• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Monthly archives for June, 2009

Mana satu ikang yang lebih ngang?!

Jun17
2009
81 Komentar Oleh Ubi

Masihkah anda ingat dengan kutukan penuh emosi saya terhadap karakter maskot Nemo Sukma 2008 Terengganu?

Dari komen yg diberi pada post tersebut, ramai gak yg sebulu dengan saya yg berbulu je tengok design ikan nemo tak jadi tu… :lol:

Namun begitu, ada gak beberapa mereka yg MARAHKAN saya dan pengomen-pengomen yg secara terang-terangan mengutuk design kartun tu…

Di bawah ini adalah print screen komen marah dan bengang tersebut:

Ternyata mereka yg terasa dengan kutukan itu telah MENCABAR saya dan pengomen-pengomen yg sebulu dengan saya supaya kami berhenti mengomen (dan mengutuk) serta menunjukkan bukti hasil lukisan sekiranya kami ni hebat sangat!

Rasanya tak adil kalau nak suruh pengomen-pengomen yg sebulu ngan saya tu untuk menunjukkan sebarang bukti. Lagipun kebanyakan mereka adalah ‘orang awam’ sahaja dan bukannya pelukis seperti saya.

Nak suruh saya yg lukis adalah mustahil juga kerana jadual yg padat dan saya juga tak berminat membuang masa emas saya hanya sekadar untuk membuktikan sesuatu!

Jadi dengan mendiamkan diri dan tidak menyahut cabaran, mungkin ramai akan beranggapan bahawa saya dan kroni hanya pandai bersembang lebat macam tin kosong aje!

Kebetulan pulak dalam awal tahun ni saya ada buat satu design maskot kartun ikan jerung hammerhead untuk Miss Yvette, seorang pelanggan dari El Paso Texas.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun, Kreatif - Tag bangang, iklan, Kartun, makang ikang, maskot, SUKMA, terengganu

Masalah Nak Order Mug AD&V?

Jun16
2009
18 Komentar Oleh Ubi

Saya menerima banyak email yg menangis-nangis, meronta-ronta dan menghempas badan menyatakan bahawa mereka mempunyai masalah untuk membuka borang order mug di web jualan Mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen…

$#@%&!!! :mad:

Kenapalah masalah ni boleh jadi di waktu kritikal camni?!

Saya sudah pun menghubungi pihak hosting dan mereka pun sedang cuba sedaya upaya untuk menyetelkan masalah ini…

Tapi kita tak boleh tunggu je kan?

Sementara tu, pada mereka yg bermasalah nak bukak laman web jualan tu dan dah tak sabar serta takut terlepas peluang memiliki mug tersebut bolehlah gunakan laman web jualan back upnya di sini >>>

Itu saja yg dapat saya bantu anda buat masa ni. Sebarang berita terbaru akan diupdatekan secepat yg mungkin.

Untuk makluman, stok yg tinggal hanya 40 lebih sahaja buat masa ini… jangan terlepas yek! ;)

Akhir kata, Selamat Bershopping dan minum air dengan bergaya! :cool:

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi - Tag aku dia & volkswagen, Kartun, Kartun Ubi, kartunis ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang, mug kartun, produk ubi

Bermulanya Aku Dia & Volkswagen…

Jun13
2009
72 Komentar Oleh Ubi

Saya masih ingat saat pertama saya melukis siri Aku Dia & Volkswagen ni…

Masa tu jam sudah menunjukkan hampir pukul 3 pagi. Kepala otak sedikit tensen kerana tak dapat menyiapkan drama Budak Hostel pada dateline baru-baru ni. Untuk pengetahuan, saya sudahpun terlepas dua dateline sebelum ini. Ini adalah kali ketiga saya terlepas dateline dan bakal kali ketiga jugaklah kartun saya takkan ada dalam keluaran terbaru Majalah Ujang yg akan datang!

Sebenarnya saya sudah TERSANGAT BOSAN dan TERTEKAN untuk meneruskan cerita tersebut. Otak saya seolah-olah terasa macam mau pecah aje setiap kali cuba mencari idea.

$#@%&!!! :mad:

Saya juga telah beberapa kali dipanggil berjumpa Gayour kerana masalah ini…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi - Tag aku dia & volkswagen, budak hostel, Gayour, Kartun, Kartun Ubi, kartunis ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang, mug kartun, produk ubi, zurina

Mug Aku Dia & Volkswagen dilancarkan!

Jun08
2009
10 Komentar Oleh Ubi

Mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen telah dilancarkan! Anda sudah boleh membuat pembelian mulai sekarang!

Tak larat nak tulis banyak. Nanti update lagi. Boleh skodengnya di sini>>>

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi - Tag aku dia & volkswagen, Kartun, Kartun Ubi, Komik, Komik Ubi, Majalah Ujang, produk ubi, zurina

Tunda Dating ke Hari Isnin Minggu Depan!

Jun03
2009
34 Komentar Oleh Ubi

Pada post yg lalu, saya telah berjanji manis dengan anda untuk ‘minum’ bersama karakter kartun Zurina dan Ubi dari komik Aku Dia & Volkswagen pada hari ni tepat jam 7.30 pagi waktu Malaysia.

Namun janji hanya tinggal janji…

Mungkin ramai yg akan menuduh (samada di mulut atau di hati) bahawasanya saya ini hanya pandai memungkiri janji…

Kepada pembaca dan penuduh-penuduh yg dihormati sekalian…

Pertama-tamanya ribuan ampun dan maaf kerana terpaksa menunda pelancaran Mug Edisi Terhad Zurina dan Ubi Aku Dia & Volkswagen…

Bukan sengaja ingin mengecewa dan membuat anda ternanti-nanti…

Terdapat beberapa kerja dan masalah teknikal yg perlu saya hadapi buat masa ini.

Saya juga sedang bertungkus-lumus menyiapkan BONUS istimewa buat pembeli-pembeli mug Edisi TERHAD ni.

Untuk mengurangkan kekecewaan anda, saya ada sediakan beberapa gambar terbaru sample mug tersebut yg telah disiapkan…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi - Tag aku dia & volkswagen, Kartun, Kartun Ubi, kartunis ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang, mug kartun, produk ubi, zurina

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site