Rejabhad – Penghulu Kartun Malaysia

March 31st, 2009 | Oleh Ubi

Setiap orang ada idolanya yg tersendiri.

Begitu juga dengan saya dalam dunia kartun dan komik ini.

Salah seorangnya adalah kartunis legenda, Allahyarham Rejabhad yg juga digelar sebagai ‘Raja Kartun Malaysia’ atau ‘Penghulu Kartun Malaysia’.

Tanyalah pada semua kartunis di Malaysia – baik yg sudah lama ataupun baru, profesional maupun amatur semuanya pasti tahu dan mengenali beliau!

Saya mula mengenal Rejabhad sejak dari kecil lagi melalui Majalah Gila-Gila yg selalu dibeli oleh mak saya yg juga merupakan peminat setia karya beliau.

Menurut mak saya, dia membeli majalah Gila-Gila sejak dari keluaran pertama lagi dan melanggan setiap keluaran kerana tidak mau terlepas mengikuti siri ‘Periwira Mat Gila’ karya allahyarham.

Baca cerita selanjutnya… »

Share This Post

Suatu Ketika di Zaman Jahiliah III – Kartun TV Feveret

March 29th, 2009 | Oleh Ubi

Semasa saya kecik dulu, kartun di TV takler semewah seperti zaman sekarang ni…

Dulu takde Astro, Cartoon Network, Nickolodeon, internet dan lain-lain media kartun.

Yang ada cumalah RTM & TV3.

Jadi bebudak generasi saya tak punya banyak pilihan dan kami hanya dapat menikmati apa yg dihidangkan 2 stesen tv ni saja.

Walaupun begitu, banyak gak kartun best dan menarik yg mampu membuat saya melekat di tv setiap petang sampai tak ingat nak keluar main bola. Oh, mungkinkah ini sebabnya saya sekarang ni jadi kaki bangku?

Jadi untuk entri ni saya akan berkongsi ngan anda antara 10 kartun faveret saya di kala tu. Sekiranya anda bukan dari generasi saya, mungkin ada beberapa siri kartun di bawah ni tak pernah anda dengar pun. Bagi yg seusia dengan saya, jomlah kita sama-sama mengenang kembali zaman manis kanak-kanak kita dahulu…

Kita mulakan carta ni bermula dari nombor 10…

10. HE-MAN AND THE MASTERS OF THE UNIVERSE
Takde apa yg spesel sangat pasal kartun ni cuma ni antara kartun yg terawal waktu TV3 memulakan siarannya. Bila tengok balik sekarang ni, terasa betapa sentulnya kartun ni. Watak Skeletor tu takde nampak pun karismanya sebagai penjahat utama. Yg paling tak tahan adalah kostum He-Man ni… rasa macam ‘gay’ aje yg boleh pakai fesyen camtu! :lol:

Baca cerita selanjutnya… »

Share This Post

Kartunis Pelukis Kelas Kedua?

March 28th, 2009 | Oleh Ubi

Saya banyak mendapat email daripada student-student yg mengambik course Art & Design kat universiti-universiti tempatan.

Kata kebanyakan diorang, pensyarah @ lecturer mereka yg ‘bijaksana’ pernah mengatakan bahawa kartunis ni dikategorikan sebagai “pelukis kelas kedua”.

Ini berlaku bila mereka disoal oleh pensyarah @ lecturer yg ‘bijaksana’ tu tentang pelukis idola mereka dan apa cita-cita mereka selepas tamat pengajian kelak.

Pabila jawapan mereka adalah menjadi kartunis profesional dan pelukis idola mereka adalah seperti Kartunis Ujang, Gayour, Aie, Tembakau, Ubi (ehem!) dan lain lain lagi; serta-merta muka pensyarah @ lecturer yg ‘bijaksana’ tu berubah dan keluarlah statement “pelukis kelas kedua” tersebut.

Baca cerita selanjutnya… »

Share This Post

TradeMark @ Tanda Perniagaan – ‘Pendaftaran’

March 27th, 2009 | Oleh Ubi

Artikel ini adalah bahagian terakhir sambungan daripada:

Seperti Hakcipta, anda tidak memerlukan sebarang surat atau sijil untuk menegaskan pemilikan TRADEMARK anda.

Tetapi seperti juga Hakcipta, anda perlu memberitahu orang ramai bahawa tanda nama tersebut adalah hakmilik anda.

Cara yg paling mudah adalah dengan meletakkan simbol “TM” (singkatan TRADE MARK) pada nama/logo/simbol/tagline jenama anda itu tanpa perlu mendaftar dengan mana-mana pihak. Perlu diingat, untuk kaedah ini, anda perlu aktif menggunakan TRADEMARK tersebut atau produk anda mesti ada di jual di pasaran.


(Contoh logo KartunisUbi.com dengan simbol “TM”)

Tetapi untuk perlindungan yg SUPER HEBAT (sehingga menakutkan lanun-lanun cetak rompak terutamanya kat Petaling Street), anda amat-amat digalakkan mendaftarkannya secara rasmi dengan badan kerajaan. Banyak kebaikan dan perlindungan tambahan yg diperolehi dengan Tanda Perniagaan yg berdaftar.

Baca cerita selanjutnya… »

Share This Post

TradeMark @ Tanda Perniagaan – Mengelakkan Kekeliruan

March 25th, 2009 | Oleh Ubi

Dalam artikel TradeMark @ Tanda Perniagaan – ‘Pengenalan’ yg lalu, ada diceritakan mengenai cubaan restoran laksa menggunakan nama McDonalds sebagai tanda perniagaan.

Untuk makluman, McCurry – sebuah restoran mamak di Jalan Ipoh KL telah disaman kerana menggunakan perkataan “Mc” dan penggunaan warna yg hampir sama pada pengenalannya; yg pada McDonalds boleh menimbulkan kekeliruan, kerugian dan menjejaskan perniagaannya.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akhirnya telah berpihak kepada McDonalds dalam kes ini. Baca cerita selanjutnya di sini.

Jadi berdasarkan kes ini, adakah perkataan “Mc” itu dimonopoli sepenuhnya oleh McDonalds?

Adakah team F1 McLaren jugak boleh disaman oleh McDonalds?

Oh… :roll:

Baca cerita selanjutnya… »

Share This Post

TradeMark @ Tanda Perniagaan – ‘Pengenalan’

March 23rd, 2009 | Oleh Ubi

Tak paham atau keliru dengan ‘TRADEMARK’?

Senang aje…

TRADEMARK atau dalam Bahasa Melayunya TANDA PERNIAGAAN, adalah Simbol, Tanda dan Nama/Perkataan yg mengaitkan sesuatu produk/servis dengan pengeluar/pemiliknya.

Perkataan ‘PANTENE’ tidak boleh dianggap sebagai TRADEMARK.

Begitu juga dengan ‘HERBAL ESSENCES’, ‘CLAIROL’ dan ‘HEAD & SHOULDERS’.

Tetapi sekiranya ditulis dengan gaya tersendiri dan diletakkan pada botol syampu, kesemua perkataan di atas adalah TRADEMARK atau TANDA PERNIAGAAN yang boleh memberi keyakinan kepada pengguna bahawa mereka mendapat produk mengikut standard dan piawai yg ditetapkan oleh pengeluarnya – Procter & Gamble.

Baca cerita selanjutnya… »

Share This Post

Slumdog Millionaire tak logik?

March 17th, 2009 | Oleh Ubi

Anda sudah menonton filem Slumdog Millionaire yg menang Academy Award tu?

Pada yg sudah, pastinya akan musykil dan tertanya-tanya tentang perkara ni – “Budak yg asal dan tinggal kat kawasan setinggan yg miskin melarat boleh terel cakap omputih ke?”

Ini kerana dalam filem tersebut ada menunjukkan budak-budak di kawasan tersebut mencari makan dengan menjadi pemandu pelancong kepada pelancong-pelancong mat salleh.

Suratkhabar dan pengkritik filem pun banyak kali membangkitkan mengenai isu ini.

Mesti ramai yg menyangka ni satu lagi elemen tak logik yg selalu dihidangkan dalam filem-filem tamil dan hindustan tu!

:lol:

Sebelum anda menuduh lebih lanjut lagi, sila tengok video ni dulu…

Budak yg boleh bercakap 13 bahasa asing ni mencari makan dengan menjual bulu burung merak sebagai cenderahati kepada pelancong di tepi-tepi jalan.

Video ni pernah popular beberapa tahun dahulu dan diorang (tukang amik video) terjumpa dia semula yg kini sudah pun remaja serta masih lagi menjual bulu burung merak…

Baca cerita selanjutnya… »

Share This Post

Suatu Ketika di Zaman Jahiliah II – Majalah Ujang

March 12th, 2009 | Oleh Ubi


“sila perdengarkan sambil membaca post ini untuk feeling yang nostalgia”

Berikut adalah beberapa lagi gambar dan cerita kenangan saya di Majalah Ujang di suatu ketika dahulu…


Beberapa lagi gambar bersama pelawat di opis Majalah Ujang yg kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah dan universiti.

 


Gambar kenangan bersama Phoebe, pengacara Kelab Disney TV3 semasa kami sama-sama terlibat menjayakan rakaman rancangan tersebut… oh!

Baca cerita selanjutnya… »

Share This Post

Suatu Ketika di Zaman Jahiliah – Majalah Ujang

March 11th, 2009 | Oleh Ubi

Untuk entri kali ni, saya nak berkongsi dengan anda beberapa kenangan silam di zaman jahiliah sewaktu saya bersama dengan Majalah Ujang.

Cuma takde idea dan malas nak tulis banyak-banyak.

So, let the pictures tell the stories…

*Maaf sekiranya ada beberapa gambar di bawah ini kabur atau rendah kualitinya. Untuk makluman, kesemua gambar ini diambil menggunakan kamera analog zaman dahulu dan telah lama diperap di dalam album – Penulis merangkap tuan punya album gambar.


1994 – Mula bekerja full time di Majalah Ujang. Semangat masih membara untuk berkartun dan berkarya. Meja saya sebelah dengan Sukun. Kat dinding tu boleh nampak carta dateline dan target…

 


Karya saya di Ujang bermula dengan Lawak Antarabangsa dan diikuti Budak Hostel. Kerana baru habis sekolah dan dah jauh dari mak bapak, saya mula simpan rambut panjang supaya nampak lebih cool dan metallica konon! (pengaruh rakan-rakan kartunis terutamanya Gayour).

 


Dari kiri: Gayour, Edel Yusof (ilustrator Usop Sontorian), Ubi (yg mencangkung), Kobis Bunga, Petai, Linda (typesetter), Jering dan Sukun.

Baca cerita selanjutnya… »

Share This Post

Pelukis Karikatur Yang Terlampau II

March 6th, 2009 | Oleh Ubi

Memang syok dan seronok kalau pandai lukis karikatur

Saya sentiasa berpeluang untuk melukis ramai wanita dan awek-awek cun. Ini boleh diibaratkan mendapat wang sambil membuat perkara yg menyeronokkan… oh! :twisted:

Sebagai pelukis yg menjual karikatur secara online, kebanyakan pelanggan wanita dan awek-awek cun tersebut datang dari seluruh pelusuk dunia.

Dan ini adalah Jaclyn - mangsa pelanggan terbaru saya dari Amerika tempat Obama dan Maikel Jeksen tu…

Bila kali pertama memandang gambar close-up awek mat salleh ni, perkataan pertama yg terlintas di fikiran miang saya adalah -“WOW!”

Baca cerita selanjutnya… »

Share This Post

Next Page »