• Home
  • Karikatur dan Produk Kartun
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Monthly archives for March, 2009

Buang Masa Emas Anda Bersama Saya di UNITEN

Mar05
2009
3 Komentar Oleh Ubi

Sekiranya tiada rancangan menarik, tiada cerita best kat TV, atau awek/balak anda mengenselkan deting secara tiba-tiba; anda dijemput untuk membuang masa emas bersama saya di UNITEN pada MALAM ini (5 Mac 2009).

Untuk pengetahuan, saya telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel di dalam forum bertajuk “Bengkel Asas Penulisan – Siri I” : 3 Pena 1 Hati.

Programnya adalah seperti berikut:

  • Tarikh     : 5 Mac 2009 (Khamis)
  • Masa       : 8.00 pm – 11.00 pm
  • Tempat   : Teater, Kolej Teknologi Maklumat, Universiti Tenaga Nasional, KM 7 Jalan Kajang Puchong, 43009 Selangor.

Okjektif atau tujuan FORUM ini diadakan:

  1. Mendedahkan para peserta terhadap dunia penulisan atau lukisan serta menanamkan minat ke dalam diri mereka untuk menghasilkan karya sendiri.
  2. Membuka peluang kepada peserta agar lebih kreatif dalam menyampaikan serta berkongsi ilmu pengetahuan yang ada melalui medium penulisan.
  3. Mendedahkan mereka terhadap peluang kerjaya yang ada serta membolehkan para peserta berinteraksi dengan penghasil karya yang berpengalaman.

Berikut adalah tentatif untuk acara FORUM tersebut:

  • 08.00 mlm:           Ketibaan dan Pendaftaran Peserta
  • 08.10 mlm:           Ketibaan tetamu VIP dan Para ahli Forum
  • 08.15 mlm:           Bacaan Doa
  • 08.20 mlm:           Ucapan Perasmian
  • 08.30 mlm:           Forum “Bengkel Asas Penulisan – Siri I” : 3 Pena 1 Hati
  • 10.15 mlm:           Sesi Soal Jawab
  • 10.30 mlm:           Majlis Penyampaian Cenderahati
  • 10.45 mlm:           Jamuan Makan
  • 11.00 mlm:           Majlis Bersurai

Diharap anda yg tak tau nak buat apa-apa atau tiada sebarang aktiviti yg lebih berfaedah, dapat meluangkan masa untuk memeriahkan dan menjayakan program ini.

Semoga pembaziran masa emas anda akan berbaloi dengan ilmu yg bakal diperolehi dari ahli-ahli panel forum malam ini (sekurang-kurangnya dapat makan free!).

:cool:

Jumpa anda di sana!

Kategori Bulletin - Tag forum, kartunis ubi, Kreatif, makan free, uniten

Ingin dengar suara seksi saya?

Mar01
2009
24 Komentar Oleh Ubi

Oh maaf…

Tidak, saya bukan bikin album macam Mawi tu…

Jugak bukan masuk Akademi Fantasia, One in a Million atau mana-mana rancangan realiti yg seumpama dengannya…

Sebenarnya entri kali ni adalah mengenai Majalah IM edisi ke 11.

Ya, untuk edisi ke 11 ni saya telah ditemubual oleh mereka untuk mendedahkan pengalaman dan rahsia bagaimana saya menjual servis kartun melalui internet.

Tiba-tiba terperasan diri ni macam artis pulak… oh!

:cool:

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Review - Tag buat duit di internet, kartunis ubi, majalah IM
Newer Entries »

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site