Main Tikam-Tikam Aku Dia & Volkswagen!

Maaf kerana buat anda tertunggu-tunggu update terbaru tentang projek ‘Aku Dia & Volkswagen’ ni. Sebenarnya dalam 2-3 hari ni saya tak berapa sihat sangat kerana demam.

Mungkin kerana faktor cuaca sekarang ni yg tak berapa menentu panas melampaunya. Jadi pada anda sekalian, saya nasihatkan supaya banyak MINUM AIR KOSONG bagi membantu anda mengharungi cuaca terik ni dengan tabah. :)

Berbalik kepada topik projek ‘Aku Dia & Volkswagen’, di bawah ni saya tunjukkan artwork karakter Ubi yg sudah 98% saya siapkan…

Sekarang ni juga saya ada siapkan satu lagi sketch ‘Aku Dia & Volkswagen’ untuk projek perasan hebat ni. Insyaallah akan saya tayangkan pada post selepas ini.

Dari maklumbalas dan email yg saya terima sejak pengumuman projek ni, ramai yg dah tak sabar NAK TAU apa kejadah sebenarnya yg saya nak buat ngan lukisan-lukisan ni…

Continue reading

Awek lama in Colour…

Saya memang pantang kalau nampak lukis pompuan comel…

Pasal bab lukis pompuan, saya memang cemerlang, gemilang dan terbilang… dulu, kini dan tak mungkin selamanya…

Memang laju je siapnya. Hari tu korang baru je tengok sketch Zurina kan?

Skang ni dah 98% siap. Tinggal nak touch up sikit je lagi.

Malam waktu berjiwang dan berendut dengan bantal peluk tu, saya ada gak sketch karakter Ubi dari komik Aku Dia dan Volkswagen tu…

Continue reading

Tiba-tiba teringat awek lama…

Petang tadi saya baru beli satu sketch book.

Tadi sambil lepak atas tilam, saya pun conteng-conteng buku sketch tu sebagai tanda perasmian malam pertamanya bersama saya. 😛

Ntah camana boleh teringat dan terlukis gambar awek lama pulak…

Tak sangka saya boleh lagi lukis Zurina ni walaupun dah lama tak bersama ngan dia…

Continue reading

Ni ikang ke atau manusia ikang jadiang?

Amaran: Post ini mengandungi banyak unsur kutukan yg sedikit emosi dan bisa mengecikkan hati beberapa pihak yg mungkin terlibat.

Sewaktu berkunjung ke Kuala Terengganu pada April yg lalu, saya terserempak dengan satu billboard yg memaparkan MALAPETAKA berupa satu design kartun…

Ni apa kejadah punya menatang ni?

Nak kata ikang bukang ikang..

Nak kata oran pung bukang oran…

Boleh tak sesapa yg tajam matanya beritau apa sebenarnya yg cuba di jual kat sini ni?

😕

Continue reading

Selamat Hari Ibu dan Terima Kasih Mak!

(Artikel ini dipetik dan diedit semula dari prakata komik ‘DIAM-DIAM UBI’ karya Ubi yg diterbitkan pada 2004)

Aku teringat sewaktu aku darjah 6 dulu. Masa tu aku baru start berjinak-jinak lukis kartun.

Satu hari masa balik dari sekolah, aku ternampak pen celup (sejenis pen yg kartunis pro pakai untuk melukis) dijual kat kedai alatulis. Tengok harganya takler mahal sangat – cuma RM2.50 je… 😀

Tanpa melengahkan masa, petang tu jugak aku ajak mak pergi kedai. Mak aku menurut aje walaupun dia tengah penat kerana baru balik dari pejabat.

Maka berjalan kakilah kami anak-beranak ke kedai yg boleh tahan gak jauhnya.

Sampai aje kat kedai, dalam keadaan ketiak yg becak tu terus aje suruh tokei kedai (belum lagi bergelar apek) keluarkan pen tu dari lemari kaca.

Tak boleh aku gambarkan time tu punya seronok (dan betapa besarnya lubang hidung). Tetiba aje terasa diri ni macam kartunis profesional lagi glemer 😎 Pehhh!!!

Tapi kestiman yg ekstrim tu terus aje terpotong bila aku nengok penanda harganya… RM9.90! Rupa-rupanya RM2.50 tu baru harga sebatang matanya!

Dan yg tak bestnya mak aku cuma ada RM5 aje time tu…

Continue reading

Ni Thundercats palsu ke tipu?

Sabtu lepas saya membazirkan masa emas saya dengan menonton X-Men Origins di panggung GSC Pavillion.

Beberapa bulan lepas kecoh pasal salinan movie ni boleh terlepas kat internet. FBI skang ni tengah sibuk memburu orang dalam yg disyaki membuat dajal tersebut. Harap-harap takdeler geng Petaling Street yg terlibat! 😛

Pada saya, disyorkan agar anda menonton movie ni kat wayang walaupun anda dah download cerita ni dari internet. Ini kerana cerita ini memang amat baik dan puas ditonton melalui skrin perak.

Nampaknya trend mengadaptasi cerita kartun dan komik kepada medium filem semakin berleluasa sekarang ni. Elokler camtu… Sekurang-kurangnya orang-orang yg tak minat dan tak pernah baca medium komik ni, akan tau mengenai sesuatu karya komik tersebut.

Continue reading

Layan Siti Nurhaliza di Secretaries Week 2009

Setelah sekian lama melepak, berpoya-poya dan menghabiskan beras mak di kampung, saya dengan berat hatinya terpaksa kembali semula ke KL pada 20 April minggu yg lalu.

Ikutkan hati yg malas ni, saya sebenarnya masih seronok nak lepak lagi kat kampung… masih tak puas makan tido dan mengushar awek-awek kampung yg baru meningkat naik. 👿

Tapi niat suci tu terpaksa dibatalkan kerana pada lusanya (22 April) Siti Nurhaliza ada buat lunch show kat Quality Hotel sempena dengan sambutan Secretaries Week 2009.  Dan kebetulan pulak saya ada dapat tiket free untuk show tu…

Tiket show ni diberi dan ditaja oleh Datin Siti Khadijah – salah seorang pelanggan yg pernah menggunakan khidmat design kartun saya dan kini bertukar menjadi rakan.

Mulanya fikir malas nak pergi… tapi bila mengenangkan saya TAK PERNAH lagi tengok Siti menyanyi secara live maka saya gagahkan juga diri. Walaupun dapat free, tapi rugi jugak kalau bazirkan aje tiket VIP (dekat ngan stage) yg harganya beratus-ratus tu. Lagipun inilah peluangnya untuk makan best kat hotel sambil cuci-cuci mata tengok SEKRETARI-SEKRETARI yg cun dan seksi… oh!! 😛

Rupanya memang tak rugi dan tak membazir masa saya datang ke show Siti ni… Memang best dan pastinya akan menyesal seumur hidup kalau tak pergi!

Continue reading