaki… tuah anda mungkin nampak di handphone!
Lagipun, mungkin inilah juga satu-satunya peluang untuk ‘mengepow’ semula duit anda yg telah banyak dileburkan semata-mata untuk membeli top-up daripada Maxis!

Jom Jumpa Saya di JB Isnin ni!
July 19th, 2009 | Oleh UbiPada anda yg masih menuntut di IPTA ataupun IPTS, inilah peluang anda untuk menunjukkan kreativiti dan keterelan anda bersama rakan-rakan dalam mencipta kandungan/aplikasi mobile phone di dalam Mobile Content Challenge 2009!
Program yg telah masuk tahun ketiga ini adalah anjuran bersama Maxis Communications Berhad, Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (MICC) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM).
Mobile Content Challenge ini terbuka untuk semua pelajar institusi pengajian di seluruh Malaysia untuk membuat penyelidikan dan menggunakan segala teknologi terkini untuk membangunkan apa sahaja isi kandungan yg boleh memberi manfaat pengguna telefon bimbit.
Yang bestnya, anda berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM100,000 tunaiii!!!








